Monday, 21 April 2014

Azalea Orkid - Part 33


Della menyelak langsir di ruang tamu. Hujan di luar kelihatan lebat dan kilat sabung menyabung tiada henti sebaik sahaja mereka tiba di rumah abang Adam. Nasib baiklah semasa mereka berada di tempat perkelahan tadi tidak hujan. Della melirik kearah jam di pergelangan tangannya. Jarum jam menunjukkan kurang 15 minit ke 10 malam. Dia gelisah sendiri. Selalu jam 8.00 malam dia sudah pun meninggalkan rumah abang Adam untuk pulang ke rumah. Selalunya Della di jemput Rizal teman baiknya. Tapi hari ini Rizal tidak dapat menjemputnya kerana berada di luar bandar. Sebenarnya tadi memang Della hendak menelefon taxi untuk pulang. Namun di tegah abang Adamnya kerana tidak berapa selesa membiarkan Della pulang menaiki taxi sendirian dalam keadaan hujan lebat di luar. Sangkanya hujan akan reda tapi tengok gayanya hujan tidak akan berhenti dan akan terus lebat hingga ke pagi.
 
 

Della kembali duduk di sofa. Tadinya selepas makan malam Della menemani Jasmin di bilik bermain-main dengan Jasmin dan menidurkannya. Kini dia tidak tahu hendak berbuat apa selain dari duduk di ruang tamu menanti hujan reda.
 
 

Della menoleh kearah anak tangga bila terdengar akan derapan kaki seseorang menuruni tangga.
 
 

“Sorry Della, abang tertidur tadi, kesian Della kena tunggu abang,” jawab Adam seraya tersenyum. Rasa bersalah pula kerana membiarkan Della menunggunya lama. Dia berjanji hendak menghantar Della pulang awal tadi kerana tidak mahu Della pulang sendirian menaiki taxi. Tapi selepas solat isyak tadi dia tertidur. Tidak menyangka boleh tertidur hampir ke 10.00 malam. Mungkin kerana cuaca sejuk membuatkan dia terlajak tidur.
 
 

“It’s ok, Della sebenarnya tak hendak menyusahkan abang, Della boleh balik sendiri, abang tu yang tak benarkan,” jawab Della membalas senyuman Adam.
 
 

“Alah apa susahnya, Della dah banyak membantu abang, marilah di sebabkan Della terpaksa tunggu abang lama, mari kita pergi ke kedai mamak simpang depan tu, abang nak belanja Della roti canai dan teh tarik best punya,” ujar Adam lalu membuka pintu gerbang depan. Dia berjalan menuju ke garaj di temani Della.
 
 
 
****
 
 
Aku menyelak langsir melihat ke arah luar. Hujan sudah beransur reda dan tidak selebat tadi. Kereta Audi SUV Adam masih tidak kelihatan di porch. Adam masih belum balik dari menghantar Della pulang. Kemana Adam pergi belum pulang-pulang lagi? Hatiku menjadi sebal tiba-tiba. Entah kenapa aku merasa tidak selesa akan hubungan Della dengan Adam. Aku seakan cemburu dengan Della. Dan Adam pula seakan tidak tahu bahawa aku tidak berapa senang akan hubungan mereka. Dia kelihatan begitu mesra dengan Della. Layanan yang di berikan kepada Della begitu istimewa. Adam selalu meluangkan masanya bersama Della setelah Della habis waktu bekerja, ia sudah menjadi kebiasaan Della untuk membantu Jasmin mengulangkaji pelajarannya. Dan sekiranya Jasmin tidak punya kerja sekolah. Della akan bermain X-box bersama Jasmin. Dan aku dapat merasakan bahawa Adam turut bermain sama. Bagaimana aku tahu Adam turut bermain sama kerana aku dapat mendengar suara mereka dari bilikku. Riuh suasana bila Adam sudah turut bermain bersama. Entahlah aku tidak tahu kenapa aku berperasaan demikian. Sedangkan Adam tidak pernah mengabaikan aku. Setiap kali pulang dari kerja Adam akan menemaniku dan begitu mengambil berat tentang diriku. Dia seorang suami yang baik dan penyayang. Entahlah aku tidak tahu mengapa aku menjadi seorang yang sensitive sejak berkeadaan begini. Aku menjadi wanita yang tidak confident dan merasa kekurangan. Aku tidak tahu sejauh mana lagi Adam bersabar dengan ku. Mungkin ini balasan ke atas diriku yang mengabaikan Adam selama ini. Demi allah aku sayangkan Adam dan tidak mahu kehilangannya. Tapi bagaimana caranya untuk aku mempertahankan rumahtangga ku. Adam mampu beristeri lagi jika dia mahu. Aku tidak sanggup berkongsi suami dengan wanita lain. Bagaimana sekiranya suatu hari Adam menyatakan hasrat untuk berkahwin lagi. Dapatkah aku menerimanya.

