Thursday 29 January 2015

Sayang Apa Khabar Denganmu! - Part 22










Salena tersentak bila kedengaran pintu kereta di hempas dari luar gate rumah mereka. Marsha sudah balik? Eh awalnya belum pukul sepuluh lagi. Dia bingkas bangun dari sofa lalu menuju kearah jendela. Marsha menaiki taxi untuk pulang ke rumah dan bukan di hantar seseorang. Kenapa Erhan tidak menghantar Marsha pulang. Pelik! Apa jadi dengan date Marsha dengan Erhan? Marsha tidak suka pada Erhan? Kalau suka masakan makan malam mereka terlalu singkat.

 
 
 
 
Salena kembali kearah sofa bila temannya sudah berada di hadapan pintu. Dia tidak mahu Marsha menyangka dia kepo jadi dia pura-pura tidak sedar Marsha sudah pulang dan pura-pura menonton tv.

 
 
 

“Assalamualaikum..,” ujarku perlahan bila menyedari Salena berada di ruang tamu sedang menonton tv.

 
 
 

“Waalaikumsalam…eh awalnya kau balik! So ceritakan pada aku macamana date kau dengan Erhan,” ujar Salena excited lalu bangkit dari sofa. Dia mematikan tv lalu mengejar Marsha yang sudah mendaki anak tangga untuk menuju kearah biliknya.

 




Aku tidak mengendahkan pertanyaan Salena kerana terlalu sedih dan kecewa. Aku masih tidak percaya kenapa Erhan sanggup berbuat begitu terhadap diriku. Membiarkan aku bersendirian di restaurant itu. Apa tujuannya? Mahu kami bertemu tapi dia tidak hadirkan diri. Erhan tidak seperti lelaki yang tidak gentleman dan bertanggungjawab. Kalau lelaki seperti Eddy mungkin aku percaya kerana perangai dan sikapnya seperti itu. Tapi Erhan! Aku tidak percaya sama sekali Erhan akan berperangai sedemikian.

 
 
 
 

Aku membuka pintu bilik lalu menghidupkan lampu. Bag tanganku campak di atas katil lalu merebahkan badanku di atas katil.

 
 
 
 

“Eh babe? Kenapa ni? Apa yang telah terjadi? Kenapa kau menangis?,” ujar Salena dengan nada cemas bila temannya tiba-tiba menangis. Apa yang telah berlaku ke atas diri Marsha. Astarfirullah Al Azim. Janganlah perkara yang tidak di ingini berlaku ke atas dirinya. Salena menjadi tidak sedap hati melihat keadaan Marsha.

 
 
 
 

“Babe! Cakaplah pada aku apa yang telah terjadi?? Kenapa kau sedih sangat, kau jangan buatkan aku risau boleh tak??, Baik kau cakap dengan aku apa si Erhan dah buat kat kau,” ujar Salena bila Marsha dengan nada serious tidak menjawab soalannya malah menangis sahaja.

 
 
 
 

Aku bangun lalu duduk bila Salena ingin tahu sebab kenapa aku menangis. Air mataku kesat dengan tangan.

 




“Dia tak datang jumpa aku!! Itu yang aku geram dan sedih..kau tau tak??, bangau punya lelaki!!,” ujarku geram lalu membaling bantal Garfield kearah depan. Sakit hatiku di buatnya. Nasib baik aku pakai simple-simple aje hendak jumpa dia tadi. Kalau aku berdandan sakan, mahu aku sekel kepala dia bila aku jumpa dia nanti?

 
 
 
 

“Ler..kau ni buat suspen aku ajelah menangis bagai macam orang kena rape ni kenapa? Dia tak jumpa maknanya dia bukan lelaki yang sesuai untuk kau..,” marah Salena. Dia ingatkan Marsha di apa-apakan oleh Erhan maka dia bersedih begitu. Rupa-rupanya Erhan tidak bertemu dengan dia tadi.




 
 

“Kau senang cakaplah aku dah feeling habis kat dia..kau tak tahu perasaan aku,” ujarku menangis lagi. Lain orang yang aku hendak jumpa lain orang pulak yang aku jumpa. Tak guna betul! Aku benci Erhan!

 
 
 
 

Salena mengeluh perlahan bila Marsha berkata demikian tak tahu bagaimana caranya lagi untuk dia menasihati Marsha. Sudah berpuluh-puluh kali dia menasihati Marsha dahulu jangan mudah percaya pada lelaki dan mudah jatuh cinta. Tapi temannya tidak mahu mendengar. Dulu dengan Azlee ah sekarang patah hati dengan Erhan pula. Nasib baik jugalah dia masih belum bertemu dengan Erhan. At least dia tidak tahu bagaimana rupa Erhan. Kalau dah bertemu lagi susah untuk melupakan Erhan.

 
 
 

“Aku minta maaf ok..aku tahu kau menaruh harapan yang tinggi pada Erhan..mungkin Erhan ada sebab kenapa dia tidak dapat datang jumpa kau malam ini..entah dia sakit ke? Ada emergency ke? Kita mana tau? Dia tak dapat call kau sebab dia tak ada phone number kau,” pujuk Salena perlahan. Dia tahu Marsha benar-benar sukakan Erhan.
 
