Aku membuka mata perlahan. Wajah kacak Adam berada di depan
mataku. Aku mengosok mataku perlahan untuk memastikan bahawa aku tidak
bermimpi. Adam benar-benar berada disebelah ku masih lagi terlena. Aku
mengambil peluang untuk menatap wajahnya. Aku tidak menyangka bahawa selama ini
Adam begitu mencintaiku. Kalau aku tahu dari awal lagi yang dia cintakan aku,
tidaklah aku membuang masa setahun usia perkahwinan kami kerana menyangka Adam
mencintai Orkid. Tidaklah aku makan hati melihat suamiku di peluk Sofie dan DeIla.
Tidaklah aku menjauhkan diri untuk bersama dengannya dan menjalani
tanggunggjawabku sebagai isterinya. Aku tersenyum sendiri menyedari kebodohan
aku selama ini tidak menyedari bahawa semuanya dia lakukan untuk aku.
“Morning mama....,” ujar Jasmin dari celah pintu.
“Shhh.......,” ujarku lalu meletak jari di bibirku.
Jasmin menutup mulutnya bila aku berbuat demikian.
Aku melambai ke arahnya memberi isyarat supaya datang ke arah
katil kami. Jasmin berjalan perlahan lalu naik ke atas katil. Aku membisikkan
sesuatu ke telinganya. Jasmin tersenyum meleret mendengar cadanganku. Dia
menganggukkan kepalanya perlahan.
“Ready, one, two, three!!!….,”
“GOOD MORNING PAPA!!!,” jerit kami serentak.
Adam tersentak bila kami berbuat
demikian lalu terjaga. Wajahnya kelihatan terperanjat. Kami berdua ketawa
serentak kerana wajahnya kelihatan lucu bila terperanjat.
“Morning,’ jawab Adam lalu menyambung tidur.
“Eii..tidur lagi,” ujar Jasmin.
Kali ini kami berdua pakat mengeletek pinggang dan kaki Adam.
Adam mengeliat-liat
kecil kerana geli bila di usik. Adam bangkit lalu duduk di atas katil.
“Oh kacau papa eh, nanti siap you all,”
ugutan Adam membuatkan Jasmin menjerit kecil. Dia terjun dari katil lalu
bersembunyi di belakang mama Leanya.
“Mana nak lari...,” ujar Adam lalu
mengejar Jasmin dia mengangkat Jasmin lalu mengeletek kaki dan badannya
membuatkan Jasmin ketawa tidak henti-henti kerana tidak dapat menahan geli.
“Mama..., tolong Jasmin penat,” ujarnya
dalam ketawa meminta mama Lea nya membantu.
“Giliran mama Lea pula,” ujar Adam lalu
mendekati Lea.
“You jangan dear…, I gigit you nanti,”
ugutku
“Kat mana you nak gigit??,” usik Adam lalu
tersenyum nakal.
“Dear…, Jasmin,” ujarku mengingatkan Adam
bahawa Jasmin berada di bilik kami.
“Opps sorry, ok papa excuse mama Lea
kali ini, lain kali tak boleh lari,” ujar Adam lalu kembali duduk di atas katil
bersama Jasmin dan Lea.
“Papa kata nak pergi picnic hari ni, tu
yang Jasmin datang kejutkan papa,” ujar Jasmin mengingatkan Adam tentang plan
mereka untuk pergi picnic hari ini. Dia bangun begitu awal kerana excited
hendak pergi berkelah.
“Oh pasal hendak pergi berkelah Jasmin
ingat, bila papa suruh Jasmin kejutkan untuk pergi jogging Jasmin tak kejutkan
papa,” usik Adam lalu mencubit pipi Jasmin.
“Papa kan selalu bangkit awal untuk
solat subuh? Tak payahlah Jasmin kejutkan papa,” jawab Jasmin lalu tersenyum.
Adam tidak menjawab. Dia mencubit pipi
Jasmin kerana tidak tahan melihat pipi gebu Jasmin yang cute.
“Sakitlah papa, Jasmin perempuan tau
bukan budak lelaki yang boleh gurau ganas-ganas,” ujar Jasmin lalu menyapu
pipinya perlahan. Pipinya merah di cubit papa Adamnya.
