Tuesday 10 December 2013

Table for 2 - Part 3


“Nora, how come dia tahu siapa I,” ujar Iesya sebaik sahaja telefonnya di jawab oleh Nora. Dia merasa tidak berpuas hati bila Syairul caught her off guard. Bagaimana Syairul tahu bahawa dia adalah Iesya. Di akhbar tidak terdapat gambarnya kerana Iesya tidak mengizinkan mereka merakam gambarnya. Jadi dari mana Syairul tahu?
 
“I tak tahu, I have no idea macamana dia tahu itu you, and I can say that he likes you a lot, kalau tidak jangan harap perangainya baik macam tu,” terang Nora seakan berbisik. Sebenarnya dia tidak tahu menahu langsung akan rancangan Iesya hendak menduga bossnya. Dia tidak menyangka Iesya akan buat demikian. Sepertimana yang dia katakan tadi nasib baik Syairul sukakan Iesya kalau tidak dia tidak akan sebaik itu. Jika dia mendapat tahu Chef itu mahu menduganya pasti dia tidak akan meneruskan temuduganya dengan Iesya. Dia sanggup mencari Chef baru.
 
“Really, hmm macamana you boleh tahan bekerja dengannya,” soal Iesya ingin tahu. Menurut Nora perangai Syairul tidak akan sebaik itu bila dia mengetahui akan rancangannya untuk menduga Syairul. He’s ‘No Nonsense’ type of guy according to some people. Tapi kenapa Syairul masih boleh menerima nonsensenya? Pelik. Syairul boleh mencari Chef yang lebih berpengalaman darinya. Tapi kenapa Syairul memilih dia?
 
He pays me well, actually in person dia tu ok kalau mood dia baik,” ujar Nora lalu tersenyum. Sudah hampir 3 tahun dia bekerja dengan Syairul. Betul Syairul seorang majikan yang garang dan tegas kerana dia mahu semuanya berjalan dengan lancar dan sempurna.
 
“Tak terpikat ke dengan dia, what I know he’s still single,” usik Iesya. Dia sendiri tidak tahu bagaimana dia begitu cepat mesra dengan setiausaha Syairul walaupun mereka belum pernah bertemu.
 
“Hmm tak berani lah, dia tu garang macam harimau,” jawab Nora lalu ketawa kecil.
 
Syairul berdehem kecil. Nora tersentak bila menyedari Syairul sudah berdiri di hadapannya. Bila ketika? Dia tidak perasan langsung.
 
“Yes, Mr Syairul,” soal Nora sambil menutup gagang telefon dengan telapak tangannya.
 
Tell Iesya be in my office at 12.00 noon,” ujar Syairul lalu melirik kearah jam di pergelangan tangannya. Dia berdiri memandang ke wajah Nora, tangan kanannya menyeluk saku seluarnya.
 
Yes sir,” jawab Nora. Dia sangka Syairul segera beredar dari mejanya sebaik sahaja berkata demikian. Tidak, kerana jejaka itu masih lagi tercegat di depannya seperti menanti sesuatu.
 
Anything else sir?,” ujar Nora bila dilihatnya Syairul seperti tidak mahu berganjak dari mejanya. Mungkin ada lagi perkara yang Syairul hendak dia buat selain dari menelefon Chef Iesya.
 
Syairul memandang tepat ke wajah Nora. Dia membuahkan senyum kepadanya. Dia memberi isyarat supaya gagang telefon itu diberikan kepadanya. Hendak tak hendak terpaksa juga Nora menyerahkan gagang telefon tersebut kepada bossnya.  
 
Hi dear, can you make yourself free to see me in the office at 12.00 so that we can talk about the contract?,” ujar Syairul sambil mengenyitkan matanya kepada Nora yang terperanjat dengan reaksi bossnya.
 
Nora menelan air liur bila majikannya Syairul berbuat demikian. Syairul tahu dia berbual dengan siapa? Oh gosh pasti Chef Iesya menyangka dia memberitahu Syairul. Sedangkan dia sendiri terperanjat bila Syairul tahu dia berbual dengan Iesya.
 
Ok, see you, thanks dear,” ujar Syairul lalu menyerahkan kembali gagang telefon tersebut kepada Nora yang kelihatan terperanjat. Dia beredar ke biliknya.
 
