Saturday 13 October 2012

"How Can I Not Love U" - Part 1







AKU menyumbat kedua-dua belah telingaku dengan ear phone. I-pod nano ku tekan on sementara menunggu keputusan dari doctor. Hospital 'semi kerajaan' 'semi private' pun tidak kurang lembabnya seperti hospital kerajaan. Memakan masa hampir setengah hari aku berada di hospital. Kalau tidak kerana sakit pening-pening aku berlanjutan selama seminggu aku tidak akan menjejakkan kaki di hospital. Ini pun kerana klinik tempat biasa aku kunjungi memberi surat rujukan dan menasihatkan supaya aku pergi membuat pemeriksaan lanjut di hospital. Ikutkan aku sememangnya malas hendak pergi. Doktor Hanim pun satu, aku sudah katakan padanya bahawa pening-pening aku ni 'ON' and 'OFF' tidak seserius mana pun. Tapi Dr. Hanim bertegas supaya aku pergi ke hospital. Mengikut nasihat Doktor Hanim hampir setengah hari aku berada di hospital. Aku memerhatikan orang berjalan mundar mandir di kaunter perubatan.  Lambat lagi ke? Keluhku dalam hati. Jenuh aku menunggu. Aku melirik ke arah jam di pergelangan tanganku. Mak aii!! dah nak dekat 5 jam aku berada di sini. Patutlah perutku sudah mula berkeroncong sedari tadi. Harus pun perut aku berbunyi, sudah hendak masuk waktu makan tengahari. Apa cerita? Doktor sudah pergi makan tengahari ke sehingga terlupa bahawa aku masih tercongok disini? Sadis betul. Kalau tidak pun ajaklah aku makan tengahari sekali. Tidaklah aku meroyan begini. Hissh hampeh! Penat, jangan cakaplah. Penat menunggu. Kalaulah aku orang kaya aku tidak perlu menghabiskan masa hampir setengah hari berada di hospital. Orang kaya tidak perlu menunggu. Silap hari bulan nurse pula yang datang menjemput mereka sebaik sahaja mereka tiba di pintu gerbang, dan terus membawa mereka bertemu dengan doctor. Tidak melampau sekiranya aku katakan doktor yang menanti pesakit. Hai itulah senangnya hidup menjadi orang kaya.

 
“Shah Ira,” laung jururawat yang berdiri tidak jauh dariku. Di tangannya terdapat klip board yang aku pasti terdapat senarai nama-nama pesakit.

 

Aku memerlahankan sedikit volume MP3ku takut tidak kedengaran pula bila namaku di panggil nanti.



“Shah Ira,” laung jururawat sama tadi dengan suara lebih lantang kerana tiada seorang pun yang mampir kepadanya.

 
 
Aku tiba-tiba tersentak bila menyedari jururawat tersebut melaung namaku. Tanpa berlengah lagi aku bangkit dari tempat dudukku dan segera mendapatkan jururawat tersebut sebelum dia pergi jauh meninggalkanku.


 
“NURSE!!,” jeritku sambil mempercepatkan langkah ku. Laju juga nurse ni berjalan macam lipas kudung. Termengah-mengah juga aku mengejarnya.
 

 
Nurse tersebut menoleh bila terdengar jeritan ku. Kuat sangat ke aku menjerit tadi sehinggakan bukan nurse itu sahaja yang menoleh beberapa nurse lain turut menoleh kearah ku.

 

“Sorry...,” sengihku kepada nurse-nurse yang tidak berkenaan.
 
 
“Awak, Shah Ira?,” ujar Nurse yang bermata hazel. Wow cantiknya mata nurse yang bernama Fida (Aku baru mendapat tahu akan namanya dari nametag yang tersemat kemas di dada kirinya). Warna mata betul ke atau kanta lekap. Bisikku dalam hati. Boleh ke pakai contact lens berwarna semasa bertugas. Tidak melanggar etika ke?
 
 
Tanpa menjawab aku menganggukkan kepala laju.
 

 
“Ikut saya bertemu dengan doktor,” ujarnya lalu berjalan laju menuju kearah bilik doktor yang dimaksudkan. Aku mengerutkan dahi merasa hairan bila nurse Fida mahu aku bertemu dengan doktor. Bukan ke aku sudah berjumpa dengan doktor Anis tadi. Dr. Anis kata aku hanya perlu mengambil description slip dari nurse bertugas dan mengambil ubat-ubatanku dari kaunter pharmacy. Kenapa di suruh bertemu dengan doktor lagi. Pelik. Ah ikut ajelah mungkin doktor hendak memberi aku cuti sakit sehari lagi barangkali. Aku tersengih sendiri. Menyedari telingaku masih bersumbat earphone. Aku segera menyimpan MP3 player kedalam beg. Nurse bernama Fida mengetuk pintu bilik doktor bernama Ridzuan. Sekali lagi aku mengerutkan dahi tanda hairan. Lama kelamaan aku boleh mendapat kedut di muka kerana terlalu asyik mengerutkan dahi. Hai tak kan lah hendak memberi mc satu hari lagi harus bertemu dengan doktor lain. Musykil aku di buatnya.


