Aku memberhentikan kereta lalu
mematikan enjin di hadapan rumah Ustazah Mariam. Kereta BMW hitam milik Ariel kelihatan
tersadai di bawah pohon rambutan rendang yang terletak di hadapan rumah mereka.
Tahu balik juga si
devil tu. Ingatkan tak balik lagi. Cemuhku dalam hati. Ikutkan doctor menyuruh
aku berehat di rumah selama 2 minggu. Aku bosan duduk rumah. Papa out-station
yang tinggal hanya aku dan Bik Wati di rumah. Daripada aku mati kebosanan di
rumah lebih baik aku ke rumah Ustazah Mariam sekurang-kurangnya ada Anis dan
Ustazah Mariam and not because I want to see his good for nothing son. Aku
menutup boot kereta lalu menarik luggage bag ke arah pintu dapur kerana aku
tahu penghuni rumah tersebut jarang sekali duduk di ruang tamu mereka lebih
suka duduk di dapur.
“Assamualaikum,”
ujarku.
Tiada jawapan dari
orang rumah kerana tidak kedengaran ketika aku memberi salam apa taknya orang
rumah sibuk berbual. Dari tingkap dapur aku ternampak kelibat Anis sedang sibuk
mengoreng sesuatu di atas kuali. Aku menjeling ke arah anak tangga dapur dimana
Ariel sedang duduk memerhatikan Anis sedang memasak. Hmm patutlah Anis tidak dengar
aku beri salam rupanya si buaya darat tu ada.
“Anis,” tegurku
lalu menepuk bahu Anis dari belakang.
“Eh Dania bila sampai,” ujar Anis dengan nada
gembira.
“Baru sekejap
tadi, orang tengah rancak berbual mana nak perasan,” sindirku bukan menyindir
Anis tapi menyindir Ariel.
“Tak tahu bagi salam,” sindir Ariel.
Ek eleh mamat sekor ni sekali aku lempang karang baru dia tahu. Aku tak
cakap dengan dia yang dia sibuk kenapa?
“Eh Anis, sejak bila pulak rumah ni ada kodok ah Anis, sumbang aje
bunyinya, anyway I bought a lot of things from KL for you and ustazah, nanti
lepas isyak I tunjuk you,” ujarku ghairah. Yelah sakit-sakit pun sempat aku
shopping kat masjid India beli tudung dan baju kurung untuk mereka.
Anis hanya tersenyum bila aku berkata demikian kerana dia tahu aku
dengan Ariel macam anjing dengan kucing pantang bertemu mesti nak bertekak. Dia
fikir semasa Ariel ke Kuala Lumpur bersama Dania kelmarin hubungan mereka akan
berubah. Rupanya tidak. Masih sama.
“Apsal dengan tangan Dania,” soal Anis bila perasan bekas luka di
tanganku.
“I’ve met with rapist,” jawabku selamba tanpa menoleh kearah Ariel.
“Astarfirullahalazim, Dania tak apa-apa ke?,” ujar Anis panic.
“I dah karate dia,” jawabku sambil memandang kearah Ariel. Ariel
kelihatan selamba tidak sedikit pun dia menunjukkan bahawa dia khuatir Dania
akan menceritakan perkara yang sebenar kepada Anis. Aku pun tidak terperanjat
melihat reaksinya kerana seperti yang aku katakan aku tidak mengharap dan
berharap perkara yang menyenangkan dari Ariel.
“Dania jangan main-main serious ke ni?,” soal Anis bila Dania bergurau
dengannya.
“Taklah, I’m just clumsy, banyaknya lauk ada kenduri ke malam ni,” ujarku
menukar tajuk perbualan kerana tidak mahu membuatkan Anis risau.
“Emak nak bawa ke surau malam ni, kan ke malam ni terawih,” ujar Anis
sambil tersenyum gembira kerana tidak menyangka Dania dapat menyambut ramadhan
bersama dengan mereka. Dia sangka Dania tidak lagi kembali ke kampung manalah
tahu Dania menarik diri kerana tidak sanggup tinggal di kampung.
“Terawih, terawih tu apa?,” soalku kerana tidak pernah mendengar Anis
menyebutnya sebelum ini.
Ariel ketawa berdekah bila aku mengajukan soalan demikian kepada Anis.
Gelihati benar dia bila Dania bertanya soalan demikian dengan wajah selamba.
“What’s so funny?,” jelingku meluat bila Ariel mentertawakan aku. Jerk. Bisikku dalam hati.
