OK. Ustazah kata
bulan ramadhan aku harus banyak menghabiskan masa membaca buku-buku agama.
Malah si mamat sibuk tu di tugaskan untuk menjadi guru agama sandaran sekiranya
Ustazah tidak free untuk menjawab soalan-soalan ku. Great. I have to face that idiot every
now and then. Kenapa Ustazah tak beri tugas tersebut kat Amirul aje. I think he
wiser than that jerk. Dan aku tidak mahu pahala puasaku di kurangkan kerana
tidak dapat menahan diri untuk tidak memaki lelaki itu. Perutku berkeroncong
sedari tadi. Laparnya. Aku menjeling ke arah jam didinding. Jam baru
menunjukkan pukul 11.30 pagi. Boleh ke aku tahan hingga ke jam 7.25 malam.
Seumur hidup aku tak pernah berpuasa. Inilah kali pertama aku berlajar
berpuasa. Parah juga kerana aku tidak pernah berlatih berpuasa sebelum ini.
Ikutkan hati hendak sahaja aku puasa setengah hari. Sedang aku berperang dengan
perut lapar tiba-tiba pintu bilikku di ketuk bertalu-talu dari luar.
Aku membuka pintu dan tidak terperanjat
bila si mamat jerk itu berada di depan pintuku kerana dari gaya ketukan pintu tadi aku tahu bukan Anis
ataupun Ustazah Mariam.
“Apahal,” jawabku kasar.
“Mak panggil suruh makan,” ujarnya
dengan wajah selamba.
“Ya ke, oklah perut aku memang lapar
pun,” ujarku sambil tersenyum tanpa memperdulikan mamat itu aku mengorak
langkah untuk menuju kearah anak tangga. Tiba-tiba langkahku terhenti bila
teringatkan sesuatu.
“You jerk, ini kan fasting month, you want me to get into
trouble is it,” jawabku marah kerana aku hampir sahaja ke dapur mencari
makanan. Nasib baik aku teringat bahawa ini bulan puasa. Kalau tidak malu aku
di buatnya. Lapar macamana pun aku akan terus bertahan hingga waktu berbuka
kerana aku tidak mahu Ariel memperlekehkan daya ketahanan diriku dan imanku.
Ariel ketawa berdekah-dekah bila
berjaya mengenakan Dania walaupun wanita itu belum sempat ke dapur tapi dia
sudah termakan kata-katanya.
“You piece of shit,” makiku.
Astrafirlluahalazim aku mengucap dalam hati kerana memaki Ariel walaupun hakikatnya
Ariel patut di maki because he’s a jerk. Tapi kuranglah pahala aku bila berbuat
demikian. Menurut Anis iblis dan syaitan sudah di rantai pada bulan ramadhan
kenapa aku rasa macam ada satu setan yang terlepas dan sering menganggu aku.
“What did you say to me?,” jawab Ariel
lalu mendekati aku.
“You piece of shit,” ulangku tanpa rasa
takut kerana Ariel tidak akan dapat melakukan apa-apa keatas diriku.
“Nasib baik ini bulan ramadhan kalau
tidak,” jawab Ariel seraya tersenyum mengoda tanpa menghabiskan ayat-ayatnya
dan membiarkannya tergantung.
“Huh, you so full of yourself, you
think I’m attracted to you,” jawabku mencabar egonya.
“And you are not?,” jawab Ariel bila
Dania berkata demikian.
“Not a bit,” jawabku dengan wajah
selamba.
“Really?,”
“Really,” jawabku dengan wajah serius.
Ariel mengalah dia menyerahkan aku
sebuah buku. Buku yang aku terambil dari biliknya semasa menyembunyikan diri
darinya tempoh hari. Aku menyambut tanpa banyak soal. Ariel berlalu menuju kearah dapur.
“What’s this for?
“For you to read and understand, I
shall ask you one of these days, so be prepared,” jawab Ariel dari dapur.
“Oh great, ya allah ya tuhanku kenapalah
aku diberi hukuman sebegini, kenapa mesti aku berurusan dengan Ariel,
sesungguhnya aku tidak sanggup melayan perangai dan kelakuan Ariel yang
benar-benar menguji imanku, sekiranya ini ujianku berilah aku kekuatan untuk
mengharunginya, sesungguhnya aku tidak sanggup menghadapinya tanpa bantuanmu
yang allah, dan kau maha mengetahui yang allah,” aku berdoa bersungguh-sungguh
mengaminkannya dan meraup wajahku perlahan. Belum pernah umur aku berdoa
sesungguh itu.
bersambung...
No comments:
Post a Comment