Monday, 3 March 2014

Qada dan Qadar - Part 19


Tergendala rancanganku untuk ke masjid India dan membeli belah untuk keperluanku. Dengan kaki yang terasa sengal dan pedih, lutut kananku terpaksa di jahit kerana lukanya agak dalam. Semasa doctor bertanyakan apa yang telah terjadi. Aku pantas menjawab bahawa aku terjatuh sebelum Ariel sempat menjawab. Aku tidak menoleh atau memandang ke arahnya sepanjang doctor memeriksa luka-lukaku. Dah cacat lututku dah tak sesuai untuk aku memakai mini skirt kerana ia akan meninggalkan parut bila sembuh nanti. But strangely aku tidak berapa kisah sangat mungkin sudah ditakdirkan aku begitu. Sejak aku mempelajari dan mendalami agamaku aku tidak seperti aku yang dahulu. Menjaga kecantikan adalah perkara yang paling penting dalam hidupku. Dahulu everything must be perfect tak boleh calar atau terluka sikit. Pasti aku sibuk menghubungi Dr. Rizal pakar plastic surgery yang selalu kami kunjungi untuk memastikan bahawa parut itu tidak kelihatan. Wang papa banyak ku habiskan untuk kaedah itu. Semasa di klinik Ariel yang membayar kos perubatanku. Aku sedikitpun tidak mengucapkan terima kasih malah sejak dari klinik aku sengaja tidak mahu berinteraksi dengan Ariel biar dia tahu aku benar-benar membencinya.
 

Ariel memberhentikan keretanya di rumahku. Aku membuka tas tangan chanel ku lalu mengeluarkan remote untuk pintu pagar. Sebaik sahaja pintu pagar terbuka. Ariel memasukkan keretanya di dalam pengkarangan rumahku lalu mematikan enjin. Seketika kemudian pintu gerbang ku di buka dari dalam. Bibik Wati terjengol di hadapan pintu bila perasan kereta yang berada di hadapan rumah bukan kereta milik tuannya.
 

“Bik,” jeritku memanggil bibik Wati kerana tidak sabar hendak keluar dari kereta Ariel.
 

Pembantu rumahku segera menuju kearah pintu penumpang bila menyedari wanita cantik yang menegurnya itu adalah anak tuannya, Dania.
 

“Ya Non, astrafirullahazim kenapa ni Non,” ujarnya bila menyedari puan mudanya berbalut di tangan dan lututnya.
 

“Ya udah, kamu ni drama betul, sikit aje, kamu tolong buatkan air untuk mas Ariel,” pesanku bila Bik Wati memegang tanganku lalu membelek-belek perlahan.
 

“Iya, iya,” ujarnya seraya berlalu ke dalam.
 

Aku cuba meletak kakiku di lantai dengan berkaki ayam.
 

“Don’t bother,” ujarku menghalang Ariel yang cuba membantuku melihatkan aku dalam keadaan kesakitan.
 

“Don’t be stubborn,” ujarnya bila Dania berdegil mahu berjalan dalam keadaannya yang tidak stabil. Ariel tidak memperdulikan kedegilan aku spontan sahaja tangannya memaut pinggangku membantuku berjalan menuju kearah pintu. Aku mengambil keputusan untuk mengambil kesempatan ke atas diri Ariel lagi. Like I said, aku tidak mahu Ariel berbuat baik denganku sebab dia tidak punya pilihan kerana dia yang menyebabkan aku cedera. Ariel membantuku duduk di atas sofa berdekatan.
 

“Thanks,” ujarku acuh tak acuh. Biar dia tahu aku tidak ikhlas mengucapkan terima kasih kepadanya. Biar Ariel tahu rasa bersalah di atas tindakannya itu.
 

“I’m sorry,” ujar Ariel seraya duduk berhadapan denganku.
 

“It’s my fault, I have crossed the line, don’t worry I won’t bother you again,” jawabku selamba seraya memandang kearah Bik Wati yang jalan menuju kearah mereka sambil menatang dulang berisi sebiji teko dan 2 biji cawan di atasnya.
 

Ariel hanya mendiamkan diri bila Dania berkata demikian. Dia tahu Dania masih tidak dapat memaafkannya. Tapi apa yang boleh dia buat selain dari meminta maaf dari Dania. Terlajak perahu boleh di undur telajak perbuataan buruk padahnya. Ariel tidak memaksa Dania untuk memaafkannya apatah lagi untuk tidak membencinya. Dia sedar dia bersalah dan dia akui kesalahannya.
 

Bik wati menyerahkan cawan berisi teh panas kepada Ariel.
 

“Terima kasih,” jawab Ariel lalu menyambut cawan berisi teh yang diberikan kepadanya.
 

“Non,” ujar bik Wati ingin menyerah cawan kepada Dania.
 

“Bibik tak nampak ke kedua belah tangan saya sudah di balut macamana saya mahu minum, biarkan sahaja di atas meja pandai-pandailah saya minum nanti,” jawabku agak perlahan tapi cukup di dengari Ariel.
 

“Oh ya, maaf non tak perasan mahu saya suapin non ngak,” ujar bik Wati.
 

“Ya udah bik, kamu fikir saya ni anak-anak ya perlu di suapin, saya bukan anak manja saya wanita berdikari, apa bik udah habis kerja semua,” ujarku mengusik bibik Wati.
 

“Iya saya ke kebelakang lagi sibuk,” ujar bibik wati lalu meninggalkan kami berdua.
 

“You still mad at me,” ujar Ariel seraya memandang tepat ke arahku sebaik sahaja pembantu rumahnya meninggalkan mereka.
 

“You think!!,” jawabku lalu menjeling.
 

“What can I say, you such a pain in the ass, It’s good to know that you won’t be bothering me anymore,” jawab Ariel dengan wajah selamba lalu bangkit dari sofa.
 

What an ass. Ingatkan dia benar-benar menyesal dan tidak akan bergaduh dengan aku lagi setelah apa yang dia lakukan. Rupanya tidak. Egonya masih intact. Whatever kerana from today onwards I’m will immune to his sacarstic remarks and rotten behaviour because he would never change.
 
 
bersambung...

No comments:

Post a Comment