Monday, 21 April 2014

Azalea Orkid - Part 35


Awal pagi lagi aku sudah bangun dari tidur. Setelah mandikan aku Adam bergegas ke pejabat kerana tengahari nanti dia perlu ke Singapura selama 3 hari. Sepanjang peninggalannya tidak jemu-jemu Adam memesanku supaya menjaga kesihatan dan menjaga diri. Della setelah membantu aku menjalani pisio terapi dan setelah memberi aku ubat. Dia meluangkan masa bermain bersama Jasmin. Dan aku pula mengambil keputusan untuk berehat di bilik. Aku mencapai remote lalu menekan butang ‘ON’. Dari satu siaran ke satu siaran ku tekan untuk mencari siaran yang aku anggap menarik di tonton. Aku mengambil keputusan untuk menonton drama. Drama mengisahkan masalah atau dilema wanita. Aku mengadap tv dengan penuh khusyuk ingin mengetahui akan jalan cerita drama tersebut.
 
 

“Kau dahlah cacat, kau ingat kau boleh jaga makan minum aku,” cemuh si suami.
 
 

“Abang sampai hati abang cakap begitu, saya sakit bang, saya tidak kuat dan mampu macam dulu,” jawab si isteri dengan linangan air mata.
 
 

“Kau jangan bagi aku alasan, aku dah bosan dengan kau tahu tak? Bosan...,” ujar si suami lalu meninggalkan rumah.
 
 

Si isteri terkedu mendengar herdikan si suami mengenai dirinya. Suami yang dulunya penyayang kini berubah kerana dia tidak sihat dan kuat seperti dahulu.
 
 

Aku mematikan tv melihat babak tersebut. Sedih melihat nasib si isteri di dalam drama tersebut. Si suami yang dahulunya penyayang berubah setelah isterinya tidak sihat dan tidak bermaya seperti dahulu. Hatiku berdetik. Adakah aku akan mengalami nasib seperti wanita itu? Adakah Adam akan berbuat begitu terhadap diri aku suatu hari nanti? Tidak mungkin, Adam sayang dan cintakan aku. Adam tidak seperti suami di dalam drama yang ku tonton. Bukankah suami di dalam drama tersebut dahulunya seorang yang penyayang dan mencintai isterinya? Dan hatinya berubah bila isterinya tidak seperti dahulu? Hatiku menjadi tidak keruan dan tidak menentu. Adam tidak akan tinggalkan aku. Adam berjanji tidak akan tinggalkan aku. Aku cuba melenyapkan perasaan raguku terhadap Adam. Adam suami yang baik. Dia tidak akan mensia-siakan aku. Aku menolak kerusi roda ke arah pintu lalu membukanya. Aku tiba-tiba merasa lemas berada di dalam bilik.
 
 

“Kak Lea hendak ke mana?,” tegur Della yang kebetulan baru keluar dari bilik Jasmin dan ternampak Lea kelihatan cemas.
 
 

“Della nampak abang Adam?,” soalku bila di tegur Della.
 
 

“Abang Adam kan ke dia sudah ke pejabat tadi,” jawab Della dengan wajah hairan kerana kak Leanya sendiri yang menemani suaminya hingga ke pintu. Kenapa dia bertanya kemana perginya abang Adam.
 
 

“Oh ye ke? Kak Lea terlupa,” jawabku malu bila menyedari bahawa Adam sememangnya sudah ke pejabat dan aku sendiri yang menghantarnya hingga ke muka pintu.
 
 

“Kak Lea ok?,” soal Della bila Kak Lea kelihatan tidak berapa sihat.
 
 

“Kak Lea ok tak apa-apa,” jawabku lalu menolak kerusi rodaku ke arah bilik Jasmin. Della membantu membuka pintu bilik Jasmin. Setelah itu dia turun ke bawah untuk menyediakan makanan tengahari kak Lea.
 
 
 
*****
 
 
Jasmin sedang duduk melukis sesuatu di atas drawing block. Aku menolak kerusi roda menghampiri Jasmin. Jasmin menoleh bila menyedari mama Leanya datang menghampirinya. Jasmin membuahkan senyum.
 
 
“Mama tengok Jasmin lukis gambar kita..cantik tak?,” ujarnya lalu menyerahkan drawing blocknya kepada mama Lea.
 
