Aku melirik ke kiri dan ke kanan untuk
memastikan line benar-benar clear. Bag tangan channelku kukepit kejap. Aku nampak
Ariel berdiri bersebelahan dengan kereta nya sedang menghisap rokok sementara
menanti aku. Ikutkan aku dah pun siap 10 minit yang lalu aku terpaksa terperap
didalam bilik kerana takut terserempak dengan Ustazah Mariam dan Ustaz Ahmad
bila aku nak keluar nanti kerana aku tidak memakai baju kurung Anis. Aku
memakai legging dengan bodyhugging shirt. Tak kan nak ke KL pakai baju kurung. Aku
menyelak langsir yang menutupi pintu bilikku. Ruang tamu senyap sepi. Aku
mencapai Aldo stiletto dan berlari sepantas kilat menuju ke pintu tanpa
berlengah lagi aku terus membuka pintu kereta Ariel lalu masuk ke dalam perut
keretanya. Ariel yang berada di luar kereta tersentak bila pintu
keretanya di hempas seseorang. Dia menundukkan kepalanya melihat ke dalam.
Sebaik sahaja terpandang akan Dania. Dia membuka pintu lalu masuk ke dalam
perut kereta.
“Don’t utter a word,” ujarku bila
Ariel memberikan aku senyuman sinis kerana aku tahu dia mahu mengutukku.
“I don’t have time for that and it’s not my business,”
jawabnya selamba lalu menghidupkan enjin kereta.
Aku mengetap bibir
menahan marah. Why
can’t he be nice to me? If not because of me, he won’t have balls to return
back to face his parents. Aku mendengus geram. Panas hatiku bila Ariel berbuat
demikian. Aku membuka bag tanganku lalu mengeluarkan ipod dan menyumbatkan
earphone ke dalam lubang telingaku. Perjalanan yang mengambil masa selama 4 jam
setengah akan aku gunakan untuk tidur dan mendengar ipod kerana aku tidak bercadang
untuk berbual dengan the snob ass.
Aku tersentak bila
iphone Ariel berdering nyaring. Ariel
menekan speaker handsfree.
“Hi
sweetheart, how are you today?,” ujar Ariel sebaik sahaja menjawab telefon.
Terasa mual pula
tekak ku bila mendengarnya. Jealous. Hmm memang aku jealous aku yang cantik
jelita di sebelah dia tak pandang. Dia sibuk melayan minah-minah lain.
Disebabkan itulah aku benci pada Ariel kerana tidak memberi aku peluang untuk
mengenalinya. Belum sempat aku hendak berkenalan dengannya dia sudah memberi
isyarat yang dia tidak berminat untuk berkenalan denganku. Sungguhpun aku
perempuan, aku juga merasa tercabar bila Ariel berbuat demikian terhadap diriku.
Aku bukannya wanita yang tidak punya paras rupa yang memikat dan tidak layak
bergandingan dengan Ariel. Ikutkan wanita yang selalu diajak keluar sama
tandingnya dengan aku. Sungguhpun aku benci akan perangainya tapi aku
sebenarnya sukakan Ariel. Aku menekan high volume ipod agar tidak dapat
mendengar perbualan Ariel dengan salah satu gundiknya. Ariel sengaja berbual
dengan lebih kuat bila aku berbuat demikian sengaja dia berbual manja dengan
wanita di talian. Aku menoleh kearah Ariel agar dia berhentikan berbual
sebegitu meluat aku mendengarnya. Aku sedar Ariel menjeling kearahku dan tahu
bahawa aku tidak menyenangi perbuatannya. Tetapi Lelaki itu kelihatan selamba
sahaja. Ok. Don’t blame me.
“Sayang, cepatlah, I dah tak
sabar lagi ni, cepatlah,” ujarku kuat dengan suara seksi dan manja lalu menarik
seluarnya dan cuba membuka tali pinggangnya. Ariel kaget bila Dania berbuat sesuatu
yang di luar jangkaannya hilang seketika konsentrasinya untuk memandu, simpang
siur kereta yang dipandu disebabkan perbuatan Dania. Dia sama sekali tidak
menduga Dania berani berbuat demikian.
“Sayang who’s that?,” jerit
wanita yang berada di talian bila terdengar ada suara wanita lain di latar
belakangnya.
Aku tersenyum meleret bila
berjaya menghuru-harakan mereka. Rasakan. Ariel belum kenal siapa aku.
“I’m his latest girlfriend, sorry dear we are busy right
now, call back later, ciao,” ujarku seraya menekan butang handsfreenya.
Ariel
tidak menghalang aku berbuat demikian kerana tangan kanannya memegang stering
kereta manakala tangan kirinya sibuk mengenakan tali pinggangnya kembali.
Kali
ini aku tersenyum puas hati bila dapat mengenakan Ariel. Who’s the man now. Dia
ingat aku tak daring. Testlah lagi. Padan dengan muka dia. Bisik ku dalam hati.
“You’re
mad woman!!!,” jerkahnya sebaik sahaja selesai memasang tali pinggangnya.
