Thursday 12 December 2013

Table for 2 - Part 7


              Nora meletak gagang telefon sebaik sahaja perasan akan lelaki yang melintas mejanya tadi adalah bossnya Syairul. Syairul jalan terus ke bilik pejabatnya. Syairul tidak menegurnya mungkin kerana dia berada di talian. Apa kena dia balik office? Bisik Nora dalam hati. Selalunya kalau dia kata cuti bermakna dia tidak akan ke office lagipun dia dah block semua appointmentnya untuk Iesya sahaja Chef kesayangannya.
 
               “Nora, please come and see me,” Syairul intercom.
 
               Nora tersentak sebaik sahaja interkomnya berbunyi. Hmm mesti ada yang tak kenalah ni, kalau tidak jangan mimpi dia ada di office. Apa yang Iesya buat kali ini?
 
               Nora mengetuk pintu pejabat Syairul perlahan dan memulas tombol pintu dan menuju kearah Syairul yang sedang duduk menyandarkan badannya di sofa dan bukan di kerusi pejabat tempat dia selalu duduk.
 
               Order for me room service,” ujar Syairul sebaik sahaja Nora duduk berhadapan dengannya.
 
               Nora mengerutkan dahinya. Spontan sahaja dia merlirik kearah jam di pergelangan tangannya. Jarum jam menunjukkan hampir pukul 4.00 petang.
 
               For tea?,” ujar Nadia ingin kepastian kerana Syairul jarang memesan tea melainkan dia punya tetamu.
 
               Nope lunch,”
 
               Nora tidak menjawab. For lunch! apa dah jadi dengan lunch appointmentnya dengan Iesya tadi. Pasti mereka tidak ke restaurant yang di reserved. Nora tersenyum sendiri. Tahulah dia mengapa Syairul balik ke office rupanya dia mahu berteman.
 
               I know it’s late for lunch, but I need to eat proper food,” ujar Syairul lalu menyentuh perutnya yang sedang berkeroncong. Dia banyak meneguk kopi semasa mereka bersama tadi kentang goreng sekeping dua dan seketul Oreo tidak mengenyangkan perutnya.
 
               But I had my lunch already sir,” ujar Nora sebenarnya sudah kenyang.
 
Dia arif benar dengan perangai Syairul dia tidak suka makan seorang. Dia suka berteman. Dan orang yang menemaninya itu harus makan bersama. Dan yang peliknya dia tidak kisah siapa yang menemaninya makan. Yang selalu menjadi sasarannya Nora.
 
               Then you have-,” belum sempat Syairul menyambung ayatnya.
 
               Pintu biliknya dibuka dari luar. Mereka berdua menoleh kearah pintu serentak.
 
               Syairul dear, Syairul where have you been?,” ujar wanita yang secara tiba-tiba  menyerbu masuk ke biliknya tanpa appointment.
 
               Sorry sir, Maria cari you dari pagi tadi, I didn’t expect her to come here,” ujar Nora seakan berbisik. Dia tidak mahu wanita itu dengar dia mengadu pada bossnya.
 
               Meeting,” jawab Syairul pendek dia mengurut dahinya perlahan. Dia tidak tahu kenapa kepalanya tiba-tiba pening. Mungkin kerana kehadiran sepupunya Maria yang membuatkan dia sakit kepala kerana terpaksa melayan karenahnya.
 
               Order for me the usual,” pesan Syairul sebelum Nora keluar dari biliknya.
 
               Maria sudah pun duduk bersebelahan dengan Syairul.
 
               Order for me too,” ujar Maria. Dia tahu Syairul menyuruh Nora memesan makanan dari room service. Dan dia tahu benar Syairul suka makan berteman.
 
               “Mana you pergi, satu hari I call your office, Nadia kata you out tapi tak beritahu I you pergi mana,” ujar Maria seraya menyelak majalah yang terdapat di atas meja di hadapan.
 
               Syairul hanya mendiamkan diri. Dia tidak tahu kenapa sepupunya Maria tidak pernah berputus asa untuk tidak menganggunya. Maria benar-benar thick skin. Sudah beberapa kali dia menolak pelawaannya namun wanita itu tidak pernah putus asa.
 
