Wednesday 20 November 2013

Sweet Revenge - Part 18


Aku tidak dapat tidur dengan lena semalaman seawal jam 6.00 pagi selepas solat subuh aku menuju ke arah bilik Arash. Arash masih lagi lena tuala kecil masih berada di atas kepalanya. Suhu badannya sudah beransur tidak sepanas semalam. Alhamdullilah. Aku mengangkat tuala kecil yang sudah hampir kering dan mencelupnya di dalam besen berisi air. Tangan kiriku menyelak perlahan anak rambut yang menutup dahi Arash sebelum meletak tuala basah itu kembali. Aku menyediakan bubur nasi dan sup ayam untuk Arash. Aku meletak dulang yang berisi bubur dan sup ayam di meja kecil.

 

            “Hendak kejutkan atau biarkan sahaja,” bisikku. Aku mengambil keputusan untuk tidak mengejutkannya. Baru aku hendak mengorak langkah untuk keluar dari bilik Arash. Jam loceng di sebelah katil Arash berbunyi nyaring. Aku terperanjat bukan kepalang. Aku segera mematikan jam loceng Arash. Aku mengeluh lega sebaik sahaja loceng sudah di matikan. Aku berjalan perlahan menuju ke pintu untuk keluar. Arash tiba-tiba mengeliat kecil mungkin tidurnya terganggu dek bunyi nyaring jam loceng tadi. Dia membuka matanya perlahan

 

            “Selamat pagi, sayang,”ujarnya cuba hendak bangun dari tempat tidur.

 

            Aku berhenti melangkah bila terdengar Arash bersuara. Apa yang membuatkan darahku berderau bila Arash memanggilku ‘sayang’. Ok. Aku menoleh kearah Arash lalu membuahkan senyum. Tidak elok kalau aku keluar tanpa menegurnya terlebih dahulu. Lagipun selama Arash berada di sini dia baik padaku. Tidak pernah marah apatah lagi mengerdikku. Barulah padan dengan orangnya, sesuai berbudi bahasa dan tidak bersikap kurang ajar. Dan di sebabkan perubahan perangainya yang ketara itulah juga aku sudah mula menyayangi jejaka itu.

 

            “Arrgh,” Arash mengerang kesakitan kedua belah tangannya memicit kepalanya. Dia tidak berdaya hendak duduk lalu baring kembali. Aku menjadi panik lalu menuju ke arahnya. Tidak tahu apa yang harus aku lakukan. Kalau aku memicit kepala Arash takut ia akan bertambah sakit kerana ini bukan sakit pening biasa. Aku sedia maklum bahawa Arash mengalami kecederaan yang teruk di kepala semasa kemalangan sebulan yang lalu. Masih jelas kelihatan parut di celah-celah rambutnya.

 

            “Ada apa-apa yang boleh Lysa bantu abang,” ujarku cemas kerana Arash seperti menahan sakit yang amat sangat.

 

            “Lysa tolong ambilkan ubat abang dalam pouch kereta,” ujarnya menahan sakit. Aku bergegas menuruni anak tangga untuk mendapatkan ubat yang di maksudkan oleh Arash tadi. Aku mencapai botol berisi capsul yang aku yakin ubat yang di maksudkan oleh Arash dan tanpa menutup pintu kereta kembali aku terus berlari ke dalam rumah. Airmataku mengalir laju tanpa dapat kutahan hatiku benar-benar sebak melihat penderitaan yang Arash tanggung. Aku tidak akan memaafkan diriku sekiranya terjadi apa-apa pada diri Arash.

 

            Arash masih dalam keadaan yang sama, mengerang kesakitan. Aku membuka penutup pil tersebut dan mengeluarkan 4 biji capsul berwarna merah kuning seperti tertulis di label, aku menyuap pil tersebut ke dalam mulut Arash dan membantu Arash meneguk air suam yang sudah tersedia di atas dulang. Nafas Arash turun naik dengan cepat. Badannya di basahi peluh walaupun ketika itu air-cond masih di hidupkan. Arash kelihatan lemah dan tidak bermaya. Dia memejamkan matanya cuba menahan sakit, nafasnya turun naik perlahan. Aku menyeka airmataku perlahan sedih melihat keadaannya. Aku mencapai seluar Arash yang di gunakan semalam lalu menyeluk poket seluarnya. Aku mengeluarkan dompet Arash dan mencari kad doctor yang merawat Arash  selama ini.


            Aku berdiri tidak jauh dari katil Arash. Doktor Harris memeriksa nadi Arash. Arash tidak sedarkan diri sejak Alyssa memberi dia ubat semasa sakit kepalanya menyerang. Doktor Harris terpaksa bergegas ke rumah Arash walaupun dia berada di kelab golf ketika itu. Dia turut membawa anak perempuannya bersama.

