Sepanjang
perjalanan menuju ke highway aku hanya mampu menangis dan berdoa agar papa
tidak apa-apa. Kalau tiada papa aku akan menjadi sebatang kara Aku tiada
sesiapa di dunia ini.
Ariel menoleh kearah Dania di sebelahnya.
Hatinya tersentuh melihat keadaan Dania. Wanita itu kelihatan sedih. Dia merasa
bersalah kerana menyakitkan hati Dania.
“Banyak bersabar
dan berdoa Dania, insyallah papa you ok,” ujar Ariel memujuk Dania.
Aku mencapai tisu
lalu mengesat air mataku kerana aku memikirkan perkara yang tidak elok berlaku
ke atas diri papa. Perjalanan pulang terasa begitu lama bagiku. Ingin sahaja
aku terbang ingin cepat sampai kesana.
“Terima kasih
Ariel, and I’m sorry kerana menyusahkan you,” jawab ku perlahan kerana sebaik
sahaja Anis memberitahu akan keadaan papanya, Ariel tidak berfikir panjang lagi
dan bersetuju untuk menghantarku pulang. Ini bermakna Ariel care and concern
about me.
“Don’t mention it,
you rehatlah dulu,” jawab Ariel tanpa mengulas panjang. Perjalanan ke Kuala
Lumpur masih jauh. Dia mahu Dania berehat dan tidak terlalu memikirkan tentang
papanya.
Aku hanya
menganggukkan kepala bila Ariel berkata demikian kerana ada benarnya juga apa
yang dikatakannya tadi. Mungkin kami hanya tiba di KL jam 4 pagi.
“Ariel kalau penat
atau mengantuk you rehat dulu ok,” pesanku kerana tidak mahu Ariel memandu laju
dan tergesa-gesa untuk cepat sampai.
Ariel tersenyum
bila Dania berkata demikian. “Kenapa you takut I memandu laju,” soal Ariel lalu
menoleh kearah Dania.
“I tak nak kita
pula jadi pelanggan hospital nanti,” jawabku lalu memejamkan mata.
Ariel tertawa
kecil bila Dania mula risau bila dia memecut kereta yang di pandu kerana mahu
segera sampai ke Kuala Lumpur. Namun ada benarnya juga apa yang di katakan
Dania nanti tidak semena-mena mereka berdua menjadi pelanggan hospital.
“Ok I berjanji
akan menjadi pemandu berhemah mengikut peraturan jalan raya, in sha allah,”
jawab Ariel lalu tersenyum.
Aku tersedar dari
tidur lalu mengosok mataku perlahan. Aku menoleh ke arah kananku. Ariel tidak
kelihatan di tempat pemandu. Aku cuba mengamati jam di dipergelangan tanganku.
Pukul 2.30 pagi. Aku membetulkan tempat dudukku yang telah di ubah posisinya.
Aku pasti Ariel yang mengubahnya bila aku tertidur tadi supaya aku dapat tidur
dalam keadaan selesa. Ariel berhenti di Hentian Pedas Linggi. Kenapa dia tidak
kejutkan aku? Aku duduk menanti Ariel kembali ke kereta.
Ariel mengetuk
cermin tingkap kereta meminta aku membuka pintu kereta untuknya kerana kunci
kereta berada di dalam kereta kerana dia tidak mematikan air con. Aku membuka
kereta untuknya.
“Sorry I woke you up,” ujarnya memandang
ke arah Dania.
“You mengantuk?,”
soalku lalu memandang wajah Ariel yang kelihatan agak letih. Walaupun dia sudah
membasuh muka bertujuan agar dia tidak mengantuk.
“I dah tak
mengantuk lagi,” jawab Ariel lalu memasang tali pinggang keledar.
“Sure, you hendak
I ambil alih, I dah puas tidur tadi,” ujarku lagi, kesian pula aku melihat
Ariel yang keletihan. Sepanjang bulan ramadhan Ariel kekurangan tidur kerana
dia banyak menghabiskan masa mengandakan amal ibadahnya di bulan ramadhan.