“Me
mad, I thought you ask for it,” jawabku sengaja hendak menaikkan kemarahannya.
Siapa suruh dia mengatal dengan perempuan kat telefon tu. Berbual lagak seperti
kucing jantan dan kucing betina hendak mengawan. Kalau aku tak ada di
sebelahnya tak apa juga.
Ariel
mencengkam steringnya erat bila Dania berkata demikian. Tanpa membidas balik
kata-kata Dania dia membelokkan keretanya laju di sebelah kiri lorong kecil
yang di kiri dan kananya dipenuhi tanaman kepala sawit. Tiada sebuah rumah pun
terdapat di ladang tersebut. Ok setahu aku arah ke Kuala Lumpur di lebur raya dan bukannya di
lorong kecil yang di kelilingi kepala sawit. Aku tidak senang duduk dan menjadi
kecut bila Ariel berbuat demikian. What’s he going to do now? Ariel menekan
accelerator memecut laju menuju kearah dalam lagi. Dia menekan break secara
mengejut. Hampir tercampak ke depan aku di buatnya. Nasib baiklah aku memakai
tali pinggang keledar kalau tidak pasti aku sudah tercampak ke luar. Ariel
membuka tali pinggang keledarnya lalu keluar dari keretanya. Dia membuka pintu di
tempatku lalu menarikku keluar dari kereta.
“Where are we going? let go of me, you
are hurting me,” ujarku cuba
melepaskan tanganku yang di gengam kejap oleh Ariel. Ariel tidak mempedulikan
rayuanku.
Ok. Now I have to worry, what is he
going to do with me? Is he going to kill
me and bury me here? Jantungku berdegup kencang bila Ariel kelihatan garang dan
begitu meradang bila aku mencabarnya tadi.
Aku
mula panik bila Ariel mengheretku ke dalam ladang kelapa sawit. Dia menolakku
dengan kasar. Aku jatuh tersungkur. Kedua tapak tangan dan lututku luka terkena batu kerikil kerana cuba menahan
dari jatuh tersembam ke bumi. Aku menyeringai menahan kesakitan. Aku memandang
kearah Ariel cuba
meminta simpati darinya. Ariel tidak mempedulikan aku. Dia membuka tali pinggangnya,
kemeja lengan panjangnya yang di tugged in di tarik keluar tangannya laju membuka
butang baju kemejanya. Ariel menangalkan kemejanya lalu di campakkan ke bawah.
Aku menjadi kecut bila Ariel berbuat demikian. Air mataku mengalir laju kerana
terlalu takut melihat wajah garangnya. Seperti singa yang menunggu masa untuk
menerkam mangsanya.
“You
ask for it, you want me desperately don’t you,” ujar Ariel lalu mendekatiku
dengan wajah serius tiada secalit senyuman yang terpamer di bibirnya menandakan
bahawa dia hanya bergurau.
“I’m
sorry Ariel, I’m sorry, please forgive me...,” ujarku dengan linangan air mata sambil
mengesot ke belakang bila dia menghampiriku. Aku merayu kepada Ariel supaya dia
menghentikannya perbuataannya yang benar-benar mengerunkan aku. Aku tidak rela
di perlakukan begitu.
Ariel
memberhentikan langkahnya untuk menghampiri Dania bila Dania tiba-tiba menangis.
Dania tidak berani memandang ke arahnya. Dia beristifar panjang lalu meraup
wajahnya perlahan bila menyedari perbuataannya itu membuatkan Dania kelihatan
begitu terganggu. Kalau tidak kerana Dania menangis mungkin dia tidak dapat
mengawal perasaan marahnya dan mungkin Dania sudah menjadi mangsanya kerana bisikan
syaitan menguasai fikirannya. Ariel tidak berniat untuk berbuat demikian apatah
lagi mengapa-apakan Dania. Niatnya hanya untuk menakut-nakutkan Dania agar
Dania tidak lagi berani mencabar dirinya. Dia benar-benar tidak sedar bahawa
dia bertindak di luar kawalan hingga hampir memperkosa Dania. Dania wanita
liberal yang tidak gentar atau takut bermalam dengan mana-mana lelaki. Dania
benar-benar takut padanya atau Dania hanya berpura-pura? Tidak mungkin. Ariel
memandang ke arah Dania yang masih lagi berada di posisi yang sama. Airmatanya
tidak henti-henti mengalir membasahi wajah cantiknya. Ariel kesal di atas
perbuataannya. Dia menghampiri Dania.
“I’m sorry,” rayuku bila Ariel menghampiriku.
Aku mengesot ke belakang kerana khuatir Ariel akan mengapa-apakan aku.
“I’m so sorry,” jawab Ariel mendatar
wajahnya kelihatan kesal. Ariel berdiri di hapadan Dania. Tangannya cuba
menyentuh Dania.
“Please don’t hurt me,” ujarku
dengan linangan air mata kerana masih takut di apa-apakan Ariel.
“I won’t hurt you, I promise,” ujar
Ariel serba salah bila Dania berkata demikian, Ariel menyeluk saku seluarnya
lalu mengeluarkan sapu tangannya dan menyerahkan kepada Dania.
