Thursday 26 December 2013

Table for 2 - Part 15


               “It’s ok, I’m going out for supper later anyway,” jawab Syairul selamba seraya berlalu menuju kea rah balcony.

 

               Iesya memerhati langkah Syairul menuju kearah balcony. Dia dapat merasakan Syairul cemburu melihat kemesraannya dengan daddynya. Tapi Syairul tidak menghalang atau menunjukkan bahawa dia tidak puas hati malah dia bertindak selamba seolah-olah dia tidak kisah.   

 

Syairul duduk di daybed yang terdapat di balcony lalu menyandarkan badannya melemparkan pandangannya ke langit. Berjuta bintang kelihatan cantik berkedipan di dada langit. Syairul mencapai gelas yang berisi orange juice lalu di teguknya perlahan. Dia memejamkan matanya perlahan untuk berehat seketika. Bunyi loceng rumah bertalu-talu itu cukup membuatkannya tersentak. Dia mengerutkan dahinya setahunya hari ini dia tidak punya tetamu selain dari Iesya. Siapa yang datang malam-malam begini? Syairul bingkas bangun dari sofa. Dari monitor skrin yang terdapat di sebelah pintunya dia dapat melihat siapa gerangan tetamu yang datang. Syairul mengeluh kecil bila mendapat tahu siapa tetamu yang tidak di undang itu. Dia membuka pintu.

 

               “Hi Syairul,” ujar Maria lalu memeluk Syairul erat. Seperti biasa Syairul tidak membalas pelukan Maria. Namun dia tidak pernah menghalang Maria berbuat demikian setiap kali mereka bertemu. Sudah menjadi kebiasaan Maria.

 

               “Oh hai, macamana you boleh lepas security,” ujar Syairul menyindir lalu meleraikan pelukan Maria. Dia tidak tahu kenapa Maria ke rumahnya pada waktu-waktu begini. Maria memang begitu unpredictable. Semakin di halang semakin tidak makan saman. Syairul sudah penat. Dia malas hendak melayan karenah Maria.

 

               ‘Hai kenapalah pulak si Maria ni datang rumah, menyusahkan betul lah dia ni’

 

               “I cakap nak jumpa dengan Tuan Bahrain so dia benarkan, hmm you sorang aje mana uncle,” ujar Maria tersenyum dengan wajah tidak bersalah. Dia mencari kelibat uncle Bahrainnya sebaik sahaja masuk ke dalam rumah Syairul. Dia tahu unclenya itu berada di Malaysia. Inilah peluangnya untuk selalu bertandang ke rumah Syairul, kerana Syairul tidak pernah mengizinkan Maria ke rumahnya. Alasan yang di berikan takut kena tangkap basah.

 

               He’s in the kitchen,” jawab Syairul ringkas menuju kearah balcony.

 

               Maria menuju kea rah ruang dapur mencari uncle Bahrainnya. Maria suka dengan uncle Bahrain kerana uncle Bahrain suka melayan karenahnya. Dia baik tidak seperti anak lelakinya yang tidak berperasaan itu.
 
               Hi uncle,” ujar Maria matanya melirik kearah wanita muda yang duduk berhadapan dengan uncle Bahrainnya.
 
               Oh Hi Maria, come and join us for dinner,” pelawa Tuan Bahrain ramah dia tidak menyangka anak saudaranya datang bertandang. Maria anak saudara kesayangannya. Maria selalu di manjakan dengan hadiah darinya. Bahrain sudah menganggap Maria seperti anak perempuannya. Dia juga tahu Maria sukakan Syairul. Namun dia tahu Syairul tidak pernah menganggap Maria lebih dari adik sepupunya.

 

               Ermm, actually I dah makan, nevermind I nak jumpa Syairul,” ujar Maria seraya tersenyum sinis. Dia hairan mengapa chef jelita itu makan malam bersama unclenya dan tidak bersama Syairul. Ini bermakna Syairul tidak berminat dengan Chef jelita itu. Maria tersenyum lagi bila menyedari peluangnya untuk memikat hati Syairul masih terbuka.
 
               Iesya merasa sedikit cemburu bila mengetahui bahawa Syairul mengajak Maria keluar makan malam bersama. Dia tahu Syairul dan Maria adalah sepupu. Dan Iesya tidak menafikan Maria juga seorang wanita yang seksi. Tapi kenapa dia merasa cemburu jika dia tidak pernah menyukai Syairul? Betulkah dia tidak sukakan Syairul? Kalau betul dia tidak ada perasaan apa-apa terhadap Syairul kenapa dia harus cemburu pada Maria?
 
