Thursday 12 December 2013

Table for 2 - Part 10


Syairul mengurut dahinya perlahan. Kepalanya terasa berdenyut-denyut lagi bila Nora meninggalkan pesanan bahawa daddynya akan datang melawatnya besok. Bukan kerana dia tidak suka akan kedatangan daddynya itu. Suka. Malah mereka sudah 3 bulan tidak bertemu. Maklumlah daddynya itu tinggal di Dubai, jarang sekali Syairul melawatnya melainkan dia dikehendaki out-station. Tapi kedatangan daddynya kali ini tanpa ditemani ibu tirinya, Sophia. Meaning he’s here alone. Apa yang memeranjatkannya lagi lawatannya kali ini not about business, purely holiday dan hanya mahu menemui Syairul. Itu yang membuatkan Syairul bertambah pening kepala. Dia tidak kisah sekiranya daddynya datang dengan ibu tirinya Sophia dan bertujuan hendak membincangkan soal bisnes. Dia benar-benar tidak kisah. Sekurang-kurangnya ibu tirinya itu dapat melayan karenah daddynya.
 
               Syairul menekan butang intercom.
 
               “Nora, ada Tuan Bahrain kita beritahu berapa lama dia bercuti kali ini,” soal Syairul lemah. Dia tak nak babysit daddynya kerana dia banyak kerja yang perlu di uruskan. Lebih-lebih lagi restaurant barunya. He’s a bit anxious.
 
               “About 3 weeks katanya,” jawab Nora.
 
               “3 weeks, apa dia nak buat kat sini lama-lama,” ujar Syairul terperanjat.
 
               “Mungkin dia rindukan you sir, maklumlah you kan anak tunggal dia,” usik Nora. Nora tahu Syairul paling lemah kalau daddynya mahu ke Malaysia hanya untuk bertemu dengannya. Nora pernah beberapa kali bertemu dengan Tuan Bahrain. Dia seorang yang baik dan peramah. Tuan Bahrain masih kelihatan tampan walaupun usianya sudah hampir ke 60-an. Segak dan bergaya. Masih kelihatan charming, kalau nak disamakan dengan bintang  Hollywood. Dia boleh digandingkan dengan pelakon James Bond, Liam Neeson. Wajahnya sama macam tuan muda Syairul but older version. Like father like son. Both charming.
 
               Yeah miss me, miss me a lot,” ujar Syairul tersenyum tawar.
 
               Nora tersenyum bila mendengar komen bossnya.
 
               “Iesya ada buzz I,”soal Syairul. Dia tidak mahu memikirkan soal daddynya.
 
               “Hmm tak ada Mr Syairul, I think dia dah mula sibuk di kitchen,” ujar Nora. Dia sedar bossnya itu sejak Iesya bekerja dia tidak senang duduk di office. Ada sahaja yang hendak di ambil tahu. Iesya ada call tak? Ada message dari Iesya tak?. Entahlah mungkin tuan Syairulnya itu sudah mabuk kepayang dengan chef jelita itu. Nora tersenyum gelihati. Bossnya yang dikenalnya dahulu belum pernah dia sekalut sekarang. Bossnya yang dahulu ramai wanita cantik yang terkejar-kejar malah sanggup buat apa sahaja untuk membuatkan bossnya itu membalas cinta mereka, tiada seorang pun dia ambil peduli. Ada yang sanggup bertunggu tangga di pejabatnya. Namun Syairul tidak pernah melayan.
 
               “Hah apa yang buatkan awak senyum dari tadi,” tegur Syairul bila Nora tidak perasan bahawa dia sudah berada di hadapannya sedari tadi.
 
               Nora tersentak bila di sergah Syairul. Nora memandang wajah kacak bossnya. Dia tidak mengenakan jaket seperti selalu. Rambutnya tidak berapa terurus. Tali lehernya di longgarkan. Lengan bajunya di lipat. Kenapa boss kelihatan stress? Sebab Tuan Bahrain hendak datang?
 
               “Tak ada apa sir,” jawab Nora seraya tersenyum lagi. Begitulah keadaan Syairul bila dia terlalu boring. Wajahnya selamba sahaja.              
 
               “Hmm okay, I nak pergi tengok Iesya, siapa-siapa call cakap I ada meeting,” ujar Syairul seraya berlalu.
 
               “Ok sir,” jawab Nora ringkas lalu tersenyum. Boss rindu pada buah hati rupanya.
 
               Syairul berpatah balik ke meja Nora.
 
               Nora merasa hairan? Apa pula yang dia tertinggal kali ini.
 
               Do you want anything from the kitchen,” ujar Syairul.
 
               No sir, thanks,” jawab Nora tersenyum lagi.
 
               Are you sure?,” soal Syairul ingin kepastian.    
 
               Yes sir, thanks for asking,” jawab Nora cuba menahan diri dari terus tersenyum.
 
               Syairul menganggukkan kepalanya seraya berlalu. Nora mengelengkan kepalanya tersenyum gelihati. Dia tidak berani senyum di hadapan Syairul tadi khuatir bossnya akan merasa tersinggung. Dia tahu kenapa Syairul berbuat begitu, kerana dia baru dikenakan Iesya pagi tadi. Ha baru Tuan Syairul sedar siapa yang boss sekarang.


bersambung....

No comments:

Post a Comment