Thursday 12 December 2013

Table for 2 - Part 12


             “Sorry again,” ujar Syairul sebaik sahaja dia freshen up dan sudah menukar kepada suit attire yang baru. Tidak selesa di interview baju berbau makanan.
 
               Maria hanya dapat memendam rasa bila setiap kali bertemu atau terpandang akan wajah kacak  sepupunya itu. Penampilannya sahaja bisa membuatkan hatinya cair. Tapi dia tidak tahu bagaimana hendak memikat hati Syairul yang keras macam batu. Sudah macam-macam cara yang dia buat supaya Syairul terpikat dengannya. Namun hampa. Syairul sedikitpun tidak tertarik pada dirinya.
 
               Ok now you look like the hotel President,” ujar Daniel seraya berseloroh.
 
               Syairul dan Maria tergelak bila Daniel berkata demikian.
 
               So sorry for the miscommunication, actually one of my staff on urgent leave and we are short handed,” ujar Syairul cuba menerangkan keadaan yang sebenar berlaku.
 
               So sweet of you,”ujar Maria seraya tersenyum. Cuba menarik perhatian Syairul.
 
               Thanks,” ujar Syairul seraya tersenyum.
 
               Maria said that you just hired a culinary chef who are specialize in dessert and cuisine, may I know who is the chef who cook the equisite food,” soal Daniel.
 
               “Chef Fariesya Wahyuni, I bet you ever heard of her name before,” ujar Syairul seraya tersenyum bangga. Siapa yang tak kenal Fariesya. Kalau Daniel benar-benar peka akan perkembangan dunia chef pasti dia tahu akan nama yang disebutnya tadi.
 
               “Fariesya, you are not joking aren’t you,” ujar Daniel seakan tidak percaya.
 
               Why should I,” jawab Syairul seraya menekan intercom.
 
               Yes sir,”
 
               Can you please call my ‘sweetheart’ please say I need her to come to my office right away,” ujar Syairul seraya tersenyum lebar. Dia sendiri tidak percaya bahawa dia benar-benar mengelarkan Fariesya ‘sweetheart’ kerana Syairul belum pernah memanggil mana-mana wanita yang dikenalinya dengan panggilan itu. Fariesyalah wanita yang pertama.
 
               Yes sir,” jawab Nora tanpa bertanya lebih lanjut.
 
               Maria yang duduk berhadapan dengan Syairul dan mendengar gelaran yang diberikan kepada Chef yang dimaksudkan cukup membuatkannya cemburu. Mengapa Syairul memanggilnya sweetheart. Istimewa sangatkah chef itu hingga syairul mengelarnya ‘sweetheart’.  Ah mungkin Syairul hanya hendak mengambil hati Chef tersebut kerana dia memainkan peranan yang penting untuk restaurant barunya. Maria memujuk hatinya. Bukan dia tidak kenal akan perangai Syairul. Syairul berbuat demikian hanya hendak menjaga hati chefnya kerana Maria arif akan perangai Syairul. Dia lebih mementingkan businessnya dari leisure. Syairul tidak akan jatuh hati pada chef wanita lebih-lebih lagi chef itu adalah pekerjanya. Syairul perlukan wanita yang class dan cantik seperti dirinya. Dia yakin akan taste Syairul. Fariesya hanya chef dan mungkin tidak seseksi seperti dirinya. Bisik Maria dalam hati lalu tersenyum sendiri.
 
               Pintu bilik Syairul di ketuk dari luar.
 
               “She’s here,” ujar Syairul sambil tersenyum. Dia bangkit dari tempat duduknya lalu membuka pintu biliknya sendiri untuk menyambut kedatangan Iesya.
 
               Hi beautiful, sorry to keep you away from the kitchen for a while, I need you to meet one of the greatest food columnist, Daniel,” ujar Syairul seraya menarik tangan Iesya yang lembut.
 
 
 
               Iesya cuba berlagak biasa bila setiap kali berdepan dengan Syairul. Sedaya upaya dia tidak mahu fikiran terganggu disebabkan Syairul. Dia tidak dapat membohongi hatinya bahawa dia tertarik pada bossnya sendiri. Namun Fariesya sudah nekad pekerjaannya adalah penting masa sekarang. Sebab itu dia cuba sedaya upaya untuk menjauhkan dirinya dari Syairul.
 
               “Kenalkan ini Maria my cousin dan ini Daniel,”
 
               Bulat mata Maria bila terpandang akan wajah Chef Fariesya buat pertama kali. Fariesya bukanlah chef wanita yang selalu dilihatnya. Gempal dan badanya sentiasa berbau makanan. Tapi Fariesya tidak. Dia seorang chef wanita yang jelita. Memiliki wajah yang cantik dan bentuk badan yang menawan. And surprisingly tidak berbau makanan. She smells really nice. Haruman ‘Romance’ to be precise.
 
               “Fariesya,” ujar Iesya lalu menghulurkan tangannya untuk berjabat dengan Maria. Hendak tak hendak terpaksa Maria menyambutnya. Dia tidak mahu Syairul mengesyaki kenapa dia berperangai pelik tidak mahu berjabat tangan dengan Chefnya.
 
               “Hi Daniel, I thought you won’t be coming back to Malaysia,” ujar Fariesya seraya tersenyum sebaik sahaja terpandang akan wajah Daniel. Wajah teman baiknya. Wajahnya kelihatan bercahaya bila mengetahui Daniel berada di Malaysia.
 
               You knew each other,”
 
               “Yeah he is my bestfriend when I’m in Paris, and still do,”ujar Fariesya lalu memaut lengan Daniel manja. Sengaja Faiesya berbuat demikian agar Syairul tahu akan keakraban mereka berdua. Daniel yang lebih mengenali perangai Fariesya hanya mampu tersenyum. Dia tahu bila Fariesya berbuat demikian, tujuannya untuk membuatkan seseorang itu merasa cemburu. Dan Daniel pasti Fariesya mahu membuatkan Syairul merasa cemburu.
 
 
               Syairul cuba berlagak biasa bila melihat Fariesya memaut lengan Daniel manja. Reaksi wajahnya selamba. Syairul memang bijak mengawal emosinya. Walaupun pada hakikatnya hatinya berbaur sedikit cemburu melihat kemesraan mereka berdua. Syairul sedar Daniel merupakan persaing hebat untuknya merebut hati Fariesya. Walaupun secara zahir Syairul lebih tampan dari Daniel namun Syairul tidak tahu akan citarasa chef muda itu. Mungkin Fariesya sukakan lelaki yang lebih matang kerana anggaran usia Daniel pertengahan 40an. Maria tersenyum sinis melihatkan Fariesya begitu selesa dengan Daniel. Sekurang-kurangnya dia masih ada peluang untuk merebut hati sepupunya dengan tindakan Fariesya tadi.
 
 
bersambung...

No comments:

Post a Comment