Monday 9 December 2013

Table for 2 - Part 1


           Semua mata tertumpu kearah gadis cantik yang berpakaian serba putih.  Aroma dari dessert yang disediakan mampu membuatkan sesiapa sahaja akan merasa kecur. Iesya menyirami semi sweet coklat cair ke atas mini Royal chocolate caramel mousse dengan tekun. Tangannya pantas mencapai sudu yang mengandungi gula icing dan digoyang perlahan agar debu-debu icing itu jatuh cantik di atas mini mousse yang dihias dengan beberapa butir raspberry bersama sos caramel dan daun pudina. Proses yang sama Iesya ulangi pada setiap piring mini mousse tersebut yang terdapat dalam lebih kurang 50 set. Semuanya Iesya lakukan sendiri tanpa bantuan sesiapa. Irama lagu instrumental dari dendangan Kenny G terus berkumandang di udara, sedikitpun tidak menganggu konsentrasi Iesya. Tiada siapa yang berani menganggu Iesya ketika dia melakukan tugasnya. Iesya melarang sesiapa yang tidak diperlukan khidmatnya berada di dapur kerana ia akan menganggu konsentrasinya.
 
Take it away,” ujar Iesya memberi isyarat kepada assisstantnya setelah berpuas hati dengan mini Royal Chocolate Caramel Moussenya. Iesya hanya memandang assistantnya membawa pergi dessert yang disediakan khas untuk rehearsal majlis pekahwinan anak Dato Iskandar. Iesya mengeluh lega. Dapur yang berselerakan di biarkan begitu sahaja. Mujurlah dia tidak perlu membersihkan dapur. Iesya akan menetapkan syarat kepada sesiapa yang memerlukan khidmatnya. Dan berharap syarat yang di tetapkan itu di ambil serius. Syarat yang Iesya kenakan ialah dia tidak suka diganggu semasa dia sedang menjalankan tugas. Irama instrumental pilihannya harus diputarkan semasa dia berada di dapur. Bukan dia mengada-ada tapi itulah cara dia berkerja dengan cara itu dia dapat menghasilkan mutu masakannya dengan baik. Dia bukanlah chef biasa. Dia specialize in Pastry, cakes and chocolate. Bukan bermakna sebagai culinary chef dia hanya pandai mencantikkan sesuatu makanan sahaja, dia juga mampu membuatkan sesiapa yang pernah merasai hasil kerja tangannya tidak akan dapat melupakan rasa masakannya sampai bila-bila. Iesya tidak pernah mengambil remeh tentang kerjanya. Walaupun kerjayanya sebagai chef artist hanya bersesuai dengan majlis perkahwinan mahupun majlis korporat namun Iesya berpuas hati kerana jarang sekali anak berbangsa melayu menceburi bidang culinary. Dan Iesya pernah memenangi award Gold Medal and Best Centerpiece yang diadakan di Jacob Javits Convention Center di New York semasa dia masih lagi menuntut di French Pastry School.
 
Well done, you did it again,” puji Dato Iskandar sebaik sahaja Chef Iesya mendekati mejanya. Iesya hanya mampu tersenyum mendengar pujian dari Dato Iskandar. Sebagai seorang chef feedback dari pelanggan amat dihargai. Tindak balas dari pelanggan diambil berat untuk memastikan mutu kerjanya tidak terjejas.
Dato Iskandar merupakan pelanggan pertamanya sejak dia pulang ke Malaysia. Perkenalan mereka adalah secara kebetulan kerana Dato Iskandar menghadiri majlis perkahwinan anak sepupunya di Paris di mana ketika itu Iesya ditugaskan untuk menyediakan menu hidangan majlisnya. Dari situ Dato Iskandar bersungguh-sungguh inginkan khidmatnya supaya menyediakan satu dessert khas untuk majlis perkahwinan anaknya di Kuala Lumpur nanti. Pada awalnya Iesya menolak kerana dia belum terfikir lagi hendak ke Malaysia kerana dia belum bersedia. Tapi diatas kesungguhan Dato Iskandar itu dia berubah fikiran dan kembali ke Malaysia for good.
 
Thanks Dato,” jawab Iesya lalu melabuhkan punggungnya di salah satu kerusi yang telah disediakan. Sebaik sahaja kerjanya selesai tadi dia bergegas ke bilik yang telah ditempah khas untuk Iesya di salah satu bilik executive dari Istana Hotel. Iesya membersihkan dirinya dan menukar kepada pakaian yang sesuai. Hari ini Iesya mengenakan dress simple bare back berwarna hitam tapi tampak elegant dari jenama D&G pemberian salah seorang customer yang begitu menyenangi dan mengkagumi hasil rekaan Iesya.
 
