Friday, 28 March 2014

Qada dan Qadar - Part 33


                                Ariel memberhentikan keretanya di hadapan pintu gate rumahku. Hatiku merasa sebak dan sayu kerana terpaksa berpisah dengan Ariel kerana aku sayangkan lelaki itu. Walaupun Ariel tidak mengetahuinya kerana aku tidak pernah meluahkan isi hatiku kepadanya. Dan aku juga tidak tahu samada Ariel turut sukakan aku kerana dia sendiri tidak pernah menunjukkan bahawa dia sukakan aku sepanjang aku tinggal di Mersing. Sepanjang aku di sana kami tidak pernah keluar berbuka berdua sahaja. Tapi hari terakhir aku bersama dengannya kami berkesempatan untuk bersahur bersama. Walaupun ianya bukanlah sesuatu yang istimewa tapi aku akan abadikan di dalam kenanganku bersama dengan Ariel.
 
 
                              “Terima kasih Ariel, sampaikan salam I pada Ustazah Mariam dan Anis, maaf kerana tidak berkesempatan untuk mengucapkan terima kasih di atas jasa baik Ustazah dan keluarga you sendiri kerana papa memerlukan I di sini,” ujarku sebak lalu melemparkan pandangan ke kiri kerana tidak mahu Ariel melihat aku menangis.
 
 
                              “Ins sha allah,” jawab Ariel perlahan.
 
 
                              “Maafkan I jika I ada terkasar bahasa dan menyakitkan hati you selama ini, halalkan makan minum I,” ujarku lalu mengesat air mata yang mengalir perlahan di pipi.
 
 
                              Ariel hanya mendiamkan diri bila Dania berkata demikian. Dia tidak tahu kenapa hatinya turut merasa sayu seolah-olah Dania tidak akan bertemu dengannya lagi. Mungkin ada benarnya kerana mereka tidak mempunyai hubungan apa-apa. Dania bukan kenalan mahupun temannya. Tiada sebab untuk Dania bertemu dengannya lagi. Tapi kenapa dia seakan tidak mahu pertemuannya dengan Dania berhenti setakat di sini sahaja. Mungkin kerana dia sudah mula menyimpan perasaan terhadap diri Dania. Namun dia masih belum benar-benar yakin akan perasaannya.
 
 
                              “Jadi muslimah yang solehah, semoga allah pertemukan you dengan jodoh yang baik, promise me that you will take care of yourself,” ujar Ariel lalu menoleh ke arah Dania. Dia bersyukur dan senang sekali melihat perubahan ke atas diri Dania. Dania yang dahulunya seorang wanita yang liar dan seksi kini wanita yang menjaga tingkah laku dan kini suka menutup aurat.
 
 
                              Aku terkedu bila Ariel berkata begitu. Aku hanya mampu menganggukkan kepala perlahan. Tanpa menoleh ke arahnya lagi. Aku membuka pintu kereta lalu keluar. Pintu gate di buka dari dalam dan tanpa menoleh ke arah Ariel aku terus menuju ke pintu kerana aku tidak sanggup melihat wajahnya bila dia pergi meninggalkan aku.
 
 
                              Ariel hanya mengeluh perlahan bila Dania mengelak untuk memandang wajahnya. Adakah Dania tidak sudi memandangnya lagi atau Dania sedih untuk melihat dia pergi meninggalkannya.
 
 
 
****
 
 
 
                             Selepas solat zuhur tadi aku terus kembali ke ward papa. Papa sudah di pindahkan kepada ward biasa dan bukan lagi di ICU. Alhamdullilah keadaan papa sudah kembali stabil. Tapi doktor menasihatkan agar pesakit perlu banyak berehat. Sejak semalam sehingga ke hari ini mama tiriku tidak menziarahi papaku yang terlantar di hospital. Apa sebenarnya yang berlaku di antara papa dengan mama Ana aku tidak tahu. Aku cuba menghubungi mama Ana namun satu panggilan telefon dariku tidak di jawab olehnya. Aku duduk di sofa menemani papa dengan membaca buku yang ku beli semasa aku pergi menyinggah ke MPH. Buku yang pernah diberi pinjam oleh Ariel semasa aku berada di rumahnya iaitu ‘Kisah dari Al-Quran’. Di Mersing aku tidak sempat membacanya sehingga habis.
 
 
                              “Nabi yang bisa berbicara dengan jin dan menguasainya, dan juga mengerti bahasa haiwan?,” soal Ariel sambil setelah Dania menyerahkannya buku yang di beri pinjam bertujuan ingin mengetahui sejauh mana Dania memahami isi kandungan kisah dari Al-Quran. Ariel sedikitpun tidak merujuk buku tersebut bila bertanya soalan kepada Dania.
 
 
                              “Nabi Sulaiman A.S.,” jawabku dengan penuh yakin tanpa berfikir panjang.
 
 
                              “Bukan nabi Daud A.S.?,” soal Ariel lalu menoleh ke arah Dania sengaja mahu tahu sejauh mana Dania faham mengenai mukjizat kedua-dua nabi tersebut.
 
 
                              “Mukjizat Nabi Daud, baginda boleh berbicara bahasa burung dan memilik kemampuan melembutkan besi seperti lilin, kemudian ia dapat merubah-rubah bentuk besi itu tanpa memerlukan api atau peralatan apapun,” jawabku lagi lalu tersenyum puas. Apa dia fikir aku tidak ingat apa yang aku baca.
 
 
                              “Impressive, siapa pula nabi yang mendapat perhatian para kaum hawa dan juga di penjarakan kerana di tuduh menyebabkan jari teman-teman Siti Zulaiha terluka bila memandang wajahnya,” soal Ariel lagi.
 
