Alhamdulilah aku berjaya menahan rasa
lapar sehingga jam 3 petang. Anis sibuk membantu Ustazah bergotong royong
menyediakan bubur lambuk untuk di agihkan kepada penduduk kampong. Mula-mula tu
aku hendak juga ikut sama membantu. Ustazah tidak membenarkan aku berbuat
demikian kerana dia mahu aku menumpukan pembelajaranku untuk mendalami ilmu
agama islam. And tujuanku ke mari untuk berlajar dan bukan untuk perkara lain. Lagipun
dia tidak mahu aku miss mengaji. Setiap hari selepas zuhur aku akan berlajar
mengaji dengan Ustazah Mariam bersama dengan anak-anak muridnya. Sejak pagi
tadi aku tak nampak kelibat si pelesit tu nak kata dia tolong gotong royong kat
masjid tak jugak kerana his not the type of people person, Amirul yes but Ariel
big NO. To women definitely YES! but not to charitable work. I’ll guess it’s
not in his blood. Kenapa aku prejudice sangat dengan Ariel aku pun tak tahu.
Aku dah semacam Elizabeth Bennet yang begitu prejudice terhadap Mark Darcy
dalam karektor novel “Pride and Prejudice”. Only Wickham karektor masih belum
aku temui. Aku duduk bersimpuh sambil mempelajari untuk mengeja sambil menunggu
Ustaz Ahmad yang aku rasa akan mengantikan tempat Ustazah untuk mengajar kami
mengaji paling tidak pun mungkin Amirul. Aku tak kisah kalau Amirul yang
mengajar. Aku suka mendengar suaranya sewaktu mengaji dan melaungkan azan.
“Assamualaikum semua, mulai hari ini
abang Ariel akan mengantikan Ustaz dan Ustazah untuk mengajar kamu semua
mengaji, hanya di bulan ramadhan,” ujar Ariel seraya tersenyum kearah anak-anak
murid mengajinya. Ada
yang mengeluh kerana khuatir Ariel seorang guru mengaji yang garang dan ramai
pelajar perempuan yang mengalu-alukan Ariel mungkin kerana mereka sukakan Ariel.
Dan aku pula tidak menyangka si pelesit ini akan mengajarku mengaji kerana aku
tidak yakin dia boleh mengajarku. Lagipun selama ini Ustazah bahagikan dua
kumpulan. Satu kumpulan nya dan satu lagi ditugaskan kepada Ustaz Ahmad mana
mungkin Ariel dapat melakukannya tanpa bantuan sesiapa.
“You got to be kidding me,” jawabku
dengan nada terkejut. Yelah Ariel ajar mengaji. Is this some kind of a joke?
Amirul aku percaya but Ariel? Hampir ke semua anak murid mengaji Ustazah
menoleh ke arahku. Mungkin tidak faham apa yang aku katakan atau tidak senang
akan perbuatanku.
Ariel tersenyum bila aku berkata
demikian seakan tahu bahawa aku akan memprotes. His ridiculous good looking
looks more appealing when he smile. Too bad I’m not into it anymore. There’s no
love after what he had done.
“Insyallah abang Ariel akan mengajar
kamu semua sepertimana Ustaz dan Ustazah mengajar kamu dengan bantuan abang Amirul,”
jawab Ariel tersenyum lagi.
“Great,”
Ini bermakna mereka akan membahagikan
kepada dua kumpulan. Aku sudah tentu akan memilih Amirul. Sebab aku comfortable
dengannya. He’s a good teacher kerana sebelum ini Amirul pernah mengantikan
tempat Ustaz Ahmad bila dia tidak sihat.
Tanpa berfikir panjang aku menyertai
kumpulan Amirul yang kebanyakan anak muridnya terdiri dari budak lelaki
manakala kumpulan Ariel hampir kesemuanya dari kalangan budak perempuan. Hmm
pelik kerana aku perasan Ariel banyak memilih anak murid yang mengaji Iqra.
Maksud aku anak murid yang baru mengenal huruf dan anak murid Amirul kesemuanya
kalangan remaja yang mengaji Al-Quran. Aku dah agak Ariel tidak sehebat adiknya
Amirul. Setiap kali Amirul membetulkan ayat bacaan anak muridnya aku akan
tersenyum kerana suka sekali mendengarnya. Seperti orang mengaji
di station televisyen.
“Dania,” tegur
Ariel.
Serta merta
anganku mati bila namaku di sebut. Sekali lagi semua mata tertumpu ke arahku.
Bukan ramai pun tinggal aku dengan 2 orang anak murid yang belum mengaji yang
lain dah balik.
“Er yah,” jawabku
dengan muka selamba sambil membetulkan selendangku yang asyik terlurut sedari
tadi. Ariel kelihatan serius dan tidak tersenyum ketika memandangku. Kacak juga
si mamat ni bila dah pakai baju melayu dan bersongkok. Sekali pandang macam
orang nak pergi nikah. Cuma samping aje yang tak ada. Walaupun ketika itu dia
mengenakan jeans ‘Guess’ hitam sebagai penganti seluar baju melayu. ‘Guess’ eh
macam tak ada seluar lain yang boleh di pakai. Which is typical Ariel yang suka
mencacatkan the origins. Tidak di nafikan kekacakannya masih terserlah.
“Kemari, bawa
muqadam dan rehal awak sekali,” ujarnya sambil lewa. Seolah-olah tidak berminat
untuk mengajar Dania.
“Muqadam? Rehal?
What’s that,” soal ku macam budak pengol.
“Kitab Iqra dengan
pengalas kitab kamu tu,” jawabnya bila Dania kelihatan bingung tidak faham apa
yang dia maksudkan.
“But I nak Amirul ajar I mengaji, I
don’t want to be teach by someone who is not qualified, tujuan I kemari hendak
berlajar dengan guru agama, not some substituted teacher,” jawabku dengan wajah
selamba. Pasal lah kalau Ariel hendak melenting bila aku berkata demikian.
Betul apa? Aku hendak berlajar dari guru yang bertauliah. Bukan dari guru
sandaran yang tangkap muat aje. Apa yang Ariel tahu tentang agama. Diri sendiri
tidak terurus inikan pulak hendak mengajar orang yang baru hendak mempelajari
agama islam.
“I have no time to debate with you,
suits yourself,” jawab Ariel dengan wajah tenang.
Amirul menjeling kearah Ariel untuk
melihat reaksi Ariel bila Dania berani mencabarnya. Tidak kah Dania tahu Ariel
seorang pelajar terbijak dalam kelas agama dan dia memegang sijil sarjana muda
dalam jurusan Pengajian Islam dan Bahasa
Arab. Dia tidak boleh salahkan Dania kerana
Dania tidak mengenali siapa Ariel sebenarnya.
“Amirul, she’s yours, good luck with
that,” jawab Ariel sambil tersenyum lalu bangun dari tempat duduknya. Walaupun
senyumannya itu senyuman tidak ikhlas kerana Dania memperlekehkan kebolehannya.
Namun dia cuba
bersabar kerana tidak mahu bertekak
dengan Dania dan sekaligus mengurangkan pahala puasanya.
“Abang, Mirul tak rasa boleh mengajar
Dania, Mirul hendak ke Masjid Jamek sebelum asar,” jawab Amirul.
Fish. Aku menyumpah dalam hati. Hailah
Mirul kenapa tak cakap siang-siang kau ada plan. Kan dah kantoi. Hmm ingatkan nak kenakan
mamat tu, hah sekarang aku yang kena main balik.
“You’re lucky that this month is a holy
month and you have meet Ariel super nice version, so any more protest?
Objection maybe?,”
“Do I have a choice, No. So let’s get
over and done with,” jawabku sambil menjeling bila Ariel menang kali ini.
“Great, let’s begin,” jawab Ariel.
Aku memandang kearah Ariel bila dia
hanya mendiamkan diri tanpa berkata apa-apa. Kitab Iqra sudah ku buka. Hanya
menunggu Ariel mengajarku membaca.
“Ni nak ajar ke tak nak,” ujarku bila
Ariel tidak berbuat apa-apa.
“Ustazah mengajar kamu sampai mana,”
soal Ariel tanpa memperdulikan bebelan Dania.
“Mengenal huruf, mengeja,” jawabku
dengan perasaan jengkel bila Ariel berkata demikian.
“Why not kita skip mengenal huruf dan
mengeja dan kita terus belajar membaca surah Al-Fateha,” ujarnya sambil
menyelak muka surat
surah Al-Fateha.
“Why am I not surprised,” ujarku antara
dengar dengan tidak.
“I’m sure you tahu baca surah
Al-Fateha, cuba
baca I nak dengar,”
Aku menelan air liur bila Ariel
menyuruhku baca surah Al- Fateha bukan apa dengan ustazah kalau aku baca salah
tak lah malu sangat pasal Ustazah dah aku anggap seperti mak aku sendiri, ini
depan si Ariel. Lelaki yang di fikiranku “mengatakan bahawa aku tidak berkenan
langsung dengannya manakala hati aku bercangah dengan otak ku”. Kau orang
faham-faham sendirilah maksud aku.
“Bismillahhi rahman nir rahim,”
“Erm Dania, I think I baca dahulu you
dengar dan fahami akan maksudnya,” tegur Ariel.
Aku menjeling bila
dia berbuat demikian. Fickle
minded. Sekejap suruh aku baca. Sekejap dia nak baca. Sewel betul lah mamat
sekor ni.
