Wednesday 20 November 2013

Sweet Revenge - Part 15


Shima sibuk berbual di telefon bimbitnya. Fahmy teman lelakinya yang sudah hampir tiga minggu tak berjumpa kerana Fahmy tidak berada di sini out-station di Paris selama 2 bulan. Tentulah rindunya pada si Fahmy tu tak terkata, boyfriend out-station dahlah tak dapat jumpa cakap kat telefon pun jarang-jarang. Arash ke tandas. Sementara aku seronok memerhatikan seorang budak perempuan comel yang duduk berhadapan meja kami. Budak perempuan tu sungguh comel wajahnya seperti anak patung, matanya bulat, bibirnya kecil molek dan berkulit kemerah-merahan. Aku meneka sendiri umurnya dalam 6 tahun. Ibunya pula berbangsa eropah. Budak perempuan itu memiliki kulit, warna mata dan warna rambut seperti ibunya. Wajahya pula tidak seperti ibunya walaupun hidungnya mancung tetapi mata dan raut wajahnya seperti orang berbangsa melayu. Tentu bapanya berbangsa melayu. Bisikku lalu tersenyum. Aku asyik memerhatikan budak perempuan tersebut entah kenapa aku benar-benar tertarik hati dengan budak comel itu. Budak perempuan itu leka bermain dengan Barbie doll pemberian ibunya. Sementara ibunya sibuk berbual dengan teman wanitanya. Dia begitu asyik bermain dengan Barbie doll tersebut, tanpa di sengaja dia terlanggar air minuman teman ibunya sehingga tertumpah di atas meja.

 

“Aaliyah, kenapa nakal sangat mama dah kata main kat bawah,” marah wanita eropah itu dalam bahasa melayu.

 

Aaliyah yang baru di marahi ibunya menundukkan kepalanya kebawah takut menatap wajah ibunya yang sedang marah.

 

“It’s o.k. Amanda, he just a small child,” ujar sahabatnya kasihan melihat Aaliyah dimarahi temannya.

 

“Give the doll to me,”ujar Amanda meninggikan suaranya.

 

Aaliyah menyerahkan anak patung barbie tersebut lalu duduk bersila di atas carpet manakala kedua-dua tangannya ditongkat di atas dagunya memandang tepat ke arah Alyssa yang sedari tadi memerhatikannya.

 

Aku membuahkan senyum sebaik sahaja mata kami bertaut. Aaliyah membalas senyumanku. “Hi, come,” Aku melambai ke arahnya. Aaliyah mendongak ke arah ibunya yang sedang leka berbual dengan temannya lalu menoleh kembali ke arah wanita yang melambai tangan ke arahnya.

 

“Come,” ujarku ramah sambil menunjukan beberapa biji coklat yang kebetulan aku bawa bersama ingin ku beri kepadanya agar dia ceria kembali.

 

Aaliyah tersenyum dan merangkak perlahan menuju ke arah mejaku. Ibunya tidak menyedari Aaliyah sudah berada di sebelahku.

 

“Here aunty give you some chocolates,” ujarku lalu memberi chocolate tersebut kepada Aaliyah.

 

“Thanks for the chocolate aunty,” ujarnya dengan wajah bercahaya. Tanpa berlengah lagi dia membuka timah kertas yang membaluti coklat kiss almond pemberian Alyssa.

 

“So what is your name,” soalku lalu mengusap rambut panjang budak itu perlahan.

 

“Nurul Aaliyah Harris,”ujarnya lalu tersenyum. “You can call me Aaliyah,”ujarnya lagi.

 

“Like the chocolate,”

 

Aaliyah tidak menjawab lalu menganggukan kepalanya. Aku memandang ke arah ibu Aaliyah dia masih tidak menyedari anaknya tidak berada di sisinya. Ada lebih baiknya aku suruh Aaliyah kembali kepada ibunya. Kalau ibunya menyedari dia tiada di meja pasti Aaliyah di marahinya lagi.

 

“Hello, beautiful girl what is your name?,” ujar Arash sebaik pulang ke mejanya. Dia terperanjat bila terlihat ada seorang budak perempuan anak mat-saleh comel duduk di sebelah Alyssa.

