Aku merasa lega
bila Ariel tidak turut ada bersama kami ketika minum petang, nasib baik, kalau
tidak aku tidak tahu bagaimana hendak memberi alasan kepada ahli keluarga
Ustazah Mariam jika aku berkelakuan seperti ayam berak kapur ketika setiap kali
Ariel ada bersama. The star of Ustazah Mariam family. He’s the star. Ustazah
Mariam dan Ustaz Ahmad kelihatan berbeza dari hari biasa. Maksud aku, dapat ku
lihat dengan jelas kegembiraan terpancar di wajah mereka. Aku hanya tersenyum
melihat keghairahan mereka menceritakan perihal Ariel dan Amirul semasa kecil.
Kenakalan Ariel dan perangai lurus bendul Amirul. Selalu di usik abangnya
Ariel. Nasib baiklah perangai lurus bendulnya itu tidak terbawa-bawa hingga ke
dewasa. Aku turut tumpang gembira melihat kerharmonian keluarga Ustazah Mariam
dan Ustaz Ahmad despite Ariel the spoiler. Entah kenapa aku sakit hati sangat
dengan Ariel. Ikutkan Ariel tidak layak mendapat ibu bapa yang baik seperti
Ustazah Mariam dan Ustaz Ahmad. Tak tahu di untung, ibu bapa penyayang seperti
mereka di tinggalkan. Jangan samakan dengan aku. Papa tidak pernah melayan aku
seperti anaknya. Dia anggap aku seperti orang asing. Mama pula aku tidak dapat
merasa sepenuh kasih sayang darinya kerana papa tidak membenarkan aku tinggal
dan di besarkan di kampung. Aku ketandusan kasih sayang. Aku merasa iri tiap
kali melihat orang lain mendapat kasih sayang dari ibu bapa mereka kerana aku
tidak pernah merasainya selama ini.
“Terima kasih Dania kerana membantu
makcik, hanya allah sahaja yang dapat membalas budi baik Dania terhadap kami
sekeluarga,” ujar Ustazah lalu memegang tangan Dania.
Hampir tersembur keluar air teh
yang ku minum bila Ustazah Mariam berkata demikian.
“Ustazah tahu?,” soalku seperti
budak bodoh. Aku menoleh kearah Anis yang duduk di sebelahku. Hanya Anis dan
Amirul sahaja yang tahu mengenai Ariel. Anis memberitahu Ustazah Mariam dan
Ustaz Ahmad apa yang ku cerita kepadanya ke?
Ustazah Mariam dan Ustaz Ahmad
menganggukkan kepalanya perlahan.
“All of it,” ujarku dengan wajah terperanjat. Yelah
kedua-duanya kelihatan so cool and calm seolah-olah itu adalah perkara biasa
dan tidak perlu dihairankan. Cause I thought they would react differently.
Maksud aku kelakuan Ariel di Kuala Lumpur tiada ciri-ciri yang boleh
membanggakan Ustazah Mariam dan Ustaz Ahmad selain dari kerjayanya.
“Tak
semuanya,” bisik Anis perlahan sambil tersenyum. Dia takut Dania
terlepas cakap. Memang dia yang memberitahu ibu dan bapa mertuanya yang Dania
membantu menjejak Ariel kembali kerana kenalan Dania mempunyai nombor telefon
Ariel. Dan Dania secara tak langsung turut membantu sama. Selebihnya dia tidak
menceritakan kepada mereka berdua. Dia tidak mahu ibu dan bapa mertuanya merasa
kecewa.
“Oh ok, lucky you tell me if not, I think Ustazah dan Ustaz boleh kena
heart attack,” jawabku perlahan.
“Apa yang di bisikkan tu,” tegur Ustazah Mariam.
“Tak ada apa Ustazah, saya err nak tahu macamana Ustazah buat teh sedap
sungguh,” jawabku kalut.
“Tak payahlah berustazah dengan saya, saya pun dah lama pencen jadi guru
agama, panggil aje makcik, dan berdosa kalau berbohong,” ujar Ustazah Mariam
sambil tersenyum ke arah Dania.
“Saya tak berbohong cik cuma tidak berkata benar, lagipun dari apa yang
saya pelajari dari Ustazah sekiranya kita menutup aib seorang muslim, nescaya
allah menutup aibnya di dunia dan akhirat,” jawabku dengan penuh yakin. Apa dia
ingat anak dia sahaja yang bijak aku pun bijak.
