Aku terjengah-jengah mencari Ariel di belakang rumah. Aku tahu mesti dia sorok di belakang. Aku
terdengar seperti seseorang sedang mengergaji sesuatu. Hmm siapa pulak yang
bertukang kat belakang rumah. Aku berjalan menuju kearah bunyi tersebut. Aku
terpandang akan tubuh sasa milik Ariel yang tidak berbaju sedang sibuk
mengergaji buluh yang sebesar lenganku. Oh wow. Gorgeous body. Astarfirullahalazim
aku beristifar dalam hati bila menyedari kesilapanku. I’m not suppose to
see that.
“Ehem,”
aku berdehem agar Ariel tahu akan kehadiran aku.
Ariel
berhenti melakukan kerjanya sebaik sahaja terdengar seseorang berdehem dari
arah belakang. Ariel menoleh. Sebaik sahaja terpandang akan wajahku. Ariel
segera mencapai t-shirtnya lalu menyarungkannya ke atas tubuh sasanya yang
mengugat imanku. Ariel mencapai tuala kecil lalu menyapu wajahnya yang dibasahi
peluh.
“Nak apa?,” soal Ariel dengan wajah
selamba.
Eii geramnya aku dengan mamat sekor ni.
Tak pernah dia pandang aku dengan pandangan yang selalu dia berikan pada Miera
atau Anis. Maksud aku pandangan yang bisa mencairkan hati wanita bila diberi
pandangan sedemikian. Issk susah aku nak describe pandangan yang macamana. Ah
pandangan yang diberikan kepada orang yang di sayangi. Ini tidak setiap kali
berdepan dengan aku dia akan memberikan pandangan yang membosankan atau
pandangan yang menunjukkan dia tidak berminat untuk berurusan dengan aku. Sejak
kali pertama aku mengenalinya dia sudah memberi aku pandangan sedemikian.
“I nak
phone number Hairi,” jawabku ringkas tanpa mengulas panjang.
“Hairi,
kenapa?,” soal Ariel.
“He
supposed to bring me out for dinner today, so I want to know what time he’s
going to pick me up,” jawabku sambil tersenyum. Senyuman gatal. Sengaja aku
berbuat demikian agar Ariel tahu aku turut berminat dengan Hairi.
Ariel menuju kearah bangku di mana
blackberrynya diletakkan. Dia mencapai blackberrynya lalu menekan sesuatu.
“Done, I dah send
to your number,” jawab Ariel lalu meletak kembali blackberrynya di atas bangku.
“Thanks, nanti you
boleh tolong beritahu Ustazah, I might be stay overnight kat Tioman Island and
I will back tomorrow, thanks again,” ujarku lalu memusingkan badanku untuk
menuju ke dalam rumah.
“Why must
you stay overnight?,” soal Ariel kurang senang dengan niat Dania untuk bermalam
di sana.
Aku berhenti melangkah. Soalan
yang diajukan Ariel cukup membuatkan aku tersenyum kerana aku berjaya menarik
perhatiannya.
“Err, pasal Tioman Island
tu jauh and I don’t think we can make it back on time, if we pergi dinner and
back semua orang dah tidur,” jawabku sambil tersenyum sinis.
“I’ll be up, I’ll wait for you
till you come back,” jawab Ariel dengan wajah serius.
“May I know why you are so
concern?,” soalku bila Ariel beriya-iya mahu aku balik malam ini juga.
“I don’t want you to cemarkan
nama baik my family, you anak muridnya, and our family are responsible for your
safety while you with us, nothing personal,” jawab Ariel serious.
Berdesing telingaku mendengar alasan yang
diberikan Ariel tadi. Nasib baiklah ini bulan puasa kalau tidak sudah lama aku
tampar wajahnya. Dia ingat aku ni apa. Perempuan yang tidak tahu mengenang
budi. Sampai hati Ariel menyangka aku begitu sekali. Apa salahku padanya
sehingga dia tidak pernah memikirkan perkara yang baik mengenaiku. Tanggapannya
terhadap diriku tidak pernah berubah sejak pertama kali kami bertemu. Jijik kah
aku pada matanya sehingga aku tidak layak diberi layana n
yang baik darinya.
“Oh well thank you for reminding me, untuk
pengetahuan you, I tidak berniat untuk mencemarkan nama baik keluarga you,
sungguhpun I kurang didikan agama, I tidak bodoh untuk membezakan mana yang
baik dan mana yang buruk,” jawabku dengan hati yang sebak. Terasa akan
kata-kata yang di lemparkan oleh Ariel.
Ariel terdiam bila Dania berkata demikian. Rasa
bersalah mula bersarang didalam hatinya. Dia tahu Dania begitu terasa akan
kata-katanya. Dan dia tidak berniat untuk menyakitkan hati Dania. Dia
sebenarnya tidak mahu Dania keluar bersama dengan Hairi. Namun dia tidak berhak
menegah atau melarang Dania berbuat demikian kerana Dania bukan haknya. Dia mengesyaki
Hairi tunangan orang, walaupun Hairi tidak pernah menceritakan apa-apa kepadanya
mengenai Miera. Dia tidak mahu Dania termakan akan kata-kata manis Hairi.
Seperti dirinya Hairi juga seorang kaki perempuan. Ariel dan Hairi kenalan lama
malah mereka selalu keluar clubbing bersama di KL. Ariel tahu akan perangai
Hairi yang suka bertukar-tukar pasangan sebab itu dia tidak menyangka sama
sekali Miera sepupunya itu dapat menerima Hairi sedangkan Miera tahu akan
perangai Hairi yang sebenar. Bezanya dia dengan Hairi, jika dia berkenankan
wanita itu dia tidak akan melayan wanita itu seperti dia melayan wanita lain. Adakah
Dania jatuh pada kategori wanita lain maka dia tidak mahu Dania beranggapan
bahawa dia adalah salah satu wanita koleksinya. Dia tidak pernah mahu
menjadikan Dania sebagai wanita koleksinya. Sungguhpun dia tahu Dania
sukakannya sejak pertama kali mereka bertemu. Sengaja Ariel tidak mahu memberi
respond agar Dania menyangka dia tidak berminat. Sedangkan dia mahu mengenali
wanita itu. Tapi dia tidak tahu kenapa dia tidak melakukan sesuatu untuk
menambat hati wanita itu, sebaliknya dia selalu membuatkan wanita itu sakit
hati dengan kelakuannya. Adakah perbuatannya itu betul. Memikat Dania dengan
memberi layana n dingin. Atau ia akan
membuatkan Dania lebih menjauhkan diri daripadanya. Entahlah Ariel tidak arif
akan soal cinta.
bersambung....
Dear writer..im waiting impatiently n eagerly to read about ariel n dania..in fact dlm 3 hari ni saya dah baca hampir semua karya cik writer ..semuanya best..tahniah..keep up the good work..
ReplyDeleteDear Anonymous..terima kasih kerana sudi membaca karya2 saya yg tidak seberapa ini..sebenarnya cerita Qada dan Qadar masih dalam penulisan lagi dan buat masa ini masih belum dapat di habiskan kerana ketandusan idea. hehe. demi tidak mahu menghampakan cik anonymous. saya uploadkan di sini beberapa part yang telah siap.. bersabar ok..terima kasih sekali lagi..
ReplyDelete