Ariel melipat
sejadah lalu di letakkan di atas rak-rak. Dia menyimpan songkok di atas almari.
Ariel membuka pintu biliknya lalu berjalan menuju ke arah ruang tamu. Tetamu
yang datang bertandang awal tadi sudah pulang. Tinggal lah Miera seorang sibuk
membersihkan meja mengangkat gelas yang kotor untuk di bawa ke dapur. Maknya ke
bilik menunaikan solat zuhur begitu juga ayahnya. Amirul sudah berangkat ke
rumah ibu mertuanya di Kulai. Ariel menyeluk saku baju melayunya lalu
mengeluarkan sampul duit yang telah diisi. Dia berjalan menghampiri Miera yang
sedang leka mengemas meja.
“Nah duit raya,”
ujar Ariel lalu menghulurkan sampul duit raya kepada Miera.
“Eh Miera dapat
duit raya juga, alhamdullilah rezeki, terima kasih abang Ariel,” jawab Miera
tersenyum gembira. Dia tidak jadi mengangkat dulang berisi gelas kotor itu ke
dapur. Sejak pagi tadi dia dan ustazah sibuk melayan tetamu yang bertandang.
Sehingga tidak berkesempatan untuk bersembang dengan abang sepupunya Ariel.
“Sama-sama,” jawab
Ariel lalu mencapai bekas kuih kaca berisi biskut coklat strawberry. Dia
membuka penutup bekas kuih itu lalu mengambil sekeping biskut coklat
strawberry. Biskut coklat strawberry di masukkan ke dalam mulutnya lalu kunyah
perlahan.
“Apsal layu aje
muka tak bersemangat, macam tak ada mood je kenapa?,” soal Miera bila Ariel
kelihatan tidak bermaya.
“Erm sedap biskut
ni, mana beli?,” soal Ariel tanpa menjawab soalan Miera tadi. Ariel membuka
balang itu lagi. Dia mencapai sekeping biskut lagi lalu di masukkan kedalam
mulutnya.
“Orang tanya dia
buat tak tahu pula, sibuk tanya mana beli biskut ni pulak,” ujar Miera. Dia mengambil
gelas bersih lalu menuang jus oren ke dalamnya. Dia mencapai gelas berisi jus
oren lalu meneguknya perlahan. Tekaknya terasa dahaga pula.
Ariel mengulum
senyum bila Miera menyindirnya. Dia sendiri tidak tahu kenapa dia tidak begitu
semangat menyambut syawal tahun ini. Sedangkan tahun ini dia berpeluang
menghayati ramadhan sepenuhnya dan menyambut syawal bersama keluarga tercinta.
“Kalau ada
jawapannya nanti abang Ariel beritahu Miera kenapa abang Ariel tak ada mood
sangat ok,” jawab Ariel kali ini membuka balang berisi kuih bangkit.
“Hmm yelah tu,
biskut ni tak beli tapi buah hati abang Ariel yang buat,” ujar Miera sambil
lewa. Dia tahu Ariel rindukan Dania. Sungguhpun mereka berdua berpura-pura
tidak tahan dengan perangai masing-masing tapi dia percaya kedua-dua mereka
saling suka menyukai namun tiada siapa yang mahu mengaku dahulu.
Ariel tersedak
bila Miera berkata demikian. Dia menuang air putih ke dalam gelas lalu
meneguknya perlahan. Terkejut bila Miera mengatakan biskut itu dibuat oleh buah
hatinya. Siapa buah hatinya yang di maksudkan oleh Miera?
“Siapa buah hati
abang Ariel,” jawab Ariel pura-pura tidak mengerti akan maksud Miera. Apa Miera
tahu siapa buah hatinya? Selama Dania berada disini, dia tidak pernah
menunjukkan minat untuk mendekati Dania malah dia suka menyakitkan hati wanita
itu.
“Sudah geharu
cendana pula, sudah tahu bertanya pula, masih tak nak mengaku lagi? dah lah
abang Ariel semua orang di rumah ni tahu siapa buah hati abang Ariel tak perlu
nak sorok-sorok lagi,” ujar Miera lalu menjeling ke arah Ariel.
“Betul semua orang
tahu, jadi abang boleh suruh mak hantar rombongan meminang Miera lah ni,” ujar
Ariel dengan wajah serious.
“Jangan nak
merepek eh abang Ariel, orang cakap serius ni, perkara baik tak baik di
tangguh-tangguhkan, abang tu sudah sesuai sangat menjadi suami orang,” ujar
Miera marah bila abang sepupunya masih mahu menafikannya. Ariel memang begitu
suka mengusik tidak pernah serious bila orang bertanya tentang dirinya. Ariel
begitu perahsia orangnya.
Ariel hanya
tersenyum bila Miera marah padanya. Apa betul apa yang dikatakan Miera mak dan
ayahnya tahu bahawa dia sukakan Dania? Atau Miera sengaja berkata demikian
untuk memancing minatnya untuk membuka rahsia hatinya kepada Miera.
“Don’t know how to
win her heart,” jawab Ariel lalu menghabiskan sisa air putih yang dituangnya
tadi.
“Oh please...abang..setahu
Miera abang jaguh dalam hal-hal memikat hati wanita, tak kan tertiba dah tak
reti pulak,” ujar Miera kurang sabar dengan sikap acuh tak acuh abang Arielnya.
“Miera kenapa
asyik nak marahkan abang je ni, marahkan Hairi abang pulak terkena tempiasnya,”
jawab Ariel lalu menoleh ke arah Miera. Dia tidak mahu Miera mengetahui apa
yang tersirat di dalam hatinya. Benar dia sukakan Dania. Tapi dia belum
bersedia untuk memenangi hati Dania, seolah-olah dia punya banyak masa untuk
berbuat demikian dan dia tidak mahu terburu-buru. Bukan kerana ego tapi kerana
dia tahu Dania perlukan masa untuk bersama dengan papanya.
“Jangan nak tukar
subject pulak, orang cakap pasal dia,”
“Ok..ok, I don’t
know how to start,” jawab Ariel mengalah bila Miera mendesaknya berbuat
sesuatu.
“I thought you
never ask, pergi KL dengan mak dan ayah, hantar kereta Dania,” ujar Miera lalu
tersenyum.
“Bawa mak dan ayah
pergi KL nak buat apa kat KL?,” soal Ariel bila Miera memberinya cadangan
membawa kedua mak dan ayahnya ke KL. Bukan mereka suka ke KL pun. Semua saudara
mara balik ke kampung dia pula hendak membawa mak dan ayahnya ke KL.
“Issk pergi beraya
di rumah Danialah jadi tak nampak ketara bahawa abang hendak bertemu dengan
dia,”
Ariel memandang
wajah Miera tanpa berkedip. Hairan bagaimana Miera boleh mendapat idea sebegitu
sedangkan dia sendiri tidak pernah terfikir untuk berbuat demikian. Memanglah
dia perlu memulangkan kereta Dania. Tapi fikirnya hendak memandu sendiri ke KL
dan dia pulang ke kampung menaiki bus. Atau dia meminta bantuan Amirul untuk
memandu kereta Dania dan pulang ke Mersing bersamanya nanti.
bersambung...
Tunggu apa lagi Ariel..Miera dah bagi cadangan yg terbaik....cik writer...terima kasih...nak lagi bole?best3
ReplyDelete