Saturday, 1 March 2014

Qada dan Qadar - Part 15


Ariel membasuh kakinya lalu menuju ke dalam surau. Surau yang sudah hampir 7 tahun tidak dijejakinya itu di pandang lama. Banyak perubahan yang telah di lakukan ke atas surau tersebut. Surau yang terdahulunya di perbuat dari kayu kini dibina dengan batu bata. Dahulunya ruang solat hanya di alas tikar mengkuang. Kini lantainya sudah beralas dengan karpet.
 

“Ariel,” tegur abahnya bila dia tidak mendengar dan menumpukan perhatian sepenuhnya pada syarahan yang di beri Imam Kadir.
 

Ariel berhenti mengusik adiknya bila di tegur. Dia memandang kearah Imam Kadir yang duduk di hadapan. Dia cuba memberi perhatian namun matanya terasa layu dan mengantuk jika dia tidak berbuat sesuatu. Syarahan Imam Kadir slow betul. Tak menarik. Topik syarahan pun tidak menarik minatnya. Mengenai Toleransi dalam kehidupan beragama”
 

“Islam mengajarkan kepada kita cara bertoleransi yang baik dalam kehidupan kita sehari2..Salah satu contoh yg diajarkan oleh Rasulullah SAW adalah ketika peristiwa Fathul Makkah. Pada waktu itu tidak ada perlawanan yang diberikan kaum Quraisy kepada pasukan Islam yang dipimpin oleh Rasulullah SAW langsung. Dalam sejarah terbukti bukan kecongkakan atau kesombongan yg menyertai beliau tapi sebaliknya kerendahan hati dan bijaksana. Digambarkan cara berjalan beliau menunduk dan hampir menyentuh Unta yg ditungganginya, terharu bisa kembali ke tanah kelahirannya, merasakan sesak di dada teringat orang2 yg dicintainya meninggal di negeri Makkah ini. Beliau begitu mencintai dengan negeri ini, sampai dikisahkan beliau berurai air mata memandang negeri ini dari atas bukit yang dekat dengan makkah, dan berkata penuh kerinduan akan negeri ini.
 

Pada peristiwa Fathul Makkah (pembebasan Makkah) kaum Quraisy berkata: "Ya Muhammad, engkau saudaraku, dan anak dari saudaraku, ..maka ampunilah kami". Apa yang dikatakan Rasulullah SAW kemudian: "Maka engkau bebas..." Tak ada perbudakan lagi setelah fathul makkah, mereka bebas, walau pun kita ketahui betapa mereka menghantam perjuangan Islam dengan sangat sadisnya, tanpa peri kemanusiaan, namun dijawab oleh Islam dengan perkataan lembut dan tak ada penghinaan untuk mereka..Subhanallah..
 

Saling cinta dan memaafkan diantara Islam, begitu yang diajarkan oleh agama ini, tidak ada permusuhan apalagi dalam masalah khilafiah..mendahulukan persatuan daripada perbedaan..Ada dua pelajaran yang diberikan oleh Rasulullah SAW dalam peristiwa ini..:
 

1. Memberikan maaf pada saudara kita ketika kita punya kekuatan. Bayangkan bisakah kita melakukannya seperti Rasulullah SAW ajarkan ini, mestinya bisa saja beliau membalas kekejaman orang 2 Quraisy tersebut. Sebab Rahmat Allah SWT dan utnuk kelangsungan Agama ini justru sebaliknya yg beliau lakukan, memberi maaf ketika kaum Quraisy tak berdaya sama sekali..
 

2. Ketika saudara kita tidak tahu maka diberi tahu. Kasih sayang sesama umat untuk memberikan pengetahuan kepada saudaranya, bukan kesombongan inilah saya orang2 berilmu, namun memberikan pengetahuan kepada saudarnya untuk kecerdasan umat, maka Islam akan jaya karena dipenuhi oleh orang2 yg berilmu.
 

Kasus yang kedua yang dicontohkan oleh agama ini adalah kasus pembebasan Ibunda Aisyah binti Abu Bakar Ra dari tuduhan kaum munafik bahwa Ibu negara telah serong. ketika turun ayat yg membersihkan nama Ibunda Aisyah Ra, maka Abu bakar sering marahnya sampai2 mau memutus nafkah yg diberikan kepada MItsthoh (kerabat miskin yg ikut memfitnah Ibunda Aisyah RA). Tapi ditegur oleh Allah SWT dengan ayat. Maka Abu Bakar kembali memberi nafkah. Bisa dibayangkan betapa berat perasaan seorang ayat yg putrinya difitnah sampai2 kerabat sendiri pun ikut memfitnahnya setelah dibebaskan fitnahan itu, yg dilakukan seorang ayah rasanya wajar memberi pembalasan pengajaran kepada yg memfitnah tersebut, namun apa yg dilakukan oleh seorang Abu Bakar Ra ketika turun ayat yang mengur sikap beliau, segera untuk melakukan kebaikan lagi karena cinta dan kasihnya kepada Allah SWT.
 

