Monday 12 January 2015

Sayang Apa Khabar Denganmu! - Part 7

 
 
 






  Erhan melirik kearah screen di telefon pejabatnya bila telefon itu berdering. Dia tahu siapa pemanggilnya, sebab tadi Lieza sudah memberitahu bahawa dia akan transfer call ke telefon pejabatnya. Erhan mengeluh kecil lalu mengangkat gagang telefon. Gagang telefon di lekapkan ke telinganya.

 
 

“Assalamualaikum ma,” jawab Erhan meletak gagang telefon di bahu kanannya kerana tangan kanannya di perlukan untuk menulis sesuatu.

 
 

“Sayang..ngapa-in kamu tidak hubungi mama..mama risau sama kamu dong,” ujar Gusti Ayu sebaik sahaja anak terunanya sambut panggilan telefon darinya. Sudah banyak kali dia cuba hubungi Er namun selalu tidak berada di kantor dan bila cuba hubungi nya melalui handphone selalu tidak di jawab panggilannya.

 
 
 

“Ah ma ngak perlu risau ah..Er kan udah dewasa ma risau-in terus kenapa ma?,” jawab Erhan. Mamanya memang manja amat. Fikirnya bila mama sudah bernikah baru mama tidak lagi manja dengannya walaupun mamanya sekarang sudah punya anak kecil lelaki berusia 3 tahun hasil pernikahannya yang baru. Tapi manjanya mengalahkan anaknya yang berusia 3 tahun.

 
 

“Yalah..mama mahu kamu ketemu dengan Lasindah kamu ngak mau..di minta hubunginya pun kamu ngak mau..kenapa sih Er?? Emangnya kamu dan Lasindah sudah tidak pacaran lagi??,” tanya Gusti Ayu dengan suara risau. Temannya mengatakan bahawa Er tidak lagi berhubungan dengan Lasindah kerana Lasindah kini sudah menetap di Bali. Manakala Er masih menetap di Malaysia. Bila di suruh pulang dan kembali ke Jakarta. Er tidak mahu kerana menurutnya dia lebih selesa menetap di Malaysia dari di Jakarta Indonesia kerana Er di besarkan di Malaysia. Malah pertuturannya juga sudah seperti orang melayu Malaysia. Tiada lagi slang Indonesia. Hanya bila berbicara dengannya sahaja Erhan mengunakan bahasa Indonesia kerana dia tidak fasih berbahasa melayu Malaysia.

 
 
 

“Mama..Er ngak mahu apa-apa hubungan dengan si Lasindah..titik..jika mama mau tahu ngapa..mama tanyalah sendiri pada Lasindah,” jawab Erhan acuh tak acuh. Sebab itu dia tidak mahu menelefon mamanya kembali kerana dia tahu mamanya tidak putus-putus memaksa dia menghubungi Lasindah.

 
 

“Emangnya kamu tidak bisa beritahu mama sendiri..,”

 
 
 

“Er sudah beritahu, Er tidak mahu ada apa-apa hubungan dengan Lasindah, itu saja yang Er dapat beritahu mama, selebihnya mama tanya sahaja pada Lasindah sendiri,” jawab Erhan tidak mahu memberitahu mamanya sebab mengapa dia tidak mahu menjalinkan hubungan dengan Lasindah.

 
 
 

“Pusing kepala mama dengan perihal kamu berdua, jadi kamu berdua memang tidak mahu bernikah gitu,”

 
 
 

“Siapa bilang saya mahu bernikah dengan Lasindah?? Mama aja yang sering tanya melulu,” jawab Erhan lalu mengurut kepalanya perlahan. Bukan sahaja mamanya pusing dia juga turut pusing bila mamanya terus-terusan memaksa dia bernikah dengan Lasindah. Tidak kah mamanya tahu bahawa Lasindah bukan wanita yang cocok untuk di jadikan menantunya. Lasindah hanya mahukan kemewahan dan kesenangan dan bukan kerana cintakan dia. Dia sahaja yang bodoh fikirkan Lasindah cinta sama dia selama ini.

