Tuesday 19 November 2013

Sweet Revenge - Part 11


Aku membuka pintu menoleh ke kiri dan ke kanan. Ruang tv kelihatan gelap ini bermakna Arash berada di dalam biliknya. Yes. Aku menuju kearah ruang TV lalu duduk di sofa. Tanganku mencapai remote lalu menekan on. Suara tv ku kecilkan kerana tidak mahu menganggu Mr. Big Shot kita berehat. Aku melirik kearah jam di dinding. Hampir ke pukul 10 malam. Mana pergi budak Faries tak tahu hendak pulang awal. Report kat ayahnya baru tahu. Hujan di luar masih lebat dari petang tadi masih belum reda. Bosan pula tidak ada teman berbual. Hendak tidur mata masih belum mengantuk lagi. Shima pula dah pengsan puas aku mengejutnya untuk makan bersama katanya sudah kenyang kerana makan banyak masa lunch dengan Tan Sri Farihin. Nasib baiklah Arash tidak banyak rewel masa makan tadi. Aku sengaja melayannya endah tidak endah kerana aku mahu Arash benar-benar percaya bahawa sebelum dia kemalangan kami sememangnya tidak sefahaman atau perang dingin. Aku duduk di atas sofa lalu menekan-nekan butang remote untuk mencari rancangan yang menarik untuk kutonton untuk menghilangkan rasa bosan. Sedang aku leka menyaksikan siri sitcom Friends. Pintu bilik Arash dibuka. Ah sudah belum tidur lagi si mamat ni?

 

            “Lysa belum tidur,”tegur Arash lalu melabuhkan punggungnya di sofa duduk bersebelahan denganku. Ok nasib baik sofa itu panjang kalau muat-muat untuk dua orang aku bangun cepat-cepat. Issh tak nak aku duduk rapat-rapat dengan dia.

 

            Aku tidak menjawab atau menoleh ke arahnya. Hanya mengelengkan kepala perlahan untuk menjawab soalannya. Aku menjeling kearah Arash ingin melihat reaksi seterusnya. Wajah Arash sungguh bersahaja seolah-olah dia tidak merasa sakit hati diberi layanan begitu. Uiik pelik. Penyabar sungguh. Betul ke ni Arash? Atau kita dah culik salah orang. Arash dulu jangan kata boleh sabar. Silap haribulan dia campak barang kat muka aku bila kita bersikap kurang ajar dengannya.

 

            “Boleh abang tengok sama,”ujar Arash cuba menarik perhatian Alyssa.

 

            “Sure,” jawab aku selamba. “Abang” sejak bila pula dia sudah pandai ber’abang’ ni. Selalunya ‘you’ dan ‘I’. Aku mula merasa tidak sedap hati.

 

            Minat aku hendak menonton siri sitcom Friends tiba-tiba terbantut bila Arash join sama kerana tidak selesa bila kami berdua sahaja ada bersama. Lagipun aku tidak biasa berada berduaan dengan Arash. Canggung rasanya bila Arash duduk bersebelahan dengan aku. Aku benar-benar tidak suka pada Arash. Sungguhpun Arash sekarang berbeza dengan Arash yang dahulu, aku percaya sekiranya ingatannya kembali. Arash akan berkelakuan seperti dahulu. Lelaki sombong dan ego. Aku tidak berkenan dengan perangai buruk Arash yang sering membuatkan aku geram dan benci padanya. Arash di sebelahku tidak bersuara sedari tadi mungkin dia serik hendak berbual kerana aku tidak melayannya tadi. Dia menonton siri sitcom Friends dengan penuh minat. Sesekali dia tersenyum gelihati dengan gelagat pelakon siri sitcom itu. Ikukan hendak sahaja aku bangun meninggalkan sofa sebaik sahaja Arash duduk di sebelah ku. Tapi aku batalkan niat kerana ia akan kelihatan ketara sangat yang aku tidak sukakannya. Aku mencapai gelas yang sudah kosong yang berada di meja lalu menuju kearah dry kitchen. Sempat aku menjeling ke arah Arash untuk melihat reaksinya bila aku berbuat demikian. Bosankah dia bila aku melayannya begitu. Hendak juga tengok Arash marah-marah seperti dahulu. Arash kelihatan selamba dan begitu asyik menyaksikan siri sitcom itu dan tidak perasan aku mencuri pandang ke arahnya. Sangkaku, Arash sengaja hendak mencari peluang untuk bersamaku sebab itu dia sengaja menonton televisyen bersama. Rupa-rupanya tidak, selamba sahaja wajahnya tidak merasa pelik bila aku sengaja mengelak darinya. Ok good. Aku berjalan menuju kearah bilik perlahan. Aku berharap Arash akan menegurku bila aku berbua demikian. Seperti tadi Arash tidak bersuara atau menegurku.    


