Thursday 21 November 2013

Sweet Revenge - Part 20


Arash menuruni anak tangga untuk menuju ke dapur. Hari ini dia sudah kembali segar dan punya tenaga untuk bergerak. Selama hampir 3 hari dia tidak larat untuk berbuat apa-apa selain dari terlantar di katil. Mujur Alyssa banyak membantunya semasa dia sakit. Dia tahu Alyssa masih marah padanya namun dia tidak menyalahkan Alyssa. Dia tahu Alyssa tidak akan marah jika dia tidak melakukan kesilapan kerana isterinya itu seorang yang penyayang. Dia tidak tahu dan tidak ingat apa yang berlaku di antara mereka berdua sehingga Alyssa benar-benar menjauhkan diri darinya. Apa yang pasti dia tidak sampai ke tahap untuk berpisah dengan isterinya kerana sungguhpun mereka berlainan bilik namun mereka sebumbung ini bermakna mereka masih lagi suami isteri.
 

“Morning sayang,”ucap Arash kepada Alyssa dan Shima berada di meja dapur sedang menunggunya untuk bersarapan bersama.

 

            Shima hanya tersenyum meleret mendengar Arash berkata demikian sudah semestinya di tujukan kepada Alyssa. Wajah Alyssa merona merah menahan malu dan tidak menyangka Arash akan berkata demikian.
 

            “Hai Arash, tujukan untuk your wife aje,” sindir Shima lalu tersenyum.

 

            “Eh apa pula I berat sebelah, kan ke ucapan tu untuk you berdua,”ujar Arash bersahaja lalu menyuap roti yang sudah di sapu jem ke dalam mulutnya. Dia mencapai kopi panas lalu menghirupnya perlahan.
 

            “Tapi you cakap morning sayang, tentu untuk Alyssa seorang saja,” ujar Shima tidak mahu mengalah. Alyssa di sebelah Shima hanya menjeling sahaja. Dia tidak tahu kenapa Shima suka menyakat dia di depan Arash.
 

            “Eh, tak kan I nak ucap, morning sayang-sayang kan ke funny bunyinya,” jawab dengan wajah selamba.

 

            Shima ketawa gelihati dengan lawak spontan Arash. Wajahnya kelihatan bertenaga dan ceria setelah hampir tiga hari terlantar di atas katil. Alyssa yang menjaganya sepanjang dua hari semasa dia sakit. Alyssa menasihati Arash supaya jangan terlalu memaksa dirinya untuk memulihkan ingatan hingga memudaratkan dirinya sendiri. Tak sangka Arash dapat menerima tegurannya.

 

            “So I pun you sayang jugalah,” usik Shima lagi, naik seronok pula dia melayan Arash hilang semua tujuan hendak membalas dendam terhadap Arash.

 

            “Tentulah,”jawab Arash lalu meneguk kopinya lagi.

 

            “I nak ke rumah Dr. Harris, I hantar you berdua ke office, tak kan you berdua tergamak suruh I naik bas, kalau anak dara Datin Hafizah ngurat I, siapa yang susah,”ujar Arash lalu tersenyum.

 

            Aku yang berada di sebelah Arash pura-pura tidak dengar akan komen Arash. Aku ingatkan selama ini Arash tidak perasan bahawa anak gadis Datin Hafizah jiran sebelah mula hendak menarik perhatian Arash, memang aku tidak menafikan Arash sememangnya jejaka kacak dan dia awet muda sungguhpun usianya dalam lingkungan pertengahan 30an dia kelihatan seperti lewat 20an tidak mustahil gadis 20an pun tertarik dengannya.


            “Ala sweetnya boss kita tu eh, Lysa kau betul tak berkenan pada dia, aku rasakan kalau aku tak ada Fahmy dah lama aku tackle Arash, tidak menyangka Arash seorang lelaki yang baik,” ujar Shima lalu mencuci cawan yang digunakannya tadi. Dia berani memberi komen sedemikian bila Arash sudah keluar menuju ke arah ruang tamu.
 

            “Aku tidak ada menaruh perasaan apa-apa pada dia,” jawabku selamba sambil membaca akhbar. Tidak berminat untuk berbincang mengenai Arash ketika dia berada di rumah. Takut di dengari si empunya diri.

 

            “Oh really, habis tu yang kau risau sangat tentang dia masa dia sakit dulu, tak ada perasaan apa-apa, pelik,” ujar Shima. Dia tahu Alyssa ada menaruh perasaan pada Arash tapi dia sengaja menafikannya.
 

            “Sebagai manusia tentu aku kasihan melihat keadaannya,”

 

            “Yelah tu, aku tak terima alasan kau, kalau kau tak sayangkan dia tak mungkin kau menangis malam itu melihat keadaannya, Alyssa, kau boleh bohong aku tapi kau tidak boleh membohongi hati kau, aku tahu kau sayangkan Arash kenapa kau tidak berterus terang padanya sahaja,” hujah Shima lagak seperti seorang pakar cinta.

 

            “Untuk apa, aku pasti Arash tidak akan dapat memaafkanku sekiranya dia mengetahui bahawa selama ini dia hanyalah mangsa permainan dendam kita terhadap dirinya, cuba kau fikir,” jawab ku selama ini aku hanya endah tak endah sahaja dengan usikan Shima mengenai hubungan aku dengan Arash. Kali ini aku berikannya alasan yang kukuh mengapa aku cuba membohongi diriku bahawa aku tidak punya perasaan apa-apa pada Arash agar Shima sedar apa yang kita harapkan tidak semestinya menjadi kenyataan.

 

Shima terdiam mendengar penjelasan dari Alyssa. Memang benar apa yang di katakan oleh Alyssa. Shima sendiri tidak dapat mengagak apa akan terjadi sekiranya semuanya berakhir.
 
 
To be continue...

No comments:

Post a Comment