 
                              “Nabi Yusuf A.S dan nabi Yusuf di penjarakan bukan kerana dia bersalah, kerana penjara adalah tempat yang aman untuk menghindari dirinya dari segala godaan dan tipu daya yang akan menjerumuskannya ke dalam kemaksiatan dan perbuatan mungkar walaupun di dalam keadaan yang sempit dan tidak selesa ia membolehkan baginda beribadat,”
 
 
                              “Good, sambung baca lagi,” ujar Ariel lalu menyerahkan kembali buku itu kepada Dania. Dia bangkit dari tangga dan berjalan menuju ke arah biliknya.
 
 
                              Aku tersenyum sendiri bila buku ini mengingatkan aku tentang Ariel. Ariel sengaja menyuruh aku membaca kisah dari al-quran semata-mata mahu aku mengurangkan aktiviti harianku di waktu siang jika aku tidak belajar agama dengan Ustazah. Katanya pahala kurang jika aku menghabiskan masa dengan mendengar musik dan bermain internet.
 
 
                              Rindu benar aku pada keluarga Ustazah Mariam. Pasti mereka sedang sibuk menyediakan persiapan untuk menyambut syawal lusa. Aku tidak menyediakan apa-apa kerana tiada siapa yang akan menyambut bersamaku di sini. Pagi tadi Anis ada menelefonku bertanyakan khabar papa. Aku mengatakan bahawa keadaan papa semakin baik kerana dia dipindahkan kepada ward biasa. Mereka semua mendoakan kesihatan papa. Aku sempat berbicara dengan Ustazah Mariam. Ustazah meminta aku bersabar, berdoa dan memperbanyakan mengerjakan solat sunat Taubat dan Tahajjud.
 
 
                              Aku tersentak bila menyedari papa mengerakkan tangannya. Aku meletak buku itu di meja sisi lalu segera bangun dari sofa dan mendekati papa.
 
 
                              “Papa, Dania sini,” bisikku perlahan lalu menyentuh tangan papa. Papa menoleh ke arah ku. Wajahnya kelihatan hairan, lama dia merenung wajah wanita muda itu. Setelah pasti wanita ayu yang bertudung itu adalah anaknya Dania. Dia mula tersenyum.
 
 
                              “Dania..,” ujarnya perlahan dengan linangan air mata.
 
 
                              Aku menganggukkan kepala perlahan bila papa mengenali diriku. Air mataku mengalir perlahan kerana bersyukur kepada Allah menyelamatkan papaku. Aku sayangkan papa. Tiada siapa lagi di dunia ini yang aku ada selain dari papa.
 
 
                              Aku merapatkan telinga ke mulut papa bila dia cuba mengatakan sesuatu.
 
 
 
                              “You look beautiful, I miss you baby,” ujar papa dalam keadaan lemah.
 
 
 
                              Aku tertawa kecil bila papa berkata demikian. Walaupun keadaannya masih lemah dan tidak bermaya papa masih mahu mengusikku.
 
 
 
 
                              “I miss you papa,” ujarku lalu memeluk papa. Papa mengusap belakangku perlahan. Dia turut rindukan Dania. Dia sedar dia bukanlah seorang papa yang baik. Dania selalu di abaikan. Dia membesarkan Dania dengan wang ringgit dan tanpa kasih sayang yang seharusnya Dania terima dari seorang ayah. Dia menyesal kerana mengabaikan tanggungjawabnya. Kalaulah Dania dibesarkan oleh bekas isterinya pasti Dania di limpahkan dengan kasih sayang. Bekas isterinya itu adalah seorang wanita yang penyayang. Di sebabkan takut kehilangan Dania dia memisahkan hubungan ibu dengan anak dengan mengugut Aishah sekiranya dia menuntut hak penjagaan Dania dia tidak akan memberi Dania apa-apa darinya. Aishah terpaksa melepaskan Dania kerana dia tidak mahu Dania merasa hidup susah dengannya di kampung.
 
 
 
                              “I’ve dreamt of your mama Dania, she came to visit me and she’s look so beautiful in white,” ujar Dato Danial lalu tersenyum. Wajah bekas isterinya kelihatan bersih dan cantik. Di dalam mimpinya bekas isterinya datang melawatnya di hospital. Dia hanya tersenyum melihat keadaan dirinya. Tiada sepatah perkataan yang keluar dari bibirnya.
 
 
 
                              Hatiku menjadi bertambah sebak bila papa mengatakan dia mimpikan mama. Mama datang bertemu dengan papa. Airmataku mengalir laju.
 
 
 
                              “Why dear, why are you crying?,” wajah papanya kelihatan risau bila Dania tiba-tiba menangis bila dia mengatakan bahawa dia mimpikan bekas isterinya.
 
 
 
                              “Papa..mama pass on last month,” jawabku perlahan dengan linangan air mata. Aku tidak memberitahu papa bahawa mama sudah tiada lagi di dunia.
 
 
 
                              “What???, Kenapa Dani tak beritahu papa?,” jawab papanya tidak percaya apa yang di dengar. Kenapa Dania tidak memberitahunya tentang berita itu. Sungguhpun dia tidak ada apa-apa pertalian lagi dengan bekas isterinya namun dia terkilan bila Dania tidak memberitahunya. Terlalu banyak dosanya pada bekas isterinya dahulu. Dia terkilan tidak berkesempatan untuk meminta ampun dan maaf darinya.
 
 
 
 
 
 
 
bersambung....
 
 
 
 
 
 
 
 
 
 
 
 

No comments:

Post a Comment