“Iesya, I’m sorry ok, I have no choice but to pass him the phone, I don’t expect him to know that it was you that I had been talking to,” ujar Nora meminta maaf kepada Chef Iesya. Dia tidak mahu Iesya tersalah sangka. Syairul mungkin berada di hadapannya kurang 5 minit ketika dia memusingkan belakang mencari dokumen untuk meeting jam 10.00 pagi nanti. Dan mana mungkin Syairul dapat tahu dengan siapa dia bebual dalam masa yang singkat.
 
Your boss really a pain in the ass, masuk ni dah kali kedua dia caught me off guard, kita jumpa nanti ok bye,” jawab Iesya lalu meletak gagang telefon. Geram dengan perangai President Bahrain Hotel. He thinks he’s cute by doing that. 
 
Iesya mendengus kecil. Dia kurang senang dengan cara Syairul. Dia mesti lakukan sesuatu. Bukan cara Iesya bekerja mengikut telunjuk orang. Dia suka bekerja dengan caranya tersendiri mungkin Syairul belum kenal siapa dirinya.
 
Syairul you wait and see,” ujar Iesya lalu tersenyum dia tahu bagaimana hendak mengajar Mr. smart pants seperti Syairul.
 
 
Iesya melangkah masuk ke ruang penyambut tetamu di temani seorang lelaki muda. Dia mengenakan dress berwarna light turquoise bersama belt off white tipis berjenama Salvatore Ferragamo. Dia mengenakan platform off-white Louboutin dipadankan dengan bag kulit Miu Miu warna yang sama. Iesya memang pandai bergaya dan fashionista. She’s immaculate. Bila dia tidak mengenakan uniform orang tidak akan percaya bahawa wanita cantik itu kerjayanya adalah seorang Chef. Orang akan menyangka bahawa Iesya seorang model atau seorang pengarah editor di majalah fashion terkemuka.
 
I have an appointment with Mr Syairul at 12.00,” ujar Iesya sebaik sahaja berada di front desk hotel. Dia menjeling kearah jejaka yang berdiri tidak jauh darinya lalu tersenyum. Jejaka itu membalas senyumannya.
 
Penyambut tetamu tersebut mencapai gagang telefon lalu menelefon PA Syairul untuk memberitahunya akan kedatangan tetamu appointment jam 12.00nya.
 
His PA will be fetching you in a while, please be seated thanks,” jawab pegawai front desk lalu tersenyum.
 
Ok, thank you,” jawab Iesya lalu duduk di atas sofa bersebelahan dengan jejaka tadi.
 
Sepertimana yang di katakana pegawai front desk tadi. Seorang gadis tinggi lampai berkulit sawo matang mendekati mereka dengan senyuman yang tidak lekang dari bibirnya. 
 
“Fariesya,” ujarnya tersenyum lagi.
 
Yes, Nora bertemu juga kita akhirnya, well kenalkan ini peguam I, Azhar,” ujar Iesya ramah lalu memperkenalkan jejaka yang duduk di sebelahnya kepada PA Syairul, Nora. Mereka bersalaman.
 
“Iesya, dia cuma expect you seorang sahaja yang datang,” bisik Nora kepada Iesya. Mereka berjalan menuju kearah pintu lif khas yang menuju terus ke pejabat management.
 
“Ya I know, sebab tu I sengaja suruh my lawyer represent me,” ujar Iesya selamba lalu tersenyum. Dia tahu Syairul mungkin sudah buat arrangement for lunch appointment dengannya. Tujuan Syairul mahu bertemu dengannya hari ini more to informal meeting kerana dia belum memberi kata putus kepada Syairul samada dia mahu bekerja dengannya. Tapi Iesya mahu tahu sejauh mana kesungguhan Syairul mahu dia bekerja dengannya. Sanggupkah Syairul terima akan syarat-syarat yang bakal di bentangkan nanti. Iesya sudah berbincang dengan peguamnya Azhar akan syarat-syarat yang dia akan tetapkan sekiranya dia bersetuju bekerja dengan Syairul. Dengan ini dia tidak perlu banyak berbicara, kerana dia sudah mewakilkan Azhar bercakap bagi pihaknya.
 
bersambung...

No comments:

Post a Comment