 

Budak perempuan itu menoleh ke arah suara yang menegurnya. Dia kelihatan terperanjat sebaik sahaja terpandang Arash di hadapan.

 

“Daddy,” ujarnya chocolate yang berada di tangannya di lepaskan. Dia terus mendakap Arash erat lalu menangis teresak-esak. Arash tergamam bila budak itu memanggilnya daddy namun dia membalas dakapannya dan mengusap belakang Aaliyah perlahan seakan memujuknya berhenti menangis. Aku yang berada di sebelah turut kaget melihat kejadian yang tidak di sangka itu. Shima yang sedari tadi asyik bergantung di telefon turut terperanjat melihat Arash memeluk budak perempuan yang tidak dikenali. Shima menyiku tanganku, dia ingin tahu apa yang telah terjadi.

 

“Don’t leave me daddy, I miss you so much,” ujar Aaliyah teresak-esak dia memeluk Arash erat seperti tidak mahu melepaskannya. Entah macamana Arash turut tidak mahu melepaskan pelukannya. Hatinya tersentuh melihat wajah anak kecil itu menangis. Dia memujuk Aaliyah dan mengatakan yang dia bukannya bapanya. Aaliyah tersilap orang.

 

“Aaliyah, where are you?,” tiba-tiba kami dikejutkan suara ibu Aaliyah memanggil namanya.  Dia baru sedari Aaliyah tidak berada di bawah meja.

 

“There you are you naughty girl, what are you doing,” ujarnya setelah ternampak Aaliyah mendakap seorang lelaki yang duduk berhadapan meja mereka. Dia turut terperanjat bila Aaliyah berbuat demikian.

 

“I’m so sorry she’s naugthy girl, come Aaliyah,” ujar wanita itu untuk mengambil Aaliyah.

 

“No, I want to stay with daddy,” ujarnya tidak mahu melepaskan tangannya dari terus memeluk Arash erat.

 

“What, nonsense Aaliyah, I’m so sorry,” ujar wanita itu lalu menoleh ke arah lelaki yang di peluk anaknya itu.

 

“Arash,” ujarnya antara dengar dengan tidak, dia terperanjat setelah perasan akan wajah lelaki yang di peluk Aaliyah. Arash turut terkejut bila wanita itu mengetahui namanya. Wanita itu kenal padanya?

 

“Come Aaliyah, he’s not your father, please stop your nonsense,” ujarnya meninggikan suara lalu menarik tangan Aaliyah kasar. Dia ingin segera keluar dari restaurant tersebut.

 

“Be gently to her, she just a small girl,” kali ini Arash bersuara setelah menyedari tindakan emak budak itu terlalu kasar.

 

“Jangan cuba hendak mengajar I tentang menjaga Aaliyah, Arash,” ujarnya lalu mendukung Aaliyah seraya berlalu tanpa memperdulikan orang ramai memerhatikan mereka. Kali ini Arash tersentak setelah mendengar wanita itu memarahinya dan mengapa wanita itu terlalu marah padanya. Apa kena mengena wanita itu dengannya? Bingung Arash di buatnya.


Sejak kejadian tempoh hari Arash menjadi pendiam dan selalu mengasingkan diri. Aku pula tidak mahu menganggunya. Buat pertama kalinya aku merasa benar-benar kasihan pada Arash. Sejak kejadian di restaurant kelmarin wajahnya tidak lagi bercahaya dan ceria seperti selalu, dia berubah menjadi pendiam. Walaupun sebelum ini Arash masih tidak dapat mencari identitynya yang sebenar. Namun dia masih boleh menerimanya. Aku percaya Arash sememangnya seorang yang penyayang. Tapi kenapa dia tidak menunjukan sikap demikian pada pekerjanya sehingga membuatkan pekerjanya benci dengan kelakuannya. Aku sendiri tidak percaya apa yang ku lihat ketika Arash membalas pelukan budak perempuan itu erat dengan penuh kasih sayang dan Arash kelihatan natural membelai budak perempuan itu sedikit pun dia tidak merasa janggal. Persoalanku terjawab hanya melalui Tan Sri. Tapi bagaimana hendak ku tanya pada Tan Sri tanpa sebab. Tidak mungkin Tan Sri hendak memberitahu aku mengenai Arash.
 
 
To be continue...

No comments:

Post a Comment