            Awal-awal lagi aku sudah bangun. Semua ahli dalam rumah belum bangun lagi. Entah apa angina ku tiba-tiba terasa terlebih rajin untuk menyajikan sarapan pagi hari ini. Selalunya aku ambil ringkas aje hidangkan roti dan butter tapi pagi ini aku menyediakan nasi goreng kampung. Air panas dituangkan ke dalam teko yang berisi serbuk milo. Aku mengacau milo perlahan agar sebati lalu meletak teko berkenaan di atas meja yang sudah siap di hidang dengan nasi goreng. Aku berjalan melintasi bilik Arash untuk mengejut Shima dan anak saudaraku Faries. Arash? Hmm tak perlu pandailah dia bangun sendiri. Aku berhenti melangkah bila menyedari pintu bilik Arash terbuka sedikit daun pintu ditutup tidak rapat. Aku menghampiri pintu bilik Arash. Senyap. Aku memegang tombol pintu ingin masuk ke dalam. Aku segera melepaskan tangan bila menyedari akan kesilapanku.

 

            “Gila aku ini, buatnya dia tengah pakai baju atau apa-apa tak ke naya,” bisikku dalam hati sambil tersenyum gelihati. Tapi hatiku begitu teringin untuk masuk ke dalam bilik Arash. Kerana selama 3 minggu Arash disini aku tidak pernah mengemas atau membersihkan biliknya kerana tidak teringat langsung haha. Dia ingat aku ni maid dia ke hendak bersihkan bilik untuknya. Kalau tinggal dihotel sekurang-kurangnya berbayar. Dia percuma sahaja tinggal di sini. Makan pakai semua di tanggung. Jadi pandai-pandailah kemas bilik sendiri. Tak kan itu pun tak boleh? Tapi bukan ke aku yang membawanya ke sini? That’s beside the point. Apa yang aku cuba hendak tekankan. Arash anak orang kaya. Dia hanya mengharapkan pembantu untuk membersihkan biliknya.

 

“Ahh biasalah mana ada anak orang kaya bangun awal, kalau matahari tak atas kepala tak mungkin dia bangun tidur,” bisikku dalam hati.

 

Aku menolak daun pintu perlahan sedikit demi sedikit. Akhirnya pintu bilik Arash Berjaya ku buka seluasnya. Hmm orangnya tak ada di bilik. Mana perginya? Sengaja aku membiarkan pintu biliknya terbuka luas. Sekiranya Arash berada di dalam kamar mandi sempat aku berlari keluar nanti agar agenda yang tidak diingini berlaku. Bilik Arash kelihatan terang berderang kerana langsir yang menutupi pintu sliding door ke balkoni sudah diselak dan penghawa dingin sudah dimatikan hanya angin sepoi-sepoi bahasa dari luar yang menerpa masuk. Aku memeluk tubuh kerana kesejukan. Aku menjungkitkan keningnya kerana tidak menyangka bilik Arash begitu bersih dan teratur. Sebelum Arash tinggal di bilik ini aku hanya sempat kemas ala kadar sahaja kerana tidak mempunyai cukup masa untuk menghiasi bilik tetamu. Aku kagum melihat bilik Arash yang dihias dengan caranya yang tersendiri. Kebanyakan perabot atau barang-barang yang di atur oleh aku dan Shima sudah di tukar posisinya. Aku tersenyum sambil mengelengkan kepala. Aku menoleh ke arah meja solek. Terdapat sehelai kain pelikat berserta sejadah di atas meja solek. Setahu aku, aku tidak pernah menyediakan sejadah kepada Arash. Kerana aku tidak teringat untuk menyediakannya. Ah mungkin ada tersimpan di dalam almari pakaian. Disebelah sejadah tersebut ada buku doa seharian. Aku melangkah keluar dan menutup pintu biliknya dan berlalu menuju ke arah bilik Faries untuk mengejutkannya bangun tidur.

 

“Wah apa mimpi kau hari ini, bukan main rajin lagi masak nasi goreng untuk breakfast, kalau tidak jangan harap kau nak bangun pagi-pagi siapkan nasi goreng, eh Lysa kan ke bagus kalau mood rajin kau hari-hari macam ni tak payahlah breakfast kat cafĂ© save sikit duit,” giat Shima Tangannya ligat menceduk nasi goreng yang masih berwap ke pinggannya.

 

Aku tidak menjawab kerana malas hendak melayan Shima.

 

“Prince Charming dah bangun,” soal Shima.

 

“Dah, tapi tak tahu kemana dia pergi,” jawabku acuh tak acuh.  

 

“Aiik lain macam aje jawapannya, kau gaduh dengan Arash ke,” tanya Shima.

