Monday 9 December 2013

Table for 2 - Part 2


Miss Fariesya Wahyuni. I’m Nora PA to Mr Syairul calling from Bahrain Hotel. Kindly return my call at 6336 8028 soonest possible. Thank you,” Iesya tersenyum kali ini sudah masuk empat kali Iesya mendapat pesanan yang sama di tinggalkan di telefon rumahnya. Iesya masih belum ada kesempatan untuk menghubungi Nora. Dia baru sahaja pulang bercuti dari Langkawi. Sejak job pertamanya menjayakan dessert untuk majlis rehearsal Dato Iskandar. Dia sibuk menguruskan pemindahannya dia Kuala Lumpur. Urusan apartment dan peribadi amat meletihkan. Habis mengerjayakan semua dia terus pergi bercuti di Langkawi. Dia baru pulang semalam. Keletihan dari balik bercuti masih bersisa. Dia mendapat tahu telefonnya sarat dengan message dari pelbagai restoren dan hotel untuk melamarnya.
 
Iesya tersenyum lebar. Dia dapat merasakan peluang untuknya memperkenalkan diri kepada market di Malaysia sudah mendapat sambutan yang baik. Ini bermakna peluangnya cerah. Setidak-tidaknya dia sudah mendapat beberapa pesanan dari sebuah Hotel terkemuka di sini. Bukan Bahrain Hotel sahaja yang menghubunginya malah Hotel Istana turut berminat ingin bekerja sama dengannya. Entahlah Iesya masih belum membuat pilihan lagi. Dia perlukan masa untuk memikirkannya.
 
Iesya menekan piping bag yang berisi cream cheese icing ke atas lava chocalate cup cake dengan berhati-hati. Selepas itu dia menabur kekacang badam yang sudah di hiris ke atas cream cheese icing cup tersebut. Dia mengambil piping beg yang bersaiz kecil yang sudah diisi melt cooking chocolate lalu membentukkan zig zag dan mengulangi proses yang sama kepada cupcake yang berada di hadapannya. Setelah selesai. Iesya membiarkan cupcakenya di atas meja. Sementara dia membersihkan tangannya yang terkena sisa cream cheese dan coklat.
 
Iesya kembali ke kaunter lalu mencapai mug berisi coffee yang dibiarkan sejuk sedari tadi. Dia tersenyum. Hampir sebulan dia berpindah di Apartment Amara. Selama sebulan itu dia tidak berpeluang berkenalan rapat dengan jirannya. Selalu juga mereka bertembung namun mereka hanya bertukar senyuman. Apa yang Iesya tahu jiran terdekatnya adalah seorang suri rumah. Baru hari ini dia berkesempatan untuk menghadiahkan buah tangan iaitu chocolate lava cupcake untuk jirannya.

 
 
Syairul menekan keyboardnya kasar. Dia memeriksa schedule yang terpampang di hadapannya. Dia berharap Nadia sudah membuat temujanji dengan chef yang disebutnya tempoh hari. Syairul mendengus kurang senang bila mendapati schedule minggu ini tidak tertulis temujanji telah di buat untuk Chef tersebut.
 
Nora, you haven’t fix the appointment with that chef,” ujar Syairul serius.
 
I’m sorry Mr Syairul, till now she didn’t return my call,” jawab Nora. Dia tahu majikannya panas baran orangnya. Syairul terkenal dengan kegarangannya. Dia mahukan pekerjanya efficient seperti dirinya.
 
What do mean by she, you mean the chef is a woman,” soal Syairul terperanjat bila Nora mengatakan Chef itu adalah wanita. Di akhbar tersebut tidak ada menyebut nama Chef yang di maksudkan. Dan dia tidak menyangka Chef yang terkenal itu adalah seorang wanita.
 
Yes Sir,” jawab Nora ringkas.
 
Never mind, please come in,” arah Syairul lalu meletak gagang telefon.
 
Dia mengerutkan keningnya. Chef yang dimaksudkan adalah seorang perempuan. Syairul mendengus kecil.
 
