Saturday, 29 March 2014

Qada dan Qadar - Part 38


                              Aku melangkah masuk ke dalam Zouk. Keadaan di dalam Zouk seperti biasa padat dengan pengunjung yang suka berhibur. Aku tidak sedikitpun merasa rindu pada tempat ini. Mataku melilau mencari lelaki yang membuatkan aku terpaksa menjejakkan kaki ke tempat ini. Kalau tidak mengenangkan Miera banyak membantu aku. Aku tidak ingin kembali ke tempat maksiat ini lagi.
 
 

                              “Heh Dania,”



                              Aku menoleh ke arah orang yang menegurku. Tania memelukku erat tanpa ku duga.



                              “Tiara,” ujarku terperanjat kerana tidak menyangka akan bertemu dengan Tiara.



                              “I miss you gurl, where have you been for so long, I’m happy you see you back,” ujar Tiara dengan wajah ceria. Lama dia tidak bertemu Dania. Dania menghilangkan diri begitu sahaja tanpa telefon atau pesanan buat mereka bertiga.



                              “Hi Tiara, I was away,” jawabku lalu tersenyum.



                              “Away?? Where you went to? London? Paris? Rome?,” soal Tiara bertubi-tubi ingin tahu kemana temannya pergi menghilang begitu lama.



                              “None of that,” jawabku ringkas.



                              “Eh come join us, I’m sure everybody misses you,” ujar Tiara lalu menarik tangan Dania membawanya ke arah tempat teman-temannya berada. Aku tidak memprotes. Mungkin mereka kenal pada Hairi? Boleh aku bertanya kepada mereka kerana mereka adalah pengunjung tetap di sini.



                              Tiara membawaku ke tempat duduk mereka yang terdapat di suatu sudut. Hampir kesemua teman yang duduk di situ aku kenali.



                              “Dania my gurl,” ujar Azman terperanjat bila menyedari Tiara bersama Dania. Dia bangkit dari kerusi ingin memeluk Dania.



                              Aku menahan dada Azman dengan tangan kananku perlahan sebelum lelaki itu sempat memelukku.



                              “Sorry..,” jawabku ringkas tanpa mengulas panjang. Azman dan teman-temanku yang lain kelihatan terperanjat bila aku berbuat demikian kerana selama ini aku tidak pernah kisah di peluk Azman atau lelaki lain.



                              “OOOkay..,” ujar Azman dengan wajah pelik bila kelakuan Dania tidak seperti Dania yang di kenali dahulu. Wild and happening girl. Pakaian yang selalu di pakai ketika clubbing dress ketat dan pendek atau micro mini skirt and seksi outfit. Tapi Dania yang di temui hari ini dia mengenakan legging berwarna hitam dengan blouse long sleeve chiffon yang melepasi punggungnya berwarna dark green. No cleavage and not sexy at all. Dania kelihatan modest.



                              “Drinks,” tegur Sue lalu menyerah Bourbon coke kepada Dania.



                              “No thanks, I’m here looking for someone, have you guys seen this man before?,” soalku lalu menunjukkan gambar Hairi kepada Sue yang berada di sebelahku. Sue menyerah hanphoneku kepada Tiara, Azman dan seterusnya handphone aku berpindah ke tangan Shima.



                              “You are looking for Hairi? Kenapa kau berdua an item?,” soal Shima yang sedari tadi hanya mendiamkan diri.



                              “I’m just helping someone, so you guys know him?,” soalku tanpa mengulas panjang bagaimana kau mengenali Hairi.



                              “Siapa yang tak kenal Hairi,” jawab wanita yang berada di sebelah Azman yang aku tidak kenali namanya. Teman clubbing baru agaknya.



                              Aku merasa tidak sedap hati bila wanita itu berkata demikian. Dahulu semasa aku ke sini kami kenal siapa Ariel kerana lelaki itu terkenal di kalangan wanita dan lelaki yang menjadi pengunjung tetap Zouk. Ariel terkenal dengan kasanovanya dan dia disegani pengunjung lelaki kerana kehebatannya dapat mendampingi ramai wanita cantik dan seksi dengan mudah. Tapi Ariel tidak lagi ke Zouk. Maka titlenya sudah berpindah kepada Hairi. Aku menjadi tidak selesa bila mendapat tahu akan perangai Hairi. Aku terbayangkan wajah Miera dan merasa kasihan padanya. Ingin sahaja aku memberitahu Miera agar menjauhkan diri dari Hairi kerana Hairi bukanlah lelaki yang baik. Aku tidak mahu Miera kecewa bila Hairi tidak seperti lelaki yang di harapkan. Aku mengalihkan pandangan ke arah ruang tarian cuba untuk tidak memikirkan tentang Hairi. Mataku tertancap kepada seorang lelaki yang sedang memegang minuman. Di sebelah kiri dan kanannya terdapat wanita duduk menemaninya. Astafiruallahalazim. Aku beristifar di dalam hati.