“Tak apa you
temankan I berbual nanti ok,” jawab Ariel lalu menghidupkan enjin kereta. Dia
menolak gear satu, kereta meluncur perlahan keluar dari tempat perhentian dan
Ariel meneruskan perjalanan menuju ke Kuala
Lumpur .
****
Setibanya di
Prince Court Medical Centre. Kami terus menuju ke ward papa di tempatkan. Ariel menungguku di lobby
kerana di ward ICU tidak dibenarkan tetamu lebih dari seorang tidak dibenarkan
masuk bukan waktu lawatan. Sewaktu aku melawat papa. Papa sedang tidur. Hatiku
menjadi sayu melihat keadaan papa. Aku menoleh ke arah monitor yang terdapat di
dalam biliknya. Menurut doktor bertugas papa mengalami serangan jantung dan papa
memerlukan bantuan mesin jantung dan paru. Dan jika jantungnya di dalam keadaan
stabil papa tidak memerlukan mesin penafasan intubation. Aku hanya mampu berdoa
agar allah lanjutkan usia papa semoga dia mendapat hidayah untuk kembali ke
jalan yang benar. Dan aku akan membantu papa ke jalan itu. Aku keluar dari ward
papa dan menuju ke arah lobby di mana Ariel sedang menantiku.
Dari jauh aku
terlihat Ariel duduk dan tertidur keletihan di sofa. Aku duduk di sofa
berhadapan dengannya. Ariel tidak sedar aku berada di hadapannya. Wajah kacak
Ariel ku pandang lama.
“Aku sayangkan kau
Ariel, tapi papa lebih memerlukan aku disisinya,“ bisik hati kecilku. Aku
mengambil keputusan untuk tidak kembali ke Mersing kerana mahu menjaga papa
sehingga dia sihat. Dan aku tidak tahu samada aku punya kesempatan untuk kesana
semula. Aku benar-benar
terhutang budi ke atas jasa baik keluarga Ustazah Mariam. Insha allah jika
panjang umur dan ada kesempatan aku akan mengunjunginya mereka. Keluarga
Ustazah Mariam sudah ku anggap seperti keluargaku sendiri.
Ariel terjaga dari
tidur bila tidurnya terganggu dek bunyi siren ambulance. Dia membetulkan kedudukannya bila mendapati Dania
berada di hadapannya.
“How’s your dad’s condition?,” ujar
Ariel dengan wajah perihatin.
“He’s not stable
yet,” jawabku perlahan.
“He will be fine,
insha allah, banyakkan berdoa,” ujar Ariel lalu melirik ke arah jam di
tangannya. Jam menunjukkan hampir ke 5 pagi.
Aku hanya
menganggukkan kepalaku perlahan.
“You go home and
rest, kita singgah cari tempat makan untuk bersahur dan solat subuh dulu,” ujar
Ariel lalu memandang wajah Dania yang kelihatan sugul. Dia bangkit dari sofa.
“Ok,” jawabku
ringkas lalu bangkit dari sofa mengekori Ariel menuju ke arah lif.
Di dalam lif kami
tidak berkata apa. Ariel mungkin kepenatan dan aku pula masih dalam keadaan
sedih. Sedih kerana papa sakit dan juga sedih kerana aku terpaksa berpisah
dengan keluarga Ustazah Mariam. Buat pertama kalinya aku benar-benar dapat
menghayati erti ramadhan dan kesayuan bila ramadhan akan meninggalkan kami
tidak lama lagi. Walaupun aku terpaksa menyambut syawal di hospital menemani papa namun aku tetap bersyukur. Keselamatan papa lebih penting buat ku masa ini. Aku tiada sesiapa di dunia ini selain papa.
bersambung...
Thanks again writer..Dania semakin matang..dan Ariel nampak sedikit lembut pd Dania..but sapa yg ustazah Mariam nk jodoh kn dgn Dania?
ReplyDeleteSabar menanti ye.. :)
DeleteBEST 3X.
ReplyDelete