Yes Sir,” ujar Nora sebaik sahaja berdiri dihadapan Syairul.
 
Call her again tell her I want to meet her personally at Café Vienna on Sat at 3.00 p.m. sharp,” terang Syairul.
 
Nora mencatat segala pesanan bossnya di buku kecilnya.
 
 
Iesya mengenakan tank top berwarna cream dan dipadankan dengan skirt sutera satin berwarna sedondon. Iesya mengenakan Mary Jane pearl platform shoes dari Jimmy Choo bersama clutch YSL putih. Rambutnya yang ikal separas bahu di biarkan lepas. Dia mendapat pesanan buat kali ketiga dari PA pengurus Bahrain Hotel untuk bertemu dengannya di Café Rienna. Sengaja Iesya tidak menelefon mereka kembali kerana dia mahu melihat kesungguhan Hotel tersebut.
 
            Table for two, please,” ujar Iesya kepada penyambut restaurant.
 
            Any reservation madam,”
 
            No,” jawab Iesya lalu tersenyum. Dia sempat melirik ke arah jam tangannya. Kurang setengah jam ke pukul 3.00 petang. Sengaja Iesya datang lebih awal.
 
            “Excuse me, boleh beritahu saya dimana meja Cik Iesya, boleh tempatkan saya berdekatan dengan mejanya, I’m her big fan,” jawab Iesya tersenyum lagi.
 
            You mean the Chef Fariesya,”
 
            Iesya mengangguk laju.
 
            “Baiklah,”
 
            Thanks,”
 
            Iesya di bawa ke meja bersebelahan dengan meja yang sudah di reserved khas. Ternyata Syairul masih belum sampai lagi. Iesya duduk sambil meneliti menu yang telah disediakan. Kenapa dia berbuat demikian. Entahlah menurut sumber dan kenalannya pengurus dari Bahrain Hotel ini very difficult person to handle. Jadi Iesya hendak tengok sejauh mana difficultnya pengurus muda tersebut.
            Syairul mendengus kecil bila dilihatnya meja yang sudah direserved khas itu masih kelihatan kosong. Dia menghampiri meja tersebut lalu duduk. Matanya melirik ke arah pergelangan jam tangannya 3.30 petang. Namun bayang chef yang dinanti masih belum kunjung tiba. Dia tidak suka late comers. Baginya masa itu emas. Dia tidak suka masanya terbuang begitu sahaja. Tidak productive. Iesya tersenyum sambil menyedut fresh orange yang di pesannya tadi. Memang betul lah apa yang di katakan Nora tempoh hari Syairul orangnya memang difficult. Dia tidak menyangka pula Syairul begitu muda. Umurnya mungkin dalam lingkungan pertengahan 30-an. Syairul menutup folder kulit yang berupa fail yang dibawanya sama tadi. Dia sudah hilang sabar kerana hampir setengah jam lamanya dia menunggu. Dia melambai kearah salah seorang waiter yang bertugas.
 
            Waiter yang di panggilnya segera menghampiri Syairul. Mereka tidak berani berlengah kerana takut di marahi Syairul.
 
            “Mana cik Fariesya, tolong hubungi telefon bimbitnya katakan saya sudah menunggunya sudah hampir setengah jam,” pesan Syairul dengan suara tegas. Waiter tersebut hanya menganggukan kepalanya tanda faham seraya berlalu pergi.
 
            Sekali lagi Iesya tersenyum. Syairul menoleh ke arah kiri mejanya dia membuah senyum sebaik sahaja pandangan wanita jelita itu bertaut dengannya. Iesya turut membalas senyumnya.
           
            Tak sampai 5 minit waiter itu hampir ke meja Syairul lalu membisikkan sesuatu. Syairul hanya tersenyum puas.
 
            “Maaf Encik Syairul kerana menunggu lama,” ujar seorang wanita gempal yang berpakaian chef duduk di hadapannya. Wanita gempal itu kelihatan kurang selesa duduk di kerusi empuk yang telah di sediakan.
 