“Shah, silakan duduk,” ujar Doktor Ridzuan sebaik sahaja menerima klip board yang diserahkan oleh Nurse Fida tadi. Aku terpegun seketika melihat wajah kacak milik doktor muda bernama Ridzuan. Wah best sungguh hospital ini. Sudahlah nursenya bermata hazel. Doktornya pulak hensem macam Rock Hudson kata Haji Bakhil. Lain kali kalau aku sakit aku hendak datang semula ke hospital ini lagi, tidak sia-sia aku menunggu berjam-jam berbaloi juga jika Dr. disini semuanya hensem seperti doktor di hadapan aku sekarang. Erk!! tapi kenapa eh doktor hensem di depan aku ini tidak mahu senyum, serius semacam sahaja wajahnya. Ah mungkin dia takut pesakit perempuannya akan jatuh hati pula padanya kalau dia tersenyum.

 
Sebaik sahaja membaca klipboard yang diberi nurse Hana tadi Doktor Ridzuan memandang tepat ke wajahku tanpa berkelip. Aku menjadi tidak senang duduk bila di renung begitu. Seram. Yelah duduk berdepan dengan jejaka kacak seperti Dr. Ridzuan siapa yang tidak tergugat imannya. Janganlah pandang wajah aku begitu segan aku dibuatnya.

 
 
Aku berdehem kecil bila Dr. Ridzuan tidak berkata apa malah sebaliknya hanya memandang wajahku lama. Aku mula merasa tidak senang hati. Apa muka aku comot ke? Tadi selepas keluar dari bilik Dr. Anis aku ke tandas aku tonyeh sedikit lipstick ke atas bibirku yang kelihatan pucat dalam keadaan tergesa-gesa tadi, takut tercomot lah pulak kan. Aku ni memang clumsy sikit.
 

 
Dr. Ridzuan membetulkan tempat duduknya bila menyedari aku kelihatan tidak selesa bila dia tidak berkata apa-apa.
 
 
“Saya berharap awak dapat menerima berita yang saya sampaikan ini dengan tenang,” ujarnya jelas dan tenang dia sedikitpun tidak mengalihkan pandangannya dari terus memandang tepat ke wajahku. Sah doktor Ridzuan ni sudah terpikat pada aku. Dia nak usha aku ler tu. Baru ler aku tahu kenapa dia pandang wajah aku semacam saje dari tadi. Bangga juga lah ada doktor hensem berkenan kat aku. Hehehe..
 
 
“Ok,” jawabku seraya tersenyum meleret. Tak sabar hendak mendengar akan berita yang Doktor Ridzuan maksudkan. Aku sudah dapat membayangkan dia mengucapkan kata-kata indah kepada ku. Hehehe perasan. Oklah lebih baik aku berhenti berangan sebelum aku memalukan diri sendiri. Mungkin doktor Ridzuan hendak memberitahu aku kesan ubat yang hendak di berikan kepadaku. Lebih baik aku tumpukan perhatian padanya.

 
 
Eh kata hendak memberitahu aku sesuatu. Beritahulah cepat apahalnya yang dia diam lama-lama, dia tak ada pesakit lain yang menunggu ke?  “Doktor,” tegurku bila dia mengambil masa agak lama untuk menyampaikan berita kepadaku.
 

 
“Awak mengidap barah otak, dan kini berada di peringkat terminal,” ujarnya lancar.
 
 
“WHAT!!!, saya cuma pening-pening biasa sahaja tak lebih dari itu, doktor hendak bergurau dengan saya eh?,” ujarku seraya ketawa kecil. Dr. Ridzuan hendak bergurau denganku agaknya. Brain tumor, oh please. Pening-pening boleh menyebabkan brain tumor ke? Wait a minute. Apa ni gag Just for laugh ke?? Gotcha..Any hidden camera? Mataku melilau mencari hidden camera.
 


 
“Apa yang awak cari?,” soal Dr. Ridzuan bila aku berdiri sambil memeriksa kerusiku. Oh lupa nak beritahu Dr. Ridzuan (model/actor) masih lagi kelihatan serius. Masih lagi hendak berlakon denganku.
 