 
Aku menyambut drawing block dari tangan Jasmin. Aku tersenyum melihat lukisan Jasmin yang comel. Jasmin melukis gambar kami sewaktu pergi berkelah dahulu dari apa yang aku faham kerana terdapat laut, pohon kelapa di dalam lukisannya.
 
 
“Cantik!!...pandai Jasmin lukis...ermmm ini siapa?,” soalku bila Jasmin melukis gambar seorang perempuan di dalam potret keluarga yang di lukisnya. Ada Adam, diriku, Jasmin dan terdapat seorang lagi perempuan yang di lukis Jasmin. Siapa perempuan itu? Hendak kata mak Limah yang dilukis tidak? Kerana perempuan yang di lukis tidak bertudung.
 
 
“Ini kak Della,” jawab Jasmin tersenyum lagi.
 
 
“Kak Della,” jawabku mendatar namun aku tidak memberi sebarang komen. Aku menyerahkan kembali lukisan Jasmin. Jasmin membuka bekas pensel warnanya untuk mewarnakan lukisan yang di buat tadi. Dia mencapai warna hitam lalu mewarnakan rambutnya.
 
 
“Jasmin sukakan kak Della?,” soalku ingin tahu.
 
 
“Suka..,” jawab Jasmin tanpa menoleh ke arah mama Leanya kerana dia sibuk mewarnakan lukisan yang di buat tadi.
 
 
Jawapan Jasmin terlalu menyeluruh. Aku hendak tahu Jasmin suka pada Della pada tahap mana? Aku tahu Jasmin rapat dengan Della kerana Della selalu meluangkan masa bersama dengannya, jika Della tidak diperlukan untuk membantu aku. Della rajin melayan Jasmin bermain dengan anak patungnya dan mengajar Jasmin membaca. Dan bila Della pulang lewat kerana sebab-sebab tertentu. Della akan membaca buku cerita untuk Jasmin sebelum dia tidur. Apa yang Della lakukan untuk Jasmin, sepertimana yang aku lakukan untuk Jasmin semasa aku sihat dahulu dimana aku akan meluangkan masa untuk bersama Jasmin pada hujung minggu bila aku tidak bekerja, dan juga bila aku berpeluang untuk berbuat demikian. Tapi setelah aku tidak dapat berjalan semula. Tugas itu di ambil alih oleh Della walaupun kami tidak pernah menyuruhnya berbuat demikian kerana ia tidak termasuk dalam skop pekerjaan Della. Della adalah jururawat peribadi. Tugasnya hanya membantu pesakit, merawat dan menjagaku. Aku tidak mahu Della bekerja lebih dari skopnya, kerana aku tidak mahu mengambil kesempatan di atas kebaikannya. Bila aku memberitahu Della bahawa dia tidak perlu berbuat begitu, Della mengatakan dia tidak kisah kerana dia sayang Jasmin dan dia sudah menganggap kami seperti keluarganya kerana Adam bukan orang lain abang angkatnya juga.
 
 
Betul ke Della menganggap Adam hanya abang angkatnya sahaja? Jika betul kenapa hatiku merasa tidak tenteram dan selesa bila tiap kali Della berbual dan kelihatan mesra dengan Adam?
 
 
“Jasmin suka kalau kak Della tinggal dengan kita?,” soalku lagi.
 
 
“Suka mama, kak Della boleh share bilik dengan Jasmin,” jawab Jasmin tersenyum. Wajahnya kelihatan bercahaya bila mama Leanya bertanya samada dia suka jika kakak Dellanya tinggal di sini. Tidaklah dia kesunyian kerana ada teman.
 
 
Aku hanya mampu tersenyum tawar bila Jasmin memberi jawapan sedemikian. Jasmin terlalu muda untuk mengerti perasaaan aku. Jasmin sukakan Della. Adam sukakan Della. Mak Limah juga sukakan Della. Aku?? Aku tidak sukakan Della kerana Della telah merampas kebahagiaan ku. Hari ini dia rampas kasih sayangku dari Jasmin. Esok-esok Adam pula yang akan di rampasnya dari aku.
 
 
 
 
bersambung...
 
 
 
 

2 comments:

  1. Best,!!!! Hmmm Lea ni jeles dgn Della la pulak. Hopefully kaki Lea cepat sembuh :(

    ReplyDelete
  2. Orang sakit selalunya sensitive...lebih-lebih lagi orang sakit seperti Lea :)

    ReplyDelete