Aku membantu menghidang
lauk pauk yang di masak Anis ke atas meja dapur. Nasib baik hari ini mereka
mengambil keputusan untuk makan tengahari di dapur. Kalau tidak jenuh aku turun
naik tangga dengan baju kurung besar ni. Silap
hari bulan boleh terlentang kat tangga. Telefonku berbunyi. “You got a message”.
Aku membuka envelope message.
I’m
coming back to get you - Ariel. Ringkas sahaja pesanan smsnya.
“Anis!!!,”
jeritku kuat cukup membuatkan Anis terkejut besar bila terdengar jeritanku yang
maha kuat sehingga bergema ruang dapur.
“Apa?
Kenapa?,” jawab Anis segera mendapat aku dengan wajah cemas.
“Ariel
nak balik,” ujarku lalu tersenyum lebar.
“Abang
Ariel nak balik, betul ni Dania tak main-main,” ujarnya dengan ghairah. Anis
turut gembira mendengar perkhabaran yang di sampaikan Dania.
Aku
tidak berkata apa hanya menyerahkan handphone ku kepada Anis.
“Syukur
alhamdullilah, terima kasih Dania,” ujar Anis seraya memelukku erat. Aku hanya
mampu tersenyum bila dia berbuat demikian. Jelas terpancar cahaya kegembiraan
di wajahnya. Aku turut tumpang gembira. Cuma, aku mula rasa tidak sedap hati
bila sms Ariel yang tidak berapa friendly dimataku. What does he mean coming
back to get you.
“Assalamualaikum,”
“Waalaikumsalam,”
jawab Anis menuju ke pintu dapur.
Aku
memasang telinga ingin tahu siapa yang datang.
Terdengar suara
lelaki berbual-bual di pintu belakang. Ahh itu suara Amirul. Aku menarik nafas
lega kerana aku yakin itu suara milik Amirul. Sungguhpun Amirul jarang bersuara
tapi aku kenal akan suaranya. Fuh lega. Aku menyumbatkan telingaku dengan
earphone lalu menghidupkan ipod nanoku sambil menari-nari mengikut irama lagu
Labels or Love dari Fergie. Aku hanya beryanyi dan menari bila memastikan
bahawa Ustaz dan Ustazah tak ada di rumah. Kalau Anis dia tahu aku kepala gila
begitu juga Amirul. Amirul paling tidak dia hanya mengucap panjang bila datang
perangai gilaku.
Aku tersentak bila
belakang ku di tepuk seseorang. Aku memusingkan badanku ke belakang. Hampir hendak
gugur jantungku bila lelaki yang berdiri tercegat di hadapanku adalah Ariel.
Dia memandang wajahku dengan wajah serius lagak seperti hendak makan orang. Eventhough he looks mad but he look so
damn gorgeous. Ini adalah kali kedua close encounter kami sejak semalam.
Hehehe. Not bad huh. Walaupun lelaki itu tidak pernah menunjukkan dia berminat
padaku.
“Pack
your things,” ujarnya serius.
Gulp.
Aku menelan air liur. He can’t be serious. Tak kan dia balik semula kerana aku cakap aku
hendak balik. Impossible. Bukan mudah untuknya menjejakkan kakinya balik ke
kampung kembali. It’s not that easy.
“Ustazah tolong!!,” jeritanku
cukup membuatkan Ariel menoleh kearah pintu secara spontan. Hahaha. Trick ku
menjadi. Tanpa berlengah lagi aku segera berlari pantas menuju ke ruang tamu membuka
salah pintu bilik lalu menutup daun pintu rapat. Aku mengurut dadaku perlahan
menahan penat. Aku menekapkan telinga di pintu. Keadaan di luar senyap sunyi.
Fuh. Aku terduduk di hadapan pintu. Mataku melirik ke kiri dan kekanan. Bilik
siapakah ni? Di dindingnya terdapat poster besar kereta lamborghini berwarna
kuning. Ok. Aku tak rasa bilik ini bilik Anis atau bilik Ustaz dan Ustazah. Aku
menuju kearah almari yang penuh sarat dengan buku-buku agama dan kitab-kitab di
atas almari tersebut penuh dengan piala dan di sebelahnya terdapat sijil-sijil.
Aku mencapai salah satu piala yang terbesar yang terdapat di atas almari
tersebut.
‘Juara qari di peringkat
kebangsaan johor’ – Muhamad Ariel Ahmad.
Aku meletak kembali Piala
tersebut di tempat asalnya. Juara qari. Apa makna qari? Ah nanti aku tanya pada
Anis akan maknanya. Wow. Not bad juara eh? Juara aku tahu maknanya. Champion. Aku mencapai salah satu sijil yang
ditempatkan ke dalam bingkai gambar.
‘Sijil Sarjana Muda jurusan
Pengajian Islam dan Bahasa Arab’
Muhammad Ariel Ahmad
Tahun 1999 to 2003
dari Universiti Al-Azhar Mesir
Ok
that’s scary. Aku meletak kembali sijil yang kupegang tadi kembali di atas
almari. Ini bermakna aku berada di dalam bilik Ariel semasa dia tinggal di
sini. Dan kesemua piala dan sijil-sijil yang terdapat di atas almari ini milik
Ariel. No wonder dia harapan keluarga. He’s smart boy.
Pintu
bilik di ketuk bertalu-talu dari luar. Fish. Dia tahu aku berada di sini.
Mataku melilau mencari sesuatu. Aku mencapai buku yang hampir tebal dengan
dictionary lalu membuka pintu perlahan.
“What are you doing in my room?,” ujar
Ariel sebaik sahaja Dania membuka pintu.
“I nak pinjam buku ni,” ujarku menayangkan
kepadanya tanpa terlebih dahulu melihat tajuk buku tersebut. Ah. Buku ini sebagai
alasan agar dia tidak akan marah padaku.
“Kisah dari Al-Quran, interesting
finish it by this weekend and I nak you ceritakan pada I,” ujarnya merenung
kepadaku tanpa berkelip.
Mak ai..banyak-banyak buku aku
boleh terambil kisah dari Al-Quran eh? Bijak sungguh bijak. Aku
mengangguk-anggukkan kepalaku tak ubah seperti burung belatuk. What to do? Tak
boleh nak bagi reason lain. Terpaksalah aku menurut kehendak si Ariel. Eleh nak
tunjuk garang siap kau. Sekejap lagi Ustazah dan Ustaz balik baru kau tahu
nasib kau.
“Assalamualaikum,”
“Hah, Ustazah dah balik,” ujarku
melompat gembira. Sempat aku menoleh kearah Ariel. Lelaki itu berdiri tercegat
seketika. Merasa kaget sebaik sahaja terdengar akan suara emaknya memberi
salam. Perlahan-lahan dia mengorak langkah menuju kearah pintu dapur.
“Waalaikumsalam,” jawabku seraya meluru
kearah Ustazah sambil menyambut bakul berisi penuh sayur hasil dari kebunnya.
“Kenapa kelam kabut sangat ni,” ujar Ustazah
Mariam sambil tersenyum bila di lihatnya anak murid istimewanya itu kelihatan
seperti cacing kepanasan.
Tanpa rasa malu atau segan lagi aku
membisikkan sesuatu ke telinga Ustazah Mariam. Ahh apa nak segan aku dah anggap
Ustazah Mariam seperti mak angkat aku sendiri. Layana n
yang di berikan Ustazah sekeluarga kepada diriku membuatkan aku senang dan
tidak merasa kekok tinggal bersama dengan mereka. Wajah Ustazah Mariam berubah
serta merta terperanjat dengan berita yang aku sampaikan. Dia segera menoleh
kearah pemuda yang sedang menuju ke arahnya. Dadanya merasa sebak teramat
sangat. Airmatanya mengalir perlahan tanpa dapat di tahan lagi. Ariel mencapai
tangan maknya lalu menciumnya perlahan.
“Ampunkan saya dari hujung rambut
hingga hujung kaki mak, saya banyak buat silap dan berdosa pada mak, saya
menyesal mak, saya tak akan tinggalkan mak lagi,” ujar Ariel lalu memeluk
emaknya lama.
Syahdu rasanya bila aku melihat dua
beranak di dalam keadaan demikian. Aku yang tidak ada kena mengena langsung
turut mengalirkan air mata. Sedih melihat kasih ibu terhadap anaknya.
Sungguhpun anak derhaka kepada ibu, ibu tetap menerima dan memaafkan anaknya
kembali. Hanya anak yang tidak pernah mengenang jasa, pengorbanan dan kasih
sayang seorang ibu. Ustazah Mariam hanya dapat menganggukkan kepalanya perlahan
menandakan dia sudah memaafkan Ariel kerana terlalu sedih untuk berkata apa.
Ubun-ubun kepala anaknya dicium berkali-kali. Rindu benar dia pada Ariel.
“Mana abah mak?,” soal Ariel tiba-tiba
bila teringatkan abahnya, airmata ibunya di seka perlahan dengan ibu jarinya. Wajah
maknya di pandang lama untuk melepaskan rindu. Dia benar-benar sedih dan kesal
akan perbuataannya.
“Abah,” jawab Ustazah Mariam seperti
orang baru tersedar dari mimpi. Dia menoleh ke belakang. Suaminya tadi ada
mengikutnya pulang dari kebun. Tapi dia tidak berada di belakangnya sekarang.
Kemana perginya dia.
“Abah pergi ke surau bang,” jawab Anis
perlahan cuba
menahan sedih. Abahnya tadi memang berada di belakang mak mertuanya. Malah dia
nampak akan Ariel meminta ampun dengan isterinya tadi. Wajahnya jelas terpancar
cahaya kesedihan. Dia tidak tahu mengapa abahnya pergi meninggalkan mereka lalu
menuju kearah surau. Tidakkah dia gembira bila satu-satunya anak kesayangannya
itu kembali. Anis tahu abahnya sangat sayangkan Ariel. Walaupun abahnya tidak
pernah menunjukkan kesedihannya. Dia tahu. Setiap kali abahnya memanjatkan doa.
Dia tidak pernah putus memohon kepada allah agar Ariel kembali ke pangkuan
mereka.
“Pergilah Riel,” ujar Ustazah Mariam
lalu menepuk bahu Ariel perlahan.
bersambung...
No comments:
Post a Comment