“You make it sounds so funny,” ujar
Ariel masih lagi tersenyum.
“Whatever!!,” aku menjeling lagi. Shut
up you jerk cemuhku dalam hati. Kalau tidak kerana aku terpaksa menjaga mulut
dan attitude aku semasa di rumah Ustazah Mariam dah lama aku sumpah seranah si Ariel.
“Terawih solat sunat pada bulan
ramadhan, besok hari pertama kita berpuasa di bulan ramadhan maka solat terawih
bermula pada malam ini,” terang Anis.
“Besok kita puasa?,” soalku terperanjat
kerana tidak sedar esok hari pertama untuk berpuasa. Patutlah masjid india kelihatan
meriah dari biasa. Rupa-rupanya hendak masuk bulan ramadhan.
Anis menganggukkan kepala perlahan.
Oh ok. Boleh ke aku berpuasa kerana
selama ini belum pernah umur aku berpuasa. Sedangkan tak makan setengah hari
aku dah kebuluran inikan pula puasa sehari. Tapi tak kan aku hendak beritahu Anis akan perkara
itu di depan Ariel. That jerk will make fun of me.
“Hmm Anis, berapa lama Ariel akan berada
di kampung,” bisikku perlahan agar buaya darat tersohor itu tidak mendengar
perbualan kami.
“3 bulan, dia cuti tanpa gaji katanya
hendak berpuasa dan beraya di kampung,” jawab Anis tersenyum gembira kerana
ramadhan kali ini Ariel ada bersama dengan mereka.
Oh fish. Ini bermakna aku terpaksa makan
hati ulam jantung dengan Ariel.
“Kenapa?,” soal Anis ingin tahu.
“I tak tahu berapa lama I sanggup bertahan tinggal di sini when he’s
around,” jawabku sambil mencebikkan muka tanda tidak senang.
“Abang Ariel suka menyakat, memang hobi dia sejak dulu, Dania jangan
ambil hati dengan perangai dia,” pujuk Anis bila Dania berkata tidak senangnya
terhadap Ariel.
“Ambil hati, never!,” jawabku selamba lalu menarik luggage bag ku menuju
kearah tangga di mana Ariel masih lagi duduk tercegat di tengah-tengah tangga.
“Excuse me,” ujarku tanpa memandang kearah Ariel.
Ariel tidak berganjak dari tempat duduknya.
“EXCUSE ME!,” kali ini aku meninggikan sedikit suaraku mana tahu telinga
dia tak korek sebab tu dia tak dengar.
“Are you talking to me or talking to
the staircase?,” soal Ariel.
“Of course I’m talking to you..you
donkey,” ujarku marah seraya mengetap bibir menahan geram. Benci aku dengan
Ariel. Tak sudah-sudah hendak menyakitkan hati aku.
“Donkey eh..-,”
“Ah sudahlah,” ujarku memintas cakap
Ariel lalu menolak kakinya yang menghalang jalanku kerana aku malas hendak
bergaduh dengan Ariel. Macam budak kecil. Dia ingat aku masih hard up sangat dengan
dia ke? Sejak hari itu aku teramat benci dengan Ariel. Kerana ingin cepat naik
kakiku terpijak kain baju kurung yang kupakai dan lututku terhantuk ke anak
tangga.
“Oh f@#$,” jeritku menahan sakit. Tidak
sempat aku menapis perkataan yang keluar dari mulutku.
“Careful,” ujar Ariel sempat menahan
aku dari jatuh tersungkur.
Aku duduk bersebelahan dengan Ariel
sambil mengurut lututku perlahan. Bisanya bukan main.
“Kenapa tak rehat sahaja kat rumah,”
tegur Ariel perlahan.
“Eh suka I lah yang you sibuk kenapa?,”
marahku. Ariel agak terperanjat bila Dania melenting.
“You still angry with me,” soal Ariel
perlahan.
“Damn right, I didn’t expect anak
Ustazah Mariam dan Ustaz Ahmad turn up to be you, how can anak Ustaz yang di
beri bimbingan agama sejak kecil can be so mean and cruel like you,” tempelakku.
Ariel tersentak bila aku berkata demikian. Niatnya hendak berbaik dengan Dania
hilang tiba-tiba bila Dania berkata demikian. Dia kehilangan kata-kata. Anis berpura-pura
buat tidak dengar kerana dia tahu Ariel terasa hati akan kata-kata yang di
lemparkan Dania kerana wajah Ariel berubah bila ditempelak Dania.
bersambung...
No comments:
Post a Comment