            Syairul tersenyum. Inikah chef yang disebut-sebut selalu. Betulkah tangan gempalnya berjaya menghasilkan dessert yang begitu lazat sehingga ramai pengurus Hotel berlumba-lumba inginkannya ia berkhidmat untuk restoren mereka.
 
            “Encik Syairul,” ujar chef tersebut bila Syairul hanya mendiamkan diri sebaik sahaja terpandang akan wajahnya.
 
            “Sorry, let’s get into business,” ujar Syairul seraya berdehem kecil. Dia membuka folder kulit di hadapannya lalu meneliti profile Chef tersebut.
 
            “Saya percaya sejak nama Cik Fariesya tersiar di akhbar tempoh hari membuatkan ramai pengurus hotel dan restoren seperti saya ingin menghubungi cik Fariesya,”
 
            Iesya dapat mendengar dengan jelas akan setiap butir bicara yang keluar dari mulut Syairul. Tidak sangka Syairul pandai berbicara. Tidak hairanlah dia berjaya dalam kerjayanya. Tengok dari penampilannya sahaja Iesya sudah dapat mengagak Syairul seorang pemuda yang berkarisma dan business adalah bidangnya.
 
            “Hotel kami memerlukan seorang Chef yang berbakat seperti Cik Fariesya,” ujar Syairul lagi sambil melirik ke arah wanita jelita yang duduk bersendirian sedari tadi.
 
            “Jadi saya harap cik Fariesya dapat memberikan kata putus kepada saya samada cik Fariesya berminat bekerja dengan saya, saya sudah membaca profile cik Fariesya, di petikan akhbar tempoh hari cik Fariesya ada mengatakan bahawa cik Fariesya ingin mencari capital sebelum membuka Restaurant cik Fariesya sendiri, ini adalah jalan yang baik untuk cik Fariesya mencapai cita-cita cik Fariesya dengan bekerja sama dengan Hotel kami,” ujar Syairul panjang lebar.
 
            Iesya hanya menjungkitkan keningnya. Impress dengan cara Syairul. Syairul membuat homework sebelum bertemu dengannya.
            “Akan saya fikirkan tawaran Encik Syairul,”
 
            “Kami tawarkan RM180k per annum sebagai gaji permulaan cik Fariesya sekiranya cik Fariesya berminat untuk menandatangani kontrak dengan kami, kami berikan cik Fariesya masa untuk memikirkan tentang tawaran kami, sekiranya cik Fariesya berminat sila hubungi saya,” ujar Syairul seraya menyerahkan business kad kepada chef yang duduk dihadapannya.
 
            Mata Chef gempal itu bersinar sebaik sahaja Syairul menyatakan tawaran yang dianggap lumayan baginya. Dia mencapai card yang di hulurkan Syairul lalu menyimpan ke dalam poket bajunya.
 
            “Give me an answer soonest possible,” ujar Syairul lalu berdiri. Dia menghulurkan tangannya untuk bersalaman dengan Chef di hadapannya. Like he always do. Dia akan sampaikan apa yang di hajatkan dan tidak akan membuang masa. Chef tersebut menyambut lalu meninggalkan meja. Syairul menuju kearah meja wanita cantik yang duduk tidak jauh dari mejanya tadi.
 
            And for you too, my fair lady, call me when you are ready,” ujar Syairul tersenyum lalu menyerahkan business kadnya kepada Iesya.
 
            Iesya yang sedari tadi tersenyum dan agak impress dengan tawaran yang dinyatakan oleh Syairul tersentak bila jejaka kacak itu tiba-tiba duduk dihadapannya lalu menyerahkan business kad kepadanya.
 
            Excuse me,” jawab Iesya pura-pura tidak mengerti kerana terperanjat bila Syairul tiba-tiba duduk di hadapannya.
 
            Nice to meet you,” ujar Syairul seraya menghulurkan tangannya. Lambat-lambat Iesya menyambut huluran tangannya dia tidak dapat lari lagi. Tangan mereka bertaut. Syairul bangun dari tempat duduknya lalu meninggalkan Iesya yang masih lagi terkejut dengan tindakannya tadi.
      
 
bersambung...     
 

1 comment: