Aku cuba untuk tidak memikirkan tentang
kejadian siang tadi dimana aku menempelak Ariel bila jejaka itu cuba berbaik
dengan aku. Adakah Ariel ikhlas mahu berbaik dengan aku atau kerana takut aku
akan memberitahu Ustazah Mariam akan perihalnya ketika menghantar aku pulang
kelmarin. Kalau betulah Ariel hanya mahu aku menutup mulut dari pengetahuan ibunya
aku tidak akan memaafkannya kerana aku bukan budak kecil yang suka mengadu
kepada sesiapa. Sungguhpun aku masih marahkan Ariel namun aku tidak akan
mengadu kepada Ustazah Mariam kerana tidak mahu membuat Ustazah Mariam susah
hati memikirkan Ariel. Tujuan aku kembali kerana hendak menimba ilmu
pengetahuan ku mengenai islam dan bukan kerana Ariel. Mungkin dahulu aku
tergila-gilakannya. Tapi kini tumpuanku untuk menjadi seorang wanita yang
beriman. Dan aku tahu aku tidak akan dapat mengelak dari terus bertemu dengan
Ariel sepanjang aku berada di sini.
“Penat juga eh solat terawih ni, 20
rakaat, boleh tahan ke kalau hari-hari macam ni, pulak tu surah yang di baca
Ustaz Ahmad panjang-panjang?,” soalku sebaik sahaja keluar dari surau ditemani
Anis.
“Insyallah, abah memang suka baca surah
al-bakarah, mungkin besok abang Amirul ambil alih jadi iman untuk solat
terawih,” jawab Anis seraya tersenyum. Matanya sempat melirik kearah suaminya
yang baru keluar dari pintu surau di ikuti Ariel dari belakang. Mereka tidak
segera pulang kerana mungkin akan bertadarus malam ini.
“Your hubby jadi imam?,” soalku dengan
nada terperanjat kerana tidak percaya Amirul menjadi imam di surau kerana
selama ini dia tidak pernah menjadi imam solat fardu.
Anis tidak menjawab dia hanya
menganggukkan kepalanya perlahan.
“Wow, that’s great, untungnya dapat
suami yang baik dan warak macam Amirul,” ujarku agak kuat bertujuan supaya
Ariel dapat mendengarnya. Aku sedar dia turut berada di surau itupun setelah di
paksa oleh Ustazah Mariam. Kalau tidak jangan harap dia akan ke surau. Inilah
kali pertama aku nampak batang hidungnya di surau. Ariel pura-pura tidak
mendengar akan sindiran aku.
“Eh ijat, setahu abang Ariel kan semua
setan-setan dah kena rantai dalam bulan ramadhan, apasal setan yang lagi satu
masih boleh terlepas,” tiba-tiba Ariel bersuara sebaik sahaja melintas di
hadapanku bersama sekumpulan kanak-kanak berusia dalam lingkungan 10 tahun
kesemuanya anak murid mengaji Ustaz Ahmad dan Ustazah Mariam yang turut ke
surau mengerjakan solat tarawih.
“Betul juga kan abang Ariel, agaknya setan ni degil
lah,” jawab Ijat dengan wajah tak bersalah kerana dia tidak tahu bahawa Ariel
sengaja hendak mengenakan Dania. Mereka ketawa serentak.
Anis berada di sebelah tersenyum-senyum
cuba
menahan tawa kerana terusik dengan lawak spontan Ariel. Aku hanya mampu
menjeling tajam kearah Ariel kerana aku tahu dia mengenakan aku dan biar dia
tahu bahawa lawak dia tak kelakar langsung.
Kalau ikutkan hati memang nak sekel
kepala Ariel. Tapi bila di fikirkan balik tak guna layan orang gila buat sakit
hati aje.
“Dania, Anis tanya sikit boleh?,” soal
Anis tiba-tiba bila Ariel dan teman liciknya sudah jauh meninggalkan kami.
“Sure,” jawabku ringkas kerana masih geram
dan hati berbuku dengan perangai Ariel sejak akhir-akhir ini.
“Dania sukakan abang Ariel?,” soal Anis
lalu menoleh kearah Dania.
“Dulu mungkin sekarang tidak lagi, why
do you ask?,” jawabku tanpa mengulas panjang.
“Kenapa sekarang tidak?,”
“Kerana Dania yang dulu memang sukakan
lelaki macam Ariel bad boy, Dania yang sekarang sukakan lelaki yang baik dan
warak, I want someone who can guide me di dunia dan di akhirat,” jawabku sambil
tersenyum.
“Abang Ariel tak layak?,” soal Anis
seraya menoleh kearah Dania.
“Don’t you see how childish he is, I
don’t think he will change,” jawabku seraya tersenyum sinis.
“Dania silap kalau berfikiran begitu, setiap
kali air bah setiap kali itu pantai berubah, contohnya macam Dania, sebelum ini
Dania tidak berminat untuk mengenali islam lebih dekat lagi, Dania sukakan cara
hidup Dania yang lama, tapi setelah mendapat hidayah Dania berubah mahu menjadi
wanita yang solehah, kalau Dania boleh berubah insyallah satu hari nanti Ariel
juga akan berubah menjadi lelaki yang soleh dan warak, ini adalah qada &
qadar yang sudah ditentukan oleh allah sejak azali lagi,” ujar Anis.
“Ok tentang perangai manusia berubah I
can still understand, but what is qada & qadar mean?,” soalku penuh minat
untuk mendengar penjelasan lebih lanjut dari Anis.
“Maksud Qada dan Qadar tu adalah taqdir yang telah Allah tentukan kepada kita
semua makhluknya. Sama ada baik atau buruk yang berlaku dalam hidup kita, means
that what ever happened to you, good or bad, are from Allah. He the One who put
it that way, yakinlah Allah Maha tahu setiap apa yang diberikan kepada hambaNya
adalah berdasarkan tahap keimanan setiap hambaNya. Berdoalah kepada yang
memberi kita ujian itu agar dia jugalah yang membimbing kita ke jalan redhaNya,
jangan biarkan kita disesatkan oleh makhluk jin dan syaitan yang tak akan jemu
menyesatkan umat nabi Muhammad SAW,” terang Anis panjang lebar.
Aku terdiam mendengar penerangan Anis. Allah masih
sayangkan aku kerana aku sempat bertaubat dari melakukan perkara yang mungkar
dan tidak disukai allah. Allahu akbar, Allah maha besar. Aku menitiskan air
mata menyedari betapa ceteknya ilmu pengetahuan aku mengenai islam selama ini.
bersambung...
No comments:
Post a Comment