Aku duduk memerhatikan Anis yang sedang sibuk menaip
message di telefonnya. Sempat juga aku mengajak Anis pergi shopping di masjid India
untuk membelikan buah tangan kepada Ustazah Mariam dan juga untuk Anis. Selepas
puas meronda di masjid India kami mengambil keputusan untuk singgah minum
petang di Secret Recipe di Sogo.
Anis
tersenyum-senyum sendiri bila setiap kali dia membaca message yang di terima.
Aku mengerutkan dahi hairan dengan siapa Anis ber-message sedari tadi. Bukankah
Amirul berada di seminar?
“Ni
kenapa senyum-senyum sendiri dari tadi,” usikku bila Anis tersenyum meleret
bila menerima message yang baru di terima.
“Tak
ada apa, Dania dah order ke?,” ujar Anis lalu menyimpan handphonenya di dalam
tas tangan. Dia membelek menu yang terdapat di atas meja.
Telefon
Anis berdenting menyatakan bahawa dia menerima message lagi. Anis segera
menyeluk tas tangannya lalu mengeluarkan handphone.
“Err
Dania, kisah tak kalau ada orang join kita minum petang di sini nanti?,” soal
Anis sebaik sahaja membaca message yang baru di terima.
Aku
membuahkan senyum. Tahulah aku dengan siapa Anis berbalas message tadi. Pasti
dengan Amirul. Dan mungkin Amirul risau kemana Anis pergi. Aku tidak kisah jika
Amirul mahu minum petang bersama.
“Eh
tentulah boleh, abang awak nak join minum petang kan, kenapa dia takut kita
kidnap awak ke?,” usikku sambil tersenyum. Sayang betul Amirul pada Anis.
Kalaulah aku di jodohkan dengan lelaki sebaik Amirul. Penyayang dan seorang
lelaki yang warak alangkah beruntungnya.
“Ah
abang memang begitu..,” jawab Anis lalu tersenyum gelihati. Dia menyimpan
handphonenya kembali.
Aku
membuat pesanan sebaik sahaja pelayan restaurant Secret Recipe datang kemeja
kami. Aku memesan red velvet cake manakala Anis memesan chocolate raspberry
cheese cake.
Sementara
menunggu pesanan kami tiba, aku bertanyakan kepada Anis tentang sepupunya Miera. Anis
menceritakan kepada ku bahawa Hairi berubah ke arah kebaikan sejak 8 bulan
dahulu. Menurut Anis lagi Hairi mengambil keputusan untuk berpindah di Johor
bila sudah berumahtangga nanti. Hairi juga sudah di tugaskan di cawangan Johor.
Syukur alhamdulilah aku gembira buat Miera. Sayang sekali aku tidak dapat
menghadiri majlis pernikahannya, in sha allah aku dan papa akan berangkat ke Mekah
seminggu sebelum hari pernikahan Miera untuk mengerjakan umrah.
“As salam mu alaikum,”
“Wa alai kum salam,”
jawab kami serentak. Aku menoleh ke belakang kerana orang yang memberi salam
itu dari arah belakangku.
Aku
kaget bila menyedari lelaki yang memberi salam itu bukannya Amirul akan tetapi
Ariel. Ariel membuahkan senyum padaku. Aku tidak membalas kerana masih dalam
keadaan tergamam.
“Boleh
I duduk?,” ujarnya memandang ke arah Dania yang kelihatan tergamam sebaik
sahaja terpandang akan wajahnya.
“Of
course,” jawabku perlahan dalam keadaan gugup.
Ariel memandang ke wajah kedua-dua mereka silih berganti. Tadi semasa dia tiba bukan main rancak berbual. Sebaik sahaja dia memberi salam kedua-dua wanita itu seperti tidak tahu memulakan bicara. “Why
both of you so quiet out of sudden, tak suka abang join?,” tegur Ariel bila Dania
tiba-tiba menjadi pendiam.
“Bukan
tidak suka, cuma terperanjat, I didn’t expect you to join, I thought it was
Amirul,” jawabku perlahan. Aku tidak menyangka sama sekali bahawa tetamu yang
Anis maksudkan tadi adalah Ariel dan bukan Amirul.
“Abang Amirul?