Setelah diperkenalkan kepada isteri dan sahabat Dato Iskandar, Iesya duduk di sebuah meja yang tidak jauh dari dias pengantin. Ramai yang memuji kelazatan dessert yang telah  disediakannya tadi. Ada juga di kalangan tetamu yang berminat untuk mendapatkan resepi dari Iesya. Apa yang mengkagumkan, Iesya tidak pernah lokek berkongsi resepi kepada sesiapa yang berminat dia akan berikan kepadanya. Ada juga yang bertanya tidak takutkah Iesya dengan memberi resepi kerjayanya sebagai chef agak tergugat. Iesya tidak pernah berfikiran negatif. Setiap seorang chef itu punya keistimewaannya yang tersendiri.
 
Hi beautiful,”
Iesya menoleh ke arah pemuda yang menyapanya tadi. Sebaik sahaja terpandang akan wajah lelaki yang menegurnya tadi bibirnya mengukir senyum. Lelaki yang amat di kenalinya.
 
“Hi Daniel, what are you doing here?” ujar Iesya dengan nada terperanjat kerana tidak menyangka lelaki itu turut berada di Malaysia.
 
I’m been invited to this rehearsal dinner, you really amazing Iesya nobody can doubt it,” puji Daniel. Dia kagum akan hasil kerja tangan Iesya selama ini. Bukan kerana dia teman Iesya maka dia memujinya. Iesya seorang Chef yang berbakat.
 
Ah stop it Daniel, janganlah asyik puji I tinggi melangit, lagipun I baru hendak dapatkan market di sini so have to really work hard,” jawab Iesya bersungguh-sungguh. Iesya ambitious. Dia mahu membuka restaurant sendiri dalam jangka masa 5 tahun. Dia akan berusaha bersungguh-sungguh untuk menjayakan cita-citanya.
 
Memang itu rancangan dan tujuannya kembali ke tanah airnya setelah sekian lama berada di Paris. Kalau Iesya mahu terus menetap di Paris dia tidak perlu hairan kerana Iesya punya ramai kenalan. Tapi di Malaysia. Iesya masih lagi menapak. Dia perlukan exposure untuk terus berjaya. Pasaran di Malaysia dan Paris tidak sama.
 
“You really nak settle down di sini,” soal Daniel lalu memandang wajah ayu Iesya.
 
“Nampaknya begitulah,” jawab Iesya sambil tersenyum lagi. Iesya mengalihkan pandangannya bila terdengar suara riuh di meja berdekatan matanya tertumpu kearah meja VIP dimana beberapa kenalan Dato Iskandar sedang asyik menyaksikan persembahan dari penyanyi terkenal yang turut di jemput hadir.
 
Daniel mengangguk faham. Sebenarnya sudah lama Iesya menyatakan hasratnya ingin menempah nama di Malaysia. Dia ingin membuka sebuah restoren. Setiap chef mempunyai impian yang sama iaitu mahu mempunyai restoren sendiri. Begitu juga Iesya. Dia dapat merasakan peluangnya cerah disini. Dia lebih berpuas hati bekerja sendiri dan tidak terikat dengan mana-mana kontrak.
 
“Lama di sini,” soal Iesya memandang ke arah temannya Daniel. Temannya Daniel masih kelihatan segak dan kacak. Ramai kenalan wanitanya tidak percaya bahawa jejaka tampan itu berusia 40 tahun kerana dia kelihatan seperti lelaki yang berusia awal 30an. Iesya tidak mengerti mengapa lelaki itu masih sendiri dan tidak berteman. Bukan tiada wanita yang mahu berdampingannya dengannya ramai hanya Daniel yang tidak mahu berteman. Iesya tidak pernah bertanya mengapa Daniel tidak mempunyai teman wanita kerana dia tidak mahu menguris hati temannya itu. Dia sudah kenal Daniel lama hampir ke 6 tahun. Daniel seorang teman yang baik. Selalu look out for her.
 
Nope, I got to fly back to Paris tomorrow night, my column belum siap,”ujar Daniel lalu tersenyum.
 
I’m going to miss you again,” ujar Iesya seraya menyentuh tangan Daniel.
 
Daniel tersenyum lagi. Iesya memang manja. Perkenalannya dengan Iesya sudah lebih 5 tahun. Kalau pasangan yang sedang bercinta pasti sudah berkahwin. Tapi hubungan Iesya dengan Daniel berlainan. Mereka bukanlah pasangan yang sedang hangat bercinta. Hubungan mereka lebih kepada teman rapat kerena Iesya tidak pernah terfikir akan hidup bersamanya.
 
“Alah mesti dapat penganti yang baru tak percaya tengoklah nanti dalam sikit masa, you don’t even remember me,” usik Daniel.
 
Danny, you know I don’t fall in love easily, my career comes first,” jawab Iesya tersenyum bila temannya itu mengusik. Daniel tahu dia pentingkan kerjaya dari bercinta. Main focus Iesya hendak membuka restaurant dalam masa 5 tahun dan setelah berjaya baru dia fikirkan tentang masa depannya. Love can wait. Itu motto Iesya yang di pegangnya sehingga kini.
 
bersambung...

No comments:

Post a Comment