 
“Hidden camera...??, mungkin for Just For Laugh Asia, your nurse tadi mesti model kan and you mesti actor,” ujarku tersenyum.

 
 
Dr. Ridzuan cum model/actor mengeluh kecil. Hah tekaanku tepat kan aku sudah dapat mengesan lawak mereka tidak menjadi.

 
 
“Shah, listen tak ada gag Just for Laugh atau hidden camera, tadi awak ada pergi ambil biopsy test bukan,” soal Dr. Ridzuan.
 
 
Hatiku kecut bila Dr. Ridzuan bertanya soalan demikian. Tadi memang aku ada ambil biopsy test dari Dr. Anis. Mungkin dari hasil kajian tersebut mereka dapat mengesan penyakit sebenarku. Tapi aku cuma pening-pening biasa sahaja. Bentakku dalam hati. Mana mungkin aku mengidap barah otak. Astarfirullah al azim. Mengigil lututku, lemah seluruh anggota ku. Tanpa aku sedari mataku sudah mula ditakungi air. Aku cuba menahan sebak didada. Kalau benarlah aku mengidap barah otak di tahap peringkat terakhir sepertimana yang di terangkan Dr. Ridzuan tadi, jadi berapa lama anggaran jangka hayatku?
 
 
“Shah,” tegur Dr. Ridzuan perlahan bersimpati dengan keadaan pesakitnya.
 

 
Aku diam membisu. Fikiranku bercelaru, buntu dan bingung mendapat berita yang begitu mengejutkan.

 
 “Shah, ada baiknya awak beritahu keluarga awak, dalam keadaan begini awak dinasihatkan supaya mendapat rawatan segera di hospital ini,” ujar Dr. Ridzuan cuba menenangkan pesakitnya.

 
Tiada reaksi dari pesakit wanita itu. Dia masih lagi diam membisu.

 
 
“Shah..?,”

 
 
“Berapa lama anggaran jangka hayat saya?,” soalku sambil mengesat linangan air mataku dengan tangan. Tidak merasa malu dan tidak peduli lagi menangis di hadapan Dr. Ridzuan.
 
 
Kali ini Dr. Ridzuan pula yang terdiam. Mulutnya terasa berat untuk memberitahu pesakit wanita muda itu. Namun dia tidak boleh mengelak untuk menjawab soalan demikian.

 
 
“It’s best that you go for treatment..,”
 
 
“Berapa lama??,” soalku tanpa mempedulikan saranan Dr. Ridzuan.
 

 
Dr. Ridzuan mengeluh lagi.

 
 
“6 hingga 8 bulan max,”
 
 
“Ok,” jawabku perlahan lalu bangun dari kerusiku. Walaupun lemah namun ku cuba gagahkan diri untuk keluar dari bilik Dr. Ridzuan. Tidak sanggup rasanya aku berada lebih lama di hospital. 

 
 
“Fida, I need your help,” ujar Dr. Ridzuan bila Shah mula mahu meninggalkan biliknya.
 

 
“Shah tunggu nurse Fida akan bawa kamu ke ward,” ujar Dr. Ridzuan cuba menghalang Shah Ira keluar dari biliknya. Dia tahu ramai pesakitnya yang tidak mengetahui atau percaya bahawa mereka menghidap barah akan berkelakuan sedemikian kerana fikiran mereka runsing dan buntu,  mereka tidak dapat menerima berita yang mengejutkan. Dan sekiranya dia tidak menghalang Shah Ira dia tidak tahu apa yang akan di lakukannya di luar nanti kerana Shah tidak di temani sesiapa.
 
 
Aku tidak menghiraukan tegahan Dr. Ridzuan. Aku ingin segera meninggalkan hospital. Aku tidak mahukan rawatan. Aku mahu bersendirian.
 

 
“Shah,” ujar Dr. Ridzuan menarik lengan Shah bila wanita itu tidak mahu mendengar nasihatnya.
 
 
“I nak call my parents kat luar, I’ll be back in a while,” ujarku cuba tersenyum.
 

 
“You can use my office phone if you want to?,”
 
 
Aku mengelengkan kepala perlahan.
 
 
“I need to be out of here away from hospital, please doktor,” ujarku seakan merayu ku cuba menahan perasaan sebak.
 

 
“Ok, but promise me you will come back here again,”
 
 
Aku tidak menjawab malah menganggukkan kepala lemah.
 



 
To be continue...
 
 

No comments:

Post a Comment