 
 
 

“Alasan..kalau tak boleh datang..boleh aje dia call restaurant dan beritahu mereka untuk sampaikan pesanan yang dia tidak boleh datang..tak lah aku macam budak bengong duduk menunggu dia di restoren macam buah tak jatuh,” jawabku lalu memeluk tubuh. Tidak dapat menerima alasan Salena sebab Erhan tidak dapat menghubungi aku dan memberitahu aku bahawa dia tidak dapat datang. Entah-entah Erhan tidak jadi bertemu denganku sebaik sahaja dia melihat wajahku. Mungkin pada Erhan aku tidak cukup cantik di matanya sebab itu dia mengambil keputusan untuk tidak bertemu dengan aku. 

 
 
 

“Betul juga cakap kau eh?? Aku pun tak terfikir sampai ke tahap itu..I’m sure he has a good reason for not coming, kau juga yang cakap Erhan bukan lelaki yang tidak bertanggungjawab,”

 
 
 
 

“Whatever lah..aku malas hendak fikirkan..apa yang aku jengkel sangat..lelaki yang aku tak hendak bertemu ada di restoren..and on top of that..dia tahu aku ada blind date..malu aku tahu tak?? Dah lah blind date!!..date aku tak datang pulak!..mana aku hendak letak muka,” ujarku lalu mengetap bibir menahan geram. Hissh malu gila aku di buatnya! Nanti apa pula yang di fikirkan si mamat sombong tu. Aku anak dara yang tak laku sampai sanggup ambil risiko untuk blind date.

 
 
 

“Lelaki?? Lelaki mana?,”

 
 
 
 

“Lelaki yang aku langgar kelmarin tu..dia happen to have dinner kat restoren yang aku ada date dengan Erhan,” jawabku lalu memeluk tubuh.

 
 
 
 

“Lelaki handsome tu?? Dengan siapa dengan family dia?,” tanya Salena.

 
 
 
 

“Entah malas aku hendak ambil tahu..isskk geram betul aku dengan Erhan, kalau dia di depan aku dah ku tinju-tinju muka dia, sebab Erhan aku malu pada mamat sombong tu,”

 
 
 
 

“Eh oklah tu yang kau nak marah sangat kat dia kenapa?? Dia tak kacau kau kan,” ujar Salena. Dia tidak tahu kenapa Marsha marah sangat pada lelaki yang melanggarnya kelmarin. Tak kan lah Marsha masih marahkannya sehingga sekarang kerana sebab itu.

 
 
 

“Tak kacau kau kata..dia sindir aku bila dia dapat tahu bahawa date aku adalah orang yang aku tidak kenali,”

 
 
 
 

“Huh? Macamana dia tahu?,” soal Salena ingin tahu sebab kenapa Marsha malu dan marah sangat pada mamat handsome tu.




 

“Sebab aku senyum pada satu mamat yang aku ingatkan itu Erhan, and it happens boyfriend orang lain, aduh malu aku tahu tak??,” ujarku bila mengingati kembali akan wajah excitedku kerana menyangka lelaki itu adalah Erhan, tapi tersalah orang. Aduh priceless tu! Si mamat Eddy tu nampak rupa excited aku tadi. Malu gila aku di buatnya. Aku rasa macam nak jadi Alice in the wonderland minum potion untuk jadi kecil dan sembunyi dari lelaki itu.

 
 
 
 

“Really!! OMG kalau aku malu gila tu..,” ujar Salena lalu menutup mulutnya tidak percaya dengan cerita Marsha. Priceless.

 

 

****

 

 

                              Erhan mematikan enjin keretanya di hadapan rumah sewa yang pernah didiami Lasindah dahulu. Lampu bilik di tingkat dua masih kelihatan terang. Dia meneka sendiri bahawa bilik itu adalah bilik tidur Marsha dan dia dapat merasakan wanita itu masih belum tidur lagi walaupun jam sudah menunjukkan hampir ke 1.20pagi. Erhan mengeluh kecil. Dia merasa bersalah yang teramat sangat kerana tidak bertemu dengan Marsha malam ini. Dia tahu Marsha pasti kecewa dan marah sekali padanya. Dia punya alasan sendiri. Sekembalinya dari restoren dia terus pulang ke rumah. Tidak tahu samada dia harus bertemu dengan Marsha lagi atau tidak?  Atau mungkin Marsha tidak lagi sudi untuk bertemu dengannya setelah apa yang telah dia lakukan membiarkan Marsha seorang diri di restoren? Lama Erhan duduk di meja bacaannya memikirkan alasan yang sesuai untuk di berikan kepada Marsha kerana dia merasakan Marsha adalah wanita yang begitu memahami jiwanya. Dia sedar dia merasa senang sekali setiap kali dia menerima surat dari Marsha. Melalui surat, Erhan merasakan bahawa mereka berdua benar-benar serasi. Dan dia yakin Marsha turut berperasaan begitu. Sebab itu dia mengambil keputusan untuk menulis surat kepada Marsha memberi alasan dan sebab kenapa dia tidak bertemu dengan Marsha.

 
 
 

                              Erhan keluar dari perut kereta. Surat yang berada di tangannya di masukkan kedalam peti surat rumah Marsha. Dia benar-benar berharap Marsha dapat menerimanya semula dan memaafkannya.

 
 
 
 
 
bersambung....
 
 
 
 
 
 
 

2 comments: