Hatiku benar-benar berbuku bila tiap kali teringatkan akan kata-kata Ariel. Apa masalah Ariel yang sebenarnya? Apa yang dia tidak puas hati sangat dengan aku. Sepatutnya aku yang tidak puas hati dengannya kerana cuba melakukan perkara yang tidak senonoh ke atas diriku tempoh hari. Kalau aku hendak mencemarkan nama baiknya dan keluarganya. Aku sudah adukan akan perbuataan buruknya kepada Ustazah Mariam. Tapi aku tidak berbuat demikian kerana aku menghormati Ustazah Mariam dan aku sudah menganggap Ustazah Mariam sebagai penganti mamaku. Aku rindukan mama. Kalaulah mama masih hidup pasti kami juga sedang sibuk membuat persiapan menyambut hari lebaran kerana tahun ini, tahun yang pertama aku benar-benar menghayati akan makna bulan ramadhan dan syawal. Aku merasa rugi kerana selama ini aku tidak pernah menikmati keindahan dan keistimewaan kedua-dua bulan yang penuh rahmat ini. Aku tidak pernah berpuasa dan menyambut syawal seperti umat islam lain. Pada aku Hari Raya di sambut selepas bulan puasa. Dan aku membeli baju kurung kerana mama mahu aku beraya bersama dengannya. Selebihnya tidak. Aku merasa bersyukur dapat mengenali Miera, Ustazah Mariam dan Anis. Sedikit sebanyak kehadiran mereka itu dapat mengubat rinduku terhadap mama.
*****
Aku duduk bersimpuh membantu Miera memilih kacang
hijau. Menurut Miera kacang hijau tersebut akan di jemur dan dibuat kuih putu
kacang. Kuih tradisional. Maklumlah aku bukannya tahu akan benda ni semua
kerana aku jarang masuk ke dapur apatah lagi membuat kuih yang aku tidak pernah
rasa atau dengar sebelum ini. Kalau “Lemon Meringue” atau “Macaroons” aku
tahulah. Ini Putu Kacang. Dari gadis kota
yang tidak tahu akan asal usul orang melayu aku sedikit demi sedikit mengenali
tradisiku. Kalau dulu aku kekok memakai baju kurung besar “Pesak”. Sekarang aku
sudah biasa. Kalau dulu aku tidak pernah
ke dapur. Sekarang aku sudah mula berjinak-jinak membantu mereka menyediakan
juadah berbuka puasa. Aku sudah pandai mengoreng ikan. Heheh walaupun it is not a big deal kerana apalah yang hendak di hairankan sangat skill mengoreng ikan.
Tapi ia cukup penting buat aku kerana selama ini aku tidak pernah ke dapur membuat
ini semua. Jadi pada aku sudah pandai mengoreng ikan tidak hangus sudah ku
anggap mission yang berjaya.
Oh ya pasti semua hendak
hendak tahu akan date aku dengan Hairi tempoh hari. Aku masih teruskan plan
kami untuk keluar berbuka bersama. Tapi kami terpaksa menukar plan asal kami
untuk ke Tioman Island Club bukan kerana aku terasa akan sindiran pedas Ariel
tapi kerana aku tidak mahu menyusahkan keluarga Ustazah Mariam. Lagipun aku
tidak punya mood hendak keluar dengan Hairi bila teringatkan akan kata-kata pedas
yang di lemparkan Ariel. Untuk membuktikan bahawa dakwaan Ariel tidak benar
terhadap diriku. Aku mengambil keputusan untuk makan di restoren berdekatan
bersama dengan Hairi and by 10.00 pm I’m already back home dan rumah Ustazah
berkunci kerana mereka belum balik dari solat terawih dan aku terpaksa duduk di
verandah menanti kepulangan mereka. Miera macam tak happy bila dapat tahu aku
keluar dengan Hairi. But she didn’t state the reason why she’s acting
like that. Walaupun dia cuba
act cool aku tahu dia not happy.
