Friday 6 December 2013

Marche/Kidszania/HRC/KrispyKreme


Guess kenapa aku namakan tajuk pelik kali ini? List things to do dan target perkara yang hendak di buat di KL. Insha allah.

Kidszania

Yes. Cuti kali ini walaupun tak jauh mana setakat KL sahaja (actual plan hendak ke Bangkok lepas tu ke KL) tapi Mr. Sam kata tak payah pergi sebab susah nak kawal budak 2 orang itu kalau ke Bangkok. Lucky tak jadi pergi sebab sekarang Thailand tengah ada demonstration. Macam tahu aje Mr. Sam ni. Oleh kerana tahun ini aku tidak bercuti kemana-mana pun selain dari balik kampungku di Batu Pahat. Jadi untuk cuti sekolah kali ini, aku plan untuk membawa Mikhail and Maya ke Kidszania. Menurut teman sekerja yang pernah ke kidszania kata mereka their kids really have fun di sana. Maka aku rajin masuk youtube tengok video mengenai kidszania dan tunjukkan kepada dua beradik tu. Bagi mereka hint apa yang ada kat Kidszania jadi mereka tidaklah blur tak tahu apa yang hendak di buat di sana nanti. Sedikit sebanyak mereka mendapat idea apa yang mereka boleh buat kat sana. Masa di Bandung dulu aku pergi ke indoor themepark. Mikhail happy sebab banyak ride yang boleh dia naik manakala maya kesian tak banyak ride  yang boleh dia enjoy. So this time round Maya can enjoy most of the establishment di Kidsznia.

Marche (The Curve)

Sementara bebudak tu enjoy-enjoy kat dalam kidszania. Daddy dan mummy pulak enjoy jalan-jalan shopping kat Curve. My main intention hendak makan kat Marche. Hehehe sebab di Singapore tak ‘halal’ maka aku hendak balas dendam kalau pergi ke Curve nanti. Macam-macam hendak ku cuba. Rosti, pizza, pasta, steak you name it, ice cream movenpick, crepe dan waffle. Dah tak sabar rasanya.

HRC

Berniat hendak singgah ke HRC. Dah lama tak pergi bukan kerana nak beli merchandise HRC. Hamba tak berminat. Tujuan ke HRC kerana hendak makan lamb ribs di sana. Sebelum kenal Tony Romas dan Chillis. Aku dan Mr. Sam selalu mengambil peluang untuk dining kat HRC dahulu. Then bila dah kenal Tony Romas dan Chillis lepas tu kita banding-bandingkan ribs mana yang enak dan lazat. So sekarang kita hendak balik semula ke HRC pula sebab Tony Romas the last visit dah pergi.

Krispy Kreme

Kekeke macamlah Spore tak ada Krispy Kreme eh? Sebab di spore queue selalu panjang and harganya mak oii mahal tu. Seketul kecil donut glaze berharga S$2.60. Boleh beli nasi ayam kat GS dengan harga seketul donut. Yana kata since kita stay kat Furama Hotel yang bersebelahan dengan Berjaya Times Square tu dan dia juga kata Krispy Kreme ada kat Berjaya. Belilah dalam sedozen dua buat ole-ole teman kerja. Ah ye sebelum sampai opis agaknya kotak kripsy kreme je tinggal.

Tengah countdown ni hehe.

No comments:

Post a Comment