Friday 8 November 2013

Meatloaf

Setengah mengatakan Meatloaf is healthy betul ke? Maybe kerana cara menyediakannya hendaklah di bakar di dalam oven. Di atas permintaan Mr. Sam. Sebab dia yang beria-ia mencari resepi untuk menyediakan meatloaf di internet dan resepi pilihannya Jamie Oliver. Maka aku pun menunaikan hajat dia yang nak sangat makan meatloaf tu. Maka hari sabtu lepas kami bertiga sibuk membeli bahan-bahan yang hanya terdapat di Cold Storage. Lepas tengok cerita “Thor 2”. Aku dan Mikhail dan Mr. Sam ke cold storage mencari bahan2 meatloaf.

Bila sudah siap di bakar aku pun tunjukkanlah kepada Mr. Sam meatloaf yang sudah dimasak. Dia kata “Ini aje mana kenyang” yelah kerana meatloaf serupa bantal roti kecil tu katanya belanjanya untuk menyediakan meatloaf agak mahal tapi bila dah masak “Ini je, tak patut”. Hehe. Memang lah kalau setakat Meatloaf gitu aje manalah cukup. Nasib baiklah aku ni kreatif sikit. Aku sediakan chicken salad with plum sauce dan sautéed potato untuk di jadikan kawan meatloaf tu. “Hah ini baru betul,” kata Mr. Sam bila aku sediakan Meatloaf yang sudah dipotong itu bersama salad dan sautéed potato.
Ok kepada sesiapa yang teringin hendak menyediakan makanan omputeh ni saya share kat sini resepi Jamie Oliver meatloaf yang telah di ubah suai seperti biasa.

Bahan2 untuk meatloaf
1 kg daging cincang
12 keping biskut lemak Jacob (di hancurkan)
3 sudu besar serbuk roti
2 biji bawang besar (di cincang)
2 sudu kecil serbuk jintan
2 sudu kecil serbuk ketumbar
3 sudu kecil serbuk oregano
3 sudu besar dijon mustard
Sedikit serbuk lada hitam
Minyak zaitun (untuk menumis)
2 biji telur
12 atau lebih keeping beef bacon slices
3 biji telur rebus
Garam secukup rasa
2 batang daun rosemary

Bahan2 untuk sauce Meatloaf
1 ½ biji bawang di cincang kasar
4 biji bawang kecil di hiris
2 biji lada di hiris
4 sudu besar cili kisar
2 sudu kecil serbuk paprika
4 sudu besar Worcestershire sauce
500gm kacang kuda (direbus dan tos)
5 biji tomato (direbus setengah masak dan di potong dadu besar)
Minyak zaitun (untuk menumis)
3 sudu besar balsamic vinegar
Sedikit gula
Garam secukup rasa

Cara-cara membuat meatloaf
Gunakan dalan 2 sudu minyak zaitun, tumiskan bawang yang telah di dadu masukkan serbuk ketumbar dan serbuk jintan sehingga bawang layu dan bahan sebati. Keluarkan dan masukkan ke dalam mangkuk besar.
Panaskan oven.
Di dalam mangkuk yang berisi bahan di tumis tadi masukkan biskut jacob yang telah di hancurkan, serbuk roti, oregano, mustard dan daging cincang. Pecahkan telur, masukkan garam dan sedikit serbuk lada hitam. Gunakan tangan bersih untuk gaul rata sehingga bahan sebati. Kalau berani cuba rasa samada cukup garam ke tidak, kalau tak nanti dagingnya tawar lak.
 
Letakkan setengah daging yang telah sebati itu di atas pinggan. Buatkan bentuk seperti sebantal roti. Susunkan telor tiga biji yang telah rebus itu atas daging dan belen daging itu untuk menutup telor tersebut. Sapukan sedikit minyak zaitun. Jangan banyak sangat. Selepas itu kepingan beef bacon tadi di susun di permukaan daging tadi (macam terdapat dalam gambar) susun lapikkan di antara satu dengan lain supaya bila di bakar ia tidak merekah. (hehe aku tak susun rapat maka macam tu lah rupanya bila sudah di bakar, so kalau nak cantik susun lapikkan antara satu dengan lain). Sesudah itu masukkan daging ke dalam bekas pembakar (aku gunakan yang berbentuk loaf dah nama pun meatloaf kan)
 
Sementara menunggu daging bakar tu masak. Kita sediakan pula saucenya. Tumiskan bawang bersama minyak zaitun, garam, serbuk lada hitam, cili kisar. Tambahkan bawang putih, cili dan serbuk paprika biarkan masak selama 7 minit dan kacau rata sehingga cili kisar garing dan masak. Sesudah itu tambahkan worcestershire sauce, kacang kuda rebus (di tos airnya), tomato rebus dan balsamic vinegar, biarkan mendidih dalam 10 minit. Tambahkan garam, gula dan perasa jika perlu. Sebelum di matikan api. Taburkan daun rosemary di atas sos tersebut. Siap untuk di hidangkan.
 
 
Bila hendak di hidangkan tu potong Meatloaf setebal sekeping roti. Dan tuangkan sos di atasnya. Siap untuk di makan.
Hehe..kan aku dah kata kalau setakat Meatloaf sahaja tak best sebab togel. Jadi aku padankan dengan salad dan sauteed potato. Selamat mencuba.

No comments:

Post a Comment