Thursday 7 November 2013

The Wedding Planner


 
Filem romantic komedi koleksiku yang seterusnya berjudul The Wedding Planner. Lakonan pelakon seksi yang terkenal dengan suara merdu iaitu Jeniffer Lopez membawa watak seorang Wedding Planner berbakat dan layak menjadi salah seorang partner di firma wedding planner tempat dia bertugas.

Sejak kecil lagi Mary (JLo) sudah bercita-cita mahu menjadi wedding planner. Mary seorang yang bercita-cita tinggi, bekerja keras, sangat kemas dan teratur, dan dia berbakat dalam bidang yang diceburinya. Setiap majlis perkahwinan yang di tugaskan kepadanya, Mary cekap mengendalikannya dengan begitu mudah dan confident. Semua pelanggan yang pernah mendapat khidmatnya begitu kagum dengan hasil kerja Mary.

Hasil kerja Mary itu mendapat perhatian seorang jutawan yang mahukan Mary mengendalikan majlis buat anak perempuannya Fran Donolly. Mary dengan senang hati menerima tawaran tersebut kerana ianya menjaminkan dia menjadi pertner di firma tempat dia bertugas yang sudah lama diimpikannya.

Mary diselamatkan oleh seorang Doktor pakar kanak-kanak semasa dia terlibat dengan kemalangan. Mary dapat merasakan dia sukakan Dr. Steve (Matthew McConaughey). Kekecohan mula berlaku bila Mary mendapati bahawa pengantin lelaki pelanggannya adalah Dr. Steve atau di kenali Eddie oleh tunangnya Fran. Mary merasa tertipu kerana menyangka Steve turut suka padanya di awal perkenalan. Dalam masa yang sama ayah Mary cuba menjodohkan Mary dengan Massimo lelaki pilihan ayahnya. Mary tidak cintakan Massimo namun dia menerima lamaran Massimo kerana ayahnya. Mary tidak dapat mengelak dari bertemu dengan Eddie. Dia terpaksa bekerjasama dengan Eddie untuk menjayakan majlis perkahwinannya kerana pengantin perempuan iaitu Fran sibuk dengan tugasnya. Hubungan Mary dan Dr. Steve menjadi lebih akrab dari hari ke sehari. Dr. Steve yang pada awalnya hanya menganggap Mary sebagai kenalan biasa mula jatuh hati pada kecantikan dan keperibadian Mary yang sederhana.

Mary sengaja memilih tarikh perkahwinannya sama hari dengan perkahwinan Dr. Steve. Seperti cerita-cerita romantik yang berakhir dengan suspen The Wedding Planner tidak kurang dengan suspennya apa yang pasti ia berakhir dengan happy Ending. Selamat Menonton.

No comments:

Post a Comment