Dalam suatu kasus terjadi jaman Rasulullah SAW, bahwa seorang yg minum khamar hukumannya adalah dipukul. Tapi apa yang terjadi, mereka ada yang memukuli memakai batu, sendal, kayu dan sebagaiman. Apa kata Rasulullah SAW :" Jangan bantu syetan untuk membelenggu saudaramu."
 

Ada pelajaran yg bisa kita petik dari peristiwa ini yaitu: Menjaga perasaan saudara kita walau pun saudara kita bersalah..Bisa kah kita lalukan hal ini kepada saudara kita yg melakukan kesalahan agar hatinya tidak bertambah berat dengan kesalahan yg dia lakukan. Menjaga hati2 mereka agar tidak tambah bersalah karena ucapan atau tindakan kita. Mereka sudah mengakui kesalahan jangan tambah lagi dengan sikap dan ucapan kita sehingga bertambah berat rasa kesalahan itu. Bila kita tidak bisa menjaganya maka jangan salahkan mereka sehingga mereka makin lari dari agama ini..
 

Bukankah kita kenal para ulama pun mengajarkan kepada kita untuk bergaul dengan baik saudara kita se agama walu pun berbeda cara sholat kita atau fiqh kita. Imam Syafii' ketika berkunjung ke gurunya di Irak Imam Abu Hanifah, beliau melakukan sholat subuh di masjid Imam Abu Hanifah tanpa melakukan Qunut seperti biasanya beliau lakukan..Mereka para imam jaman dahulu mengajarkan kepada kita: Tinggalkan hal2 yang sunnah untuk menjaga persatuan..
 

                              Masih segar di ingatannya akan ceramah agama yang diberikan Imam Kadir mengenai Toleransi dalam kehidupan. Dia sedar dia jarang bertoleransi dengan sesiapa terutama sekali kepada Amirul. Dia tidak pernah memberi peluang kepada Amirul untuk memberi pandangannya tentang sesuatu perkara. Sekiranya abahnya berbincang mengenai syarahan agama yang di beri oleh ustaz-ustaz, Ariel selalu memberi pandangan kepada abahnya dan bila Amirul mahu memberi buah fikirannya Ariel selalu mencelah sudahnya Amirul hanya menyimpan sahaja pandangannya kerana Ariel terlebih dahulu memberi pendapat yang cuba disampaikan kepada abahnya dan abahnya merasa bangga dan kagum akan kebijaksanaan Ariel dalam memberi pandangan yang bernas.
 

Tiada sesiapa yang berada di dalam surau kecuali abahnya yang sedang khusyuk sujud di atas sejadah. Ariel duduk di belakang abahnya menunggu abahnya dengan sabar. Dia dapat mendengar ayat yang di baca oleh ayahnya. Iaitu ayat 25 daripada surah Shad. Ayahnya melakukan sujud syukur. Ariel tidak dapat menahan rasa sebak airmata lelakinya tumpah buat kali kedua bila menyedari bahawa dia tidak layak menerima keampunan dan kemaafaan dari mak dan abahnya. Sebaik sahaja ayahnya selesai mengerjakan sujud syukur. Ariel terus mencapai tangan ayahnya meminta ampun dan maaf dari abahnya. Ustaz Ahmad terkejut kerana dia tidak menyedari bahawa Ariel berada di belakangnya. Ustaz Ahmad mengusap kepala anaknya perlahan dengan penuh kasih sayang. Rindu dia pada Ariel. Perasaannya bercampur gembira dan terharu bila anak kesayangan pulang.
 

“Abah dah lama ampunkan Ariel, syukurlah Ariel dah balik, kenapa Ariel tinggalkan kami,” ujar Ustaz Ahmad lembut.
 

Ariel tidak menjawab bila disoal abahnya. Tiada jawapan yang dapat di beri tika dan saat ini. Dia tidak mahu menyinggung perasaan abahnya.
 

“Impian abah mahu melihat anak-anak abah mengikut jejak abah, tapi itu impian sahaja, jika allah perkenankan, jika tidak abah tetap bersyukur dan berbangga di atas kejayaan anak-anak abah, alhamdulilah Amirul menjadi pensyarah agama dan Ariel menjadi Arkitek yang terkenal,” terang Ustaz Ahmad memandang kearah Ariel.
 

Ariel terkedu bila abahnya berkata demikian menyedari bahawa dirinya bodoh tidak dapat menilai erti kasih sayang mak dan abahnya selama ini. Dia hanya terlalu mengikut perasaan ketika dia membuat keputusan untuk meninggalkan mereka. Tanpa terlebih dahulu mendengar penjelasan abah terlebih dahulu. Selama 7 tahun dia tidak menjenguk mereka, selama 7 tahun dia tidak menyambut lebaran bersama dengan mereka. Abah selalu memujinya anak yang pintar. Tapi otak sepintarnya tidak dapat berfikir dengan sewajarnya. Apa guna otak pintar sekiranya tidak dapat berfikir dengan baik.
 
 
bersambung....

No comments:

Post a Comment