Tuesday 19 November 2013

Sweet Revenge - Part 14


Sekali lagi kami mendapat satu lagi kejutan bila mendapati kereta Audi milik abangku berada di hadapan lobby tempat kami bekerja. Arash menanti kami di dalam kereta. Setahu aku, aku tidak pernah memberitahu Arash akan alamat tempat kami bekerja. Kami segera menuju kearah kereta tidak mahu rakan seperjabat ternampak Arash. Naya kami dibuatnya.

 

“Hissh si PC ni tak habis-habis menyusahkan kita,” rungut Shima lalu membuka pintu belakang kereta. Aku duduk bersebelahan dengan Arash.

 

“Kenapa you susah-susah jemput kita,” ujarku sebaik sahaja aku mengenakan tali pinggang keledar. Memang hari ini aku tidak memandu kerana kereta yang selalu ku pandu dihantar untuk service. Tapi aku tidak pernah meminta Arash menjemput kami.

 

“Abang kesian tengok you berdua naik bas, kebetulan abang bosan duduk rumah, abang jemput Lysa,” ujarnya cuba tersenyum. Wajahnya kelihatan letih seolah-olah sejak pagi tadi dia belum pulang ke rumah.

 

Aku tersentak bila telefon bimbitku berbunyi. Aku mencapai telefon dari bag.

 

Abang. Sejak bila pulak dah pandai berabang-abang ni. Shima

 

Ini semua kau punya pasal lah dia dah pandai membahasakan diri dia abang.  Pantas jariku menaip message menghantar kepada Shima lalu menyimpan telefon ku kembali ke dalam bag.

 

Shima tersenyum.

 

“Rash, you cut your hair,” tegur Shima untuk menghidupkan suasana sunyi. Dia tahu Alyssa marah pada Arash, daripada sepanjang perjalanan mereka hanya mendiamkan diri biar dia buka cerita agar tidak bosan.

 

“Kenapa tak sesuai dengan I ke,” ujarnya seraya menjeling cermin pandang belakang ke arah Shima.

 

“Nope, you look much more better, more apa tu charming, eh really nampak fresh,” puji Shima ikhlas. Dia pun hairan sejak bila pulak dia pandai memuji si Arash sampai macam gitu sekali. Dulu Shima sering menafikan yang Arash jejaka kacak. Tapi sekarang dia mengakui sememangnya Arash dalam kategori tersebut. Tengok sahajalah sebiji jerawat pun tak ada di mukanya. Dan dia senantiasa kelihatan kemas dan bergaya walaupun berpakaian casual.

 

“Hai, charming macamana pun kalau hati isteri sendiri saya tak dapat tawan pun nak buat apa,” ujar Arash lalu menjeling ke arah Alyssa sekilas cuba melihat reaksi Alyssa bila dia memberi komen sedemikian.

 

Aku tersentak mendengar sindiran Arash. Apa maksudnya? Aku berpura-pura buat tidak dengar.

 

“Alah, you pandai-pandailah pujuk dia, dia tu nampak aje keras hati tapi tuhan sahaja yang tahu apa dalam hatinya,” usik Shima lalu tersenyum. Dia sedar Alyssa tentu menyirap mendengarnya, apa taknya dia boleh melayan si Arash.

 

“Hari ini Lysa tak payah masak, kita makan luar,”ujar Arash lalu tersenyum.

 

“Eh tak apalah, kita boleh masak, tak payah makan luar,” ujarku kerana tidak begitu setuju makan di luar. Aku khuatir makan di luar nanti terserempak dengan orang-orang yang mengenali Arash.

 

“Kita makan luar please, abang kesiankan Lysa penat balik kerja kena masakkan untuk kami, apa salahnya kita makan luar hari ni so Lysa boleh rehat,” pujuk Arash.

 

Aku tergamam bila Arash memujuknya. Berderau hatiku bila Arash berbuat demikian. Yelah kerana tidak biasa menerima layanan baik dari Arash. Arash the Dictator. Serba tidak kena aku dibuatnya.

 

Kadang-kala aku merasa kasihan pada Arash. Aku tidak tahu akan sejarah silam Arash. Kami hanya mengenali Arash yang bengis, sombong dan selalu menyakitkan hati. Tapi sejak Tan Sri mengatakan Arash tidak begitu sebelum ini. Hatiku beria-ia ingin tahu akan maksud Tan Sri Farihin. Namun hampa kerana Tan Sri tidak mengulas atau menceritakan tentang perihal anaknya semasa kami makan tengahari tempoh hari. Jadi aku tidak tahu apa yang membuatkan Arash berubah perangai. Pasti ada cerita di sebaliknya.



To be continue..

1 comment: