Tidurku terganggu
akan bunyi bising kelentang kelentung dari dapur seperti seseorang sedang mengoreng
sesuatu di atas kuali. Aku meraba-raba meja sisi di sebelahku. Dengan mataku
yang kelat aku mengamati jarum jam. 4.30 pagi. Awalnya Anis dah masak sarapan
pagi. Selalu dia start sediakan sarapan jam 6.15 pagi selepas solat subuh ni
belum pun subuh dah buat nasi goreng. Aku tahu Anis masak nasi goreng dari
aroma masakannya. Nasi goreng kampung kesukaanku makanan kegemaranku sejak
tinggal di rumah Ustazah Mariam. Aku menyambung tidur kerana mata terlalu
mengatuk. Semalam aku hanya terlelap hampir ke jam satu kerana tidak dapat
tidur memikirkan penerangan Anis sepanjang kami pulang dari surau semalam.
“Dania, bangun,” kejut Anis perlahan.
Sayup-sayup kedengaran orang memanggil namaku aku
tidak ambil pusing kerana aku sangka aku sedang bermimpi. Aku mengalihkan
posisi badanku ke kiri sambil memeluk bantal favoriteku.
“Dania bangun sahur Dania dan nak dekat waktu
imsak,” kejut Anis lagi. Dilihatnya Dania masih lagi tidak berganjak walaupun
badannya digoyangkan supaya dia bangun. Anis mengelengkan kepala perlahan.
Setelah usahanya untuk membangunkan Dania tidak berhasil dia mengambil
keputusan untuk keluar dari bilik Dania dan terserempak dengan Ariel yang
kelihatan segar bugar baru lepas mandi.
“Where’s your good friend dah bangun?,” soal Ariel
sebaik sahaja terserempak dengan Anis yang baru keluar dari bilik Dania.
“Belum,” jawab Anis ringkas.
Ariel tersenyum sinis bila Anis memberinya jawapan
sedemikian. Kalau dia tidak memikirkan dia kini berada di kampung dan tidak
memikirkan bahawa bulan ini bulan ramadhan sudah lama dia kejutkan Dania dengan
caranya yang tersendiri. Iaitu menyiram air ke muka Dania.
“Dah cuba jerit kat telinga dia, mesti
dia bangun,” ujar Ariel seraya berlalu menuju kearah dapur.
“Issk abang Ariel ni, tak baik asyik kenakan dia,”
jawab Anis.
“Anis cuba kejut dia sekali lagi kalau
tak bangun juga biar abang kejutkan dia,” ujar Ariel lalu mengelap rambutnya
yang masih basah dengan tuala. Dia duduk di kerusi pak awang sambil
bermain-main dengan blackberrynya.
“Dania, bangun,” kejut Anis seraya mengoyangkan
bahu Dania sekali lagi.
Dania masih lagi di buai mimpi tidak sedikitpun
merasa terganggu tidurnya. Anis mengambil keputusan untuk meminta bantuan
Ariel. Tinggal lagi 50 minit lagi hendak masuk waktu imsak. Kalau dia terus
terusan mengejut Dania yang belum tentu bangun dia akan di marahi Amirul.
“So?,” tegur Ariel tanpa menoleh kearah Anis kerana
masih lagi sibuk bermain dengan game di blackberrynya.
“Susah nak
kejutkan dia,” jawab Anis.
“Ok,” Ariel berhenti bermain lalu menekan sesuatu.
Dia menyerah blackberrynya kepada Anis. Anis mengerutkan dahinya kerana tidak
faham akan tujuan Ariel memberinya blackberry.
“Pergi dekat dengan telinga dia dan tekan button
ini, abang yakin dia pasti bangun,” jawab Ariel sambil berlalu menuju kearah
anak tangga dapur.
Anis tidak punya pilihan lain. Dia mendekati Dania
dan seperti di arahkan dia menekan butang yang dimaksudkan. Seketika kemudian
kedengaran siren sekuat-kuat hendak keluar dari blackberry tersebut hinggakan
Anis sendiri terkejut bukan kepalang. Dania apa lagi segera bangun kerana
menyangka ada kebakaran berlaku kerana siren tersebut bunyi seperti kereta
bomba.
“What is this all about,” jerit Dania lalu
menyambar blackberry dari tangan Anis lalu mematikan siren tersebut.
“Sorry, Dania I tak tahu bagaimana caranya hendak
kejutkan you,” jawab Anis kerana dia tahu Dania marah bila dia melakukan
begitu. Siapa yang tidak terkejut hampir gugur jantung mendengar siren
tersebut. Tidak menyangka bunyinya terlalu kuat.
“It’s 4.55
a.m. subuh pukul 5.25 pagi Anis, kasilah I tidur lagi 20 minit,”
ujarku mahu kembali ke katil untuk menyambung tidur. Tapi di tegah Anis kerana
Anis pantas mencapai tanganku lalu di heret keluar.
“You killing me, you know, I hate you for that,”
ujarku mengekor Anis dari belakang. Anis sempat mencapai tuala mandiku lalu
menyerahkan kepadaku. Aku menyambut lalu ku gantungkan tuala tersebut di
leherku. Aku menguap kecil sambil mengosok-gosok mataku agar tidak tertutup.
Hidungku dapat terhidu nasi goreng kegemaranku yang di goreng Anis tadi.
Perutku tiba-tiba berbunyi memberi respond akan aroma lazat yang ku hidu tadi.
“Hai, baru bangun,”
Mataku tiba-tiba celik bila terdengar akan suara
yang amat ku benci. Mamat tu bangun lebih awal dari aku. Mustahil. Aku menoleh
kearah meja dapur untuk memastikan bahawa suara itu benar-benar milik Ariel.
Semua orang memandang ke arahku termasuk Ustazah Mariam dan Ustaz Ahmad yang
sudah pun berada di meja makan memerhatikan aku.
Gulp aku menelan air liur. Apsal sarapan pagi ini
formal sangat seluruh keluarga Ustazah Mariam duduk semeja untuk menikmati
sarapan bersama. Kalau hari-hari lain aku selalu sarapan berdua sahaja dengan
Anis kerana Amirul sudah pergi kerja awal, manakala pasangan suami isteri sudah
awal lagi kebun.
“Anis kenapa sarapan pagi ni macam formal sangat,
ada benda yang tak kena ke?,” soalku sebelum masuk ke dalam bilik mandi.
“Kan
ke 1st day sahur hari ni, cepat semua orang dah tunggu,” jawab Anis
sebelum meninggalkan aku.
“Oh fish,” aku menepuk dahi bila baru teringat hari
ini adalah hari pertama kita menyambut ramadhan. Patutlah semua ada. Sepantas
kilat aku mengosok gigi dan mandi hinggakan air sejuk dari kolah tidak ku
hiraukan kerana aku khuatir Ustazah marahkan aku dan aku tidak mahu mereka
menunggu terlalu lama.
“Sorry,” jawabku kalut lalu duduk di sebelah Anis. Tanpa sempat mengeringkan
rambutku terlebih dahulu. Aku hanya balut kepalaku dengan tuala kecil.
“Typical,” sindir Ariel lalu
berdehem kecil.
Aku sempat menjeling bila si
mamat jerk tu berbuat demikian. Meluat betul aku dengan Ariel. Kalau ikutkan hati
dah lama aku bagi flying kick kat wajah kacaknya itu. Biar lebam biji matanya.
Amirul memulakan dengan
membaca doa makan dan seterusnya kami sama-sama melafaskan niat berpuasa di
bulan ramadhan. Hailah merdu sungguh suara Amirul ketika membacakan doa. Tak
macam si setan tu. Entah ingat baca doa lagi ke tidak, so far belum pernah aku
dengar dia baca doa apatah lagi mengaji quran. Perangai macam pelesit cemuhku
dalam hati lalu memandang kearah Ariel. Ariel memandang ke arahku lalu
menjungkitkan keningnya sambil tersenyum sinis seolah-olah dapat mendengar apa
yang kufikirkan. Aku menjeling meluat sekali lagi. Anis menuangkan milo panas
ke dalam cawanku manakala Ustazah Mariam menyenduk nasi goreng ke atas
pingganku. Aku dapat merasakan ada sepasang mata yang sibuk menjeling ke arahku
tak lain dan tak bukan mamat sibuk tu.
“Mak biarlah dia ambil sendiri
bukan dia tak boleh buat, Anis, you suppose to serve your hubby not other people,”
ujar Ariel selamba bila di perhatikan maknya dan Anis sibuk melayan Dania.
“Betul kata Ariel, makcik dan
Anis tak payah susah-susah, saya boleh ambil sendiri,” jawabku menentang anak
mata Ariel yang duduk berhadapan denganku. Aku geram bila di sindir Ariel tapi
terpaksa act cool untuk menahan diri dari hilang kawalan. Mana tahu aku tetiba
sumbat mulutnya dengan pisang goreng panas kerana tidak tahan dengan mulut
celuparnya.
Ariel tersenyum puas bila
dapat mengenakan aku. Aku menjeling bila dia berbuat demikian kerana aku tahu
dia sengaja buat begitu untuk menyakitkan hati aku. Ariel kembali mengadap nasi
gorengnya dan tidak lagi memandang ke arahku. Aku mengelap tanganku dengan tisu
yang tersedia lalu menghabiskan sisa miloku. Aku bangun membawa cawan kosongku
lalu menuju kearah hujung meja dimana terdapat teko berisi milo panas di
sebelah Ariel. Aku mencapai teko porcelain yang agak berat namun aku tidak
khuatirkan akan berat teko tersebut. Tanpa memikirkan kaedah yang betul aku terus
menuang milo ke dalam cawanku tanpa merapatkan hujung muncung teko terlebih
dahulu kearah cawanku. Air milo itu meluru deras keluar dari muncung teko bila
aku mengangkat dan mencondongkan teko tersebut.
“What the hell!!,” ujar Ariel
lalu berdiri pantas bila milo tersebut tertumpah di baju melayu putihnya. Aku
cuba menahan diri dari tersenyum kerana tidak mahu kelihatan aku sengaja
berbuat demikian.
“Opss sorry I tak sengaja,”
ujarku pantas mencapai kain yang tersedia di atas meja lalu menyerahkan
padanya.
Ariel menjeling bila aku
berkata demikian kerana dia tahu aku sengaja berbuat demikian untuk membalas
dendam.
“It’s hot, don’t you know
that, silly woman,” ujar Ariel tanpa menapis akan kata-kata yang keluar dari
mulutnya terlebih dahulu.
Aku mencebikkan bibir bila
Ariel berkata demikian.
“I’m sorry I didn’t mean to
hurt you,” ujarku cuba memerah airmataku akan kelihatan real. Meminta simpati
dari Ustazah Mariam dan Ustaz Ahmad.
“Sudahlah tu Ariel perkara
kecil aje tak perlu hendak dibesar-besar kan, inikan bulan ramadhan kita harus
banyak bersabar,” tegur Ustaz Ahmad bila anak sulungnya memarahi Dania.
“Dia sengaja buat begitu,”
ujar Ariel tidak mahu mengalah menjeling tajam kearah Dania yang berdiri di
sebelahnya.
“Sorry,” ujarku mencebik lagi
lalu mengesat air mataku lalu berjalan meninggalkan mereka dan menuju kearah
anak tangga.
“Dania tak nak minum airnya,”
tegur Ustazah Mariam bila Dania tidak jadi untuk minum milo yang di tuangnya
tadi.
“Tak cik Dania tak haus lagi,”
jawabku dengan nada merajuk namun bibirku menguntum senyum. Aku tersenyum puas
kerana aku berjaya mendapat perhatian Ustaz Ahmad dan Ustazah Mariam. Padan
muka Ariel tak ada siapa yang backing dia.
“Biarkan aje dia tu mak, dia
dah besar panjang, pandailah dia nak hidup,” ujar Ariel seraya berlalu menuju
kearah bilik mandi untuk membersihkan dirinya.
Ustazah Mariam dan
Ustaz Ahmad tidak terkata apa bila Ariel berkata demikian. Anak sulungnya itu
memang baran. Mereka menyangka Ariel yang matang sudah berubah perangai.
Rupanya tidak malah barannya dari dulu hingga sekarang masih belum dapat
dikikis.
“Rul cubalah
nasihatkan sikit abang Ariel kau tu, suruh dia kawal perasaannya dan banyak
bersabar jangan cepat naik angin,” ujar Ustazah Mariam seraya memandang kearah
Amirul.
“Mak tentu tahu
perangai abang Ariel, Rul sendiri tidak tahu bagaimana caranya hendak
menasihatkan abang Ariel, dia tu keras kepala,” jawab Amirul.
“I heard that,” jerit
Ariel dari dalam bilik mandi.
bersambung...
No comments:
Post a Comment