               “Syairul,” tegur Maria bila Syairul seakan tidak mendengar keluhannya.
 
               “Kan ke I dah cakap ada meeting,” jawab Syairul. Dia bangkit dari sofa lalu menuju kearah pantry yang terdapat di belakang meja pejabatnya. Dia menuang kopi panas ke dalam cawan lalu menyerahkannya kepada Maria. Sungguhpun dia tidak berapa suka akan kunjungan dari Maria. Namun dia masih memberi layanan yang baik kepada Maria. Maria might be irritating but she’s harmless.
 
               Maria memerhatikan Syairul dari atas hingga ke bawah.
 
               Yeah right, meeting dengan polo shirt and jeans,” sindir Maria. Dia tahu Syairul berbohong. Matanya melirik ke arah Syairul. Syairul berpakaian casual no matter baju apa yang dipakai, he still look good and charming to be precise.
 
               Syairul tidak menafikan. Dia melirik kearah sepupunya Maria. Wanita yang tidak kurang cantiknya. Tapi Maria terlalu kebaratan. Suka memakai pakaian yang sendat dan terdedah sana sini hingga menunjukkan asetnya. Dan sebagai seorang lelaki dia tentu merasa seronok dapat mengadap asset Maria. Tapi tidak pada Syairul he love woman and lady but not a tramp. Decent clothes tidak terdapat di dalam dictionary Maria. Entah macamanalah pekerja lelaki di syarikatnya dapat menumpukan perhatian sekiranya bekerja di bawah jagaan Mariah. Syairul menuju kearah wardrobenya lalu mencapai salah satu jaket stand-by sekiranya dia ada meeting atau perlu urgent out-station.
 
               “Buat apa ni,” ujar Maria terperanjat bila Syairul menyerah jaket kepadanya.
 
               “Tak sejuk ke,” sindir Syairul lalu kembali ke kerusinya.
 
               Maria menjeling. Dia tahu Syairul menyindirnya tapi dia suka. Sudah lama dia cuba menawan hati Syairul namun Syairul buat tak endah sahaja. Semacam tidak ada hati dan perasaan. Dan tidak seperti lelaki lain pasti akan melirik kea rah assetnya bila dia memakai baju seksi. Syairul tidak. Belum pernah sekali Maria menangkap mata lelaki itu memandang kearah assetnya.
 
               “Rul, kenapa you tak suka dengan I,” ujar Maria dengan suara manja. Dia mendekati Syairul. Saranan Syairul untuk menyarung jaket ke atas tubuhnya langsung tidak di hiraukan. Jaket itu di sangkutkan di belakang kerusinya. Dia jalan menuju kearah Syairul lalu duduk di atas ribanya. Syairul tidak menegah dia tidak menoleh kearah Maria langsung kerana Maria tidak makan saman.
 
               “Kan I dah cakap I ni gay, you tak ingat ke,” ujar Syairul selamba lalu tersenyum. Dia hampir tergelak bila setiap kali Maria cuba mengodanya dia akan memberi alasan yang sama. Dia tahu Maria tidak percaya dengan apa yang dikatakannya namun Maria tidak dapat membuktikan bahawa Syairul seperti lelaki biasa. Yang sukakan wanita bukannya lelaki. Kadangkala Maria hampir percaya sekiranya Syairul itu ‘Gay’. Kerana selama ini jika dia menghadiri ke mana-mana majlis belum pernah dia ditemani mana-mana wanita selain dirinya dan Nora Personal Assistantnya. Tidak mungkin Nora itu kekasihnya kerana Nora sendiri mengaku bahawa Syairul seorang majikan yang serius tidak suka mencampur adukkan urusan kerja dengan peribadi.
 
               Don’t try to fool me Syairul,” ujar Maria. Tidak puas hati dengan alasan Syairul. Dia tahu Syairul mempersendakannya. Syairul tidak menjawab malah tersenyum bila Maria berkata demikian.
 
               “Anyway I datang sini hendak beritahu you, I heard that you are getting a new chef for one of your new restaurant, so you want me to write about it,” ujar Maria lalu kembali ke sofa dia malas hendak mendesak Syairul. Tiada gunanya. Syairul tiada perasaan.
 
 
bersambung...

No comments:

Post a Comment