 

            “Bagaimana dengan keadaan suami saya tuan doktor,” ujarku Alyssa sebaik sahaja Doktor Harris selesai memeriksa Arash. Arash kelihatan stabil.

 

            Dr. Harris tidak segera menjawab, sebaliknya dia menoleh ke arah anak lelakinya yang sedang leka bermain lego bersama Shima.

 

            “Entah Puan Alyssa, Arash memang degil, dia tidak sepatutnya mengambil ubat itu berlebihan, kesan sampingannya memang kuat dan Arash tidak dapat menahannya, ia akan menderita beberapa ketika selepas makan ubat tersebut,” ujarnya sambil mengeluh.

 

            “Kalau ubat itu membuatkan dia lebih menderita kenapa doktor berikan ubat tersebut kepadanya,” ujarku dengan nada suara yang agak tinggi. Kurang senang dengan penjelasan Dr. Harris mengenai medicine prescription yang di berikan kepada Arash.

 

            Shima yang sedang melayan anak kecil Dr. Harris datang mendekati Alyssa sebaik sahaja dia terdengar Alyssa meninggikan suaranya.

 

            “Ubat itu membantu untuk mencepatkan proses bagi mengembalikan ingatannya, saya sudah menasihati Arash mengikut prescription dan tidak mengambil lebih dari sepatutnya, ia akan membahayakan dirinya tapi Arash berdegil,” terang Dr. Harris. Dia sudah menegah Arash untuk mengurangkan dosage pengambilan ubatnya. Tetapi Arash berdegil. Dia faham Alyssa marahkannya kerana dia risau akan keadaan suaminya.

 

            “Sabarlah Puan Alyssa,” ujar Dr. Harris lalu mendapatkan anaknya yang sedang leka memasang lego tanpa menghiraukan keadaan sekeliling.

 

            “Aaliyah, come and meet papa’s friend,” ujar Dr. Harris.

 

            Aaliyah menoleh ke arah wajah papanya lama. Sambil tersenyum dia menganggukan kepalanya. Dr. Harris memimpin tangan anaknya menuju ke arah katil Arash. Arash masih tidak sedarkan diri. Aaliyah sempat menoleh ke arah ku yang sedang kebingungan. Aku merenung wajah anak lelaki Dr. Harris yang bernama Aaliyah. Serasaku pernah melihat Aaliyah sebelum ini namun aku tidak dapat mengingati di mana aku bertemu dengan Aaliyah. Aaliyah melepaskan tangannya sebaik sahaja berada dekat dengan katil Arash. Dia segera mendapatkan Arash, dia memeluk Arash sambil mencium pipinya. Aku dan Shima hanya mampu tercengang melihat gelagat Aaliyah yang begitu mesra seolah-olah Arash adalah orang yang amat di sayanginya. Aku menoleh ke arah Dr. Harris. Dr Harris tidak merasa terkejut melihat kelakuan Aaliyah yang begitu manja dengan pesakitnya. Dr. Harris sudah dapat mengagak reaksi Aaliyah sebaik sahaja bertemu dengan Arash.

 

            “Daddy, come back to me, I miss you so much,” ujarnya lalu menangis tersedu-sedu. Airmatanya mengalir deras tangannya masih memeluk Arash erat. Shima mencuit bahu Alyssa merasa hairan melihat Aaliyah berkelakuan demikian.

 

            “Come Aaliyah, daddy sick, jangan ganggu daddy, nanti daddy lambat baik,” pujuk Dr. Harris. Aaliyah tidak mahu lepaskan Arash dia masih mendakap Arash.

 

            “Aaliyah don’t want to leave daddy, daddy will leave me again,” ujarnya berkeras tidak mahu mengikut Harris.

 

            “Aaliyah sayang daddy tak?,”soal Dr Harris.

 

            Aaliyah tidak menjawab malah mengangukan kepalanya sambil menyeka airmatanya. Wajahnya kelihatan sugul. Tersentuh hati aku tatkala memandang wajahnya yang kesedihan.

 

            “Sayang papa dan mummy,”soal Dr Harris lagi.



             Aaliyah mengangguk kepalanya lagi.

 

            “Good girl, sekarang daddy tengah sakit, nanti daddy baik, papa janji, daddy tak akan tinggalkan Aaliyah lagi,” pujuk Dr. Harris sambil mengusap rambut Aaliyah yang berwarna keperang-perangan perlahan.

 

            Aaliyah bangun lalu memeluk Harris erat.

 

            “Kita balik ye,” ujar Harris.

 

            “Wait,” ujar Aaliyah lalu berlari ke katil Arash dan mencium pipi Arash lalu berlari mendapatkan Harris.
 
 
To be continue...

No comments:

Post a Comment