Aku tersentak bila sebaik sahaja aku berkata demikian terdengar suara
seseorang berdehem kuatnya luar biasa dari arah belakangku. Siapa pula yang
sakit tekak? Aku menoleh ke arah belakang. Gulp. Aku menelan air liur bila
menyedari orang itu tak lain dan tak bukan adalah nemesis aku, Ariel. He looks so different. Meaning. He’s
looks better now. Tak lah garang dan kelihatan sombong sewaktu mula-mula aku
bertemu dengan dia dahulu. Atau mungkin kerana dia berada di kampung personalitynya
berbeza dari di bandar. Dan selama ini aku tidak pernah melihat dia memakai
t-shirt dan kain pelikat. Anyway
how can he wear that when go clubbing right? Unless it’s Halloween. Well kalau
dah good looking anything looks good on him. No bad. Ingatkan selama 7 tahun
tinggal kan
kampung sudah tidak reti mengikat kain. Aku melarikan pandangan kearah lain
bila Ariel memandang tepat ke arahku.
“Minum Riel,” ujar Ustazah Mariam lalu
menyerahkan cawan berisi air teh kepada Ariel. Bibirnya tidak putus-putus
menguntum senyum memandang kearah anaknya.
“Terima kasih, Riel terpaksa balik ke Kuala Lumpur hari ini
kerana ada perkara penting yang Riel kena uruskan, Riel akan balik semula ke
kampung lusa,” ujar Ariel seraya meneguk air teh.
“Erm I tumpang you ke KL boleh?,”
soalku tiba-tiba. Aku hendak membeli barang keperluan dari KL. Dia sini tidak
ada. Mana aku nak dapatkan SK-II care products dari sini. Bvlgari perfume. Aku nak singgah ke rumah
sekejap nak ambil I Mac aku dan aku nak shopping baju kat Masjid India . Ternyata
kesemua pakaian yang ku bawa tidak boleh di pakai selama aku menginap di sini.
And I can’t simply go to boutique to buy baju kurung yang less exclusive.
“You kan ada kereta,” jawab Ariel ringkas tanpa
berfikir panjang.
“Still in the work shop,” jawabku
sambil menjeling kerana aku sangka Ariel sudah berubah menjadi baik rupanya
tidak. Egonya masih lagi intact.
“Tumpangkanlah Dania, Ariel,” ujar
Ustazah Mariam memandang kearah Ariel yang kelihatan selamba. Dia tahu anaknya
itu gemar mengusik. Jadi dia tidak terperanjat bila Ariel berkata demikian. Cuma
dia khuatir Dania terasa hati bila Ariel berbuat demikian. Dania tidak berapa
tahu akan perangai anaknya yang suka menyakat.
“Bukan tak nak tumpangkan dia mak,
Ariel tak kenal dia, siapa dia mak anak murid baru mak ke?,” soal Ariel dengan
wajah selamba sambil memandang kearah Dania yang duduk bersimpuh bersebelahan
dengan Anis. Dia tersenyum sinis bila dilihatnya Dania memakai baju kurung.
Anis di sebelah pakat tersenyum bila
Ariel mengenakan Dania. Dia arif sangat dengan perangai Ariel. Tidak kiralah
tetamunya itu lelaki muda atau wanita muda pasti di sakatnya. Sangka Anis,
Ariel dalam usia yang sudah matang, dia pun turut berfikiran matang tidak
berperangai keanak-anakan lagi dia tidak menyangka perangai Ariel tetap sama
seperti dulu. Tabiatnya yang suka mengusik tidak pernah hilang.
Fish. Aku menyumpah dalam hati. Nasib
baik aku ini berada di depan Ustazah dan Ustaz Ahmad. Terpaksa control brutal.
Kalau tidak dah lama aku strangle Ariel. He think he’s cute by doing that.
“Ariel,” tegur abahnya bila Ariel
berbuat demikian.
“Ok, ok, I’m leaving in 30 minutes and
don’t be late,” jawab Ariel mengalah bila abahnya mula bersuara. Dia mencapai
pisang goreng panas yang masih lagi berwap ke dalam mulutnya. Anis pergi
beredar ke dapur untuk membawa piring dan cawan kotor untuk di cuci manakala
aku masih lagi duduk leka memerhatikan Ariel sedang berbual mesra dengan abah
dan maknya seolah-olah dia tidak pernah berbuat salah terhadap kedua ibu dan
bapanya. Aku merasa kagum dengan cara kehidupan keluarga Ustaz Ahmad. Mereka
tidak memandang ke belakang. Setiap apa yang berlaku ada hikmahnya sebagai
hamba kita hanya mampu berusaha, berdoa dan bertawakal selebihnya kita berserah
kepada allah.
“Dania, 30 minutes clock is ticking,”
ujar Ariel bila dilihatnya Dania masih lagi berada di tempatnya.
“Oh yes, sorry,” ujarku tersedar dari
angan yang panjang.
“Maafkan Ariel, Dania, dia memang
begitu suka mengusik, cik harap Dania tak berkecil hati,” ujar Ustazah Mariam
bila Ariel terus-terusan mengusik Dania.
“It’s ok cik, saya dah season,” jawabku
seraya tersenyum. Sempat mataku menjeling kearah Ariel. Lelaki itu hanya
tersenyum mengejek bila aku berkata demikian.
bersambung...
BEST.
ReplyDelete