 
***
 
 
              Iesya melirik kea rah jam di pergelangan tangannya. Masa berlalu dengan pantas sedar tak sedar sudah hampir 2 jam dia berada di rumah Syairul. Makan sambil berbual dengan Tuan Bahrain hingga tidak sedar masa berlalu. Iesya benar-benar enjoyed her dinner with Tuan Bahrain. Tuan Bahrain seorang host yang baik. Makan malam mereka tidak membosankan dan interesting kerana Tuan Bahrain banyak menceritakan pengalamannya ketika dia muda dahulu.        
 
Thanks for the lovely dinner Sam,” ujar Iesya lalu tersenyum. Dia tidak menyangka sama sekali Tuan Bahrain begitu peramah dan pandai memasak. Tidak hairanlah ramai wanita tertarik padanya Walaupun usianya sudah 65 tahun. He’s caring, matured and understanding. Sam menceritakan pengalamannya ketika dia muda hinggalah sekarang. Dia sudah melibatkan diri dalam dunia perhotelan dan resort sejak dia berusia seawal 25 tahun. Pada awalnya Sam tidak berminat untuk mengikut jejak ayahnya minatnya ingin menjadi Chef. Dia tidak sampat hati hendak menghampakan permintaan ayahnya dan terpaksa menurut kehendak ayahnya dan cuba menukar minatnya ke bidang perhotelan pula. Dia mengenali mummy Syairul yang kebetulan business partner kepada ayahnya. Iesya dapat merasakan bahawa mummy Syairul bukanlah wanita pertama yang di cintainya kerana Tuan Bahrain tidak banyak mengulas tentang mantan isternya itu malah dia banyak menceritakan akan wanita yang membuatkan dia minat dalam bidang pemasakan. Iesya tidak meminta Tuan Bahrain menceritakan lebih lanjut mengenai wanita itu. Dan menurut Tuan Bahrain dia menyerahkan sebahagian dari bisnesnya kepada anak tunggalnya Syairul yang kebetulan turut berminat untuk meneruskan family businessnya. Syairul lebih cekap dalam business perhotelan kerana dia creative dan berdedikasi.
 
               It’s nothing compare to your cooking, I must try your cooking one day, kalau Syairul cakap you the best, I bet you really a good chef, I trust my son judgment,” jawab Sam seraya menuang lemon tea kedalam cawan Iesya.
 
               Why not, just come over and I will cook special dish for you,” jawab Iesya seraya tersenyum.
 
               Thank you my dear,” ujar Sam seraya tersenyum lagi. Dia memandang raut wajah jelita milik Iesya. Wajah yang pernah menghantui mimpinya suatu ketika dahulu. Dia tidak pasti samada Iesya ada pertalian darah dengan wanita yang pernah di cintainya dahulu.
 
               Why Sam, kenapa you pandang I macam itu,” ujar Iesya kurang selesa bila dia mendapati Sam merenung wajahnya lama.
 
               I’m staring at you, I’m really sorry dear for my misbehavior, you are too gorgeous not to look at,” puji Sam dan menyumpah dirinya kerana membiarkan dia hanyut dan mengingati masa silamnya. Sehingga kini dia masih mencari Salena.
 
               Wajah Iesya merah merona bila di puji Sam. Walaupun Sam boleh dianggap seperti bapanya namun orang sehebat Sam turut boleh membuatnya tersipu malu bila dipuji.
 
               Sam menarik nafas dan menghembusnya perlahan, mulutnya terasa ringan hendak bertanya sesuatu kepada Iesya. Dia sedar sepanjang makan malam dia hanya menceritakan tentang dirinya dan tidak pula dia menyuruh chef muda itu menceritakan tentang dirinya.  Sejak terpandang wajah Iesya buat pertama kali, kenangan silamnya datang menjengah tanpa diundang. Walaupun wajah gadis jelita itu sudah dibuang jauh sejak dia bernikah dengan Farhana ibu kepada Syairul. Namun sejak dia bertemu dengan Iesya bayangan itu timbul kembali.
 
bersambung...
              

No comments:

Post a Comment