                              “Ariel!,” ujarku terperanjat kerana tidak menyangka akan bertemu dengan Ariel di sini. Apa Ariel buat di sini? Adakah dia kembali ke perangai asalnya? Hatiku menjadi tidak keruan bila melihat Ariel berada di sini. Ariel kelihatan selamba dan tidak kelihatan kekok, seperti waktu aku mengenalinya dahulu.



                              Seperti tahu akan dirinya diperhatikan. Ariel mengalihkan pandangan ke arah wanita yang memandangnya sedari tadi. Dia juga terperanjat dengan apa yang di lihatnya. Dania? Apa Dania buat di sini? Ariel meletak gelas di atas meja lalu bangun dari sofa. Dia berjalan menuju ke arah di mana wanita itu berada.



                              Aku bangkit dari sofa ingin beredar kerana tidak sanggup berada di sini. Aku merasa kecewa bila menyedari Ariel masih tidak dapat meninggalkan kegiatannya yang lalu. Ariel hanya berpura-pura di hadapan ibu bapanya bahawa dia seorang anak yang baik tapi sekembalinya di KL dia tidak dapat menghentikan tabiat buruknya. Aku segera berjalan pantas melepasi pengunjung yang berada di ruang tarian untuk keluar dari Zouk. Aku tidak mahu bertemu dengan Ariel.



                              Ariel mempercepatkan langkahnya bila menyedari Dania cuba hendak mengelak dari bertemu dengannya. Dia benar-benar ingin tahu akan tujuan Dania ke sini. Adakah Dania sudah berubah dan kembali kepada perangai asalnya? Dia benar-benar tidak menduga dan menyangka akan bertemu dengan Dania di tempat seperti ini.



                              “Dania, wait!,” ujar Ariel lalu menarik lengan Dania bila wanita itu cuba mengelak bertemu dengannya.



                              Aku memberhentikan langkahku bila Ariel berjaya menghalangku melarikan diri dari bertemu dengannya. Hatiku benar-benar kecewa dan sedih. Aku mengesat airmataku perlahan lalu menoleh ke arah Ariel.



                              “What are you doing here?,” soal Ariel dengan wajah serious.



                              “I was about to ask you the same question, what are you doing here?,” jawabku lalu memandang wajahnya lama. Cuba melihat reaksi Ariel bila aku berani bertanyakannya akan sebabnya dia kemari.



                              “I asked you first,” jawab Ariel tanpa menjawab soalan Dania.



                              Aku tidak menjawab kerana merasa sedih bila Ariel tidak mahu memberitahu aku akan sebabnya dia berada di Zouk. Aku punya sebab kerana ingin membantu Miera mencari Hairi. Apa pula sebab Ariel untuk ke Zouk?



                              “I see...bad habit can’t change huh?,” ujar Ariel lalu tersenyum sinis bila Dania tidak menjawab soalan yang di ajukannya. Dia memerhatikan Dania dari atas hingga ke bawah. Pakaian yang di kenakan Dania walaupun tidak seseksi seperti dahulu tapi Dania sudah kembali clubbing.



                              Aku tersentak bila Ariel berkata demikian, aku seperti tidak percaya bahawa komen itu keluar dari mulutnya. Aku memandang wajah Ariel berharap bahawa dia tidak benar-benar bermaksud dengan apa yang di katakan tadi. Namun riak wajah sinis yang ditunjukkan membuktikan bahawa dia benar-benar bermaksud dengan apa yang di luahkan tadi. Seolah-olah dia sudah menjangka bahawa aku akan kembali kepada tabiat asalku. Aku merasa sedih bila Ariel sedikitpun tidak mengerti dan memahami diriku. Aku bukan Dania yang pernah dia kenali dahulu. Aku sudah berubah, berubah kepada kebaikan. Kenapa Ariel tidak dapat melihat dan menerima perubahanku dengan hati terbuka.



                              “Ariel kenapa you suka bersangka buruk dengan I?,” soalku dengan hati sebak. Aku benar-benar ingin mendengar jawapan Ariel. Kalau benarlah Ariel bersangka begitu aku tidak dapat hendak mengubah pemikirannya terhadap diri aku.



                              “I tidak bersangka buruk, ianya jelas terbukti di depan mata I sendiri, kalau hendak berubah kepada kebaikan lakukan lah kerana allah dan bukan kerana orang lain,” jawab Ariel. Dia turut sedih bila Dania berubah kerana orang lain dan bukan ikhlas kerana allah.




