Saturday, 1 March 2014

Qada dan Qadar - Part 13


                             Dari jauh Amirul terpandang akan seorang lelaki sedang duduk di atas batu menghadap ke laut. Amirul mengorak langkah mendekati lelaki tersebut. Sebaik sahaja terima panggilan dari isterinya yang mengatakan bahawa Ariel pasti tidak berada jauh dari kampung kerana menurut Dania semasa dia berbual dengan Ariel latar belakangnya kedengaran seperti ombak. Sejurus itu Amirul tahu kemana abangnya berada. Ariel pasti berada di pantai tempat permainan mereka ketika kecil dahulu. Pantai itu memang menjadi tempat kegemaran Ariel ketika zaman remaja.
 

                              “Assalamualaikum,” ujar Amirul sebaik sahaja berada di belakang lelaki tersebut.
 

                              “Waalaikumsalam,” jawab lelaki itu lalu menoleh kearah orang yang memberi salam. Ariel terpempan sebaik sahaja terpandang akan wajah lelaki tersebut. Adiknya yang sudah hampir 7 tahun tidak ketemu. Sungguhpun adiknya itu sudah kelihatan matang. Dia masih dapat mengecam wajah adiknya itu.
 

                              “Amirul,” ujarnya gembira bukan kepalang. Dia segera bangun dari tempat duduknya lalu memeluk adiknya. Amirul membalas pelukan Ariel lalu menepuk belakang abangnya. Turut merasa rindu kerana mereka tidak bersua selama 7 tahun.
 

                              “Abang apa khabar?,” soal Amirul sebaik sahaja pelukan mereka lerai.
 

                              “Baik alhamdullilah, Mirul, mak abah sihat?,” soal Ariel tidak sabar lagi ingin tahu akan perkhabaran mereka.
 

                              “Sihat alhamdullilah,” jawab Amirul ringkas. Mereka berdua berjalan menuju kearah jetty.
 

                              “You look good,” ujar Ariel memecahkan kesunyian.
 

                             Amirul tidak menjawab dia hanya tersenyum bila abangnya memberi komen sedemikian. Abangnya tidak berubah masih peramah dan lincah seperti dahulu. Perangai yang tidak pernah dia miliki sejak kecil. Amirul pendiam tidak seperti abangnya. Mungkin kerana sikap peramah abangnya yang membuatkan ramai yang suka berkawan dan meminati Ariel.
 

                              “Kenapa abang tak balik ke kampung,” soal Amirul lalu memandang tepat ke wajah Ariel. Dia tahu abangnya merasa bersalah teramat sangat kerana tidak menuruti kehendak abahnya. Tapi itu bukan cara penyelesaiaannya. Abangnya meninggalkan kampung halaman sehelai sepinggang. Tiada perkhabaran berita yang dia sampaikan kepada mereka. Hanya kiriman wang yang selalu di terima darinya tanpa memberi number telefon mahupun alamat rumahnya. Kami sekeluarga risau tentang dirinya. Mereka hanya mampu berdoa dan berharap agar Ariel dalam keadaan selamat dan kembali kepada mereka.
 

                              “Abang tak tahu Rul, abang belum bersedia untuk berdepan dengan mak, abah dan Amirul sendiri,” jawab Ariel dengan wajah kesal. Kalau di ikutkan hatinya. Setiap tahun dia bercuti di Mersing. Kakinya terasa ringan untuk pulang ke kampong. Seperti yang dia katakan tadi dia belum punya keberanian untuk berdepan dengan abahnya terutama sekali.
 

                              “Baliklah bang, kami sekeluarga rindukan abang,” ujar Amirul lagi.
 

                              Ariel tidak menjawab. Dia memandang wajah Amirul lama. Amirul semasa remaja dengan Amirul yang dewasa tidak berubah. Amirul anak yang baik dan warak. Selalu melakukan perkara yang baik, bertanggungjawab. Menjaga martabat dan maruah keluarga. Tidak seperti dirinya yang banyak menyusahkan abah dan mak sejak kecil sehinggalah dia dewasa. Dia merasa malu dengan adiknya sendiri kerana sebagai abang dia sepatutnya memberi contoh yang baik. Ini sudah terbalik kerana Amirul yang muda darinya 4 tahun lebih matang dari dirinya.
 

                              Ariel menarik nafas dalam. Cuba menenangkan gelora di hatinya. Hatinya berbelah bagi. Dia sememangnya hendak balik ke kampung sejak 4 tahun yang lalu kerana dia benar-benar rindukan keluarganya. Setiap kali dia ke Mersing. Dia cuba mencari keberanian untuk singgah ke kampong halaman. Sehingga kini masih belum mampu dia lakukan sehinggalah dia bertemu dengan Dania, wanita yang tidak dikenali itu memberinya sedikit keberanian untuk kembali ke kampung halaman walaupun tidak benar-benar kembali sekurang-kurangnya dia sudah melakukannya. Hanya dia tidak tahu bagaimana hendak berdepan dengan mak dan abahnya. Tapi sampai bila dia harus menjadi pengecut begini. Benar semasa dia meninggalkan kampung halaman jiwanya memberontak ingin mahu bebas kerana darah masih muda. Sekarang tiada apa lagi yang hendak di kejarkan kerana semuanya sudah dia perolehi dan dirasai. Sudah tiba masanya untuk dia menjaga mak dan abah dan membalas budi dan jasa mereka.
 
 
bersambung...

No comments:

Post a Comment