Tuesday 19 November 2013

Sweet Revenge - Part 10


            Terasa janggal pula bila aku terpaksa makan malam berdua sahaja dengan Arash. Faries keluar makan malam bersama teman-temannya. Manakala Fariesya tidak pulang ke rumah minggu ini. Dia duduk di dorm kerana assignmentnya masih belum dapat di siapkan lagi. Shima pula balik kerja terus flat. Penat katanya kerana seharian di site. Di kejut untuk makan dia tak nak. Terpaksa aku makan seorang. Atau berdua dengan Arash tu? Aku kalau tahu Shima malas hendak makan malam tadi. Tak adalah aku rajin masak makan malam. Makan berdua di luar sahaja senang. Dan untuk Arash kita bungkuskan nasi goreng aje. Hissh payah. Tak kanlah aku hendak makan seorang tanpa mengajak Arash sekali. Nanti dia fikir aku ni isteri derhaka pulak kerana tidak makan bersama suami. Isteri? Aku hanya isteri olok-olok aje bukan isteri betul dia. Tulah pandai sangat hendak mengenakan orang sekarang aku terkena sendiri. Macamana aku hendak lari dari situasi janggal ini. Patut ke aku tunggu dia? Aku menumpang dagu sambil berfikir. Lagak seperti masalah besar. Semasa aku menyediakan makan malam tadi Arash ada ke dapur mengambil air di peti sejuk. Dia menawarkan diri untuk membantu namun aku menegahnya untuk berbuat demikian kerana semuanya sudah siap hanya perlu dihidangkan sahaja. Aku menyuruhnya menonton tv atau berehat sementara menungguku menghidangkan makanan. 

 

            “Tak baik termenung depan rezeki,”

 

            Aku tersentak bila di tegur Arash. Bila ketikanya dia berada di hadapan aku. Tahu-tahu dia sudah berada di depan mataku. Magic sungguh. Arash baru sahaja menunaikan solat magrib kerana dia memakai baju melayu berwarna beige dan berkain pelekat coklat milik abangnya. Aku tersenyum sendiri kerana aku hanya biasa melihat dia mengenakan suit dan aku tidak biasa melihat dia berpakaian demikian sebelum ini.

           

            “Oh maaf,” itu sahaja yang dapat ku katakan bila di tegur Arash. Aku segera mencapai pinggan lalu menyenduk nasi ke atas pinggan Arash. Sejak bila pulak si Arash ni pandai cakap macam tu. Selama ini mana pernah dia cakap sopan macam tu. Di pejabat aku hanya ingat herdikan dan kata-kata yang tidak enak dari lelaki itu. Apa agaknya cerita Arash sebelum ini sehingga dia berperangai sedemikian? Masih teringat-ingat akan kata-kata Tan Sri Farihin siang tadi mengenai Arash namun dia tidak sempat menyambungnya masa makan siang tadi.

 

            “Shima tak join kita makan sekali?,” soal Arash bila Shima tidak ada bersama di meja makan.

 

            “Dia penat,” jawabku ringkas.

 

            “Banyak kerja di pejabat tadi?,” soal Arash ramah bila Alyssa gemar mendiamkan mendiamkan diri dan dia terasa seperti dia seorang sahaja yang berada di ruang makan.

 

            Kali ini aku hampir tersedak bila dia bertanya tentang kerja aku. Apa ingatan dia sudah pulih ke? Kenapa dia tanya pasal pejabat? Ok aku tidak boleh jump into conclusion mungkin itu hanya soalan biasa sahaja.

 

            “Boleh lah mid year banyak buat auditing,” jawabku sambil lewa sambil menyuap nasi ke dalam mulutku. Berdoa dalam hati kalau benar Arash sudah ingat kembali silap hari bulan boleh melayang pinggan di muka aku. Tak pun dia dah hubungi polis untuk menangkap aku dan Shima kerana menculiknya.  Aduh peluh dingin mula memercik keluar dari dahiku.

 

            “Alyssa berkerja di Syarikat mana?” soal Arash lagi.

 

            Aku merasa tidak selesa bila Arash bertanya soalan yang bersangkutan dengan kerja. Kalau lebih lama aku berada di sini. Satu persatu soalan dia ajukan kepadaku. Ini baru soal kerja nanti dia sentuh soal peribadi pula. Hissh tak nak aku. Bab-bab ni Shima belum beri aku skrip bagaimana hendak menjawab soalan si Arash. Ada baiknya aku beredar sekarang.

 

            “Syarikat pembangunan,” jawabku ringkas tanpa mengulas panjang. Tanpa menunggu Arash selesai makan. Aku sudah bangkit dari kerusi lalu mencapai pinggan kosongku. Dengan selambanya aku menuju ke dapur untuk meletak pinggan ke sinki lalu mencuci tangan. Sengaja aku berada di dapur agak lama sikit. Biar Arash tahu aku tidak suka dengannya.

 

            Aku berpura-pura mencuci pinggan bila Arash ke dapur untuk mencuci tangan. Sebaik sahaja dia berad di sinki. Aku ke ruang makan untuk membersihkan meja. Aku cuba sedaya upaya untuk tidak bersama dengannya. Arash pula seakan mengerti bahawa Alyssa tidak mahu di ganggu. Dia segera menuju ke bilik untuk berehat.

 

            Aku tersenyum puas bila Arash seakan mengerti message yang aku cuba sampaikan. “I don’t like to be disturb, please leave me alone”. Fuh nasib baiklah ingatannya masih belum pulih lagi. Tapi sampai bila aku hendak kidnap Arash? Kalau ingatannya tidak pulih bagaimana? Tak kan selamanya kami hendak berlakon? Aku mula panic sendiri. Iskk tak boleh jadi ni. Aku mesti gegar Shima.



To be continue...

No comments:

Post a Comment