Wednesday 10 October 2012

'Halal' meatballs

Hmm tetiba aje teringin nak makan meat balls..jam kat dinding pukul 4.00 petang..sempat ke nak ke IKEA Tampines..aku belum berkesempatan merasa 'Halal' meatballs yang hangat di perkatakan di akhbar..nak juga bagi review..ceh2 macam real aje kan aku ni..masa kecil2 dulu memang bercita2 hendak menjadi "pengkritik makanan"..haha kata orang lain orang lain tekak..so berbeza citarasa..mungkin pada orang tu sedap dan pada aku "so-so" aje..

Berbalik kepada IKEA meatball tadi tu..kerana mengidam sanggup travel all the way to IKEA Tampines..IKEA Tampines?? At this hour?? You, ok ke tak dear? Hah itulah soalan yang Mr. Samuel ajukan pada aku..bila aku cakap aku nak pergi IKEA Tampines..One thing about Mr. Samuel dia tak akan travel jauh2 hanya untuk makan..katanya buang tenaga dan buang duit..Not for me..if dah teringin sangat nak makan sanggup merentas sungai dan desa..haha semangat..tengok saiz badan ler..

Terpaksa bagi alasan nak beli some home items dari IKEA...member hanya cakap ok bila aku kata nak bawa Mikhail sekali dan dia yakin bahawa aku akan mengubah fikiran untuk tidak pergi kerana BB ke Tampines jauh...hujung ke hujung..ikutkan tak lah berapa jauh sangat pun..tak macam perjalanan dari Johor ke Muar..paling2 pun macam Air Hitam ke Parit Raja jauhnya..lagipun bas yang aku naik '168' dari Interchange Woodlands pun kira express juga..then berhenti betul2 kat depan IKEA..

Untuk tidak nampak begitu ketara bahawa aku ke sana semata2 kerana hendak makan 'Halal' meatballs. Aku sempat shopping sikit kat IKEA..kononnya hanya nak beli frame putih..boleh terbeli benda2 yang lain juga..biasalah..aku ni memang pantang tengok barang yang unik dan cantik..apa yang penting barang yang unik dan menarik tu kena pula dengan budget aku..lagilah cantik..

Dah penat ronda kat IKEA aku pun singgah ke Level 2 tempat cafe IKEA..mak aii punyalah pack..sampai nak cari tempat duduk macam main musical chair siapa cepat dia dapat..hmm tak apalah..alang2 menyeluk pekasam biar sampai ke pangkal lengan ye tak..jenuh juga mencari tempat duduk..semua yang duduk dan dah habis makan..tak reti2 lagi nak blah..tak tahu ke ramai orang lagi yang sedang mencari tempat duduk..hissh..macamanalah kita tidak terikut2 cara diaorang yang kelam kabut..dan 'kiasu' memanjang..tak salahkan juga pengunjung asing terperanjat bila meja kosong tiada penghuni tetiba tak boleh duduk kerana terdapat tisu packet di atas kerusi..itu tandanya tempat duduk itu sudah di 'reserved'..bukan bagi free tisu..

Akhirnya dapat tempat duduk bila Mikhail buat muka toya berdiri di depan pasangan yang sudah habis makan tapi masih nak duk bersembang lama. Bila dia tengok Mikhail tak berganjak berdiri terpacak macam tiang lampu. Diaorang pun dengan sendirinya dapat message yang kita dah 'aim' tempat duduk mereka..kekeke sowey..kalau nak duk bersembang pegi Coffee Bean atau Starbucks ok..

So bila Mikhail dah dapat tempat duduk barulah aku gi kaunter halal yang terletak di hujung sebelah kanan..tak silap "Counter 3"..ok yang tak halal pinggannya berwarna putih ceramic nampak presentable..manakala yang halal berwarna biru melamine so tak presentable..anyway aku nak makan meatballs bukan nak makan pinggannya ye tak..very limited choices..yang ada cuma chicken wings, meatballs dan finger food..oklah..tak cerewet..

So aku order 10 pcs of meatballs aje..itu yang paling sikit..takut tak terhabis nanti..dan untuk Mikhail kids meal..fish nuggets dengan fries..aku hanya dapat makan 6 pcs dan selebihnya Mikhail bedal..heheh budak tengah hendak membesar memang begitu..nampak aje kurus tapi makan boleh tahan juga budak ni..taste bud dia pun boleh kurang sama dengan aku..apa yang aku suka makan dia pun suka..bagus..ada geng..

Tentang makan 6 pcs tu gimmick aje..pasal aku nak kena makan chicken wings yang banyak tu..last2 bungkuih 2 ketul ayam kepak buat Maya dan Mr. Samuel..

 
Mikhail tersengih paksa kerana tidak berapa berminat untuk makan 'fish nuggets'

 
Kesimpulannya..meatballs tu saiznya besar sedikit dari saiz meatballs yang pernah aku makan sebelum ni..no bad.. ..sesedap rasa..ikutkan meatballs yang kat restaurant 'Fika' kat Arab Street lagi enak kot itu pada aku lah..atau mungkin kerana harganya berbeza dengan harga di IKEA?? Hahaha..maybe..aku ni bab makan ada sikit cerewet..tak semestinya harga makanan murah tidak sedap dan tidak semestinya harga makanan mahal mesti sedap..citarasa orang berbeza..in terms of presentable of courselah Fika lagi presentable bukan sahaja sedap ia juga menarik..hanya tak sempat nak tangkap gambar meatballs dari 'Fika'. Kalau teringin nak makan meatballs lagi..kali ini aku hendak ke Fika pula..

No comments:

Post a Comment