                              Airmataku mengalir perlahan bila Ariel berkata demikian. Di mata Ariel aku hanya wanita yang buruk akhlaknya dan tidak layak menjadi wanita yang baik. Terlalu perit dan sedih bila mengenangkan aku tidak pernah di beri peluang oleh Ariel bahawa aku bukan Dania yang dahulu. Aku ingin berubah kerana allah, menjadi wanita solehah.




                              “Terima kasih Ariel..kerana mengingatkan siapa diri I yang sebenar..terima kasih,” jawabku perlahan sebelum meninggalkan Ariel. Tiada gunanya aku menegakkan kebenaran jika Ariel sendiri tidak dapat menerima dan percaya pada diriku. Aku hanya mampu berdoa agar allah kuatkan imanku dan lindungi diriku dari terjebak dengan kehidupanku yang lalu.




                              Sebaik sahaja Dania meninggalkannya. Ariel berisitifar dalam hati bila menyedari kesilapannya. Dia tidak sepatutnya menuduh dan buruk sangka terhadap diri Dania. Namun lidahnya seakan kelu untuk meminta maaf pada Dania. Dia tahu Dania merasa kecewa dengan tuduhan yang di lemparkan ke atas dirinya. Kalau benar Dania sudah berubah apa tujuannya berada di sini?




                              Ariel tersentak bila handphonenya berdering nyaring. Dia menyeluk saku seluarnya lalu mengeluarkan handphone. Nama ‘Miera’ terpampang di caller Idnya.




                              “Assalamualaikum,” ujar Ariel sebaik sahaja talian di sambut.



                              “Waalaikumsalam abang Ariel, macamana ada jumpa Hairi?,” soal Miera ingin tahu.



                              “Ada, abang akan bawa dia balik malam ni, Miera tak perlu risau,” jawab Ariel perlahan.



                              “Alhamdullilah, abang jumpa dia di mana? Zouk?,” soal Miera ingin tahu.



                              “Ya,” jawab Ariel ringkas.



                              “Ada jumpa Dania?,” soal Miera ingin tahu. Dia ada meminta bantuan dengan Dania untuk mencari Hairi di Zouk kerana Ariel pada awalnya tidak mahu ke sana. Tapi setelah di rayu, Ariel akhirnya bersetuju walaupun dia keberatan kerana dia ingin membantu Miera.



                              “Dania? Bagaimana Miera tahu abang bertemu dengan Dania di sini?,” soal Ariel terperanjat bila Miera tahu Dania turut ada disini.



                              “Miera minta bantuan Dania untuk mencari Hairi di sana, sebab awal tadi abang keberatan untuk ke sana, jadi Miera minta bantuan Dania,” terang Miera panjang lebar.



                              “Dania setuju untuk membantu Miera mencari Hairi disini?,” soal Ariel ingin tahu.



                              “Miera dapat rasakan dia juga keberatan walaupun dia tidak menyatakannya, tapi kerana dia mahu membantu Miera dia bersetuju, abang jangan salah sangka Dania ke sana hanya untuk mencari Hairi bukan kerana dia mahu ke sana,” ujar Miera kerana dia khuatir Ariel akan menyangka bahawa Dania ke sana kerana hendak berhibur.



                              “Astarfirullah al azim, Miera..kenapa mesti Miera libatkan Dania, bukan ke abang akan bantu Miera?? Kenapa Miera tidak beritahu abang?,” ujar Ariel bila menyedari dia bersalah dan berdosa kerana menuduh dan bersangka buruk pada Dania.



                              “Maafkan Miera bang, MIera panik, Miera ingat abang tak boleh bantu Miera, itu yang Miera minta bantuan dari Dania, kenapa abang? Apa yang berlaku?,” soal Miera cemas bila Ariel mengucap panjang sebaik sahaja dia menerangkan kepada Ariel akan tujuan Dania ke sana.



                              “Abang melakukan kesilapan yang besar terhadap diri Dania, abang tidak tahu dia kemari kerana ingin membantu Miera,” jawab Ariel kesal kerana dia terlalu melulu menuduh dan menyakitkan hati Dania. Dapatkah Dania memaafkan dirinya?
 
 
                              “Abang pergilah pujuk Dania minta maaf darinya, abang tentu tahu Dania suka kan abang bukan? Hanya abang sahaja yang tidak memberi peluang pada Dania,” jawab Miera merasa bersalah bila menyedari kerana dia, Ariel dan Dania salah faham. Dia tidak berniat hendak mengeruhkan lagi hubungan Ariel dengan Dania. Dia hanya tidak faham kenapa Ariel tidak berterus terang dengan Dania tentang isi hatinya. Apa yang di tunggu Ariel?
 
 
 
 
 
bersambung....
 
 
 
 
 

No comments:

Post a Comment