Aku menyambut sapu tangan yang dihulurkan kepadaku. Sungguhpun aku
bencikan Ariel di atas perbuataannya namun begitu aku tidak berani untuk
bersuara atau mengatakan tidak kepada Ariel. Aku tidak menyangka Ariel begitu sadis.
Aku hanya bergurau dengannya masakan gurauanku itu dianggap begitu serius
hingga sanggup melakukan dosa.
Walaupun airmataku sudah berhenti
mengalir namun hatiku sedih dan sebak. Ariel tidak tahu hendak berbuat apa-apa
kerana khuatiri Dania akan menyangka dia mahu melakukan apa-apa pada dirinya.
Hendak memujuk Dania dia tidak tahu bagaimana caranya. Apa yang dia tahu Dania
pasti sudah begitu bencikan dirinya.
“Maafkan I Dania,” itu sahaja yang termampu Ariel katakan buat tika dan
saat ini hatinya tersentuh melihat Dania menangis.
Aku meraung lebih kuat lagi bila Ariel berkata demikian. Ariel terkejut bila
Dania meraung tiba-tiba.
“Why sayang, why?,” pujuk Ariel
kalut bila Dania tidak berhenti menangis hinggakan dia tidak tersengaja
memanggil Dania dengan panggilan sayang.
“It’s really hurts, I can’t walk,
my hand and knee pain,” ujarku lalu meraung seperti anak kecil kerana aku
sebenarnya takut melihat darah. Ariel memeriksa tapak tanganku dan lututku yang
tercedera.
Kali ini Ariel hanya mampu
mengeluh kesal kerana dia tidak menyangka perbuatannya itu akan mencederakan
Dania. Ariel meniup tempat yang terluka cuba menghilangkan debu-debu yang
terlekat di tempat yang terluka. Aku hanya memerhatikan dia berbuat demikian.
Ariel mencapai kemeja lengan panjangnya lalu mengoyakkan kepada empat cebisan.
Aku agak terkejut bila dia mengoyakkan kemejanya tanpa berfikir panjang. Dia
membalut tangan dan lutuku dengan kain. Walaupun wajahku di basahi air mata aku
cuba untuk tidak tersenyum melihat Ariel agak kelam kabut bila aku menangis
terus-terusan. Sehingga dia sanggup mengorbankan shirt Hugo Bossnya untuk di
jadikan kain untuk membalut lukaku dan lebihan kain dari kemejanya di jadikan
kain pengelap wajahku yang kelihatan seperti beruang panda. Demi allah aku
sememangnya takut dengan Ariel tadi aku tidak pura-pura menangis. He really
scares me. Aku cuba untuk tidak jatuh hati pada Ariel bila dia memujukku tadi
sehinggakan tersasul memanggil aku dengan pangilan sayang.
“I bawa you pergi klinik,” ujar
Ariel dengan wajah serius.
Aku menganggukkan kepala perlahan
kerana tidak berani menentang cakap Ariel. Buatnya jin yang merasuknya tadi
datang balik naya aku di buatnya. Since
he’s in ok mood layankan sahaja yang lain belakang. Ariel membantuku untuk
bangun.
“Ouch
sakit,” renggekku seperti anak kecil bila kedua belah lututku terasa sakit dan
pedih bila aku cuba
untuk berdiri.
Ariel
tidak mengeluh sebaliknya dia mengambil keputusan untuk mendukungku sebaik
sahaja aku mengadu sakit. Aku kaget bila spontan sahaja Ariel mendukungku. Aku
tak harapkan dia berbuat demikian apatah lagi berbuat baik kepadaku. Hatiku sudah
tawar untuk menerima kebaikan darinya. Pak kal sahaja kakiku benar-benar sakit.
Kalau tidak aku sanggup jalan dari di dukung Ariel. Aku sengaja tidak mahu
memandang kearah Ariel biar dia tahu aku membencinya. Ariel menurunkanku aku
lalu membuka pintu kereta untukku.
“You nak duduk belakang,” soal Ariel
lalu memandang ke arahku.
Aku tidak menjawab hanya menganggukkan
kepala perlahan. Ariel membuka pintu di belakang. Dia membantuku masuk ke
dalam perut keretanya. Kusyen kecil yang berada di tempat duduk belakang di
jadikan pengalas di bawah kakiku dan sebiji kusyen lagi untuk ku jadikan bantal.
Aku duduk melunjurkan kaki kerana lutuku terasa perit bila aku cuba
membengkokkannya. Sebaik sahaja dilihatnya aku dalam keadaan selesa. Dia
menutup pintu kereta lalu menuju kearah boot membukanya dan mengambil sesuatu
dari dalamnya. Aku sempat menjeling ingin tahu apa yang dibuatnya di belakang.
Aku dapat melihat Ariel menyarungkan ke badannya kemeja lengan panjang berwarna
hitam berjalur kelabu dari jenama yang sama.
bersambung....
No comments:
Post a Comment