“Auuzubillah himasyaitan nir rajim,
bismillahi Rahman nir rahim,”
Mendengar Ariel membaca walaupun hanya
bismillah bulu roma ku berdiri serta merta. Seolah-olah aku dapat merasakan segala
syaitan dan hantu yang berada di sekeliling ku lari lintang pukang meninggalkan
kami kerana takut mendengar akan ayat-ayat suci al-quran. Aku terpegun bila
Ariel membaca surah Al-Fateha begitu sempurna harakat dan dengungannya sekali.
Kalau selama ini aku dengar Amirul membaca surah sudah ku anggap begitu class.
Tapi kini Amirul sudah jatuh ke tempat kedua kerana Ariel champion dalam
kategori itu. Tetapi kenapa selama ini Ariel tidak pernah mengajar mengaji
(kerana aku tahu dia pandai mengaji) dan tidak pernah membaca doa makan bila setiap
kali kami menyantap makanan sekeluarga.
“Dania,” tegur Ariel lalu memandang
kearah Dania bila wanita itu tidak mula membaca setelah dia habis membaca surah
tersebut.
Oh yes! That day masa aku stuck dalam
bilik dia there’s a lot of trophy and cert. Tapi aku tak faham apa maksud Qari.
Aku terlupa langsung hendak bertanya pada Anis. What’s Qari means? Otakku ligat
berfikir.
“Dania,” sergah Ariel bila menyedari
wanita itu sedang berkhayal semasa dia membacanya dan dia pasti Dania tidak
benar-benar menghayati ayat tersebut.
“Apa?,” jawabku kurang senang bila
lelaki itu kembali ke mode asalnya. Mode “Ass”.
“You nak berlajar mengaji ke tak
hendak, kalau tak hendak jangan buang masa I,” ujarnya dengan wajah serius.
Kecut perutku bila Ariel merenungku
sedemikian. Garang pulak mamat ni. Rilek ah. Tak handsome tau
garang-garang ni. Ustaz tak boleh terlalu garang nanti anak murid hilang minat
hendak berlajar. Tapi kalau aku berlajar agama dari Ustaz muda lagi handsome
macam Ariel bertambah motivasi aku untuk berjaya hingga ke muara gading. Apa
tebiat aku ni boleh terfikirkan Ariel menjadi Ustaz. Hai lambatlah.
“I’m sorry, I tak boleh
concentrate tadi, too much thing in my mind, can I skip today lesson,” ujarku perlahan
dan untuk menyakinkan Ariel bahawa aku tidak berpura-pura aku menunjukkan muka
sedih. Kurang pahala kerana aku berbohong pada Ariel. Yang sebenarnya aku
merasakan diriku begitu kecil di hadapan Ariel. Sungguhpun Ariel seorang lelaki
yang kategori nakal tapi dia beruntung kerana di beri bimbingan agama sejak
kecil dan aku merasa bersalah memperkecil-kecilkan Ariel. One thing I’ve
noticed about Ariel. Ariel tidak suka menunjukkan kemampuannya dan kebolehannya
kepada orang lain. Dalam
erti kata lain he don’t like to boast. He’s a jerk yeah at least he’s showing
his true colours. Entah kenapa pemikiran ku terhadap Ariel tiba-tiba berubah.
Maybe he’s really is a nice person but don’t want people to know.
“Ok,” jawab Ariel dengan wajah selamba
menunjukkan he doesn’t give a damn about her problems. Ariel bangun dari tempat duduknya lalu
berjalan menuju kearah biliknya.
“Ariel,” tegurku.
Ariel memberhentikan langkahnya lalu
menoleh ke arahku.
“Apa makna Qari?,”
“Quran reciter for those who compete
for Quran reading,” jawab Ariel tanpa berhasrat ingin tahu mengapa Dania
bertanyakan soalan demikian.
“Ok thank you, er malam ni you solat
terawih,” soalku walaupun ketika itu Ariel sudahpun hampir ke pintu biliknya.
“Insyallah,” jawabnya tanpa menoleh
kearah ku.
Yes. Now I know the meaning. Qari. Wow,
he’s the champion. No wonder bacaannya begitu baik sekali. But why? What telah
happen? Kenapa orang sehandal Ariel dalam ilmu agama boleh jauh tersasar dari
landasan yang benar.
‘What
ever happened to you, good or bad, are from Allah’ aku tiba-tiba teringatkan kata-kata Anis tempoh
hari. ‘Mungkin ada hikmah disebalik
perkara yang berlaku’ kata-kata dari Miera ketika aku mahu mengenali
agamaku. Aku tidak seharusnya mencari kesalahan dan keburukan Ariel seperti apa
yang kupelajari dari Ustazah. Kita seharusnya cuba hindari akan perasaan buruk
sangka terhadap diri seseorang. Come on Dania, give him the benefit of the
doubt. He has his own reasoning for acting and behaving like that. Why am I so
nice towards him? Nobody knows. Only Allah knows the best.
bersambung....
No comments:
Post a Comment