Anis tak cakap abang Mirul join tadi, Dania salah faham,” ujar Anis mengerutkan
dahinya bila Dania menyangka Amirul yang akan datang bertemu dengan mereka.
“Bukan
ke Anis kata abang tadi?,” soalku lalu memandang tepat ke wajah Anis.
“Ah
ye, abang..tapi abang Ariel bukan abang Mirul,” jawab Anis lalu tersenyum. Dia sengaja tidak mahu memberitahu Dania siapa abang yang akan menyertai mereka minum petang bersama kerana dia sengaja hendak surprisedkan Dania.
“I
just assumed abang yang Anis maksudkan tadi Mirul, I’m sorry my bad,” jawabku
menyedari kesilapanku tadi. Jadi selama ini Anis berbalas message dengan Ariel?
Aku dapat merasakan bahawa pertemuan aku dengan Anis dan Ariel seperti di
rancang.
Anis
dan Ariel hanya tersenyum bila Dania berkata demikian.
“How are you Dania?,” soal Ariel lalu memandang wajah
Dania. Dania kelihatan cantik bertudung dan manis berpakaian sopan.
“I’m
good, you?,” soalku pula. Wajah tampan Ariel ku pandang. Terubat rinduku pada
Ariel. Aku sayang dan cintakan Ariel. Hanya lelaki itu yang tidak tahu akan perasaan aku.
Dan aku tidak mahu bergantung harap pada jejaka itu. Mungkin aku hanya layak menjadi kenalan biasanya sahaja dan tidak lebih dari
itu. Aku redha.
“Now
I’m good, sebab dapat jumpa you,” jawab Ariel lalu tersenyum.
Anis
hanya mampu mengulum senyum bila Ariel dan Dania sudah berbaik semula. Misinya
sudah berjaya kerana dapat menjalinkan hubungan mereka semula.
“Kenapa
you cari I?,” soalku ingin tahu.
“Sebab
you tak jawab your phone bila I call you, kenapa you tak jawab my call? You tak
sudi berbual dengan I lagi,” jawab Ariel memandang kearah Dania.
“Sebab
I masih sakit hati pada you,” jawabku berterus terang pada Ariel. Biar Ariel
tahu aku begitu terasa dengan tuduhannya kelmarin.
“I’m
sorry, ampun dan maafkan I kerana banyak berdosa dan menyakitkan hati you
selama ini, I mengaku I bersalah kerana menuduh you yang bukan-bukan, will you
forgive me? Sedangkan nabi ampun kan umat,”
Aku
cuba untuk tidak ketawa bila Ariel bertemu dengan aku hanya kerana dia benar-benar
ingin meminta maaf dariku. Wajahnya kelihatan serious.
“I
sudah maafkan you dah lama, cuma I tidak boleh lupa apa yang you katakan pada
I, “ jawabku.
“I’ll
understand,” jawab Ariel perlahan dengan wajah kesal.
“Eii
apa ni formal nya abang Ariel dan Dania berbual, tak mesra langsung,” usik Anis
bila kedua-dua mereka kelihatan janggal.
Ariel
hanya tersenyum bila Anis mengusiknya.
“Ah
apa nak buat..kalau Dania yang dulu sudah peluk cium abang Ariel kamu, itu tak
formal,” jawabku dengan wajah selamba. Seriously that’s what I’m thinking of
doing right now. Astarfirullah al azim..Dania mengucap sabar itu separuh dari
iman.
Ariel
yang ketika itu sedang meneguk air putih tersedak lalu terbatuk kecil bila
Dania berkata begitu, manakala Anis membeliakkan matanya tidak percaya dengan apa yang
dia dengar.
“KIDDING!!..sejak
bila tak boleh take joke ni,” jawabku selamba cuba menutup malu. Aku menjeling
ke arah Ariel. Lelaki itu cuba untuk tidak tersenyum bila aku mengusiknya. Apa
yang di fikirkan Ariel.
“Cepat-cepatlah
abang Ariel masuk meminang Dania, apa yang hendak di tunggu lagi?,” ujar Anis
lalu memandang wajah Ariel. Dia tahu abang Arielnya sukakan Dania. Dan Dania sememangnya sukakan Ariel. Apa yang menjadi masalah dan penyebab mereka tidak mahu berterus terang di antara satu dengan lain. Dan abang Ariel apa lagi yang di tunggu, pinang sahaja Dania habis cerita. Tak adalah seperti soap opera drama yang berpanjangan.