“Assalamualaikum, abang Ariel,”
Aku tersentak bila
terdengar orang memberi salam kepada Ariel. Bila masa si malaun tu berada di
verandah. Aku yang duduk bersimpuh dari tadi tak perasan dia berada di
belakangku. Apa perempuan yang memberi salam tu tidak nampak ke aku dan Miera turut
berada sama. Kenapa diberi salam kepada Ariel dan bukan kepada kami.
“Waalaikumsalam
Ayu ke ni,?” jawab Ariel teragak-agak kerana dia tidak berapa mengecam wanita
muda yang memberi salam kepadanya. Maklumlah hampir 7 tahun dia tak balik ke
kampung. Semasa zaman remajanya Ariel memang terkenal di kalangan anak gadis
kampung. Ramai yang berebut-rebut ingin menjadi teman istimewanya. Sejak berita
mengenai kepulangannya ke kampung ramai anak-anak gadis di kampungnya datang
memberi keluarganya juadah untuk berbuka puasa. Menurut ibunya rezeki tidak
boleh di tolak.
“Pandai abang
Ariel meneka,” jawab wanita muda itu lalu tersenyum.
Aku hanya
menjeling meluat bila wajah wanita itu kelihatan kemerah-merahan bila Ariel
tepat meneka namanya. Tak padan dengan wanita bertudung, masih lagi boleh
mengatal.
“Wah makin cantik
Ayu sekarang, ni dah ada boyfriend ke belum?,” usik Ariel tersenyum mesra.
“Gatal!,” ujarku seraya berdehem
menyindir Ariel. Miera yang
berada di sebelahku tersenyum bila terdengar akan sindiranku. Pasal lah puasa tak
puasa kalau dah gatal tak kira bulan. Aku tidak tahu kenapa aku sakit hati
sangat dengan Ariel. Lelaki itu agaknya sengaja mahu aku membencinya. Bila aku
mahu berbaik dengannya Ariel akan membuat sesuatu membuatkan aku membencinya
semula.
Ariel tersenyum sinis bila Dania
menyindirnya.
“Abang ni, kalau
tak kacau Ayu tak boleh ke?, Ayu tunggu abang pinang Ayulah,” jawab Ayu dengan
nada bergurau sambil mencubit lengan Ariel.
“Whatever!,” ujarku
meluat bila terdengar gadis itu berkata demikian. Tergedik-gedik lagak macam
kucing betina pantang nampak kucing jantan. Mulalah tu. Pantang di layan pasti
menjadi punya. Ikutkan hati hendak sahaja aku tarik Miera masuk ke dalam rumah kerana
meluat melihat mereka berdua yang usik mengusik sedari tadi macam episode dari
Uda dan Dara.
“Betul Ayu hendak
kan abang, atau Ayu bergurau aje, abang dengar Ayu hendak bernikah seminggu
selepas raya nanti,” ujar Ariel seraya tersenyum.
“Ini mesti abang
Ariel dengar dari abang Nasrun kan, bencilah abang Nasrun ni, Ayu baru hendak
bermanja dengan abang Ariel dia dah pukul canang, yelah tunggu abang pinang
lama sangat, sebab itu Ayu tunang dengan orang lain,” jawab Ayu tersenyum lagi. Dia memang sukakan Ariel sejak dia masih kecil lagi. Pada Ayu, Ariel
lelaki pujaannya. Kedua ibu bapanya pun sukakan Ariel. Malah mereka setuju jika
Ariel di jadikan calon menantu. Ayu pula sukakan Ariel kerana dia memiliki
wajah kacak dan seorang lelaki yang baik. Ilmu agamanya tinggi. Tapi itu semua
kisah dahulu. Ayu patah hati bila mengetahui Ariel sudah meninggalkan kampung.
Ariel ketawa
perlahan bila Ayu berkata demikian. Dia tahu adik temannya Nasrun memang meminatinya sejak dia remaja lagi.
Ketika itu Ayu baru berusia 15 tahun dan Ariel 25. Ariel selalu ke rumah Nasrun
kerana dia bergiat dalam kumpulan kompang dan berzanji di kampungnya. Nasrun
selaku ketua kumpulan mereka manakala Ariel pembantu kanannya. Boleh di katakan
hampir setiap malam Ariel akan ke rumah Ayu untuk berlatih kompang. Dan Ariel
selalu menjadi perhatian gadis-gadis di kampungnya tidak terkecuali Ayu adik
Nasrun.