 
Aku tersentak bila tiba-tiba pintu bilikku di buka dari luar. Adam membuahkan senyum bila menyedari Lea masih belum tidur lagi. Tadi semasa dia meninggalkan bilik Lea sudah tidur.
 
“Kenapa sayang tak tidur lagi,” soal Adam seraya membuka kemeja T yang di pakainya untuk menghantar Della pulang tadi. Dia berjalan menuju kearah bilik mandi lalu menutup pintu. Kedengaran shower di pasang. 20 minit kemudian Adam keluar dari bilik mandi hanya bertuala di pinggang. Dia membuka almari pakaian lalu mengeluarkan baju tidur lalu di sarungkan ke badannya.
 
Aku duduk di katil memerhati Adam yang sedang mengenakan butang baju pajamanya. Adam seakan dapat merasakan dirinya di perhatikan lalu memandang kearah Lea.
 
 
“Sayang ok..., abang tengok sayang senyap saja sejak balik dari picnic tadi,” tanya Adam bila di lihatnya Lea tiba-tiba menjadi pendiam. Lea tidak banyak berbual dan seringkali kelihatan termenung memikirkan sesuatu.
 
 
“Abang sayangkan Lea?,” soalku tiba-tiba dengan wajah serius.
 
 
Adam mengerutkan dahinya bila Lea tiba-tiba bertanyakan soalan demikian. Adam menguntum senyum lalu duduk di sebelah Lea. Barulah dia tahu kenapa Lea banyak mendiamkan diri tiba-tiba mungkin Lea merasakan yang dia tidak di beri perhatian oleh suaminya.
 
 
“Tentulah abang sayangkan Lea, Lea kan isteri abang, siapa lagi kalau abang nak sayang kalau bukan isteri abang..,” jawab Adam perlahan lalu memeluk bahu isterinya seraya mengucup kepala Lea perlahan.
 
 
“Tapi Lea tidak dapat menjalankan tanggungjawab Lea sebagai isteri abang, Lea tidak dapat membahagiakan abang, Lea tidak dapat memberi abang zuriat,” jawabku sebak kerana merasa diri ini seperti tidak berguna kerana aku tidak dapat membahagiakan hati suami yang ku cintai.
 
 
“Sayang...., kenapa fikir macam tu, doctor kan dah kata kalau sayang hendak sembuh sayang harus berfikiran positif jangan fikir yang bukan-bukan, insyallah sayang akan cepat sembuh, abang tak akan tinggal kan sayang, percayalah abang sayangkan Lea,” pujuk Adam lalu mengusap lengan Lea perlahan cuba menenangkan hati isterinya. Aku memusingkan badan kearah Adam. Aku memeluknya erat seolah-olah takut kehilangannya suatu hari nanti. Adam membalas pelukan Lea. Dia tidak tahu kenapa hatinya tiba-tiba merasa risau melihat keadaan isterinya. Kenapa Lea tiba-tiba bertanyakan soalan demikian. Apa yang Lea fikirkan. Entahlah, dia sendiri tidak berani bertanyakan apa yang merungsingkan Lea. Adakah Lea khuatir suatu hari dia akan di tinggalkan.
 
 
 
 
bersambung....
 
 
 
 
 

No comments:

Post a Comment