 
 
 

“Ah..kamu bikin kepala mama pusing lagi..ia udah kalau kamu tidak mahu bernikah dengan Lasindah..mama mahu tahu kapan kamu pulang ke Jakarta temui mama?? Mama udah kangan bangat dengan kamu Er,”

 
 
 

“Insya Allah bila Er senang Er akan terbang ke Jakarta..tapi sekarang Er lagi sibuk dengan bisnis, Cafe Er akan launch minggu depan..kalau mama kangan sama Er..mama aja ke Malaysia temui Er,” jawab Erhan lalu tersenyum.

 
 
 

“Ini anak.., kalu gitu, mama aja kesana lawat kamu..,”

 
 
 

“Ya..sayang jugak mama pada Er..,” usik Erhan lalu tersenyum bila mamanya mengalah dan akan datang ke Malaysia melawatnya.

 




“Kamu anak teruna kesayangan mama Er..,”

 
 
 

“Ya...Eryan juga anak teruna kecil mama..kamu jaga diri ma, kita ketemu minggu hadapan..kalau perlu apa-apa hubungi Lieza terus untuk urusan penerbangan dan hotel, ya ok..,” pesan Er sebelum meletak gagang telefon.

 
 
 

Erhan mencapai surat yang di buka semalam lalu membaca isi kandungan surat itu sekali lagi. Tanpa berfikir panjang dia mencapai sehelai kertas lalu membalas surat yang di terima. Erhan menoleh bila kearah pintu sekilas bila pintunya terkuak kecil. Lieza masuk bersama dengan 2 orang lelaki. Erhan sambung kembali menulis.

 
 
 

“Please have a seat,” ujar Lieza menunjukkan kepada tetamu kearah sofa yang berdekatan. Setelah itu dia menuju kearah Erhan yang sedang sibuk menulis sesuatu. Erhan menandatangani surat yang di tulis lalu dilipat 3 sebelum memasukkan kedalam sampul surat tanpa logo syarikatnya. Alamat di tulis di envelope lalu menyerahkan envelope itu kepada Lieza.

 
 
 

“Postkan surat ini dengan segera,” pesan Erhan sebaik sahaja Lieza mengambil surat itu dari tangannya.

 
 
 

“Baik Encik Erhan, kalau tak ada apa-apa lagi saya minta diri dulu,” ujar Lieza.

 
 
 

“Ok,” jawab Erhan lalu bangun dari kerusinya. Dia mengenakan butang jaket lalu menuju kearah sofa di mana kedua-dua lelaki itu di tempatkan.

 



“Encik Erhan,” ujar mereka serentak lalu bangun dan menghulurkan tangan kepada Erhan untuk bersalaman. Erhan menyambut lalu duduk di sofa.



 

“Jadi Bistro boleh launch minggu hadapan seperti yang dirancangkan?,” soal Erhan lalu memandang wajah Fahmy selaku interior designer untuk Bistronya. Erhan membuka sebuah kedai buku mengikut konsep Borders. Café dan book store yang di beri nama ‘R&R’ ‘Read and Rileks’. Erhan loves to read and enjoys good food. Jadi dia membuka bisnes yang dia minati. Buku dan restaurant.

 
 
 

“Insha Allah boleh Encik Erhan, saya sudah buat inspection everything is in order..saya rasa tiada masalah untuk launch pada hari yang kita tetapkan,”

 
 
 

“Imran..dapur semua dah ready???, Menu all?,” tanya Erhan pada Imran. Chef yang ditugaskan untuk mengendalikan Café Bistronya.

 
 
 

“Alhamdullilah semuanya sudah teratur..insha allah semuanya berjalan dengan lancar,” jawab Imran lalu tersenyum. Dia tahu Erhan majikan yang serious. Dia tidak suka kerja yang di tangguh-tangguh dan pekerja cuai dalam mengendalikan perkerjaan mereka. Erhan terkenal dengan panas baran. Silap dengan caranya boleh kena buang kerja.

 
 
 

“Good..,” jawab Erhan lalu membuahkan senyum kepada mereka berdua kerana merasa senang kerana Bistronya akan di launch minggu hadapan. Book storenya sudah dibuka untuk bisnes seminggu yang lalu. Dapatlah Erhan merasa rileks sedikit kerana selagi Bistronya belum di buka. Selagi itu dia tidak dapat rileks seperti dahulu. Erhan seorang lelaki yang sukakan balance in life. Work and play.
 
 
 
 
 
bersambung....
 
 
 
 
 
 
 


No comments:

Post a Comment