Monday, 21 April 2014

Azalea Orkid - Part 34


Moodku tidak berapa elok sejak pulang dari hospital selepas check up. Doktor mengatakan keadaan aku tiada perubahan sejak keluar dari hospital. Katanya lagi urat saraf di kakiku masih belum dapat berfungsi dengan baik. Kalau keadaan begini berterusan doctor khuatir bahawa aku tidak akan dapat berjalan semula selamanya. Ini bermakna aku harus bergantung kepada kerusi roda sepanjang hidup ku. Aku segera meminta diri untuk keluar dari bilik Dr. Imran sebaik sahaja dia berkata demikian. Tidak sanggup mendengar berita yang tidak menyenangkan. Adam tidak berputus asa memujukku agar bersabar. Dia meyakinkanku bahawa usaha untuk sembuh masih lagi ada sekiranya aku gigih menjalani rawatan pisioterapi. Aku tidak sedikitku merasa lega bila Adam berkata demikian kerana itu hanya kemungkinan sahaja. Bukan aku tidak berusaha untuk sembuh. Aku sudah cuba sedaya upaya agar aku dapat berjalan dengan semula.
 
 

Melihatkan moodku masih lagi tidak berubah, Adam cuba mengembirakan hati aku dan berjanji akan membawa aku makan malam bersama di restoren kegemaranku. Pada awalnya aku menolak kerana malu hendak ke restoren berkerusi roda. Adam memujukku bahawa aku tidak sepatutnya merasa malu kerana aku bidadari hidupnya dan aku tidak perlu khuatir kerana dia sayangkan aku.
 
 

Adam memujukku memakai dress pertama yang dibelinya sebelum aku ditimpa kemalangan. Aku keberatan kerana walaupun dress itu cantik namun aku tidak dapat membuatkan Adam berbangga bersama denganku kerana aku tidak dapat berjalan disisinya. Sejak aku kemalangan aku seringkali merasa rendah diri merasa diri ini serba kekurangan. Walaupun aku cantik tapi aku tidak dapat berjalan dan bergandingan dengan Adam. Itu yang membuatkan aku risau dan takut Adam akan meninggalkan aku dan mencari wanita lain. Betulkah Adam akan terus setia padaku? Aku berhenti mengelamun bila Adam memberhentikan keretanya di hadapan Restoren Italian kegemaranku. Walaupun aku tidak pernah makan bersama dengannya sebelum ini. Adam tahu aku selalu kemari bersama teman baikku Shafinas. Shafinas yang memberitahu Adam akan restoren kegemaranku, kesukaanku dan perkara-perkara yang membuatkan aku gembira. Aku mengeluh kecil kerana aku terpaksa duduk di kerusi roda dan disorong ke dalam restoren. Hilang minatku untuk makan di restoren demikian. Namun demi menjaga hati Adam aku terpaksa menurut kehendaknya.
 
 

Pintu keretaku di buka Adam. Aku menjeling kearah Adam kerana hairan kenapa kerusi rodaku tidak di bawa turun dari boot kereta. Aku mula merasa tidak senang kerana menyangka bahawa Adam mahu aku berjalan kerana Adam sendiri tahu bahawa aku tidak boleh berjalan tanpa cluthes. Aku merasa geram bila Adam cuba berjenaka denganku.
 
 

“Abang sengaja hendak menyakitkan hati Lea kan,” ujarku dengan wajah kurang senang. Hilang moodku untuk makan malam bersama dengan Adam.
 
 

“Tidak sayang..., kenapa sayang cakap macam tu, ini bukan restoren kegemaran sayang ke?,” soal Adam dengan wajah keliru. Dia tidak menyangka Lea marah padanya. Bukankah restoren ini yang menjadi kegemaran Lea. Tidak mungkin dia tersalah restoren.
 
 

“Ya...ini memang restoren kegemaran Lea, maksud Lea bagaimana Lea hendak masuk ke dalam kalau abang tak keluarkan kerusi roda Lea,” ujarku geram. Sakit hati pula aku bila memikirkan ketidak prihatinan Adam.
 
 

Adam tersenyum bila Lea meradang. Dia tidak menurunkan kerusi roda Lea kerana kerusi roda itu di tinggalkan di rumah.
 
 

“Abang...!!,” ujarku geram sambil mencubit lengannya bila Adam tidak menjawab malah tersenyum bila aku marah.
 
 

Adam tidak berkata apa malah mengangkat Lea dari tempat duduknya. Aku membeliakan mata bila Adam tersenyum kearahku seolah-olah dia sengaja merancang untuk berbuat demikian. Aku merapatkan mulutku ke telinga Adam.
 
 

“Abang you can’t be serious nak dukung Lea sampai dalam restoren?,” ujarku lalu memandang wajah kacaknya.
 
 

“That’s the plan sayang, it’s our first candle light dinner together so I want to make it as romantic as possible for you,” ujar Adam lalu mencium pipi isteri kesayangannya.
 
 

Hatiku sebak dan terharu bila Adam bersusah payah menguruskan makan malam romantic kami yang pertama. Benar apa yang Adam katakan. Kami tidak pernah candlelight dinner bersama.
 
 

Wajahku mula merona merah merasa malu bila ramai mata memandang kearah kami. Ramai wanita yang berada di restoren demikian tersenyum melihat pasangan romantic.
 
 

“See…ramai wanita envy you malam ni, they all wish to be in your place right now,” bisik Adam ke telinga Lea.
 
 

Aku tersenyum bila Adam berkata demikian. Benar apa yang Adam katakan wanita-wanita itu berharap bahawa mereka di tempat Lea sekarang. Di dukung oleh kekasih atau suami tercinta begitu. Aku berterima kasih kepada Adam kerana membuatkan aku wanita yang paling bahagia pada malam ini. Adam menurunkan aku perlahan di atas kerusi yang di sediakan untuk kami. Sempat dia mencium pipiku sebaik sahaja dia berbuat demikian. Mahu sahaja aku menangis di hadapannya bila di layan sedemikian. Aku benar-benar terharu.
 
 

“Thanks dear,” ujarku mengukir senyum. Gembira di beri layanan seperti seorang permaisuri. Belum pernah aku merasa sebegini. Aku tidak mahu kehilangan Adam. Aku benar-benar cintakan Adam. Selama ini aku tidak pernah menghargai pengorbanan Adam yang terlalu penyabar dengan karenah aku selama ini.
 
 

Di candlelight dinner tersebut Adam memberi aku layanan dan perhatian sepenuhnya. Kami makan sambil berbual tidak menghiraukan keadaan sekeliling seolah-olah di restaurant tersebut hanya kami berdua sahaja. Aku merasa gembira dan bahagia sekali. Maklumlah sepanjang aku bernikah dengan Adam inilah date kami yang pertama tanpa di temani Jasmin. Hanya kami berdua. Kami seperti pasangan yang sedang hangat bercinta. Adam tidak lepas dari memegang tanganku bila setiap kali aku meletak tanganku di atas meja.
 
 
 
bersambung....
 
 
 
 

No comments:

Post a Comment