 

“Shima aku nak tanya kau sampai bila kita hendak simpan Arash di sini? Buatnya ingatan dia tidak pulih langsung bagaimana? Tak kan lah kita hendak menyimpan dia selamanya di sini? Aku dah bosan dengan plan kita ni, apa kata kita berterus terang sahaja pada Arash senang cerita,” Yelah masa buat plan hendak mengenakan Arash kami tidak terfikir sampai bila.

 

“Kau gila hendak memberitahu Arash perkara yang sebenar? Kau dah puas hidup ke? Kau dah kenapa?, Arash tidak ada memberi masalah sepanjang dia duduk dengan kita lagipun Tan Sri ada kata yang anaknya itu memang tabiatnya suka menghilangkan diri, kenapa pula kau nak menarik diri, aku belum puas nak kenakan si Arash,” terang Shima. 

 

“Aku, bosanlah kalau dia duduk sini tak ada privacy langsung,” ujarku tidak berpuas hati. Mula-mula tu memang seronok lama kelamaan rasa rimas pula. Aku tidak tahu kenapa sejak kebelakangan ini aku merasa tidak sedap hati membiarkan Arash berada di sini lama-lama. Tak tahulah kenapa.

 

Shima hanya tersenyum meleret. Dia tahu bukan sebab tak ada privacy. Sebab yang lain. Tapi Shima tak pasti apa sebabnya.

 

“Kenapa kau tak selesa Arash duduk rumah ni, kalau dia ada kacau kau, beritahu aku, aku marahkan dia,” ujar Shima cuba mengorek rahsia yang Alyssa cuba sembunyikan dari pengetahuannya.

 

“Aku serius Shima, apa jiran kata nanti,”jawab ku mendatar kerana Shima tidak faham akan maksudku yang sebenar.

 

“Hai dah nak masuk tiga minggu baru kau cakap takut orang mengata, hei ini Shimalah bukan budak 2 tahun yang kau boleh percaya dengan cakap kau, ni mesti ada yang tak kena, cuba cerita dengan aku sikit,” desak Shima sambil menghirup milo. Tak sabar mendengar penjelasan dari Alyssa.

 

“Nanti aku cerita pada kau kat kerja sini susahlah,” jawabku sambil tersenyum.

 

“Lah kat kerja lagi susah nak cerita nanti satu dunia tahu yang kita kidnap anak Tan Sri Farihin,” ujar Shima tak mahu mengalah dia seboleh-boleh hendak tahu apa sebabnya.

 

“Nanti buatnya si-,”

 

“Si Prince Charming dengar, dia dah pagi-pagi cabut pergi hospital untuk further check-up,” celah Shima.

 

“Aku tak tahu pun,” jawabku terkejut, aku orang pertama yang bangun pagi tadi. Lepas solat subuh aku terus ke dapur menyediakan sarapan pagi. Masakan aku tidak dengar langsung Arash keluar tadi.

 

“Aiik ni yang pelik, aku ingatkan dia beritahu kau tadi, hmm kau berdua ni merajuk macam laki bini lah,” ujar Shima lalu menyuap sisa nasi goreng ke dalam mulutnya.

 

“Laki bini tak ada maknanya,” jawabku menjeling kurang senang dengan komen Shima. Banyaklah dia punya laki bini.

 

“Ahh kenapa pulak kau risau, selalunya tak macam gini sejak bila pulak kau pandai ambil berat tentang PC tu, selalunya kau buat tak peduli,” usik Shima. Dia perasan perubahan ke atas diri Alyssa sejak akhir-akhir ini dia banyak menyembunyikan perkara yang selalu di kongsi bersamanya.

 

“Siapa pula ambil peduli tentang dia, biarlah dia nak telentang ke terlunkup ke bukan masalah aku, lagipun bukan laki aku apa aku kisah,” jawabku geram. Geram benar dengan Shima suka sangat menyakatku.

“Kau benar-benar benci pada Arash eh? Aku tengok kau selalu mengelak bila dia cuba berbual dengan kau?,”

 

“Memang aku benci dengan Arash, kau lupa ke plan kita hendak mengenakan dia bukan hendak sukakan dia,” jawabku dengan wajah serius. Kenapa pula aku harus suka pada lelaki bongkak itu. Ini masa dia tidak ingat. Kalau dia sudah ingat pasti dia kembali kepada perangai asalnya.

 

Shima terdiam bila Alyssa berkata demikian. Ada benarnya apa yang di katakana Alyssa sampai bila kami hendak melakonkan sandiwara semasa ni. Dan sekiranya kita berterus terang kepada Arash. Bukan menyelesaikan masalah menambah masalah lagi ada. Silap-silap haribulan kami berdua di penjarakan. Arash bukan boleh di bawa berbincang.



To be continue..

No comments:

Post a Comment