Saturday 13 October 2012

Zoom Bangkok Part 3 - Day 1

Ok..lepas pergi World Trade kita berjalan menuju ke arah Platinum Shopping Centre..kami sudah bersiap sedia untuk shopping..Setiba di Platinum..aku Nisa dan Naqqiya start dari level One..kami berjanji akan bertemu dengan bodyguard kami Kim Leng dengan Uncle Jen lepas 2 jam kat Level One information counter..tak kan diaorang nak ikut kita cari barang kan..So diaorang pun ronda2 sendiri untuk cari barang for their wife and children. Setelah hampir 40 minit ronda2 kat Platinum tak ada satu pun barang yang dapat ku beli kerana aku tidak berkenan..kata diaorang murah barang kat Platinum tak juga..Nisa dan Naqiyya sibuk cari kasut..aku pun memang dah pasang angan kalau betul lah barang kat sana murah aku nak juga beli sepasang dua untuk buat basahan pergi kerja..namun hampa kerana tiada satu pun yang menarik minat ku..hanya Naqiyya sahaja dapat beli sepasang sandal platform..aku pula beli small pouch ala2 Naraya untuk buat souvenir orang2 kat rumah..selepas 2 jam kami hendak menuju ke shopping centre seterusnya..bila tiba level one ramai orang berdiri di depan pintu kerana hujan lebat tak dapat keluar dari Platinum..kita pula tak bawa payung so terpaksalah tunggu hingga hujan reda..kita duduk di Mcdonald order Ice lemon tea dan fries untuk Mikhail..dari dalam Mcdonald kami ternampak seorang lelaki mengunakan payung yang selalu kita tengok kat kedai makan luar yang payungnya besar untuk ke sana ke mari. Kami tergelak gelihati..dah darurat payung tu pun boleh..setelah sejam duduk di Mcdonald hujan tak reda lagi..Nisa cadang kita keluar ikut pintu tepi dan cuba pergi ke bangunan sebelah..sekali lagi kita berdiri tercegat kat pintu kerana hujan masih belum reda..macamana nak ke seberang bangunan pasti basah lecun kita di buatnya kalau main redah aje..
 
Kita ternampak lelaki yang gunakan payung besar tu..ohh rupa2nya dia security kat bangunan platinum..baik sungguh membantu orang yang hendak menyeberang jalan..so dengan muka selamba Nisa minta bantuan lelaki tu untuk tolong kita seberang jalan..so kita berlima dalam satu payung besar tu sempat menyeberang ke bangunan sebelah di atas ehsan abang security tadi..thank kiu..
 
Ok bangunan sebelah platinum lagi bagus kedai2nya tak macam yang kita pergi..ada baju saiz aku..sungguh tak ku sangka..sebabnya orang thai semuanya cute2 belaka mana ada saiz baju untuk orang macam aku yang terlebih cute..so apa lagi belilah..sebab aku check kat list baht currency coverter aku baju tu murah dari Singapura apa lagi belilah..sedar tak sedar aku dapat beli 3 pasang baju..oklah tu kan..hahaha..bila sibuk shopping maka bertemulah dengan budak2 Drews yang lain..semuanya shopping tak ingat dunia kat bangunan tu..aku ok aje..pasal ada tempat lain yang hendak aku shopping so aku tak hendak spend banyak sangat kat sini..bebual punya bebual dengan diaorang barulah kita sedar bangunan tu rupanya Platinum wholesale no wonderlah..diaorang belanja sakan bukan main..so tadi tu kita pegi salah Platinum lah tadi..apsal tak habak awal2..haiz..tak apalah..beli lebih satu diaorang bagi harga wholesale..kat Platinum tak boleh bargain kerana harganya  dah wholesale..cuma kita hendak kena rajin survey kerana tak semua harga wholesale yang diberi murah..
 
Uncle Jen dan Kim Leng ajak kita jalan ke Siam Centre untuk cari barang Naraya..ok..actually aku tak teruja sangat untuk ke Naraya tapi memandangkan recommend kuat dari Iriana..cakap barangan cotton dan satin dia berquality tinggi dan harganya murah so aku pergi jugalah untuk memastikan kesahihan statement Iriana..
 
Sampai aje kat Naraya Siam Centre..Kim Leng cakap dia nak belikan bag untuk wife dia..aiikk terperanjat juga dia excited untuk cari bag untuk isterinya..meaning dia pun tahu tentang Naraya ke?? Isskk ni tak boleh jadi..so aku tinggalkan Mikhail di bawah jagaan Uncle Jen pasal dia tak ada apa hendak beli kat Naraya..ok aku survey kat barang2 dia dulu..tengok list baht = sing coversion aku..terbaik ah..pasal bag cotton yang besar kalau convert duit SGD baru 8 dollar..Hello kat Singapore mana nak dapat bag harga 8 dollar dari cotton mutu tinggi lagi..so apa lagi..cepat2 aku grab shopping basket dan mula capai barang2 Naraya..mulanya aku ambik dalam 3 bag pelbagai saiz untuk aku aje..then bila fikir kalau beli lebih boleh bagi present untuk xmas untuk budak2 office..aku ambil lebih2 murah ape..cantik pulak tu siapa tak nak..banyak aku ambik total dalam 13 bag pelbagai saiz..hahaha tu kan..aku hanya spend about SGD50 aje..cantik ah..

 
 

 
Inilah belen hasil belian dari Naraya..yang lain sudah di agih-agihkan kepada orang yang berkenaan..hehehe..itupun menyesal kerana tak beli lebih..huhuhu..kepada kengkawan yang hendak ke Bangkok boleh tak kirim barang dari Naraya..
 
Lepas ke Siam Centre kita ke MBK pula..di sana kita nak cuba skill bargaining pulak..hehehe..sampai MBK kita sudah terasa lapar..so apa lagi kita ke restaurant Yana untuk makanan Thai pula..yum2..
 
 
 
Nisa & Naqiyya

 
Kami order beberapa jenis hidangan Thai..orang tengah lapar dan harga berpatutan so apa lagi orderlah kan..kita order tom yum sup, telur dadar mushroom, beef kailan, chicken chili cashew nut, mix saefood dan untuk Mikhail seafood cabonara..
 
 
 




 
 Lepas makan malam kita ronda2 di MBK..waktu tu dah pukul 8.30malam..semua kedai macam dah nak tutup aje..aku sempat beli selipar pasal flat yang aku pakai dah basah akibat lecak yang kami redah semasa berjalan dari siam centre ke MBK..hehe jalan2 pakai selipar lagi best tak sakit kaki..Naqiyya beli beberapa selendang untuk menambah koleksinya katanya murah..aku pula sibuk cari pashimina shawl untuk di guna kat office di kala musim hujan..sejuk..dapat lah aku beli 2 helai..satu hitam dan satu lagi maroon..aku dapat dengan harga 6 dollar sahaja murah kan..itupun kerana kedai tu dah nak tutup tapi kita saja singgah2 apalagi bargain bagai nak rak lah so dia bagi kat aku..tu yang senyum sampat ke telinga..kat MBK tak dapat nak shopping sangat pasal kedai semua dah banyak tutup..so kita ambil keputusan untuk balik Hotel pasal dah penat shopping dan beronda walaupun shopping tak banyak mana..hehehe
 
 
 
to be continue..day 2 di Bangkok
 

No comments:

Post a Comment