Ariel
membetulkan kedudukan bila Anis tiba-tiba bersuara agar dia melamar Dania. Aku
memandang wajah Ariel untuk melihat reaksinya kerana aku benar-benar tidak
menduga Anis akan mengutarakan soalan itu kepada Ariel dihadapanku. Benarkah
Ariel mahu meminang aku? Jantungku berdegup kencang. Ariel, wajahnya kelihatan
selamba. Tidak memprotes mahupun mengiyakan saranan Anis.
“Ah..that
came out wrong,” jawab Ariel merasa janggal tiba-tiba lalu berdehem kecil, dia
merasa tidak selesa bila dirinya tersepit dengan persoalan itu. Ariel menoleh
ke arah Anis dengan reaksi tidak mengerti mengapa Anis memberi komen
sedemikian.
Anis
berbalas pandang. Dia kelihatan serba salah kerana terlepas kata dan membuatkan
Dania dan abang Arielnya tidak selesa. Dia tidak sengaja. Dia tidak mengerti
mengapa Ariel tidak berterus terang pada Dania bahawa dia suka dan cintakannya.
Kenapa?? salah ke dia suggest begitu. Lambat sangat hendak menunggu abang Ariel take action. Adakah dia takut untuk meluahkan perasaannya
pada Dania?
Aku
hanya mampu memendam rasa bila Ariel kelihatan tidak selesa tiba-tiba. Jadi benarlah dia hanya menganggap aku tidak lebih dari seorang teman biasa. Jika benar dia sayangkan aku,
dia tidak kalut atau segusar begini. Aku membuat ulasan sendiri bahawa hubungan
aku dengan Ariel tidak lebih dari kenalan biasa. Aku harus menerima kenyataan
dan tidak boleh terus berharap bahawa Ariel akan membalas cintaku. Sudah jelas
terbukti bahawa dia tidak punya perasaan cinta terhadap diri aku.
“I
nak gerak dulu dah pukul 6.20 petang, Anis you balik dengan Ariel kan?,” ujarku
mahu ingin segera pulang ke rumah. Kolam mataku sudah bertakung dan akan tumpah
bila-bila masa. Aku tidak sanggup berada lama disini bersama Ariel dan Anis.
Aku tidak mahu Ariel tahu aku kecewa dengannya. Aku tidak dapat menyembunyikan
perasaan sedihku.
Anis
terperanjat bila Dania tiba-tiba mengambil keputusan hendak pulang.
“Er
Dania, cepatnya abang Ariel baru sahaja sampai, cake pun tak habis lagi,” ujar
Anis serba salah. Dia memandang wajah Ariel meminta Ariel melakukan sesuatu
agar Dania tidak pulang. Ariel tidak melakukan apa-apa malah dia hanya
mendiamkan diri dan tidak cuba menghalang Dania.
“I
baru teringat, need to go back to office tertinggal barang, maaf sebab tak
dapat sembang lama, assalamualaikum,” ujarku berlalu pergi tanpa menoleh ke
arah mereka. Cuba menyembunyikan wajahku kerana air mataku sudah mengalir tanpa
dapat ku tahan lagi. Hatiku benar-benar sebak.
“Abang...!!!,”
ujar Anis geram lalu mencubit lengan Ariel bila lelaki itu masih tidak mahu melakukan
apa-apa malah membiarkan sahaja Dania pergi begitu sahaja.
“Biarkan
Dania pergi,” jawab Ariel perlahan.
“Biarkan
Dania pergi? Abang ni dah kenapa? Berapa lama abang hendak menduga hati Dania,
abang tahu tak hukumnya berdosa mempermainkan hati seseorang, abang tak
kesiankan Dania ke?,” marah Anis lalu mengelengkan kepala. Dia tidak faham
kenapa Ariel terus-terusan bersikap begitu. Sampai bila Dania hendak mengharap
cinta dari abang Arielnya. Lambat laun Dania pasti pintu hati Dania akan
tertutup buat Ariel.
bersambung...