Aku
merasakan hari ini hari yang cukup bahagia buat diriku walaupun aku tidak tahu
apa puncanya membuatkan aku segembira hari ini. Semasa aku menerima hadiah Chanel
bag 2.55 dari papa sewaktu aku menyambut ulangtahun ke 21 tahun ku pun tidak
boleh menandingi kegembiraan ku sekarang seolah-olah aku mendapat hadiah yang
tidak ternilai harganya. Pertama, aku bersyukur kerana berjaya menahan diri
dari lapar dan dahaga dan juga dapat mengawal diriku dari bergaduh dengan Ariel
walaupun tadi ada juga aku menyumpah bila dia berkelakuan tidak menyenangkan.
Kedua, aku bermuhasabah diri. Ketiga, aku berjaya membaca dan memahami hampir
separuh mukasurat buku yang di beri Ariel tempoh hari. Buku berjudul ‘Kisah
dari Al-Quran’. Aku sudah sampai membaca ke bab Nabi Sulaiman dan Ratu Balqis.
Dan keempat, tiada perselisihan faham yang berlaku di antara aku dengan Ariel
semasa kami berbuka puasa tadi walaupun aku sedikit terkilan bila seperti biasa
Amirul yang membaca doa berbuka puasa walaupun aku ingin sangat Ariel yang
membacanya. Aku rindu akan mendengar suaranya. Tapi tak mengapa, aku berharap
sepanjang bulan ramadhan ini Ariel yang akan mengajarku mengaji. From now on I
want to make peace with Ariel.
“Dah sudah Ariel?,” soal Ustazah Mariam bila anak
sulungnya itu makan hanya sedikit sedangkan lauk sotong masak hitam adalah lauk
kegemarannya.
Aku pun tersentak bila Ustazah berkata demikian.
Yelah tak kan
makan sikit dah kenyang. Aku tengok dia hanya menjamah kurma dan minum air susu
sahaja. Tak kan
dah sudah. Kalau aku lah jangan kata satu round 2 round belum tentu kenyang. Satu
hari tak makan babe.
“Ariel nak solat mahgrib dulu,” jawab Ariel lalu
menuju kearah bilik air. Amirul turut bangun dan mengekori abangnya dari
belakang.
Aku perasan Ustazah dan Anis bertukar pandangan.
Mereka sama-sama tersenyum. “What? Share lah,” bisikku bila Anis tidak
henti-henti menguntum senyum sedari tadi.
“Abang Ariel menunjukkan perubahan yang positif,”
jawab Anis tersenyum lagi.
“Oh yah huh, alhamdullilah allah perkenankan doa
kita semua,” ujarku sambil lewa lalu menyenduk mee goreng yang kami beli dari
bazaar ramadhan lepas asar tadi. One thing good about ramadhan ada Bazaar
ramadhan and the food semuanya kelihatan lazat-lazat belaka. Kalau ikutkan hati
hendak sahaja aku beli bermacam-macam jenis makanan. Banyak juga makanan yang
ku borong tadi. Kalau tidak di tegah Anis tadi agaknya 3 jenis air sudah kubeli
kerana semuanya tampak sedap. Maklumlah kalau sudah lapar dan dahaga semuanya
nampak sedap.
“Kamu juga Dania, alhamdullilah banyak perubahan
yang makcik lihat, Dania manis bertudung,” puji Ustazah Mariam.
“Tudung?,” aku meraba kepalaku. Oh ya. Aku tak
perasan bahawa sejak mengaji tadi aku masih lagi memakai tudung dan sehingga ke
waktu berbuka puasa. Ini bermakna aku ke bazaar ramadhan tadi pun aku memakai
tudung. Hmm pelik. Tidak pernah ku buat sebelum ini. Aku tidak pernah lupa
untuk menanggalkan tudung sebaik sahaja habis mengaji. Tak tahu mengapa hari
ini aku boleh tidak sedar. Ah lagipun aku percaya Ustazah dan Anis akan ke
surau untuk sunat terawih. So dah alang kepalang aku pakai sekali.
“Makan tu agak-agak sikit nanti tak larat nak
terawih,” bisik Anis bila dilihatnya temannya itu seronok makan tak pandang
kiri kanan lagi. Aku menoleh kearah Anis. Baru aku perasan hanya tinggal kami
berdua sahaja berada di meja makan. Yang lain sudah hilang dari pandangan.
“Ya kalau imam nya Ustaz Ahmad, I tak larat Anis, I
cuti malam ni,” ujarku seraya mengelengkan kepala. Tak sanggup aku. Aku dah
terkenyang gila. Apa tak. Melantak sehendak-hendak tidak. Macam tak pernah
makan sebulan. Ini baru sehari tak makan aku dah macam nak rak inikan pula
untuk lagi 29 hari.
“Malam ni Ustaz Ahmad tak jadi imam,” jawab Anis
sambil tersenyum. Dia mengangkat pinggan kotor lalu di bawa ke sinki. Aku
membantu Anis mengangkat gelas kotor yang sudah disusun di atas dulang dan
menuju kearah sinki. Sementara menunggu Anis selesai membasuh pinggan aku
membantunya membersihkan meja makan. Lebihan makanan ku susun cantik di bawah
tudung saji untuk Ariel makan lepas solat terawih nanti. Kesian dia tak makan
betul-betul. Pasti balik terawih dia lapar. Aku tak tahu kenapa tiba-tiba aku
begitu ambil berat tentang Ariel sedangkan selama ini aku tidak pernah ambil
peduli langsung mengenai Ariel.
“Nasib baik kalau tidak I ambil tempat kat belakang,
agak-agak I tak larat nak habiskan 20 rakaat, I cabut balik dulu,” ujarku sambil menutup gelas susu
baki Ariel dengan penutup cawan agar tidak terdedah.
bersambung....
No comments:
Post a Comment