Syukur alhamdullilah sedar
tak sedar tinggal lagi 10 hari kita hendak menyambut syawal. Kami sudah mula
sibuk mengemas dan membersihkan rumah. Kami bertiga sibuk membantu Ustazah
Mariam membuat persiapan untuk menyambut Syawal. Ramadhan tahun ini cukup bermakna
buat diriku. Aku bersyukur kerana dapat menjalani ibadah puasa tahun ini.
Menurut Ustazah 10 malam terakhir ramadhan adalah malam yang istimewa. Kita
seharusnya mempergandakan ibadah kita dengan memperbanyakkan mengaji al-quran,
berzikir, sembahyang sunat tahajud, salaatul tasbeeh, memperbanyakan berdoa
kepada allah taala agar dosa-dosa kita diampunkan kerana
malam lailatul qadar jatuh pada malam hari-hari ganjil pertama, ketiga,
kelima, ketujuh atau yang ke Sembilan. Malam lailatul qadar. Malam ayat quran
di turunkan kepada junjungan nabi Muhammad SAW. Aku cuba mempertingkatkan ibadah ku
seperti yang di sarankan Ustazah. Alhamdulilah walaupun baru sekali, aku dapat
juga melakukan solat tahajud dan banyak mensedekahkan fateha kepada arwah mama
dan juga papa agar allah memberikan hidayah agar papa kembali ke pangkal jalan,
itu doaku, sejak akhir-akhir ini aku tiba-tiba rindukan papa. Lama tidak ku dengar
akan perkhabaran berita darinya. Apa khabar papa sekarang? Sihatkah dia? Aku sudah
mula berjinak-jinak untuk memakai tudung. Kalau dulu aku hanya memakai
selendang, kini aku sudah bersedia untuk memakainya sepenuh masa. Ustazah dan
keluarganya gembira melihat perubahan ke atas diriku. Tidak terkecuali Ariel. Walaupun dia
tidak menunjukkan reaksi dan tidak pernah memuji atau komen apa-apa. Aku dapat
merasakan dia turut gembira akan keputusan aku memilih untuk menutup aurat.
Kerana Ariel tidak lagi menyakitkan hati aku seperti selalu. Lagipun kami
jarang bertemu sejak minggu terakhir bulan ramadhan ini kerana Ariel banyak
menghabiskan masanya di surau bersama Ustaz Ahmad dan adiknya Amirul. Dan aku,
tidak tahu kenapa setiap kali terdengar akan suara Ariel jantungku berdebar-debar
kencang. Dan setiap kali aku mendengar akan suaranya ketika mengaji membuatkan
hatiku sayup dan menitiskan air mata mengenangkan betapa kerdil diri ini disisi
allah. Alangkah beruntungnya sekiranya aku pandai mengaji seperti Ariel.
Nescaya hatiku akan tenang bila setiap kali aku membaca ayat suci Al-quran. Dengan
hanya mendengar sahaja membuatkan aku sayu dan bersyukur.
Aku duduk termangku di
verandah memerhatikan anak-anak jiran bermain-main bunga api. Laman rumah
Ustazah disirami cahaya pelita buatan Ariel sendiri. Barulah aku tahu buluh
yang digergajinya selama ini untuk di jadikan pelita. Ingatkan dia hendak membuat
lemang. Aku tak sangka dia masih lagi boleh menghasilkannya setelah hampir 7
tahun berada di kota metropolitan. Sedikit demi sedikit pandangan aku terhadap
Ariel mula berubah. Ariel tidak seburuk yang ku sangka. Manusia tidak akan lari
dari melakukan kesilapan. Tidak kira samada kesilapan itu kecil atau yang
besar. Aku dan Ariel tidak terkecuali. Walaupun latar belakang kami jauh
berbeza, kami berdua tidak lari dari godaan syaitan yang senantiasa mahu
menyesatkan umat nabi Muhammad SAW. Syukurlah kami sedar akan kesilapan kami
dan sempat bertaubat. Allah itu maha pengasih dan maha penyayang.
“Kenapa
duduk kat luar sorang-sorang,” tegur Anis bila di lihatnya Dania berada di
anjung rumah seorang diri.
“Tak
ada, Dania suka tengok budak-budak main bunga api, they all look so happy,”
jawabku tersenyum-senyum sendiri melihat keletah mereka bermain.
“Budak-budak
memang begitu,” ujar Anis lalu menoleh kearah Dania. Dia bersyukur Dania banyak
berubah. Dia masih ingat lagi
sewaktu pertama kali bertemu dengan Dania. Dania wanita yang serba kemodernan
dan tidak petah memakai baju yang lebih besar dari potongan badannya. Dania
yang duduk bersebelahannya sudah jauh berubah. Wajahnya kelihatan tenang dan
berseri tanpa secalit make-up.
