Monday 15 October 2012

"How Can I Not Love U" - Part 3


Pheww. Nasib aku baik kerana Madam ada meeting di luar, jadi dia hanya masuk ke pejabat selepas waktu lunch. Hai. Lega hati aku sekejap. Kalau tidak berdesing juga telinga aku mendengar sindiran Madam. Aku tidak punya mood untuk membuat kerja sekarang. Curi tulang. Tidak juga kerana bukan selalu Madam tidak berada di pejabat. Apa salahnya sesekali membuat benda lain selain kerja. Aku surf internet saja untuk suka-suka. Aku suka window shopping melalui internet. Di bangunan tempat aku berkerja terdapat ramai wanita-wanita yang menyandang jawatan executive memakai pakaian, bag dan kasut bukan sahaja cantik tapi aku percaya barang berjenama. Aku sedar aku tidak mampu untuk membeli barang seperti mereka. So hanya mampu window shopping di internet sahaja. Kalau di gedung-gedung mewah seperti Pavilion aku tidak berani hendak masuk. Kalau dapat boyfriend kaya macam Adam tu, pasti di manjakan dengan barang-barang berharga. Hai..bilalah aku hendak mendapat boyfriend kaya seperti Adam.

 
“Hah buat apa tu,” sergah Nadia dari belakang. Sergahannya itu hampir sahaja membuatkan aku terbalik dari kerusi. Hissh budak ni kacau daun betulah.

 

Nadia pupil Madam. Tak sangka boleh menjadi teman rapatku. Aku ingatkan dia sombong maklumlah anak orang kaya, cantik pulak tu. Rupanya tidak. Dia peramah dan tidak memilih bulu untuk di jadikan teman baiknya.

 

“Ohh window shopping, beli tak nak asyik tengok aje,” ujar Nadia seraya menarik kerusi berdekatan lalu duduk di sebelah Era.

 

“Ewah-ewah senangnya cakap, awak tu kaya boleh lah beli, kita ni orang sederhana, walaupun mampu beli tapi duit tu nak di gunakan untuk benda yang lebih perlu dari ini,” ujarku sambil menunjukkan Nadia kepada bag tangan jenama Coach yang berada di skrin monitorku.

 
Nadia tersengih bila di sindir. Era terlalu straight forward. Kadang-kadang itu hendak sahaja dia membelikan Era satu bag yang diinginkan, tetapi Era menegah Nadia berbuat demikian. Alasan yang di berikan dia tidak akan menerima barangan yang harganya semahal itu dari Nadia. Dia tidak mahu di labelkan teman yang suka mengambil kesempatan.

 

“Mini skinny tu kan harganya ok, belilah Era, duit simpan banyak-banyak buat apa,” usik Nadia.

 

“Hmm kau ingat dah penat-penat kumpul habis belanja sesuka hati macam tu aje, lainlah kau tak perlu susah-susah kumpul wang, banker kat rumah ada, aku pulak kena jimat untuk sakit pening, untuk emergency semua nak kena ingat, aku lebih rela window shopping lainlah aku dapat boyfriend kaya raya, ah itu lain cerita,” ujarku lalu tersenyum. Yelah aku ni bukan kedekut tapi sepertimana yang aku katakan tadi duit tak susah di cari tapi susah untuk di kumpul. Harus punya daya tahan diri untuk tidak terbelanja benda yang tidak sepatutnya di belanjakan. Ikutkan hati memanglah aku teringin juga beli benda yang aku tengok-tengok tadi, tapi sayang hendak membazir duit.

 

“Alah, hendak seribu daya, tak hendak seribu dalih, nak kata tak cantik, tak juga, cuma kau tak suka melaburkan duit untuk diri kau, cubalah pergi salon mahal, ubah sikit gaya rambut kau, ni cermin mata ni macam tak boleh pakai contact lens, baju ni, tahulah kau tu wanita melayu terakhir, apa kena pergi office asyik pakai baju kurung ni dan pakailah make-up awak tu bukan budak sekolah,” bebel Nadia berterusan tidak ubah seperti makcik kepo.

 

Sesuka hati dia aje eh komen tentang ketrampilan aku. Ok apa macam ni, walaupun ada benarnya apa yang dikatakan Nadia, namun sepertimana yang aku kata tadi aku tidak suka membazir. Make-up bukannya murah, contact lens aku lebih rela pakai cermin mata yang sudah hampir 3 tahun aku pakai, baju kurung (baju yang paling jimat kerana aku banyak stok baju raya tahun-tahun sudah dari hanya disimpan di dalam almari sahaja lebih baik aku gunakan untuk pergi kerja).

 

“Kalau dapat boyfriend kayakan bagus tak payah gunakan duit kumpul aku untuk beli-beli benda-benda tu dan untuk kelihatan cantik kan,” usikku seraya menjeling ke arah Nadia.

 

Nadia menjeling bila Era berkata demikian. Bukan kerana meluat, sudah naik berbuih mulutnya menasihatkan Era untuk melakukan sesuatu pada dirinya. Tapi Era tidak pernah ambil pusing. Macamana hendak pancing lelaki kaya kalau keadaannya macam ini sahaja tiada perubahan. Bukan hendak menghina, Era wanita cantik cuma dia tidak pandai bergaya dan membuatkan lelaki tidak perasan akan kecantikannya yang sebenar.

 

“Apa jeling-jeling nanti juling mata tu baru tahu,” cebikku bila Nadia berbuat demikian. Aku tahu Nadia bosan dengan keluhan ku yang hampir sama setiap hari.
 
To be continue...

No comments:

Post a Comment