Setiap kali
takbir raya berkumandang ia benar-benar membuatkan hatiku sayu mengingatkan
arwah mama. Kali pertama aku menyambut syawal tanpa mama. Aku mengesat air
mataku perlahan.
“Kenapa non termenung
aje,” tegur bibik Wati sebaik sahaja dia meletak teko teh dan kuih muih di
hadapan Dania. Dania memesannya tadi dia tidak mahu bersarapan berat hari ini
kerana dia dan papanya akan berangkat ke kampung mamanya untuk menziarahi
pusaranya. Alhamdullilah setelah papa pulang dari hospital dia meminta aku
membantunya untuk berubah untuk menjadi seorang muslim yang baik. Dia senang
melihat perubahan ke atas diriku. Aku membawa papa ke PERKIM untuk dia
menghadiri kelas agama di sana.
“Tak ada apa-apa,”
jawabku perlahan.
“Dato kemana non,
tak nampak dari tadi?,” soal bik Wati bila majikannya tidak kelihatan bersama
Dania di ruang tamu. Masih tidur lagi kah? Sejak dia berpisah dengan Datin Ana
majikannya kelihatan bertambah baik. Tidak seperti dahulu yang selalu pulang
rumah lewat malam dalam keadaan mabuk dan suka berhibur. Majikannya banyak
menghabiskan masa bersama Dania sekiranya dia tidak ke pejabat atau pada hujung
minggu.
“Dato keluar
sekejap beli barang,” jawabku ringkas.
“Saya senang
melihat perubahan ke atas diri Dato, dia sudah rajin solat dan tidak keluar
malam lagi non, bagus,” ujar bibik Wati lalu tersenyum.
“Alhamdullilah
bik, saya pun merasa bersyukur melihat perubahan ke atas diri papa,” ujarku
lalu tersenyum kerana aku turut merasa gembira melihat perubahan ke atas diri
papa. Papa sudah rajin mendirikan solat lima waktu dan meninggalkan kegiatannya
yang suka minum minuman keras.
“Iya non
alhamdullilah, saya juga senang melihat non bertambah manis dan ayu bila
bertudung, pasti mas Ariel senang melihat non sekarang,” jawab Bibik Wati lalu
menuang teh panas ke dalam cawan yang berada di atas meja.
“Mas Ariel?,”
jawabku lalu memandang wajah bibik Wati penuh minat. Bibik Wati masih
mengingati Ariel. Sedangkan Ariel baru sekali berkunjung di rumah itupun kerana
menghantar aku pulang kerana kecederaan yang disebabkan oleh Ariel juga. Apa
yang membuatkan bibik Wati menganggap Ariel ada kena mengena dengan aku.
“Ia, bukankah mas
Ariel itu cowoknya non, mas Ariel tu ganteng orangnya kan non,” komen bibik
Wati sambil tersenyum sendiri. Dia tahu Dania sukakan Ariel. Dan dia juga dapat
merasakan bahawa Ariel juga sukakan Dania walaupun tidak di tunjukkan
terang-terangan.
“Ganteng..ganteng,
kamu ni banyak berangan eh bik Wati, saya dengan mas Ariel tidak ada apa-apa
hubungan, dia tu anak ustazah tempat saya belajar agama di Mersing dahulu,”
terangku agar bik Wati tidak salah faham akan hubungan kami.
“Jadi non dengan
mas Ariel tidak ada hubungan apa-apa, yah rugi sekali kerna non dan mas Ariel
kelihatan cocok amat,” terang bik Wati bersungguh-sungguh. Selama ini dia fikir
Ariel adalah pasangan Dania. Patutlah Mas Ariel tidak melawat Dato ketika dia
sakit dahulu rupa-rupanya mas Ariel bukannya teman lelaki Dania.
“Dia tidak sukakan
saya,” jawabku perlahan bila Bik Wati mengatakan bahawa kami kelihatan sepadan.
Ariel tidak pernah menghubungi aku setelah menghantar aku pulang kelmarin. Tidakkah
dia kisah tentang diriku langsung? Tidak bertanya khabar tentang diriku
seolah-olah aku tidak pernah dia kenali langsung. Mungkin aku bukan wanita
pilihan Ariel. Dan Ariel sememangnya mahu menjauhkan dirinya dari aku.
“Apa non pernah
bertanya pada mas Ariel?,” tanya bik Wati bila Dania mengatakan Mas Ariel tidak
sukakannya.
“Tanya apa?,”
“Tanya samada Mas
Ariel sukakan non?,” soal bik Wati lagi.
“Tak kanlah saya hendak
bertanya padanya samada dia sukakan saya bik, cara layanan yang di berikan
terhadap diri saya, saya sudah dapat tahu bahawa dia tidak begitu sukakan
saya,” jawabku sambil tersenyum. Aku sedar siapalah aku jika hendak di
bandingkan dengan wanita-wanita pilihan Ariel. Dan aku tidak rasa ustazah
Mariam akan memilih aku sebagai menantu pilihannya. Pasti dia akan mencari
wanita solehah buat anak kesayangannya.
“Iya, kereta non
bila akan di hantar pulang dari workshop?,” ujar bibik Wati menukar tajuk
perbualan kerana dia dapat merasakan Dania tidak suka dia bertanya mengenai Mas
Ariel lagi. Sebelum dia di marahi Dania ada lebih baiknya dia tukar kepada
tajuk lain.
Keretaku bukan berada
di workshop tapi berada di Mersing, di rumah ustazah Mariam kerana aku di
hantar pulang oleh Ariel dan Ariel memandu keretanya semasa menghantar aku
pulang. Pak Ibrahim pemandu kami bercuti menyambut lebaran di kampung isterinya
selama seminggu. Aku ada menelefon Anis dua hari lepas. Dia mengatakan kereta
ku akan di hantar pulang mungkin minggu hadapan kerana mereka sibuk dan tidak
sempat hendak menghantarnya. Aku merasa serba salah kerana telah menyusahkan
Anis untuk memandu keretaku pulang ke KL pula.
“Entah minggu
depan barangkali...itu Dato dah balik, barang yang saya suruh siapkan dah ada,”
soalku segera bangkit dari sofa. Aku berjalan menuju ke tangga untuk ke bilik
kerana aku hendak menganti pakaian. Aku dan papa mahu segera ke kampung mama.
“Ya udah semua ada
di ruang tamu,” ujar bibik wati.
bersambung....
No comments:
Post a Comment