“Dania tak sihat
ke?,” soal Anis tiba-tiba.
“Alhamdullilah
sihat, kenapa Anis cakap macam tu,” jawabku bila Anis berkata demikian.
“Tak adalah Anis tengok
sejak kebelakangan ni Dania senyap aje, kalau tidak Dania lah yang kecoh
selalu,” jawab Anis sambil tersenyum.
“Dania cuma
rindukan mama, kalau mama masih ada pasti waktu begini mama turut sibuk membuat
persiapan menyambut syawal,” jawabku perlahan masih lagi memandang kearah
kanak-kanak yang sedang riang bermain bunga api.
“Allah
lebih menyayangi mama Dania,” jawab Anis perlahan, dia tahu Dania tidak
mendapat kasih sayang sepenuhnya dari mamanya.
Aku memandang ke
arah Anis yang turut terhibur melihat keriangan kanak-kanak bermain bunga api.
“Jomlah masuk
kesian Miera seorang di dapur, ntah-ntah hangus biscuit coklat strawberry
Dania,” ujarku ingin kembali ke dapur.
“Eh tak apa, pandailah Miera menjaganya,” jawab Anis tanpa
berganjak dari tempat duduknya.
“Ok,” jawabku
ringkas lalu kembali duduk.
“Dania sudah ada
yang punya,” soal Anis memecah kesunyian lalu menoleh kearah Dania.
“I don’t
understand your question, sorry my malay is not that good,” jawabku lalu
tersenyum.
Sudah
ada yang punya. What on earth is that? Jika aku tidak salah faham mestilah aku
sudah ada yang punya. Papalah. Bukankan aku kepunyaan mama dan papa.
“Dah
ada guy friend?,” soal Anis bila Dania tidak pandai bila dia berkias.
“Oh
that, ramai, but the chosen one belum lagi, kenapa?,” soalku tanpa mengesyaki
apa-apa kan soalan yang di ajukan Anis.
“Kenapa
belum lagi?,”
“Well,
mungkin dulu senang Dania jadikan salah seorang dari mereka sebagai calon
husband, but sekarang ni susah sikit, I need someone to guide me to the correct
path, dan kesemua teman lelaki Dania tidak ada yang begitu,” terangku.
“Oh
begitu, kalau kami carikan untuk Dania, Dania setuju?,” soal Anis menoleh
kearah Dania.
Aku tersenyum meleret bila Anis berkata
demikian. No wonder Anis ingin tahu samada ada aku sudah punya kekasih.
Rupa-rupanya dia sudah bercadang untuk match make kan aku.
“Really,
siapa orangnya?,” soalku ingin tahu.
“So
Dania berminat?,”
“Hmm
I’m not really sure about that, pasal Dania believe in love, match make not my
thing,” jawabku. Yelah aku bukannya tak boleh cari sendiri. Boleh. But the
problem is mana aku hendak cari calon suami yang sesuai. Lelaki yang dapat
membimbing aku dan dalam masa yang sama lelaki yang memenuhi citarasaku.
Anis
terdiam bila aku berkata demikian.
“I’m
just pulling your leg, jika untuk kebaikan, why not?, by the way handsome
tak?,” soalku seraya tersenyum meleret. Eh bab tu aku mesti nak tahu. Anis
beruntung mendapat suami yang tampan dan seorang yang pembimbing.
“Yang
tu, Dania kena tanya ustazah kerana ustazah yang suruh Anis tanya,” jawab Anis.
“Oh
ok,” jawabku hampa kerana Anis tidak memberi aku sebarang clue siapakah
gerangan calon yang mereka maksudkan.
Suara
merdu Beyonce mendendangkan “Sweet Dreams” berkumandang di udara. Aku melirik
ke arah screen iphoneku. Gambar papa terpampang di screen. “Papa” hatiku
berdetik kerana papa tidak pernah menghubungiku kami berhubung dengan hanya
menghantar text. Aku segera
mencapai iphone.
“Excuse me,”
ujarku sebelum bangun meninggalkan Anis. Aku menuju ke laman rumah.
“Hello, how
are you papa, bik? kenapa? Ya allah papa!,” ujarku seraya menutup mulutku
kerana terperanjat.
Dari jauh Anis memerhatikan Dania yang sedang
berbual di telefon. Anis tidak dapat mendengar akan butir perbualan mereka.
Namun dari riak wajah Dania. Anis dapat merasakan ada yang tidak menyenangkan.
“Dania balik esok,
telefon kalau apa-apa,” pesanku sebelum mematikan telefon. Aku mengesat
airmataku perlahan. Hatiku berdebar-debar tidak tenteram bila mengetahui
keadaan papa. Patutlah sejak akhir-akhir ini aku asyik teringatkan dia.
Rupa-rupanya papa tidak sihat. Hendak pulang sekarang hari sudah jauh malam.
“Kenapa Dania?
papa Dania sihat?,” soal Anis bila di lihatnya Dania sedih sebaik sahaja
mendapat pangilan dari papanya.
“Papa di hospital di wad ICU, diserang
sakit jantung, tadi bibik yang telefon,”
“Ya allah,
bagaimana dengan keadaannya sekarang, hendak suruh abang Ariel tolong hantarkan
Dania,” ujar Anis bimbang.
“Dania tak tahu
Anis,” ujarku tidak dapat memikirkan apa-apa selain papa. Aku tiada siapa di
dunia ini hanya papa. Ya allah. Berilah aku kekuatan untuk menempuh ujianmu.
Jika papa di takdirkan pergi. Kuatkanlah imanku yang allah. Doaku dengan
linangan air mata.
“Dania
banyak-banyak bersabar, Anis cuba cari abang Ariel,” ujar Anis menyarung
seliparnya lalu bergegas menuju kearah surau meninggalkan Dania keseorangan di
verandah.
Aku hanya mampu
duduk memandang kearah cahaya pelita yang terliuk lintuk di tiup angin. Air
mataku mengalir laju. Sebak hatiku. Aku tersentak bila terdengar orang berdehem
kuat. Aku cepat-cepat menyeka airmataku.
“Tak dengar orang
beri salam,” sindir Ariel tanpa memandang kearah Dania. Dia tahu Dania dengar
ketika dia memberi salam namun Dania sengaja tidak mahu menjawab salamnya tadi.
“I’m sorry tak
perasan,” jawabku sebak cuba menahan dari menangis.
“Alasan,” jawab
Ariel seraya meninggalkan Dania sendiri di verandah.
Hampir sahaja aku
mahu menangis bila Ariel berkata demikian. Alasan. Aku benar-benar tidak
dengar. Sampai hati Ariel. Sampai hati dia menambahkan dukaku. Tidakkah dia
merasa kasihan terhadap diriku. Apa salahku hingga Ariel benar-benar membenciku
sampai begitu sekali.
“Abang, tak baik
abang cakap begitu,” marah Anis bila Ariel berkata demikian. Dia kebetulan
berada di belakang Ariel dan terdengar akan komen darinya.
Ariel tersentak
bila Anis tiba-tiba menyergahnya dari belakang.
“Apa salah
ke abang cakap,” jawab Ariel tidak mahu mengalah.
“Papa
Dania di hospital dia di ward ICU, abang pula menambah penderitaan Dania dengan
menuduh Dania memberi alasan,” terang Anis lalu memeluk Dania.
Ariel
terdiam bila Anis berkata demikian. Perasaan menyesal mula bersarang dalam
hatinya.
“Abang
minta maaf, kenapa tak cari abang tadi,” ujar Ariel perlahan menyedari
kesilapannya.
“Anis
pergi cari abang kat surau, abang Mirul kata abang baru aje balik, abang tolong
hantarkan Dania pulang ke KL,”
“Ok,
Anis ambilkan kunci kereta abang,” ujar Ariel. Matanya tidak lepas dari
memandang kearah Dania yang sedang kesedihan. Airmata wanita itu berjuraian sedari tadi. Ariel menyesal sendiri di atas
perbuataannya.
“Sabarlah Dania,
insyallah papa you tak apa-apa,” pujuk Ariel. Dia mencapai kunci kereta dan beg tangan Dania
dari tangan Anis. Anis segera mendapatkan Dania. Dia membantu Dania dan
membawanya kearah kereta Ariel. Ariel membukakan pintu untuk Dania.
“Sabar Dania, kami
sekeluarga akan mendoakan kesihatan papa Dania, Abang Ariel pandu hati-hati,
kalau penat rehat,” pesan Anis kepada Ariel.
“Terima kasih
Anis, sampaikan salam Dania pada Ustazah Mariam dan Miera,” jawabku mencapai bag tanganku
dari Anis lalu masuk ke dalam perut kereta Ariel. Ariel turut masuk kedalam
lalu menghidupkan enjin keretanya.
bersambung....
No comments:
Post a Comment