Aku menghidupkan handphone
semula. Rumah Condo yang akan aku duduki selama 3 bulan ku pandang sayu. Terasa
sunyi kerana hanya aku yang tinggal di sini seorang. Condo Bishan Loft milik
keluarga Shafinas. Waktu siang anak pembantu penjaga rumah Shafinas, Nurul Ain
akan mengemas dan memasak untuk aku. Aku harus belajar hidup berdikari tanpa Adam,
Della dan Mak Limah. Aku sudah nekad aku mahu baik semula dan inilah cara yang
terbaik untuk aku pulih.
Notification di
telefonku berbunyi bertalu-talu menandakan terdapat banyak miss call dan
message yang aku terima. Aku mencapai handphone. 48 miss calls dan 32 messages
yang aku terima semuanya dari Adam. Hatiku menjadi sebak bila mengingatkan Adam
pasti dia sedang sibuk mencariku. Maafkan Lea Abang..Lea terpaksa demi untuk
kebaikan kita bersama. Aku benar-benar rindukan Adam dan Jasmin. Air mataku mengalir
perlahan. Terasa seksa berjauhan dengan mereka. Tak tertanggung rinduku pada
mereka.
Telefonku berdering minta diangkat. Aku menyeka air
mataku perlahan. Aku mencapai telefon dari katil lalu menjawab telefon.
"Assalamualaikum,"
"Waalaikumsalam, Lea? Where are you dear?," ujar Adam perlahan dengan nada
risau. Air mataku mengalir lagi mendengar suara risau Adam. Aku telah menyusahkan Adam.
"Maafkan Lea bang...,"
"Lea sayang..Lea dimana sekarang abang jemput
Lea..abang tak marahkan Lea..," ujar adam dgn nada memujuk. Dia tidak mahu
menguris hati isterinya. Lega hatinya bila mendengar suara Lea
sekurang-kurangnya Lea dalam keadaan selamat.
"Lea tidak berada di KL bang..," jawabku
perlahan cuba menahan sebak.
"Tak berada di KL?? Lea berada dimana
sekarang??," ujar adam terperanjat bila isterinya mengatakan dia tidak
berada di KL. Lea dimana?
"Lea di Singapura,"
"Singapura??," Adam mengeluh kecil terperanjat
bila mengetahui destinasi isterinya berada. Jauh ke Singapura.
Aku hanya mampu mendiamkan diri. Pada awalnya aku tidak
mahu menjawab pangilan telefon dari Adam langsung kerana tidak mahu Adam
menjejaki aku. Namun aku tidak sampai hati untuk membuatkan Adam risau. Biarlah
dia tahu aku berada dimana dan tujuan aku ke Singapura. Aku berdosa kerana
meninggalkan rumah tanpa kebenaran suami.
"Sayang..kalau abang buat salah pada sayang abang
minta maaf..janganlah merajuk dengan abang sampai sayang lari jauh ke Singapura,
abang risaukan Lea," ujar adam perlahan.
"Lea tak merajuk dengan abang," jawab ku
perlahan.
"Cuba sayang beritahu abang kenapa sayang berada di Singapura?"
tanya Adam lembut. Ingin tahu akan sebab isterinya ke Singapura. Lea tidak akan
ke Singapura tanpa sebab. Dan sepertimana yang Lea katakan tadi, jika dia mahu
lari darinya Lea tidak akan menjawab pangilannya.
"Kalau Lea berterus terang dengan abang, abang janji
tak akan marahkan Lea?"
Aku terdengar Adam mengeluh kecil di hujung talian.
"Tak..abang tak marah," jawab Adam menyakinkan Lea.
"Lea ke Singapura untuk mendapatkan second opinion
dari Neurologist di Singapura,"
jawabku menerangkan kepada Adam akan tujuan aku ke Singapura.
"Kenapa sayang tidak berbincang dengan abang dulu, Lea
kesana seorang..siapa yang akan membantu Lea di sana nanti?," tanya Aadam
dengan nada risau.
"Shafinas yang menguruskan semua buat Lea..tempat
tinggal dan ada pembantu yang menjaga Lea," jawabku serba salah. Merasa
bersalah sangat kerana membuatkan Adam benar-benar risau.
"Abang datang Singapura esok, sayang beritahu alamat
tempat tinggal sayang," ujar Adam perlahan. Walaupun Lea menyatakan
semuanya sudah diuruskan oleh Shafinas dia masih mahu tahu dimana Lea tinggal
dan memastikan dia hadir tiap appointment Lea bertemu dengan Doktor specialist
dan keadaan Lea selesa dan terjaga.
"Nanti abang tidak benarkan Lea berada di sini? Lea
tidak mahu menyusahkan abang, nanti abang ambil cuti hendak menjaga Lea..kalau
abang ke sini siapa yang hendak menjaga Jasmin? Sebab itu Lea tidak mahu
memberitahu abang," terangku panjang lebar. Aku tahu Adam akan meninggalkan semua dan datang menemani
ku di sini.
"Lea isteri abang..sudah tanggungjawab abang untuk
menjaga Lea..ok abang terima penjelasan Lea..abang hanya ke Singapura untuk
memastikan tempat tinggal Lea dan temujanji Lea di hospital berjalan dengan
lancar..abang janji akan memberi kepercayaan kepada Lea...abang akan pergi ke Singapura
setiap hujung minggu dan cuba hadiri setiap doktor appointment Lea,"
terang Adam. Jika Lea tidak mahu dia mengambil cuti untuk menemaninya di
Singapura Lea harus bersetuju dengan cadangannya. Ikutkan hati dia tidak setuju
membiarkan Lea sendirian di Singapura, namun dia tahu Lea melakukan ini semua
kerana dia mahu pulih. Hendak sahaja dia terbang semula ke Singapura untuk
bersama dengan Lea sekarang. Dia teramat rindu pada Lea.
“Baiklah bang...Lea text abang alamat tempat tinggal
Lea,“ ujarku perlahan.
“I love you sayang, please...don’t do that ever again,
we can talk things out, jangan tinggalkan abang macam tu,” ujar Adam perlahan.
“I love you too…I’m so sorry dear..I also can’t bear
to be away from you, but I have to do something, I want to be well,” jawabku
sayu. Aku juga tidak dapat berjauhan dengan Adam dan Jasmin.
“You better rest well dear..you jumpa doktor esok?,”
soal Adam ingin tahu.
“My appointment lusa,” jawabku
“So we can have our sometime together tomorrow, I want
to bring you to the place I love the most in Singapore ,” jawab Adam lalu
tersenyum. Dia pernah ke tempat yang akan di bawa Lea sekali dan dia suka pada
tempat itu dan ingin membawa Lea ke sana .
Supertree Garden .