Ustazah menyuruh aku dan Miera berbuka puasa di rumah
Ayu kerana mereka suami isteri tidak dapat hadir. Mereka terpaksa ke kampung
sebelah untuk menghadiri majlis iftar yang di terima undangan sejak kelmarin. Ariel pula menyuruh kami membantu mereka
selepas asar. Nasib baiklah Miera biasa dengan kehidupan kampung kalau tidak
kekok aku di buatnya. Manalah aku pernah pergi ke majlis-majlis macam ini
sebelum ni. Jangan katakan kenduri kendara, perjumpaan hari raya pun aku tak
pernah pergi. Inikan pula majlis Iftar yang baru pertama kali ku dengar. Sempat
ku tanyakan pada Ustazah tadi akan majlis iftar tu majlis apa. Ustazah terangkan
padaku Iftar tu maknanya menjamah makanan untuk mengalas perut ketika masuk
waktu maghrib sama maknanya seperti berbuka puasa. Ada juga sebilangan kefahaman orang lain
maksud iftar itu majlis berbuka puasa secara beramai-ramai dan mengerjakan
solat mahgrib berjemaah. Di dalam bulan ramadhan jika seseorang itu mampu
mereka akan memberi makanan kepada orang yang berpuasa, kepada teman-teman dan
keluarga. Lebih afdal menjamu orang yang kurang berkemampuan dan anak-anak
yatim. Makanan yang diberikan tidak perlulah banyak dan istimewa apa yang
penting niat berbuat amal dan pahalanya begitu besar. Inilah kali pertama aku
berbuka di luar selain berbuka di restoren dengan Hairi kelmarin. Aku berpesan
kepada Miera jangan tinggalkan aku sendirian. Yelah aku ni bukannya pandai
bergaul dengan masyarakat kampung. Bukan sombong cuma aku tidak berapa tahu
akan adat orang kampung. Kalau Ustazah Mariam lainlah walaupun masih
mengekalkan cara hidup orang kampung namun dia agak faham akan cara hidup orang
di bandar yang serba modern. Dia masih lagi boleh bertahan dengan soalan dan
perangai merepekku.
Dari
jauh aku lihat ramai orang sudah bertandang di rumah Ayu. Lelaki-lelaki muda
semua berkumpulan di ambin yang terletak di hadapan rumah Ayu. Ambin yang siap
beratap itu kelihatan cozy. Di antara anak-anak bujang di situ terselit Ariel
yang sedang rancak berbual dengan beberapa orang yang berada di hadapan.
Mungkin ahli baru kumpulan kompang mereka agaknya. Aku dapat mengagak ambin
itulah tempat mereka selalu berlatih bermain kompang. Macamana aku tahu kerana
aku perasan ketika melintas ambin itu terdapat beberapa buah kompang disusun
rapi. Ada guitar dan juga gong. Hmm interesting.
“Assalamualaikum,”
Miera memberi salam kepada tuan rumah.
“Waalaikumsalam,
eh kakak berdua, maaflah tadi Ayu tak sempat hendak bertanya nama kakak berdua sebab leka berbual dengan abang Ariel tadi,” jawab Ayu anak perempuan tuan rumah yang
datang mengundang siang tadi.
Aku
menjeling bila dia berkata demikian. Yelah siang tadi both eyes on Ariel mana nak
ingat tanya nama kami.
“Kak
Miera dan sebelah ni kak Dania,” jawab Miera sambil bersalaman dengan Ayu. Aku
turut menghulurkan tangan bersalaman dengannya.
“Kita
duduk di depan hendak, di belakang tu khas untuk makcik-makcik kita duduk rewang
kat verandah
dapat tengok abang-abang kita main kompang,” ujar Ayu seraya
tersenyum ramah.
Kami
berdua menganggukkan kepala tanda setuju. Ayu menuju kearah hujung verandah
dimana terdapat segulung tikar mengkuang. Kami membantu Ayu membentang tikar
mengkuang yang di jadikan pengalas tempat duduk kami. Seketika kemudian Ayu ditemani
Miera menuju ke dapur mengambil sesuatu. Aku tidak rasa Ayu memerlukan seorang lagi
teman untuk mengambil barang di dapur. So aku lepak di verandah sambil memerhatikan
pemuda-pemuda tersebut bermain dengan kompang. Aku mengerutkan dahi bila bunyi
kompang yang dimainkan sumbang semacam tidak seperti kompang yang aku dengar di
majlis perkahwinan. Sumbang tidak tentu arah bunyinya.
“Abang
Nas, apa ni tonggang langgang bunyinya, penat ke? abang Ariel nyanyilah, kita
semua nak dengar abang Ariel nyanyi,” jerit Ayu yang berdiri di sebelahku.
Aku
hanya mampu menjeling meluat bila Ayu berkata demikian. Apa yang hebatnya suara si Ariel. Aku menyertai
Miera dan Ayu membantu mereka memotong sayur kacang panjang, tempe dan tahu
untuk dimasak sambal goreng dan untuk di jadikan jamuan berbuka nanti.
“Riel adik aku
suruh nyanyi,” ujar Nasrun sambil menyiku lengan temannya itu.
“Nyanyi, mana ada
aku tahu menyanyi, lagipun ini bulan ramadhan tak kan aku nak nyanyi lagu Bruno
Mars tak sesuai,” jawab Ariel sambil tersengih cuba mengelak dari bernyanyi.
“Alah nyanyi lagu
Raihan ke lagu rabbani ke? Tak kan kau tak tahu satu lagu dari diaorang pun,”
“Hmm apa kata aku
nyanyi lagu Maher Zain, kau orang boleh bawa?,” soal Ariel bila temannya
beria-ia mahu dia mendendangkan satu lagu.