“Sakit kesiannya anak papa,”
“Tulah Jasmin suruh mama dan papa
dapatkan adik lelaki tak mahu, boleh papa bergurau kasar dengan dia,” ujar Jasmin
sambil tersenyum meleret. Dia merasa sunyi. Dia selalu bermain sendirian di
rumah dengan anak patungnya. Dia mahu adik yang boleh di buat kawan bermain
tidaklah dia kesunyian nanti.
Adam menjeling kearah ku bila Jasmin
berkata demikian. Aku hanya mampu
tersenyum mendengar keluhan hati Jasmin. Yelah dia ingat buat baby macam buat
kek atau roti. Bila-bila nak, buat aje. Issk Jasmin masih kecil, dia tidak
mengerti akan masalah orang dewasa. Lagipun aku masih lagi malu dan segan
dengan Adam walaupun dia suamiku.
“Mama Lea kan sakit Jasmin, nanti bila
mama Lea dah sembuh kita suruh mama Lea beri Jasmin adik ramai-ramai,” ujar Adam
lalu tersengih.
Aku menjeling bila dia berkata
demikian. Apa dia ingat aku ni kilang buat anak ke? Namun begitu aku tahu dia hanya
bergurau.
“Jasmin pergi mandi and get ready, papa
nak tolong mama Lea,” ujar Adam.
“Ok, see you in a while,” ujar Jasmin
lalu menuju ke arah pintu untuk keluar bilik.
Bilik kami sepi seketika kerana hanya
tinggal aku berdua dengan Adam.
“Abang harap Lea tak kisah abang tidur
sebilik dengan Lea,” ujar Adam mendatar. Dia masih ingat yang isterinya masih
marah padanya semalam. Marah sebab dia merahsiakan semua ini dari pengetahuan
Lea. Dia berbuat begitu kerana terpaksa bukan kerana dia mahu merahsiakannya
dari pengetahuan Lea.
“Kenapa abang dah tak sudi dengan Lea
ke?,” soalku memandang wajahnya. Kasihan pula aku melihat Adam. Adam terlalu
menjaga hati aku walaupun hatinya selalu di sakiti. Mana mungkin aku marahkan
Adam kerana Adam adalah seorang suami yang penyabar dan begitu menyayangi aku.
Cukuplah dengan pengorbanan dan kesabaran Adam pada aku dan Jasmin selama ini.
Tidak terbalas budi baiknya. Aku berterima kasih pada Adam kerana begitu sabar
melayan karenahku. Aku sayangkan Adam. Aku akan lakukan apa sahaja untuk Adam.
Aku tidak mahu menyakitkan hatinya lagi. Aku berjanji akan menjadi isteri yang
baik untuk Adam.
“Bukan begitu maksud abang, abang tahu Lea
masih marahkan abang, jadi abang tidak mahu membuatkan Lea rasa kecewa,”
“Mestilah Lea marah, sebab Lea buang
masa setahun untuk tidak bersama dengan abang kerana menyangka abang tidak
cintakan Lea,” jawabku lalu tersenyum. Sudah aku katakan Adam terlalu baik.
“I’m sorry ok sayang..I’m really sorry,”
pujuk Adam lalu mendekati ku lalu tersenyum. Aku menelan air liur bila dia
berbuat demikian.
“What are you waiting for?,” soalku
bila Adam seakan menunggu aku melakukan sesuatu. “Lea nak suruh abang bukakan
baju ke? Kalau nak, abang boleh bukakan,” usik Adam sambil tersenyum.
“Abang nak mandikan Lea? Mana jururawat
peribadi Lea?,” ujarku terperanjat. Kerana selalunya Della yang akan bantu
mandikan aku setiap pagi dan petang kerana aku masih belum mampu melakukannya
sendiri. Serius Adam hendak mandikan aku.
Baiknya dia.
“She only come at about 10.00am , why Lea tak suka ke?,” soal Adam dengan wajah selamba.
Aku tidak menjawab. Ok apa hendak aku malukan, he’s my
husband.
“So?,” soal Adam bila Lea tidak memberinya
kebenaran apa-apa.
“Carry me to the bath room, you can do whatever you want to
do there,” ujarku lalu tersenyum nakal.
“Ok..,” jawab Adam membalas senyuman isterinya. Dia membongkokkan
dirinya lalu mengangkat Lea. Mudah sahaja dia berbuat demikian kerana ini bukan
kali pertama dia mengangkat aku. Aku memeluk tengkuk Adam. Adam membawaku ke
bilik air dengan berhati-hati.
bersambung...
No comments:
Post a Comment