“Abang doakan yang
terbaik untuk Ayu,” jawab Ariel.
“Terima kasih, oh
ye tujuan Ayu kemari, mak dan abah jemput abang Ariel sekeluarga berbuka di
rumah malam ini, kami adakan iftar, tapi abang Ariel kena datang rumah Ayu
selepas asar abang Nas nak berlatih kompang, dia mahu abang Ariel ikut sama,
dia kata dah lama abang Ariel tak lepak dengan budak-budak kompang,” ujar Ayu.
“In sha allah, abang
akan sampaikan pesanan Ayu pada mak dan abah, erm berlatih kompang untuk majlis
Ayu ke?,”
Ayu tidak menjawab
malah mengangguk perlahan.
“Kalau macam tu,
in sha allah selepas asar nanti abang datang, kita jumpa lagi nanti,”
“Ayu minta diri dulu, jangan lupa datang
tau,” pesan Ayu.
Ariel mengangguk
lalu tersenyum.
“Oh ye, kakak
berdua pun jangan lupa datang tau, jangan lepaskan peluang untuk mendengar
abang Ariel bernyanyi,” ujar Ayu menoleh kearah wanita muda yang berada di
verandah yang sedang sibuk memilih kacang hijau sedari tadi. Dia tidak mengenali
mereka tapi dia tahu Ustazah Mariam masih lagi mengajar dan dia pasti mereka
adalah anak murid barunya.
“Ins sha allah,” jawab
kami serentak.
Bernyanyi? Sejak
bila pulak Ariel pandai menyanyi, kalau pandai mengaji tu aku tahulah. Don’t
say sing. Humming pun aku belum pernah dengar. Ariel dengan kerja siangnya iaitu
mencari buluh dengan Amirul sekiranya Amirul tidak bekerja dan buluh yang
dikumpul di gergaji pula. Aku tak tahu apa project mereka. Ariel jarang berada
di rumah. Selepas kerjanya habis, dia akan ke surau solat dan menghabiskan masa
berjumpa dengan teman-teman sekampungnya. Dan pulang ke rumah lewat 12.30
malam. Itu aktivitinya sepanjang bulan ini.
Ariel tersengih
bila Ayu berkata demikian. Ariel melirik kearah jam tangannya. Dia menyeluk
saku baju melayu dark blue yang di pakainya lalu mengeluarkan songkok lipat yang senantiasa
berada di dalam sakunya dan berjalan menuju kearah surau.
“Alhamdullilah,”
jawab Miera perlahan sambil tersenyum meleret.
“Alhamdullilah,
kita belum habis memilih kacang hijau ni,” jawabku bila Miera tidak semena-mena
memanjatkan syukur.
“Bukan pasal
kacang hijau ni, tapi pasal abang Ariel, syukur dia sudah banyak berubah,” jawab
Miera mengasingkan kacang hijau yang sudah rosak lalu di masukkan ke dalam
plastic untuk di buang.
“Miera tahu akan
kegiatan Ariel?,” soalku ingin tahu. Yelah sejak Miera berada di sini aku belum
sempat mengorek rahsia akan hubungan mereka berdua ni.
Miera
menganggukkan kepalanya perlahan.
Aku tidak berpuas
hati dengan hanya anggukkan dari Miera. It’s too vague.
“Miera tahu bahawa
dia seorang lelaki yang kaki perempuan, peminum, tidur dengan ramai wanita,
kaki clubbing semua tu,” soalku lagi.
Miera
mengangguk lagi.
“Oh
my god, you knew it, apa hubungan you dengan Ariel yang sebenarnya? more than cousin?, Are you
two couple?,” soalku benar-benar ingin tahu. Kalau Miera tahu akan kegiatan
Ariel ini bermakna mereka berdua intim. Sedangkan Anis adik iparnya tidak tahu
akan kegiatan Ariel di Kuala Lumpur.
“Ariel
kenalan Hairi,” jawab Miera ringkas.
“Hairi
who?,” soalku kurang faham. Siapa
Hairi yang dimaksudkan Miera.
“Hairi Hussin,”
jawab Miera lalu memandang tepat ke wajah Dania.
“Hairi anak tok
penghulu tu, ok so you knew Hairi from Ariel, and then?,” soalku kerana masih
lagi belum dapat tahu akan hubungan Ariel dengan Miera. I’m more
interested of knowing their relationship and not about this Hairi.
“Hairi tunangan Miera,” jawab Miera
perlahan lalu mengeluh kecil.
“Hairi your
fiancée,” ujarku terperanjat besar kerana aku benar-benar tidak menyangka bahawa Hairi
sudah bertunang. Still got the cheek to flirt around. Jerk. Miera tahu ke
bahawa aku pernah keluar bersama Hairi sekali. Dan Hairi sejak keluar denganku
seringkali hubungi aku agar keluar bersama lagi. Harap-harap dia tidak tahu.
Kalau tidak aku tidak tahu bagaimana hendak terangkan pada Miera.
“No wonder
you are here, you tahu Hairi ada di sini, that’s make sense, but how can a
person like you, end up with that kind of man, he’s no good,” soalku ingin
tahu. Bukan aku tidak sensitive. Tapi aku hairan orang sebaik Miera boleh
bertunang dengan lelaki seperti Hairi. If Hairi kenalan Ariel aku tidak terperanjat.
Mungkin mereka selalu hang out bersama. Patutlah Ariel kelihatan pelik bila aku
melayan Hairi tempoh hari. Sebab Ariel tahu akan hubungan Miera dengan Hairi. That
dumb Ariel didn’t say anything or do to stop me seeing his dumber friend.
“Entahlah
Dania, Miera cintakan Hairi, cinta itu butakan?, Miera sentiasa berdoa agar
Hairi berubah, kalau Dania risaukan tentang hubungan Miera dengan abang Ariel,
kami tidak lebih dari sepupu, abang Ariel tu pemilih dan susah di pikat hatinya,”
jawab Miera kerana dia tahu Dania berminat dengan Ariel.
“Yup
love is blind, sabar ajelah Miera ins sha allah dia berubah, tengok aje si Ariel
tu, I betul-betul tak sangka he can change, I’m just hoping he will stay that
way when he’s return to KL, I’m just can’t believe that you kata Ariel susah
hendak di pikat hatinya, are you for real? Orang macam Ariel ada heart ke?,”
jawabku kerana tidak percaya Ariel punya hati dan perasan. His heartless when
comes to notice love.
“Dania...,
tak baik cakap macam itu, sungguhpun perangai abang Ariel tidak berapa elok, abang
Ariel sebenarnya seorang lelaki yang baik, selama ini Miera tidak tahu langsung
akan perangai Hairi yang sebenar, abang Ariel tidak tahu Miera berkawan dengan Hairi, dia hanya tahu bila secara tidak sengaja terserempak Hairi
bersama Miera, abang Ariel
ingin tahu akan hubungan Miera dengan Hairi,”
“He’s
just being busybody,” jawabku mencelah. Yelah mesti kelakiannya tercabar kan? kerana Hairi lebih
hebat dari dirinya.
“No
you’re wrong,” ujar Miera tidak bersetuju dengan pandangan Dania.
“Ok,
tell me what so great about him yang you always think highly of him,” ujarku tidak
berpuas hati bila Miera selalu mengatakan aku salah tanggapan terhadap Ariel.
“Dia
ingin tahu hubungan Miera dengan Hairi setakat mana kerana dia tidak mahu Miera
kecewa, ketika itu kami baru berkenalan, ayah dan mak kami kenalkan, mereka
mahu menjodohkan kami, Hairi pula bijak menyembunyikan perangai buruknya, di
mata ayah dan mak Hairi calon menantu yang sesuai, dia alim dan hormat orang
tua, melihatkan perilaku Hairi yang baik Miera turut tertarik hati dengan Hairi
begitu juga dengan Hairi,”
“It’s
too good to be true,” ujarku seraya menjeling kerana aku arif benar akan taktik
kasanova. Pandai menjerat mangsa.
“Abang
Ariel terangkan Miera akan perangai sebenar Hairi kerana tidak mahu Miera
kecewa, walaupun payah untuk menerimanya, Miera tetap redha kerana Miera
sayangkan Hairi, kalau abang Ariel tidak memberitahu Miera, Miera tidak tahu
akan perangai Hairi, Miera balik ke kampung pun kerana Miera tahu Hairi ada
pulang ke kampung, Miera hendak Hairi berubah dan tinggalkan perangai buruknya
sebelum kami bernikah,” terang Miera panjang lebar. Wajahnya kelihatan muram.
Patutlah
Ariel terlalu protective terhadap diri Miera. Aku ingatkan dia dan Miera couple. Selama ini Ariel
tidak pernah memikirkan perasaan wanita-wanita yang pernah ditiduri. Aku
percaya tidak semua wanita yang ditiduri Ariel hanya one night stand thing, pasti
ada wanita yang benar-benar sukakan Ariel dan berharap Ariel
akan menjadikan mereka special. Ariel tidak pernah ambil tahu akan hati dan
perasaan wanita-wanita itu.
“Dan
juga kerana Miera adalah sepupu Ariel?,” soalku ingin tahu akan rahsia Ariel
dari Miera.
“Kerana
abang Ariel tidak mahu Miera menjadi mangsa Hairi,”
“And
other women yang bersama Hairi selama ini, Ariel tidak pernah kisah, strange,”
jawabku.
“Sebab
abang Ariel katakan wanita yang bersama Hairi selama ini bukan wanita yang
boleh dijadikan isteri, kerana mereka senang menyerahkan mahkota diri mereka
kepada lelaki yang bukan suami mereka, ” terang Miera.
Aku
terdiam bila Miera berkata demikian. Ariel begitu ambil berat terhadap
sepupunya Miera. How about me? Bukankah aku keluar bersama Hairi tempoh hari.
Ariel tidak melarang aku keluar bersamanya. Ariel tidak pedulikan aku. Bila memikirkan tangapan Ariel terhadap wanita seperti yang di terangkan kepada Miera,
membuatkan hatiku sebak. Jijikkah Ariel terhadap diriku. Easy for him to say
that? Siapa yang merosakkan wanita kalau tidak lelaki? Is that what Ariel’s
think of me sebelum ini? Wanita yang senang memberikan mahkotanya kepada mana-mana
lelaki sahaja? I’m not that cheap! I’m admit that I’m not an angel but I’m not
that stupid to give away my virginity to any Tom, Dick and Harry? Aku mabuk dan
tidak tahu apa yang berlaku bila ku sedar aku dapati bahawa aku tidur bersama
Azman. Azman yang meragut kesucianku, nasib aku baik kerana aku tidak termengandung.
Sejak kejadian itu aku berhati-hati bila clubbing atau partying. Bukan aku mahu
menyerahkan kesucianku kepada mereka. Hendak menyesal sudah tidak berguna
kerana perkara sudah berlaku. Aku hanya mampu memastikan bahawa perkara bodoh
itu tidak berulang lagi. Until I met Ariel. I just want him. But itu dulu.
Sebelum aku mengenali agamaku. Hidup bebas tanpa arah tujuan. Aku ingin
bermalam dengan Ariel. I’ll still do want him now but not in that manner. Aku
mahu dia menjadi suamiku yang sah. But
Ariel not interested. Mungkin tanggapannya terhadap aku sama seperti
tanggapannya terhadap wanita yang di tidurinya. Not wife material. Tidak layak
untuk di jadikan isteri.
“Words
came from someone whom he himself yang merosakkan masa depan wanita lain,”
“It’s
between him and allah Dania, kita tak tahu apa yang berlaku pada wanita-wanita
yang di bawa pulang, waallahualam, hanya allah sahaja yang tahu,”
bersambung...
No comments:
Post a Comment