“Ins sha allah boleh, lagu apa?,” soal Nasrun.
“Baraka allahu
lakuma,” jawab Ariel ringkas.
“Cantik, memang
lagu tu yang kami practice untuk majlis Ayu nanti, cuma kami tak ada orang yang
akan nyanyikan lagu tu,” jawab Nasrun sambil memandang kepada anak buahnya.
Nasrun mencapai
guitar sebaik sahaja dia berbuat demikian yang lainnya sibuk mencapai
instrument masing-masing. Tambourine, violin dan juga kompang. Manakala Ariel
mencapai Tambourine.
“Hah, diaorang dah
start main musik, Ayu suka lagu ni, jom kita tengok diaorang,” ujar Ayu ghairah
seraya bangun dari tempat duduknya. Kami berdua turut berhenti memotong sebaik
sahaja Ayu berkata demikian.
Kami bertiga berdiri di birai anjung
memandang ke arah ambin di mana mereka bermain musik. Kali ini alunan musik
dimainkan oleh nasrun dan teman-temannya tidaklah tunggang langgang seperti
yang ku dengar sebentar tadi. Merdu iramanya. Aku sebenarnya bukannya favorite
sangat akan lagu-lagu tradisional. Kalau lagu R&B atau Jazz memang aku
suka. Tapi irama yang dimainkan mereka not bad quite catchy temponya. Aku memandang ke arah Ariel. Serius ke Ariel
hendak menyanyi lagu apa yang dia hendak dendangkan. Lagu Jason Mraz atau Bruno
Mars. Kalau itu aku percayalah. Lagu melayu aku tak yakin dia boleh
menyanyi.
We’re here on
this special day
Our hearts are full of pleasure
A day that brings the two of you
Close together
We’re gathered here to celebrate
A moment you’ll always treasure
We ask Allah to make your love
Last forever
Our hearts are full of pleasure
A day that brings the two of you
Close together
We’re gathered here to celebrate
A moment you’ll always treasure
We ask Allah to make your love
Last forever
Let’s raise our
hands and make Du’a
Like the Prophet taught us
And with one voice
Like the Prophet taught us
And with one voice
Aku
tergamam dan terpegun bila Ariel mula bernyanyi. Oh my god. He can sing. He
really singing. How can he be so talented? And what song is
that? How come aku tidak tahu dan tidak pernah dengar lagu itu sebelum ini. Kalau
Raihan dan Rabbani aku tahu, kerana pernah terdengar di corong radio sekali dua. But
this is different, Naseed in English? Amazing. Aku menoleh kearah Miera dan
Ayu. Kedua-duanya kelihatan ghairah mendengar lagu tersebut. Aku menoleh kearah
pintu. Semua makcik-makcik yang berada di dapur sudah mula memenuhi ruang
verandah ingin tahu siapa yang mendendangkan lagu tersebut.
Ariel
memandang kearah kami. Dia mengangkat tangan memberi isyarat kepada kami untuk
bernyanyi bersama. Miera dan Ayu turut bernyanyi bersama. Oh my god, am I the
only person who doesn’t know this song. Almost everybody singing. I’m in love
with Ariel. He’s look so charming and irresistible. How can he be an angel and
devil at the same time.
Let’s all say,
say, say
Baraka Allahu
Lakuma wa Baraka alikuma
Wa jamaah baina kuma fee khair.
Barakallah hu lakuma wa baraka alikuma
Wa jamaah baina kuma fii khair.
Wa jamaah baina kuma fee khair.
Barakallah hu lakuma wa baraka alikuma
Wa jamaah baina kuma fii khair.
From now you’ll
share all your chores
Through heart-ship to support each other
Together worshipping Allah
Seeking His pleasure
Through heart-ship to support each other
Together worshipping Allah
Seeking His pleasure
We pray that He
will fill your life
With happiness and blessings
And grants your kids who make your home
Filled with laughter
With happiness and blessings
And grants your kids who make your home
Filled with laughter
Let’s raise our
hands and make Dua
Like the Prophet taught us
And with one voice
Let’s all say, say, say
Like the Prophet taught us
And with one voice
Let’s all say, say, say
Barakallahu
Lakuma wa Baraka alikuma
Sebaik
sahaja Ariel berhenti menyanyi riuh rendah rumah Ayu dibuatnya bila semua yang
berada di anjung bertepuk tangan secara serentak of course aku tidak terkecuali.
Turut sama terhibur lagu yang di dendangkan Ariel. Beautiful song. Aku tidak tahu
lagu-lagu yang berunsurkan agama begitu menarik dan catchy. Aku tak tahu ada
juga lagu nasheed dalam bahasa ingerris. Nampak sangat aku ni ketinggalan.
bersambung....
bersambung....
Cik writer.thanks for these chapters...very nice..btw..tak de kerr cita2 nk antar karya ke mana2 publisher..mana tahu boleh dibukukan..will be waiting for the continuation..suka sgt2 kat ariel n dania...btw im married toa singaporean man..
ReplyDeleteCik Anonymous, terima kasih sekali lagi, niat dan cita2 utk hantar karya to pulisher tu menang ade, tapi tidak yakin bahawa karya saya ini akan di terima kerana ramai lagi penulis di luar sana yang hebat2 belaka..btw dari mana cik anonymous tahu mengenai blog saya? karektor Ariel based on real living person cuma di ubah sedikit jln ceritanya..you married sporean man? you residing in Spore or Msia?
Delete