Tuesday 19 November 2013

Sweet Revenge - Part 12


Arash duduk menanti gilirannya seperti hari-hari biasa dia ke hospital untuk rawatan lanjut. Hari ini dia mengenakan polo shirt berkolar berwarna kuning cair di padankan dengan jeans biru gelap. Sebelum ke hospital dia sempat menyinggah ke salon untuk memotong rambutnya. Penampilannya nampak lebih kemas dan bergaya kerana stylish berkenaan pandai memotong kena dengan wajahnya. Arash nampak lebih kacak dan berkeyakinan. Walaupun dia memiliki wajah dan tubuh yang sempurna tapi jiwanya kosong dia tidak dapat mengingati siapa dirinya yang sebenar. Sebahagian besar memorinya terpadam sejak kemalangan sebulan yang lalu. Dia tidak mengetahui siapa ibunya dan siapa bapanya, apa pekerjaannya dan yang paling penting apakah punca pergaduhannya dengan Alyssa hingga Alyssa selalu mengelak dari berbual dengannya. Dia sayangkan Alyssa. Sebab itu dia tidak pernah lupa appointmentnya dengan Doktor Harris. Dia ingin memulih ingatan cepat agar segala kekusutan dan kesilapannya dapat di ketahui. Dia mahu membaiki kesilapannya dan sekiranya dahulu dia tidak menghiraukan tanggungjawabnya sebagai ketua keluarga. Arash akan menjaga rumahtangganya dengan baik dan tidak akan melukakan hati Alyssa kerana dia terlalu sayangkan Alyssa namun dia tidak berdaya melakukan apa-apa. Alyssa terlalu dingin dan tidak mahu berbual dengannya.

 

“Encik Arash,”

 

“Encik Arash,” laung jururawat di kaunter.

 

Arash tersentak dia segera bangkit dari kerusi dan menuju kearah jururawat yang memanggilnya tadi.


Arash hanya mendiamkan diri, menanti keputusan dari Doktor Harris, setelah hampir satu jam dia menjalani terapi dan dia ingin sekali mendengar keputusan positif dari Doktor Harris. Pintu bilik Doktor Harris di ketuk seseorang.

 

“Masuk,” ujarnya.

 

Tombol pintunya di pulas dari luar. Seorang jururawat menyerah beberapa fail kepada Doktor Harris. Dia menoleh ke arah Arash yang duduk berhadapan dengan Doktor Harris lalu membuahkan senyum.

 

Arash membalas senyumannya.

 

“Awak dah telefon, pejabat Kementerian Perdagangan dan bercakap dengan setiausahanya," tanya Doktor Harris setelah di periksa fail berkenaan.

 

“Nombor telefonnya tidak ada dalam fail Dr. Harris,” ujarnya perlahan tapi jelas.

 

“Kalau tidak silap saya nombornya 4318526,” ujar Arash spontan.

 

Dr. Harris dan jururawat berkenaan agak terperanjat apabila Arash tiba-tiba sahaja memberi nombor telefon berkenaan.

 

Dr Harris tersenyum, kerana Arash sudah mula mengingati nombor telefon yang berkemungkinan dia selalu berurusan dengan pihak Kementerian Perdagangan kalau tidak masakan dia dapat mengingati nombor tersebut.

 

“Baiklah saya cuba telefon,”ujar jururawat berkenaan sudah bersedia hendak beredar dari bilik Dr. Harris.

“Awak gunakan telefon saya,” ujar Dr Harris sambil menyerahkan gagang telefonnya. Jururawat berkenaan tidak mengerti mengapa Dr. Harris menyuruhnya mengunakan telefon dari pejabatnya namun di turutkan sahaja lalu mendial nombor yang di beri oleh Arash tadi.

 

“Hello, ini pejabat kementerian Perdagagan,” ujar Azura setelah taliannya di sambut.

 

“Boleh sambungkan saya pada setiausaha Tan Sri Ibrahim tak silap saya nama dia Farah,” ujarnya seraya merujuk kepada fail yang di pegangnya.

 

“Ye, saya cik Farah,”

 

“Ini nombor telefon direct cik Farah,” soal Azura ingin kepastian.

 

“Ya,”

 

“Azura awak boleh transfer call tersebut ke meja awak,”ujar Dr. Harris sebaik sahaja Azura memberi kepastian bahawa dia dapat menghubungi Farah.

 

Azura menekan butang extension lalu meminta diri untuk ke mejanya.

 

“So Arash, macamana awak boleh ingat nombor telefon direct Farah setiausaha Tan Si Ibrahim, awak selalu berurusan dengannya,” soal Dr. Harris berminat ingin tahu bagaimana Arash boleh mengetahui nombor telefon tersebut. Adakah kerana dia benar-benar tahu akan nombor itu kerana pernah berurusan dengan pejabat perdagangan atau ternampak di mana-mana sebelum ini.

 

Arash sendiri tidak tahu bagaimana dia boleh teringat nombor tersebut. Spontan sahaja nombor itu keluar dari mulutnya. Dia cuba sedaya upaya cuba mengingati apa pekerjaannya sebelum ini sehingga dia berurusan dengan setiausaha Tan Sri Ibrahim. Semakin dia cuba, semakin berdenyut-denyut sakit kepalanya kerana dia terlalu memaksa.

 

Arash mengeluh lalu mengelengkan kepalanya setelah usahanya tidak berjaya.

 

“Tak apa Arash, sekurang-kurangnya awak dapat mengingati nombor telefon Farah, it’s a good sign, dua minggu nanti awak berjumpa saya lagi,” ujar Dr Harris lalu tersenyum. Usia doktor muda itu lebih kurang sebaya dengannya.

 

“Terima kasih doktor,” ujar Arash lalu bangun dari tempat duduknya dia bersalaman dengan Dr. Harris lalu meminta diri untuk pulang.



To be continue...

No comments:

Post a Comment